You are on page 1of 12

Memahami proses hidup yang dialami oleh tumbuhan

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan



Pucuk tumbuhan menghala ke arah cahaya matahari kerana
tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat
makanan sendiri.



Daun pokok semalu akan menguncup apabila disentuh.





















Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti dan air.





Tumbuhan membiak




PROSES HIDUP TUMBUHAN




Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk
memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.

Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?

Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara
rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.

(link tambahan KEMANDIRIAN TUMBUHAN SAINS TAHUN 5)

Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak.

Lihat nota di bawah

Tumbuhan membiak kerana
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan
spesiesnya/jenisnya)

Cara Tumbuhan membiak

Klik untuk baca lagi




(1) BIJI BENIH

Berikut merupakan beberapa contoh Pokok



Biji benih dalam paket untuk dijual Biji benih pokok cili yang telah tumbuh dengan
hasil.

Pokok tomato juga ditanam dengan biji benih. Begitu juga dengan pokok rambutan.

(TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH)
(Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji benih)
(Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok)

Soalan: Nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang membiak melalui biji benih.


(2) SPORA

Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.

Contoh tumbuhan tidak berbunga

Paku pakis



LUMUT




ALGA





Kulat juga membiak melalui spora.

Contoh kulat ialah
CENDAWAN






Spora di sebarkan melalui ANGIN.

Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI

Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.

Lihat gambar di bawah
(Kapsul spora di permukaan bawah daun)






Uji minda!

Adakah tumbuhan yang tumbuh di atas sekeping roti (lama) merupakan tumbuhan pembiakan spora?






Melalui DAUN
-Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah

POKOK BEGONIA



POKOK SETAWAR


(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)


Melalui KERATAN BATANG
-Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan ditanam di dalam tanah.

Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah


BUNGA RAYA


POKOK TEBU



POKOK UBI KAYU


(Keratan batang adalah satu contoh pembiakan buatan)



MELALUI BATANG BAWAH TANAH
-Bawang bawah tanah mempunyai tunas
-Tunas akan tumbuh menjadi anak pokok
-Batang bawah tanah mengandungi makanan simpanan
-Makanan itu untuk tunas yang hendak tumbuh

Contoh tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah ialah

POKOK BAWANG


POKOK HALIA



POKOK KUNYIT




MELALUI SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah
-ANAK-anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk

Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah

POKOK BULUH


POKOK KELADI


POKOK NANAS



POKOK PISANG

You might also like