You are on page 1of 99

1.

1 FISIOLOGI TUMBUHAN

Pertanian Tingkatan 5 KSSM


Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
SAINS
TUMBUHAN

• Sains tumbuhan merujuk


kepada kajian tentang
tumbuhan dan hubungannya
dengan manusia dan haiwan.
• Tumbuhan bersifat dinamik
dan membesar serta
membiak dalam persekitaran
yang bersesuaian.
• Terdapat tiga bahagian utama
tumbuhan iaitu daun, batang
dan akar.
SAINS TUMBUHAN

• Tumbuhan ialah organisma


multisel yang berklorofil.
• Klorofil berfungsi dalam proses
fotosintesis bagi menghasilkan
karbohidrat.
• Tumbuhan membekalkan oksigen
(O2) kepada manusia dan haiwan,
manakala karbon dioksida (CO2)
yang dihasilkan oleh manusia dan
haiwan pula diperlukan oleh
tumbuhan untuk terus hidup.
HUBUNGAN MANUSIA DAN TUMBUHAN
SAINS TUMBUHAN

• Tumbuhan memerlukan tiga


keperluan asas iaitu air, udara dan
cahaya matahari untuk proses
tumbesaran.
• Tumbuhan akan mendapatkan air
melalui akar, manakala daun
berperanan untuk menyerap
udara dan cahaya matahari.
• Keperluan yang mencukupi
daripada ketiga-tiga sumber ini
membolehkan tumbuhan hidup
subur dan mengeluarkan hasil
yang berkualiti.
FAKTOR MEMPENGARUHI TABURAN
KEPELBAGAIAN JENIS TUMBUHAN
FISIOLOGI
TUMBUHAN

• Fisiologi tumbuhan
merupakan salah satu
cabang biologi tentang
fungsi hidup tumbuhan
dari segi fizikal dan
biokimia.
• Fungsi hidup tumbuhan
ini merangkumi proses
tumbesaran, fotosintesis,
respirasi, transpirasi dan
translokasi.
JENIS TUMBUHAN
JENIS TUMBUHAN

• Tumbuhan wujud dengan ciri-ciri morfologi,


anatomi dan fisiologinya yang tersendiri.
• Tumbuhan diklasifikasikan dan disusun dalam
pertalian hierarki berdasarkan persamaan ciri-
cirinya.
• Setiap sub-kelas dalam kumpulan tumbuhan
dipanggil Order iaitu merujuk kepada
kumpulan tumbuhan yang mempunyai
kesamaan genetik secara umum.
• Seterusnya, kumpulan tumbuhan yang
mempunyai genetik lebih khusus pula
terbahagi kepada dua iaitu Genus dan Spesies.
CONTOH TATANAMA BINOMIAL
TUMBUHAN
TUMBUHAN BERBUNGA

• Bunga pada tumbuhan


berbunga berfungsi sebagai
organ pembiakan yang akan
menghasilkan buah dan biji
benih.
• Tumbuhan berbunga
diklasifikasikan kepada dua
jenis iaitu monokotiledon
dan dikotiledon.
MONOKOTILEDON
DIKOTILEDON
TUMBUHAN MONOKOTILEDON DAN DIKOTILEDON
BERDASARKAN BILANGAN KOTILEDON PADA BIJINYA
TUMBUHAN MONOKOTILEDON
FAMILI RUMPUT

• Tumbuhan famili rumput


(Poaceae) memiliki akar
serabut, daun berbentuk
linear yang mempunyai
tulang daun selari
bersambung dengan
batangnya, batang
berongga dan bunga
berbentuk butiran.
• Contoh tumbuhan famili
rumput ialah Jagung,
Gandum, Tebu dan Padi.
FAMILI PALMA

• Tumbuhan famili palma


(Palmae) memiliki
batang tinggi dan lurus
(tidak bercabang),
batang beruas dan tidak
mempunyai kambium
sebenar, akar jenis
serabut dan bentuk
bunga yang tersusun.
• Contoh tumbuhan famili
palma ialah Kelapa,
Kelapa Sawit, Nibung,
Nipah, Sagu dan Pinang.
FAMILI PISANG

• Tumbuhan famili pisang


(Musaceae) mempunyai daun
pelepah, tulang daun pinat, batang
palsu (batang sebenar di dalam
tanah dipanggil umbisi) dan bunga
jenis majmuk.
• Contoh tumbuhan famili pisang
ialah Pisang Emas dan Heliconia.
Orkid Sliper

FAMILI ORKID

• Tumbuhan famili orkid (Orchidaceae)


merupakan tumbuhan untuk hiasan
yang cantik.
• Tumbuhan famili orkid mempunyai
akar serabut dan organ pembiakan
jantan dan betina.
• Contoh tumbuhan famili ini ialah
Orkid Moth dan Orkid Sliper.
Orkid Moth
FAMILI HERBA

• Tumbuhan famili herba (Zingiberaceae)


ialah tumbuhan renek berbatang
lembut atau batang tidak berkayu yang
mempunyai nilai dari segi perubatan,
khasiat makanan dan kecantikan.
• Contoh tumbuhan famili herba ialah
Kunyit, Halia dan Lidah Buaya.
TUMBUHAN DIKOTILEDON
FAMILI TUMBUHAN
BERGETAH

• Tumbuhan famili tumbuhan


bergetah (Euphorbiaceae)
merupakan tumbuhan yang
mengeluarkan getah terutama
pada bahagian batangnya.
• Contoh tumbuhan famili
bergetah ialah Lobak, Ubi Kayu
dan Pokok Getah.
FAMILI KEKACANG

• Tumbuhan famili kekacang


(Leguminosae) mempunyai bunga
berbentuk kupu-kupu.
• Contoh famili tumbuhan ini ialah
Kacang Soya dan Kacang Tanah.
FAMILI TERUNG

• Tumbuhan famili
terung (Solanaceae)
mempunyai buah
yang terletak di
dasar bunga.
• Contoh tumbuhan
famili ini ialah
Terung, Cili dan
Tomato.
FAMILI JAMBU

• Tumbuhan famili
jambu (Myrtaceae)
memiliki daun tunggal,
batang berkayu dan
akar tunjang.
• Contoh tumbuhan
famili ini ialah Jambu
Air dan Jambu Batu.
FAMILI BUNGA
BERTANGKAI

• Tumbuhan famili bunga


bertangkai (Asteraceae)
merupakan tumbuhan jenis
bunga bertangkai seperti Bunga
Matahari dan Bunga Daisy.
TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA
Klamidomonas Spirogira

ALGA

• Alga merupakan jenis tumbuhan yang


hidup di darat dan laut.
• Alga berwarna hijau berklorofil dan tidak
mempunyai batang, akar dan daun yang
sebenar.
• Tumbuhan ini menghasilkan spora untuk
pembiakan.
• Contoh tumbuhan alga ialah Spirogira,
Klamidomonas dan Rumpai Laut.

Rumpai Laut
KULAT

• Kebanyakan kulat hidup di kawasan


Kulat Tetupai. lembap.
Mukor • Kulat tidak mempunyai batang, akar,
daun yang sebenar, tidak berklorofil
dan tidak boleh melakukan
fotosintesis.
Yis • Namun kulat menghasilkan spora
untuk pembiakan.
• Contoh tumbuhan kulat ialah Yis,
Mukor, Cendawan dan Kulat Tetupai.
Cendawan
LUMUT

• Lumut hidup di tempat yang lembap


dan berair.
• Lumut mempunyai daun berklorofil
dan rizoid (akar rambut) sebagai akar.
• Lumut boleh membuat makanan
sendiri dan menghasilkan spora untuk
pembiakan.
• Contoh tumbuhan lumut ialah Lumut
Hati dan Lumut Biasa.
Lumut Hati
Paku Gajah

PAKU PAKIS

• Paku pakis hidup di kawasan yang


lembap dan teduh.
• Paku pakis mempunyai batang tidak
berkayu, daun berklorofil dan akar
serabut.
• Paku pakis menghasilkan spora untuk
pembiakan.
• Contoh tumbuhan paku pakis ialah
Paku Resam dan Paku Gajah.
Paku Resam
STRUKTUR LUARAN
TUMBUHAN
STRUKTUR LUARAN TUMBUHAN
AKAR

• Akar merupakan bahagian penting


pada semua jenis tumbuhan.
• Kedudukan akar tumbuhan
kebanyakannya berada di dalam tanah.
• Akar tumbuhan terbahagi kepada dua
jenis iaitu akar tunjang dan akar
serabut.
• Akar tunjang mempunyai satu akar
yang besar diikuti dengan beberapa
cabang akar yang lebih kecil
AKAR

• Akar tunjang dibahagikan


kepada dua jenis akar iaitu
akar tunjang tidak bercabang
atau sedikit bercabang dan
akar tunjang bercabang.
• Akar serabut pula
merupakan akar yang
terbentuk daripada bahagian
pangkal batang yang bersaiz
kecil.
• Akar serabut berfungsi
sebagai memperkukuh
tumbuhan dan menyerap air
serta garam mineral dari
tanah.
JENIS AKAR TUMBUHAN
STRUKTUR
LUARAN AKAR

• Akar berfungsi untuk


menguatkan dan
menegakkan tumbuhan
di samping menyerap air
dan garam mineral dari
dalam tanah.
• Terdapat juga tumbuhan
yang menggunakan
akarnya untuk tujuan
pernafasan dan
menyimpan makanan
STRUKTUR LUARAN AKAR TUMBUHAN
BAHAGIAN UTAMA STRUKTUR LUARAN
AKAR TUMBUHAN
BAHAGIAN UTAMA STRUKTUR LUARAN
AKAR TUMBUHAN
B ATANG

• Batang ialah bahagian utama


tumbuhan berada di atas tanah
yang menyokong bahagian-
bahagian lain tumbuhan seperti
daun, bunga dan buah.
• Kebiasaannya, batang berbentuk
bulat dan mempunyai ruas.
• Pada bahagian ruas akan
tumbuh sama ada bunga atau
daun
FUNGSI
BATANG
TUMBUHAN

• Mengangkut Zat
Makanan Hasil
Fotosintesis
• Tempat Tumbuh Daun,
Bunga, Buah dan Dahan
• Mengangkut Air dan
Garam Mineral
• Membantu Proses
Pernafasan Pada Lentisel
• Menyokong Tumbuhan
STRUKTUR BATANG
TUMBUHAN

• Batang tumbuhan mempunyai sifat


yang berbeza-beza.
• Batang tumbuhan dikategorikan
kepada dua iaitu batang berkayu dan
batang tidak berkayu.
• Struktur batang berkayu pada
tumbuhan mempunyai lentisel yang
berperanan untuk berhubung dengan
bahagian dalaman bagi penukaran gas.
STRUKTUR BATANG
TUMBUHAN

• Pada batang tumbuhan berkayu juga


terdapat klorofil terutama pada
batang berkayu muda yang boleh
melakukan fotosintesis.
• Batang tidak berkayu mempunyai
epidermis yang tipis dan tidak
mempunyai gabus
JENIS BATANG TUMBUHAN
DAUN

• Daun merupakan salah


satu bahagian yang tumbuh
dari ranting.
• Daun berwarna hijau
disebabkan kandungan
klorofil.
• Klorofil ialah pigmen
yang berperanan
menyerap cahaya
matahari dan diperlukan
dalam proses fotosintesis.
DAUN

• Daun kaya dengan klorofil terutamanya


daun yang muda, manakala daun tua
akan kehilangan klorofil sehingga
warnanya berubah menjadi kuning atau
merah.
• Daun memiliki pigmen lain seperti
Karotena (berwarna jingga), Xantofil
(berwarna kuning) dan Antosianin
(berwarna merah, biru atau ungu).
• Daun tumbuhan juga melakukan proses
respirasi, transpirasi dan translokasi.
FUNGSI DAUN

• Translokasi
• Transpirasi
• Respirasi
• Fotosintesis
BENTUK HELAIAN DAUN
daun rambutan daun mangga daun jambu

BENTUK DAUN LANSEOLAT

• Daun yang menjulur dari bahagian tengah seperti berbentuk tulang


ikan.
• Contoh, daun mangga, daun jambu dan daun rambutan.
daun ubi kayu
daun getah

BENTUK DAUN OBOVAT

• Daun mempunyai satu tulang


daun besar yang tersusun seperti
jari-jari tangan manusia.
• Contoh, daun betik, daun getah
dan daun ubi kayu.

daun betik
BENTUK DAUN KORDAT

• Daun mempunyai garis-garis


melengkung.
• Setiap hujung tulang daun
melengkung akan bercantum.
• Contoh, daun sirih dan daun lada
hitam.
BENTUK DAUN LINEAR

• Daun mempunyai bentuk memanjang


dari pangkal daun sehingga ke hujung
daun.
• Daun ini mempunyai susunan tulang
daun selari.
• Contoh, daun tebu dan daun pandan.
STRUKTUR DAUN

• Struktur daun dibahagikan kepada


dua iaitu daun tunggal dan daun
majmuk.
• Daun tunggal (single leaf) merujuk
kepada satu helai daun pada setiap
satu tangkai yang melekat terus ke
dahan atau batang tumbuhan.
• Daun tunggal mempunyai bahagian-
bahagian daun yang berbeza dengan
tumbuhan lain
• Tempat letaknya daun pada batang
tumbuhan dikenali sebagai aksil.
STRUKTUR
DAUN

• Daun majmuk
(compound leaf) pula
ialah daun yang
terbahagi kepada
beberapa anak daun
atau mempunyai lebih
daripada satu helaian
daun yang terlekat pada
tangkai daun yang sama.
PALMAT

Palmat (palmate) - daun


bercantum di bahagian
tengah iaitu pada tangkai
daun tumbuhan.
TRIFOLIAT
PALMAT

Trifoliat Palmat
(palmately trifoliate) -
mengandungi tiga anak
daun tersusun secara
palmat.
PINAT GANJIL

• Pinat Ganjil (odd pinnate) -


mempunyai satu anak daun di hujung.
PINAT GENAP

Pinat Genap (even


pinnate) -
mempunyai dua
anak daun di hujung.
BIPINAT

• Bipinat (bipinnate) - mempunyai anak


daunnya tumbuh secara berpasangan
pada batang yang berpasangan.
BUNGA

• Bunga sangat penting untuk


tumbuhan berbunga
(angiosperma) kerana
menentukan generasi
tumbuhan tersebut.
• Bunga merupakan organ
pembiakan tumbuhan yang
akan menghasilkan sama ada
buah atau biji benih iaitu hasil
daripada proses pendebungaan.
• Bunga juga mempunyai nilai
estetika yang sering
dimanfaatkan dan mempunyai
nilai keindahan
BUNGA

• Kebanyakan jenis tumbuhan berbunga


mempunyai kedua-dua bahagian
jantan (stamen) dan betina (pistil)
yang berupaya untuk melakukan
persenyawaan.
• Terdapat juga tumbuhan yang hanya
memiliki sama ada bahagian jantan
atau betina secara berasingan.
• Bahagian jantan akan menghasilkan
debunga (gamet jantan) dan bahagian
betina pula akan menghasilkan ovul
(gamet betina).
BAHAGIAN BUNGA
STRUKTUR DAN FUNGSI BUNGA
STRUKTUR DALAMAN
TUMBUHAN
STRUKTUR
DALAMAN
TUMBUHAN
STRUKTUR
DALAMAN
TUMBUHAN

• Tumbuhan terdiri daripada


gabungan kepelbagaian sel.
• Setiap sel tumbuhan terdiri
daripada sitoplasma dan
organel.
• Sitoplasma merupakan
cecair yang terdapat di dalam
membran sel yang
memegang setiap unit sel
dalaman yang dipanggil
Organel.
STRUKTUR DALAMAN
TUMBUHAN

• Kebanyakan sel tumbuhan


mengalami proses mitosis dan
meiosis (pembahagian sel).
• Setiap sel akan membesar
menyebabkan berlakunya
tumbesaran terhadap
tumbuhan.
• Walau bagaimanapun,
sebahagian sel boleh
membentuk sel-sel baharu
yang tidak sama serta
menghasilkan sel lain yang
dikenali sebagai multisel.
STRUKTUR ANATOMI
AKAR

• Epidermis
• Korteks
• Endodermis
• Empulur
• Perisikel
EPIDERMIS

• terletak di bahagian luar akar.


• Epidermis berfungsi sebagai
tempat masuknya air dan
garam mineral.
KORTEKS

• terletak di sebelah
dalam epidermis.
• Korteks berfungsi
sebagai ruang
penukaran gas dan
tempat menyimpan
makanan.
• merupakan
bahagian kulit
dalam yang
tersusun di atas
selapis sel.
• Endodermis
merupakan
pemisah di
antara korteks
dengan empulur.
ENDODERMIS
EMPULUR

• merupakan bahagian
tengah batang.
• Pada bahagian empulur
terdapat xilem di bahagian
dalam dan floem di
bahagian luar.
• Pada tumbuhan
dikotiledon, terdapat
kambium di antara xilem
dan floem, manakala
tumbuhan monokotiledon
tidak memiliki kambium.
• Kambium menyebabkan
batang tumbuhan
dikotiledon membesar.
STRUKTUR ANATOMI BATANG
PERTUMBUHAN BATANG

• Pertumbuhan pada batang tumbuhan dibahagikan


kepada dua jenis iaitu bercabang dan tidak bercabang.
• Tumbuhan tidak bercabang merupakan kumpulan monopodial
tumbuhan monokotiledon yang dikenali sebagai
monopodial.
• Tumbuhan bercabang pula ialah dikotomus (bercabang
dua) daripada jenis tumbuhan dikotiledon

dikotomus
PERTUMBUHAN CABANG TUMBUHAN
STRUKTUR ANATOMI DAUN

• Anatomi daun terdiri daripada


jaringan yang mempunyai fungsi
tertentu.
• Epidermis pada daun merupakan
sel-sel yang tersusun dari satu
lapisan sel menyebabkan
dindingnya menjadi tebal.
• Kebiasaannya, lapisan epidermis
pada daun hanya terdiri daripada
satu lapisan sel yang terbahagi
kepada dua bahagian iaitu
bahagian atas dan bahagian bawah
daun.
STRUKTUR
ANATOMI DAUN

• Berkas vaskular terdiri


daripada xilem dan floem.
• Xilem berfungsi sebagai
pengangkut air dan garam
mineral dari akar ke daun
untuk proses fotosintesis.
• Floem pula berperanan
membawa makanan hasil
daripada proses fotosintesis
ke seluruh bahagian
tumbuhan.
STRUKTUR ANATOMI DAUN
STRUKTUR ANATOMI
BUNGA

• Bunga terhasil pada masa-masa


tertentu iaitu bermula dari
peringkat pembiakan.
• Pada bunga terdapat bahagian
yang akan menghasilkan debunga
dan ovul.
• Debunga pada anter (gamet
jantan) berfungsi sebagai organ
pembiakan jantan, manakala ovul
(gamet betina) pula terdapat di
dalam organ pembiakan betina
yang dikenali sebagai ovari
ORGAN PEMBIAKAN BUNGA
CIRI-CIRI DAN FUNGSI TISU
DALAM TUMBUHAN

• Terdapat dua jenis tisu pada tumbuhan iaitu tisu


meristem dan tisu kekal.
• Tisu meristem terdiri daripada sel yang bersaiz
kecil, berdinding nipis, nukleus besar, sitoplasma
padat dan tiada vakuol.
• Ini merupakan sel-sel muda aktif yang belum
matang, manakala tisu kekal pula ialah tisu
matang yang telah mengalami perubahan atau
akan mengalami perubahan.
• Tisu utama tumbuhan adalah stomata, xilem dan
floem, epidermis dan kambium.
STOMATA

• merujuk kepada sel pada dinding luar


sel epidermis iaitu sel pengawal yang
wujud berpasangan dan berbentuk sabit
atau separa bulat.
• Terdapat kloroplas di dalam sel
stomata yang berfungsi mengawal
pergerakan ke dalam dan ke luar antara
air dan gas.
• Pembukaan dan penutupan struktur
stomata adalah hasil daripada
perubahan di dalam kesegahan sel
antara sel epidermis bersebelahan
STRUKTUR STOMATA
XILEM DAN FLOEM

• Xilem merupakan dinding yang paling keras.


• Xilem berfungsi mengalirkan air dan garam
mineral dari akar ke daun serta menguatkan
batang tumbuhan.
• Xilem membawa bahan larut naik sehingga ke
pucuk tumbuhan bagi proses fotosintesis dan
respirasi, manakala floem berbentuk dinding
yang nipis.
• Floem berfungsi mengangkut dan mengedarkan
zat-zat makanan atau bahan larutan organik
yang terhasil daripada proses fotosintesis dari
daun ke seluruh bahagian tumbuhan
STRUKTUR JARINGAN XILEM DAN
FLOEM
EPIDERMIS

• merupakan satu lapisan sel


permukaan yang
menyelaputi semua tisu
primer.
• Ia melindungi tisu primer
daripada kekeringan dan
kecederaan mekanikal.
• Epidermis di bahagian bawah
mempunyai lebih banyak
stomata berbanding
epidermis di bahagian atas
STRUKTUR EPIDERMIS
KAMBIUM

• merupakan
bahagian antara
xilem primer dan
floem primer yang
dinamakan sebagai
kambium vaskular.
• Kambium
membentuk floem
sekunder dan xilem
sekunder
STRUKTUR KAMBIUM
PERBEZAAN STRUKTUR
LUARAN TUMBUHAN
MONOKOTILEDON
MONOKOTILEDON
DIKOTILEDON
DIKOTILEDON
TAMAT

You might also like