You are on page 1of 5

Pengelasan Tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu tumbuhan berbunga
dan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bunga dipanggil
tumbuhan berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga dipanggil
tumbuhan tidak berbunga.
Tumbuhan Berbunga
Tumbuhan berbunga menghasilkan bunga, biji dan buah. Bunga biasanya berkembang
menjadi buah. Tumbuhan jenis ini menghasilkan bunga untuk pembiakan. Tumbuhan
berbunga dapat dibahagikan kepada monokotiledon dan dikotiledon.
Tumbuhan Dikotiledon

ciri tumbuhan dikotiledon

Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon ialah:


1) Daun berurat jejala
2) Biji benih mempunyai dua kotiledon
3) Batang biasanya berkayu
4) Mempunyai sistem akar tunjang
5) Mempunyai empat atau lima ranggi
6) Contoh tumbuhan dikotiledon ialah durian, rambutan, getah dan lain-lain.

ciri tumbuhan monokotiledon

Tumbuhan Monokotiledon
Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon ialah:
1) Daun berurat selari
2) Biji benih mempunyai satu kotiledon
3) Batang tidak berkayu (lembut)
4) Mempunyai sistem akar serabut
5) Contoh tumbuhan monokotiledon ialah jagung, rumput, tebu, pisang, padi, kelapa, orkid
dan lain-lain.

Perbezaan tumbuhan dikotiledon dan monokotiledon


Tumbuhan Tidak Berbunga
Tumbuh-tumbuhan tidak berbunga tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Tumbuhtumbuhan ini membiak melalui spora atau belahan dedua. Tumbuh-tumbuhan tidak
berbunga dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu alga, lumut, paku-pakis dan kulat.
Alga

Klamidomonas

Spirogira
Ciri-ciri alga ialah:
1) Alga hidup di darat dan laut
2) Berwarna hijau berklorofil
3) Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar
4) Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh: spirogira, klamidomonas dan rumpai laut
Lumut

Lumut hati
Ciri-ciri lumut ialah:
1) Hidup di tempat yang lembap berair
2) Mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akar
3) Boleh membuat makanan sendiri
4) Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh: lumut hati, lumut biasa
Paku-pakis
Ciri-ciri paku-pakis ialah:

Paku-pakis
1) Hidup di kawasan lembap dan teduh
2) Mempunyai batang, daun berklorofil, dan akar serabut
3) Menghasilkan spora untuk pembiakan
4) Contoh: paku resam, paku gajah

Kulat
Ciri-ciri kulat ialah:

Kulat Tetupai

Cendawan
1) Hidup di kawasan lembap
2) Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar
3) Tidak berklorofil dan tidak boleh berfotosintesis
4) Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh: Yis, mukor, cendawan, kulat tetupai

You might also like