You are on page 1of 6

WAHYU PERTAMA RASULULLAH s.a.w.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera pembuka bicara,


Buat para hakim hadirin sekalian;
Mari hayati kisah Wahyu Pertama,
Wahyu Rasulullah saya ceritakan. (2x) (Nasyid : Al-Quran
Penyeri Nurani)

Abdullah dan Siti Aminah berwajah ceria,


12 Rabiul Awal dikurniai anak;
Berketurunan Quraisy bangsa ternama,
Berhemah tinggi baik berakhlak. (Pantun)

Kawan-kawan,

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah pada tahun Gajah.


Baginda adalah Nabi yang terakhir.

Firman Allah :



Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan
kesudahan segala nabi.

(Surah Al- Ahzab, ayat 40)

Kawan-kawan,

Anak yang baik lahirnya daripada keluarga yang baik-baik. Lihat


sahaja peserta Akademi Pencetus Ummah. Latar belakang keluarga yang
bercirikan Islam membentuk rohani mereka dengan baik. Bak kata
peribahasa Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,
hiasilah peribadi kita dengan akhlak mulia.

1
Hidup Nabi pada zaman jahiliyyah,
Bersulam kesedihan yang berpanjangan;
Atas kejahilan hidup kaumnya,
Berkhalwatlah Nabi di Gua Hira. (Nasyid : Sunnah
Berjuang)

Pada malam 17 Ramadhan, Allah menghantar malaikat Jibril ke Gua


Hira sebagai perantara turunnya wahyu pertama. Ketika itu, usia Nabi 40
tahun.

Firman Allah :



Maksudnya : Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu
(Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya.

(Surah An-Nisa, ayat 163)

Ya kawan-kawan,

Penyembahan patung berhala dan mempercayai ajaran-ajaran sesat


seperti ajaran Tuhan Harun, Ayah Pin, dan sebagainya adalah perbuatan
syirik. Oleh itu, mantapkanlah pegangan akidah kita yang suci ini.

2
Kawan-kawan,

Malaikat Jibril memeluk baginda,


Dipeluknya erat,
Diajarnya Nabi untuk membaca,
Walau Nabi menggigil keresahan,
Dipaksanya sebanyak tiga kali,
Barulah Nabi berupaya membaca. (Sajak)

Jibril pun berkata :

Maksudnya : Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang


menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq, ayat 1-5)

Kawan-kawan,

Begitulah caranya jika kita hendak menuntut ilmu. Bak kata Pantun
Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian. Kejayaan pelajar Malaysia dalam
pertandingan Robotik di peringkat dunia membuktikan kesungguhan
mereka. Oleh itu, rajin-rajinlah berusaha.

Kempen Jom Baca Bersama 10 minit memupuk budaya membaca


dalam kalangan pelajar. Oleh itu, didiklah hati untuk menggemari
amalan membaca.

3
Gelap gelita bukan penghalang,
Jiwa gementar tidak kepalang;
Gua yang sepi Nabi tinggalkan,
Isteri tercinta baginda ceritakan. (Nasyid : Keluarga
Penyayang)

Setibanya di rumah, Rasulullah menggigil ketakutan. Siti Khadijah


menenteramkan Nabi. Lalu, baginda pun tertidur. Haaa...ketika tidur,
terdengar suara meminta baginda agar berdakwah kepada umatnya.

Firman Allah :


Maksudnya : Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
(Surah Al- Muddatsir, ayat 1-2)

Kawan-kawan,

Contohilah rumahtangga Rasulullah s.a.w. Usrah mahabbah ilal


jannah. Isu pergolakan keluarga menyusahkan anak-anak. Oleh itu,
sayangilah keluarga kita.

4
Kawan-kawan,

Selepas itu, Siti Khadijah bertemu dengan bapa saudaranya,


Waraqah bin Naufal. Beliau seorang pendeta Arab beragama Nasrani.
Setelah mendengar cerita Khadijah, Waraqah berkata Suamimu orang
yang jujur. Apa yang dialaminya itu adalah permulaan kerasulannya.
Janganlah engkau bersusah hati.

Firman Allah :








Maksudnya : Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang
sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul.

(Surah Ali-Imran, ayat 144)

Kawan-kawan,

Khabar angin MH370 disembunyikan oleh pihak tertentu janganlah


dipercayai. Oleh itu, berhati-hatilah mempercayai sesuatu perkara.

Kisah Nabi temui kesudahan,


Ambillah iktibar jadikan pengajaran;
Wahyu Pertama tanda kerasulan,
Semoga ajarannya kita amalkan. (Syair)

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

MOHD ISSHAHRIL BIN MAZLAN


SK AGAMA (MIS) SARIKEI

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN


MAJLIS TADARUS AL-QURAN
5
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2014

You might also like