You are on page 1of 71

ASAS

PENGENALAN
SERANGGA
PEROSAK
UNIT ENTOMOLOGI
Seksyen Diagnostik dan Kepakaran
Perosak Tumbuhan,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian, Kuala Lumpur
OBJEKTIF

▪ Mengenal serangga perosak utama


tanaman
▪ Memahami ciri-ciri, tanda dan
simptom serangan perosak
▪ Melaksanakan khidmat diagnostik
serangga perosak dengan tepat
SERANGGA PEROSAK
Serangga Perosak bermaksud serangga
yang memberi kesan kerosakan kepada
sebahagian atau keseluruhan tanaman
hingga menyebabkan kematian atau
mengurangkan kualiti hasil tanaman.

Bukan semua serangga adalah perosak.


Terdapat juga serangga yang membantu
dalam pendebungaan ataupun mengawal
serangga perosak.
• Serangga adalah organisma hidup daripada
kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta,
yang mempunyai bilangan spesies
terbanyak.

• Kajian mengenai serangga dikenali sebagai


Entomologi.

• Serangga mendatangkan kecederaan


kepada tumbuhan melalui aktiviti
pemakanannya (feeding activity) KECUALI:
• Cicadas: menyebabkan kecederaan
kepada tumbuhan melalui ‘egg laying
behaviour’.
CIRI-CIRI UTAMA SERANGGA 5

• Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu


kepala, toraks dan abdomen.
CIRI-CIRI UTAMA SERANGGA 6

• Mempunyai 3 pasang kaki yang terdapat di


bahagian tubuh toraks
CIRI-CIRI UTAMA SERANGGA 7

• Rangka tubuh berkulit keras terdapat di


luar, yang disebut rangka luar (exoskeleton)
PEMERIKSAAN SERANGGA
PEROSAK
• Kenalpasti serangga perosak utama yang
biasanya menyerang tanaman atau produk
• Kenalpasti tanda / simptom serangan perosak
• Kenalpasti bahagian tanaman / sudut-sudut
kritikal yang biasanya perosak menyerang atau
boleh dijumpai
• Kenalpasti telur, larva, kepompong, nim serta
serangga dewasa
JENIS KECEDERAAN KEPADA 9

TUMBUHAN
• Kecederaan semulajadi tumbuhan
ditentukan melalui aktiviti pemakanan
• Struktur bahagian mulut serangga

MENGGIGIT & MENGHISAP MENYUCUK & MENGIKIS


MENGUNYAH MENGHISAP
TANDA DAN SIMPTOM
SERANGAN SERANGGA
BERDASARKAN ORDER
Serangga Perosak

Lepidoptera
Orthoptera

Isoptera

Diptera

Coleoptera Hemiptera
ORDER LEPIDOPTERA
LEPIDOPTERA

CONTOH SERANGGA CIRI KAEDAH


SERANGAN
Kupu –kupu • Kepak diliputi sisik yang • Larva - Mulut
Rama –rama tersusun bertindih- jenis
tindih yang bermacam menggigit-
Kupu-kupu Intan corak dan warna. mengunyah
(Plutella xylostella), Fall • Kepak hadapan lebih (perosak)
Army Worms besar daripada kepak • Dewasa - mulut
(Spodoptera frugiperda),
belakang. jenis menyedut
Ulat bungkus (Metisa
plana), Ulat Lipat Daun, (membantu
Pengorek Batang Kuning pendebungaan)
(Yellow Stemborer), Ulat • Tanda -
Layar, Kupu- kupu Bijirin, ▪ Tepi dan
Ulat Jantung Kobis, tengah daun
Pengorek Kulit Durian, berlubang
Pengorek Biji Durian< ▪ Daun berlipat
Ulat Pengorek Lenggai,
▪ Daun seperti
Ulat Jengkal, Ulat
Pengorek Buah Koko sarang (S.
frugiperda)
LEPIDOPTERA

DEWASA
PUPA
TELUR

LARVA
SERANGAN PENGOREK BATANG
KUNING (YELLOW STEMBORER)

Larva Dewasa Simptom Simptom


pucuk mati “bulu ayam”
• Larva memakan tisu pada bilah daun, kemudian mengorek
batang padi.
• Serangan yang teruk pada pangkal daun menyebabkan
daun mati, dipanggil “pucuk mati” dan serangan pada
tangkai buah menyebabkan ia kering dan dipanggil “bulu
ayam”.
SERANGAN ULAT BULU (HAIRY
CATERPILLAR)

Larva
Dewasa

• Bunga akan gugur


• Terdapat banyak butiran sisa buangan atau fras hitam
pada tempat yang diserang
• Permukaan kulit buah berparut
SERANGAN ULAT LIPAT DAUN

Larva Kesan serangan Dewasa


ulat lipat daun

• Larva biasanya menyerang pada peringkat awal pertumbuhan


padi sehinggalah padi berbuah.
• Larva memintal daun menjadi kelongsong dan memakan
permukaan tisu daun.
• Larva memakan lapisan epidermis daun meninggalkan lapisan
kutikal yang kelihatan berjalur-jalur dan bertompok tompok putih
SERANGAN ULAT LAYAR

Larva Kesan serangan Dewasa


Ulat Layar

• Larva makan pada permukaan daun yang lembut dan


meninggalkan lapisan lutsinar berwarna putih.
• Di bahagian daun yang dimakan kelihatan kutikal
berjalur atau bertompok putih.
• Larva yang matang, berada di dalam kelongsong akan
makan secara mengikis tisu daun.
SERANGAN ULAT PENGOREK -
FALL ARMY WORMS

Larva Dewasa
Serangan larva pada
tanaman jagung

Larva menyerang daun dan boleh merosakkan bunga


atau buah. Terdapat kesan lubang dan fras pada
bahagian tanaman yang diserang.
SERANGAN ULAT BUNGKUS

Metisa plana Walk Mahasena corbetti


Tanda terbakar
Daun berlubang pada daun

• Metisa plana – bungkusan dibuat daripada serpihan daun kecil


• Mahasena corbetti – bungkusan dibuat daripada serpihan daun
besar
• Ulat bungkus muda mencakar tisu sel daun
• Ulat bungkus tua menyebabkan lubang-lubang pada daun
• Serangan memberi tanda daun seperti terbakar
SERANGAN ULAT GULUNG
DAUN

• Larva bersembunyi
dalam daun, akan
keluar pada waktu
malam dan memakan
daun pisang.
• Daun kelihatan terkerat
dan bergulung di
sepanjang tulang daun
untuk membentuk
kelonsong.
SERANGAN ULAT GULUNG
DAUN
• Serangan serius, daun
hanya akan tinggal tulang
dan pertumbuhan
terbantut. Larva terdapat
di dalam daun yang
bergulung dengan debu
putih dan terdapat Serangan pada daun pisang
butiran sisa buangan
(frass) di sekitar
gulungan daun dan tanah.

• Daun bergulung akan


menjadi kering dan mati.
SERANGAN KUPU-KUPU
INTAN (ULAT PLUTELLA)

Larva Dewasa Tanda serangan pada


tanaman sawi

• Larva mengikis dan memakan bahagian epidermis,


daun kelihatan menjadi lutsinar dan berlubang-lubang
akhirnya tinggal rangka.
KUPU-KUPU BIJIRIN – GRAIN MOTH

Larva Dewasa Larva mengorek biji


jagung dan dorman
didalamnya

• Larva mengorek biji jagung sehingga membentuk


ruangan lutsinar.
• Larva yang ditinggalkan dalam keadaan dorman di
dalam biji jagung hingga ke fasa seterusnya (pupa).
SERANGAN ULAT JANTUNG KOBIS
Dewasa

Larva

Pupa

Tanda serangan pada kobis

• Lapisan daun dimakan sehingga nampak rangka atau


tulang daun.

• Boleh mengorek dan makan sehingga ke bahagian tengah


kobis.
SERANGAN PENGOREK KULIT BUAH
DURIAN (DURIAN FRUIT BORER)

Kerosakan pada
Larva Dewasa
kulit Durian

• Larva merosakkan bunga, putik dan kulit buah durian.


• Serangan lebih banyak berlaku apabila terdapat dua biji
buah bersentuhan. Keadaan ini memberi perlindungan
kepada serangga betina untuk bertelur.
• Bahagian yang diserang diliputi fras. Isi durian tidak
terjejas, tetapi merosakkan kualiti buah.
SERANGAN PENGOREK BIJI DURIAN

Larva Tanda serangan


Dewasa
pada isi buah durian
• Terdapat sisa buangan (fras) yang kasar dan basah di
permukaan buah.
• Larva merosakkan isi buah dengan cara mengorek hingga
ke biji.
• Buah yang diserang biasanya menjadi rosak dan gugur
pramatang.
ULAT PENGOREK LENGGAI
(LEGUME POD BORER):

Tanda kerosakan pada


lenggai kacang
Larva Dewasa

• Ulat mengorek dan memakan tisu dalam lenggai


menyebabkan lenggai berlubang.
• Lenggai yang diserang akan berlubang manakala
bunga akan gugur di mana terdapat kesan fras pada
bahagian serangan.
SERANGAN ULAT JENGKAL
(BLACK LOOPER)

Kesan serangan pada daun

Larva Dewasa

• Daun muda yang diserang akan kelihatan berlubang


dan sekiranya serangan teruk daun tua juga akan turut
diserang.
SERANGAN ULAT PENGOREK BUAH
KOKO (COCOA POD BORER)
• Larva akan mengorek masuk ke dalam
buah koko- kulit buah, empulur dan di
celah-celah biji koko.
• Terdapat lubang-lubang kecil pada
pemukaan kulit buah di bahagian larva
keluar. Buah koko akan menjadi masak ‘mottling’
muda dengan tompok-tompok kuning.

Pupa Conopomorpha
cramerella, di dalam
kepompong sutera, di
bahagian bawah daun

(larva dan dewasa)


SERANGAN ULAT PENGOREK BUAH
KOKO (COCOA POD BORER)
• Buah muda mempunyai tompokan kekuningan, buah masak
mempunyai tompokan kehijauan.
• Terdapat pupa pengorek buah pada daun kering, buah koko atau daun
hijau.
• Kotoran najis berwarna keperangan di dalam buah. Serangan yang
teruk menyebabkan biji-biji koko melekat, susah dileraikan atau
dikeluarkan.
• Pertumbuhan biji koko pada buah terbantut.

Tanda serangan Conopomorpha


cramerella pada biji koko Kerosakan dalaman oleh larva
HEMIPTERA
ORDER CONTOH CIRI KAEDAH
SERANGGA SERANGAN
HEMIPTERA Kepinding, Dikenali sebagai • Mulut jenis
Cenangau, pianggang menyucuk dan
Kesing, Mengeluarkan menghisap
Pianggang, bau busuk • Menyerang pada
Pepijat, Annona apabila diganggu daun, bunga,
Mealy Bugs, pucuk, ranting
Pepijat, dan buah
Lelompat Daun, • Tanda serangan:
Lalat Putih, Koya • - Kerinting daun
(Mealy Bugs),
Teritip (Scale • - Ranting/pucuk
Insects), Bena pokok layu dan
Hijau, Bena mati
Perang, Afid,
Riang-riang.
HEMIPTERA
SERANGAN LALAT PUTIH

Dewasa Lalat putih di bawah permukaan daun

• Kelihatan lingkaran putih pada permukaan daun.


• Pertumbuhan pokok terjejas, kesan serangga ini
menghisap cairan (sap) pada daun yang menyebabkan
pokok kehilangan nutrien dan air.
SERANGAN KOYA (MEALY BUGS)

Dewasa Serangan pada daun

• Koya menghisap cecair dari bahagian daun, akar dan buah


nanas. Ia juga sebagai vektor penyakit virus pada tanaman
nanas (Mealybug wilt-associated virus disease, virus
PMWaV-1 and PMWaV-2).
• Koya berkumpul di bahagian pangkal pokok di atas
permukaan tanah dan celah-celah daun yang terlindung.
SERANGAN BENA PERANG

Bena perang tidak Bena perang berkepak Kejadian `hopperburn’


berkepak

• Serangan menghisap cairan pokok dalam kuantiti yang banyak dan


mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati, simptom ini
dinamakan ‘hopperburn’.
• Serangan pada peringkat awal akan mengurangkan pembentukan anak
padi (tillers) dan membantutkan pertumbuhan pokok.
• Serangan pada peringkat pembentukan tangkai menyebabkan
terhasilnya padi yang tidak penuh.
KUTU PSYLLID DURIAN

Serangan
Dewasa
pada daun

• Psyllid menyerang pucuk dan daun muda.


• Larva dan dewasa menghisap cecair daun.
• Populasi tinggi menyebabkan serangan teruk - daun
menjadi kerinting, kering dan gugur.
SERANGAN AFID

Dewasa Kutu afid di bawah permukaan daun

• Afid dewasa dan nimfa menghisap cairan (sap)


daun menyebabkan daun kerinting dan
pertumbuhan pokok terbantut.
• Boleh menjadi vektor penyakit virus kepada
tanaman.
SERANGAN TERITIP- SCALE INSECTS

Teritip Serangan pada buah

• Teritip menghisap daun, buah dan tangkaI buah di pangkal pokok


dan di bawah daun. Bahagian yang diserang akan menyebabkan
bintik-bintik, klorisis atau kekuningan.
• Populasi yang banyak akan menyebabkan pokok terencat dan
kelihatan layu.
• Kebiasaanya menyerang di kawasan yang terlindung, teduh dan
tanaman padat.
SERANGAN KUTU BERUANG

Serangan kutu beruang-kering


Dewasa seperti terbakar

• Nimfa dan dewasa menghisap cecair terutama pada


pangkal pokok, pokok menjadi kering dan
merencatkan pembentukan buah padi.
• Serangan serius akan menyebabkan pokok menjadi
kering, sama seperti serangan bena perang.
SERANGAN LELOMPAT DAUN

Dewasa
Kesan serangan lelompat daun

• Kerosakan dilakukan oleh serangga dewasa dan nimfa dengan


menghisap cairan (sap) daripada permukaan bawah daun.
• Bintik-bintik pada urat daun kemudian klorosis dan nekrosis di
tengah, hujung dan sehingga ke sisi daun menyebabkan daun
menggerutu dan melengkung ke bawah.
ACARI - MITES

Kesan serangan mites


• Dewasa dan Nimfa bersembunyi di bawah daun.
• Menyerang bahagian bawah daun dengan cara menghisap cairan sap.
• Daun yang diserang kelihatan kotor, kekuningan dan terdapat bekas
tusukan.
• Periksa bahagian daun dengan kanta / mikroskop.
SERANGAN PIANGGANG

Dewasa Kesan serangan pianggang


pada buah padi

• Buah padi yang diserang pada peringkat awal merencat


pembentukan “susu” menyebabkan padi tidak berisi atau
separuh berisi.
• Padi menjadi kering dan hampa.
• Padi bertukar warna menjadi perang dan berbintik hitam.
SERANGAN KEPINDIMNG
NYAMUK

Dewasa
Kesan serangan pada daun
Kesan serangan pada buah

• Perosak menyerang pucuk, daun muda dan buah. Kepinding


dewasa dan nim menghisap cairan sel terutama pada urat
daun, tangkai daun dan putik buah.
• Terbentuk tompok-tompok berair, daun kemudiannya kering
dan mati
• Daun muda gugur awal, pucuk mengalami mati rosot dan
pertumbuhan terjejas.
ORTHOPTERA
ORDER CONTOH CIRI KAEDAH
SERANGGA SERANGAN
ORTHOPTERA • Belalang • Satu pasang kepak • Menggigit
• Lipas • Kepak depan lebih dan
• Cengkerik lebar dan terlipat di mengunyah
bawah kepak
hadapan. • Tepi dan
• Sayap belakang tengah daun
nipis berupa berlubang
selaput.
• Sayap sebagai
penggerak pada
waktu terbang.
• Betina mempunyai
ovipositor pendek
dan dapat
digunakan untuk
meletakkan telur.
ORTHOPTERA
45
SERANGAN BELALANG

Serangan pada daun

• Rice grasshopper - Memakan daun padi muda dan lembut menyebabkan


kerosakan daun, dan kadang-kadang mempengaruhi pertumbuhan
batang pokok padi
• Belalang sesungut panjang - Kerosakan pada daun dan tangkai
terutamanya peringkat susu
• Belalang Kunyit - Menyerang daun pokok sawit muda menyebabkan daun
rosak dan berlubang
• Belalang Daun - Menghisap sel daun menyebabkan bahagian atas daun
menjadi seperti hangus dan mereput
SERANGAN CENGKERIK

• Menyerang dengan cara


menggigit dan mengunyah
daun terutama anak benih
baru tumbuh
• Juga menggigit akar dan
menyebabkan anak benih
baru bercambah bantut

Serangan pada daun


DIPTERA
ORDER CONTOH CIRI KAEDAH
SERANGGA SERANGAN
DIPTERA • Lalat buah • Memiliki satu pasang • Menyerang
• Lalat kepak dengan cara
• Pengorek • Kepak depan lebih menyucuk dan
batang padi lebar dan terlipat di menghisap
• Hama padi bawah kepak • Buah
• Pelombong hadapan. berlubang
daun (Leaf • Sayap belakang nipis
miner) berupa selaput.
• Sayap digunakan
sebagai penggerak
pada waktu terbang.
• Haiwan betina
mempunyai ovipositor
pendek dan dapat
digunakan untuk
meletakkan telur.
DIPTERA
SERANGAN PELOMBONG DAUN

Larva Dewasa Kesan Serangan

• Larva merosakkan daun secara melombong bahagian


dalam epidermis daun.
• Lingkaran lombong pada permukaan atas daun.
Serangan yang teruk menyebabkan daun menjadi
kering.
SERANGAN LALAT BUAH

Dewasa Kesan serangan larva

• Larva akan mengorek buah serta merosakannya. Kelihatan


tanda tusukan pada permukaan buah.
• Buah yang diserang jadi busuk, reput dan gugur.
• Serangan terdapat pada buah matang dan hampir masak.
LALAT BUAH

Larva lalat buah


ORDER
COLEOPTERA
COLEOPTERA
CONTOH CIRI KAEDAH SERANGAN
SERANGGA
• Kumbang Tanduk, • Dua pasang kepak, • Menggigit dan
• Kumbang kepak hadapan mengunyah
Pengorek Buah menebal dipanggil
Mangga, elytron digunakan • Kumbang dewasa
• Pengorek Umbisi sebagai perisai, mengorek pucuk
Pisang, • Kepak belakang seperti dan memakan
• Kumbang membran digunakan tisu-tisu lembut
Pemakan Daun, untuk terbang. kelapa.
• Kumbang Jalur • Antena pelbagai bentuk
Merah (Red Palm • Kepak (serangga • Kumbang dewasa
Weevil), dewasa) berbentuk bertelur dalam
• Kumbang Kura- garisan lurus semasa di batang kelapa
kura (Ladybird), dalam keadaan rehat. yang reput.
• Kumbang Bijirin,
• Kumbang • Larva akan hidup
Belangkas, dalam batang ini
• Kumbang Labu sehingga menjadi
pupa
54

COLEOPTERA
SERANGAN KUMBANG TANDUK

Serangan pada dahan kelapa Dewasa

• Kumbang dewasa mengorek pucuk dan memakan tisu-tisu


lembut kelapa
• Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput,
Larva akan hidup dalam bahan ini sehingga menjadi pupa
• Hasil serangan yang jelas daun terpotong seperti segitiga atau
berbentuk kipas
SERANGAN KUMBANG
KURA-KURA (LADYBIRD)

Dewasa Serangan pada daun

• Larva dan kumbang dewasa merosakkan daun dengan


mengikis dan memakan bahagian atas epidermis
sehingga menjadi lutsinar
SERANGAN KUMBANG MERAH
PALMA (RED PALM WEEVIL)

Dewasa Pokok kelapa diserang R. ferrugineus

• Dewasa (betina) bertelur di bahagian luka yang disebabkan oleh


serangan kumbang tanduk, aktiviti manusia atau lain-lain faktor.
• Larva memakan pucuk sehingga menyebabkan pokok mati.
• Pucuk yang diserang menjadi reput.
• Pokok yang diserang kebiasaannya akan patah dibahagian crown/pucuk
dan meninggalkan batang sahaja.
• Keseluruhan kitaran hidup kumbang RPW berada di dalam pokok dan
akan keluar untuk mencari tempat untuk membiak setelah pokok mati.
SERANGAN KUMBANG BIJIRIN

Dewasa Kumbang dewasa yang


Pupa
telah menetas dari kernel
jagung

• Larva menyerang pada kernel jagung.


• Larva akhirnya dorman di dalam kernel tersebut dan
menjadikan kernel jagung sebagai sumber makanan
sebelum menetas menjadi dewasa.
SERANGAN BRONTISPA

Tanda serangan Brontispa longissima

• Dewasa dan larva memakan permukaan daun


menyebabkan daun-daun bergulung
• Terdapat tompok-tompok bekas makan di atas daun
• Serangan pada anak benih menyebabkan pokok terbantut
SERANGAN KUMBANG
LENTING (FLEA BEETLE)

• Selepas telur menetas, larva bergerak ke bahagian akar tanaman


• Larva ini makan akar tanaman dan ada kalanya mengorek daun
dan batang
• Akibatnya permukaan daun berlubang-lubang halus. Jika
serangan berlaku pada peringkat awal, anak benih akan mati
SERANGAN KUMBANG
PEMAKAN DAUN

Dewasa
Serangan pada daun

• Kumbang memakan daun muda menjadikan ia berlubang-lubang


• Serangan yang serius menyebabkan pokok menjadi tidak sihat
terutamanya bagi pokok yang masih kecil
SERANGAN KUMBANG LABU

Dewasa Kesan serangan pada daun

• Mengerat dan memakan daun dalam bentuk bulatan


sehingga lubang menjadi besar
• Bahagian akar akan dijangkiti kulat apabila diserang
oleh larva yang hidup di sekitar akar tanaman
SERANGAN KUMBANG
BELANGKAS

Serangan pada daun

• Kumbang mengunyah tepi daun hingga ke bahagian


tengah daun dan menjadikan tepi daun bergerigi
• Sisa fras hitam dan kasar banyak terdapat di bahagian
serangan dan di atas tanah
SERANGAN KUMBANG
PENGOREK BUAH MANGGA

• Serangan bermula
ketika buah di peringkat
putik sehingga buah
masak.

Larva
• Kumbang betina bertelur
di permukaan kulit buah.
Larva yang menetas
mengorek masuk dan
memakan isi buah.
Dewasa
SERANGAN KUMBANG
PENGOREK BUAH MANGGA
• Lubang ini akan tertutup
apabila buah semakin
membesar
• Kesan serangan ke atas buah
secara visual tidak dapat
dikesan di luar kulit buah
kecuali setelah buah itu
dipotong
• Kesannya jelas dilihat pada isi
buah, terdapat najis kumbang
dan kumbang dewasa, pupa
atau larva di dalam buah
tersebut
SERANGAN KUMBANG
PENGERAT DAUN MANGGA

Dewasa
Serangan pada daun

• Menyerang tanaman manga pada peringkat berpucuk


• Memotong daun muda seperti digunting
• Kumbang betina bertelur pada daun muda dan memotong
bahagian daun yang mengandungi telur supaya jatuh ke
tanah, telur menetas dan kepompong terjadi di dalam tanah
• Serangan teruk akan menyebabkan daun kering
SERANGAN PENGOREK
BATANG PISANG

Larva

Dewasa Serangan pada batang pisang

• Larva menyerang dengan memakan tisu bahagian tengah


batang, membentuk alur-alur panjang kesan dimakan larva
berwarna coklat dan daun menjadi kuning
• Serangan serius menyebabkan batang mudah patah di
bahagian tengah
ISOPTERA

ORDER CONTOH CIRI KAEDAH SERANGAN


SERANGGA
ISOPTERA Anai-anai Anai-anai adalah Menyerang dengan
serangga yang cara mengorek
tinggal di dalam akar dan batang
koloni yang pokok
terdiri daripada
ratu, pekerja dan Dahan, ranting
tentera akhirnya kering
dan mati
ISOPTERA
SERANGAN ANAI-ANAI

Serangan pada akar Serangan pada batang

Sarang anai-anai

• Perosak akan mengorek dan memakan tisu akar dan


batang pokok
TERIMA
KASIH
SEKSYEN DIAGNOSTIK & KEPAKARAN PEROSAK TUMBUHAN
BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN
JABATAN PERTANIAN,
JALAN GALLAGHER, KUALA LUMPUR
UNIT ENTOMOLOGI : 03-26977136

You might also like