You are on page 1of 11

1.

3 Pengelasan Organisma
1.3.1 Sejarah dan pengelasan Binomial Linnaeus
Saintis mengelaskan organisma mengikut ciri-ciri yang dikongsikan
bersama. Contohnya, organisma yang bergerak dan memakan organisma
lain dikelaskan sebagai haiwan, manakala organisma yang tidak bergerak
dan berwarna hijau sebagai tumbuhan.
Hierarki Dalam Pengelasan Organisma

Organisma boleh dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dipannggil alam. Lima alam
ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae, dan Animalia
CIRI - CIRI
ALAM
• Organisma sel
• Tiada membran nuklues
MONERA • Tiada membran organel
• Mempunyai dinding sel
• Contoh : Bakteria

• Organisma unisel
• Mempunyai membran nukleus
PROTISTA • Mempunyai membran organel yang ringkas
• Contoh :Protozoa dan alga

• Tiada kloroplas
• Dinding sel daripada kitin
FUNGI • Menghasilkan spora
• Contoh : Cendawan dan yis
ALAM CIRI - CIRI

• Organisma multisel
• Mempunyai kloroplas
PLANTAE • Dinding sel daripada selulosa
• Menghasilkan spora
• Contoh : Paku pakis dan tumbuhan berbunga

• Organisma multisel
• Tiada dinding sel
ANIMALIA • Mampu bergerak
• Contoh : Cacing , ikan dan burung

Jadual 1.2 Ciri – ciri bagi lima alam organisma


Kesemua lima alam ini mempunyai pelbagai organisma di dalamnya.
Setiap alam dibahagikan kepada kumpulan yang kecil, iaitu Filum.
Organisma dalam Filum mempunyai ciri-ciri yang sepunya. Filum
boleh dibahagikan kepada Kelas. Setiap Kelas dibahagikan kepada
Order. Setiap Order dibahagikan kepada Famili, setiap Famili
dibahagikan kepada Genus, dan Genus dibahagikan kepada spesies.
Hierarki bagi pengelas organisma ini ditunjukkan dalam Rajah 1.13.
Alam

Filum

Kelas

Order

Famili

Genus

Spesies

Rajah 1.13 Hierarki pengelasan organisma


HAIWAN TAKSONOMI TUMBUHAN

Animalia Alam Plantae

Anelida Filum Angiospermaphyta

Oligochitae Kelas Dicotyledoneae

Terricolae Order Malvales

Lumbricidae Famili Malvaceae

Lumbricus Genus Hibiscus

terrestris Spesies rosa-sinensis

Cacing tanah Nama biasa Bunga raya

Jadual 1.3 Contoh hierarki pengelasan organisma


SEJARAH PENGELASAN BINOMIAL LINNAEUS

Aristotle ialah seorang ahli sains Greek memulakan pengelasan binomial


dengan mengelaskan organisma berdasarkan ciri-ciri yang sama.

John Ray pula memperkenalkan konsep spesies.

Carl Linnaeus memperkenalkan tatanama binomial moden yang dikenali


sebagai Sistem Pengelasan Binomial Linnaeus. Beliau dikenali sebagai Bapa
Taksonomi Moden dan perintis ilmu ekologi moden.
Berdasarkan Sistem Pengelasan Binomial Linnaeus, nama saintifik
bagi organisma mempunya dua bahagian. Bahagian pertama ialah
nama umum dan bahagian kedua ialah nama yang lebih terperinci, iaitu
nama spesies. Dalam penulisan nama saintifik, nama umum perlu
dimulakan dengan huruf besar dan bagi nama spesies pula huruf kecil.
Nama saintifik ini adalah dari Bahasa Latin, dan perkataannya dicetak
secara condong dan jika ditulis, perlu digarisi.
Jadual 1.4 Contoh nama saintifik organisma

Nama
Nama biasa Genus Spesies
saintifik

Zea mays Zea mays


Jagung
Padi Oryza sativa Oryza sativa

Siantan Ixora sunkist Ixora sunkist

Bunga raya Hibiscus rosa-sinensis Hibiscus rosa-sinensis

Lalat Musca domestica Musca domestica

Ular sawa Pytho currus Pytho currus

Manusia Homo sapiens Homo sapiens

You might also like