You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK KEBANGSAAN KAMPUNG SAWAI


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
96200 DARO Telefon : 013-8269980 (Guru Besar)
SARAWAK Fax :-
Email :
skkpgsawaidaro@yahoo.com

Ruj. Kami : JPS(W)SKKS(Pent)153/07/05/08/02 (03)


Tarikh : 10 OKTOBER 2017
Ketua Balai Bomba Sungai Merah,
Lot 867,
Aras 2 Sungai Merah,
96000, Sibu,
Sarawak.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba Sungai


Merah.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Kebangsaan Kampung Sawai akan mengadakan lawatan sambil belajar ke


Balai Bomba Sungai Merah pada 2 November 2017, jam 3.45 petang yang melibatkan murid
prasekolah berjumlah 20 orang, murid tahun 6 seramai 18 orang dan guru pengiring seramai
10 orang orang bagi menyuntik motivasi anak-anak dalam pemilihan kerjaya pada masa
akan datang.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan memberi
kebenaran mengadakan lawatan di permis tuan dan menyediakan aktiviti bersesuaian
dengan umur murid prasekolah iaitu 5 tahun dan 6 tahun serta murid tahun 6.

4. Bersama ini disertakan salinan tentatif program untuk perhatian dan tindakan tuan.
Untuk sebarang pertanyaan atau makluman boleh berhubung dengan Pn. Siti Zur Aida di
talian 013-2058863. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan dalam hal ini, pihak sekolah
mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH


1.0 TENTATIF PROGRAM

02 November 2017
6.00 pagi : Berkumpul
- Taklimat keselamatan dan disiplin.

- Sarapan

- Bertolak ke Tanjung Manis

8.00 pg : Lawatan ke Kapal Maritim Tanjung Manis

9.45 pg : Bertolak ke Sibujaya

11.45 pg : Lawatan ke Lapangan Terbang Sibu

1.45 ptg : Makan Tengah hari / Solat

2.30 ptg : Lawatan ke Balai Polis Sungai Merah

3.45 ptg : Lawatan ke Balai Bomba Sungai Merah

5.30 ptg : Perjalanan Pulang Ke Sk Kampung Sawai

MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH

You might also like