You are on page 1of 59

NOTA MINI

SAINS
TINGKATAN 2

SILIBUS

KSSM
BAB KANDUNGAN
1 BIODIVERSITI

2 EKOSISTEM
3 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR
4 SEBATIAN KARBON
5 GERAKAN
6 TEKNOLOGI MAKANAN DAN PENGHASILAN
MAKANAN
7 BAHAN SINTETIK DALAM INDUSTRI
8 ELEKTRONIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

BUKU INI MILIK


___________________________________
BAB 1 : BIODIVERSITI

Biodiversiti – Kepelbagaian organisma, mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan


yang disebabkan oleh perbezaan habitat dan cuaca

Sumber makanan
Haiwan dan tumbuhan membekalkan sumber
makanan

Keseimbangan alam
Menyeimbangkan alam dan kitar nutrien

Tempat rekreasi
KEPENTINGAN Kawasan kaya biodiversiti dijadikan tempat riadah
BIODIVERSITI
Perubatan
Tumbuhan herba digunakan dalam pembuatan
ubat

Bahan mentah industri


Hasil hutan digunakan untuk membuat perabot

Pendidikan
Penyelidikan saintifik digunakan untuk mencipta
teknologi terkini

GLOSARI SAINS
Endemik
PENGURUSAN BIODIVERSITI
SECARA BERKESAN Spesies yang hidup
berkelompok di habitat
Mengharamkan pembunuhan atau terbatas di sesebuah lokasi
pemerdagangan haiwan dan tumbuhan tertentu
yang endemik dan terancam
Mewujudkan taman negara, hutan
simpan dan santuari hidupan liar
Mengadakan program semaian anak benih
untuk membantu penghutanan semula
PENGELASAN ORGANISMA

INVERTEBRATA – Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang

VERTEBRATA – Haiwan yang mempunyai tulang belakang

IKAN
Poikiloterma (berdarah sejuk)
Mempunyai sisik keras berlendir
Mempunyai sirip dan ekor
Bernafas melalui insang
Bertelur
Melakukan persenyawaan luar
AMFIBIA
Poikiloterma (berdarah
sejuk) Boleh hidup di darat
dan air Berkulit lembap
Bernafas melalui insang , peparu dan
kulit lembap
Telur berlendir dan tidak bercangkerang
Persenyawaan luar

REPTILIA
Poikiloterma (berdarah sejuk)
Telur bercangkerang
Bernafas melalui peparu
Bersisik dan berkulit keras
Persenyawaan dalam

MAMALIA
Homoioterma (berdarah panas)
Badan dilitupi bulu dan rambut
Bernafas melalui peparu
Melahirkan dan menyusukan anak
Persenyawaan dalam

BURUNG
Homoioterma (berdarah panas)
Badan dilitupi bulu pelepah
Bernafas melalui peparu
Mempunyai sayap atau kepak
Kaki bersisik
Telur bercangkerang keras
Persenyawaan dalam

GLOSARI SAINS

Kekunci dikotomi
Kaedah untuk mengelaskan organisma secara sistematik berdasarkan
persamaan dan perbezaan
PENGELASAN TUMBUHAN

TUMBUHAN TIDAK TUMBUHAN BERBUNGA


BERBUNGA
Menghasilkan bunga yang akan menjadi buah dan
Lumut mempunyai biji
Membiak dengan
menghasilkan spora Mempunyai kotiledon sebagai makanan
Bukan vaskular simpanan untuk biji benih bercambah
Paku pakis
Membiak dengan
menghasilkan spora
Vaskular
Konifer
Membiak dengan
menghasilkan kon
Vaskular

GLOSARI SAINS

Tumbuhan bukan vaskular


Tumbuhan yang ringkas dan kecil tanpa sistem vaskular
Tumbuhan vaskular
Tumbuhan yang mempunyai xilem dan floem untuk mengangkut air
dan makanan
BAB 2 : EKOSISTEM

PENGELUAR, PENGGUNA DAN PENGURAI

Pengeluar Pengguna primer


Organisma yang boleh membuat makanan Haiwan yang MEMAKAN
sendiri (autotrof) PENGELUAR

Pengguna
Pengguna sekunder
Organisma yang memakan organisma lain
Haiwan yang MAKAN
PENGGUNA PRIMER
Pengurai
Organisma yang menguraikan haiwan dan
tumbuhan mati kepada bahan lebih Pengguna tertier
ringkas (saprofitisme) Haiwan yang MAKAN
PENGGUNA SEKUNDER

RANTAI MAKANAN SIRATAN MAKANAN

Digunakan untuk menunjukkan Gabungan beberapa rantai makanan


hubungan pemakanan antara
organisma

Tenaga dipindahkan dari satu organisma


kepada organisma lain

Tenaga hilang dalam bentuk


Pergerakan
Respirasi
Tenaga haba
Tenaga kimia dalam makanan tidak tercerna
KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM

KITAR AIR

- Air diserap oleh akar tumbuhan dan dibebaskan melalui transpirasi


dapat meningkatkan kandungan wap air dalam udara
- Akar tumbuhan mencengkam tanah dan mengelakkan hakisan tanah
- Daun pokok yang gugur menutupi permukaan tanah dapat
mengurangkan kadar penyejatan dan mengelakkan tanah menjadi kering

KITAR KARBON DAN KITAR OKSIGEN


- Tumbuhan dan haiwan berespirasi menggunakan O2 dan membebaskan CO2
- Tumbuhan dan haiwan mati duraikan oleh bakteria dan kulat
menggunakan O2 dan membebask CO2
- Tumbuhan hijau menjalankan fotosintesis dan mengekalkan kandungan
O2 dan CO2
AKTIVITI YANG LANGKAH MENYELESAIKAN
MENGGANGGU KITAR GANGGUAN KITAR NUTRIEN
NUTRIEN
Sistem pertanian terancang
Penebangan hutan tidak Menggunakan kenderaan
terkawal awam Menanam semula pokok
Pembakaran bahan api fosil Memperketat undang-undang
Penggunaan sumber air Menyimpan air hujan untuk
semulajadi kegunaan harian

INTERAKSI ANTARA ORGANISMA

HABITAT

Persekitaran atau tempat tinggal sesuatu


organisma

SPESIES

Sekumpulan organisma mempunyai


ciri serupa, saling membiak dan
menghasilkan anak

POPULASI

Sekumpulan organisma sama spesies


dan hidup di habitat yang sama

KOMUNITI

Beberapa populasi berbeza hidup


bersama dalam satu habitat dan
saling berinteraksi satu sama lain

EKOSISTEM

Beberapa komuniti tinggal bersama


dalam satu habitat, berinteraksi satu
sama lain dan komponen bukan hidup
INTERAKSI ANTARA ORGANISMA

SIMBIOSIS

Berlaku apabila dua atau lebih organisma berlainan spesies, hidup bersama
dan berinteraksi satu sama lain

MUTUALISME
Interaksi memberi manfaat kepada
kedua-dua jenis organisma
Contoh : Burung tiung dan kerbau

KOMENSALISME
Interaksi memberi manfaat kepada
satu organisma sahaja tanpa
memudaratkan atau menguntungkan
organisma satu lagi
Contoh : Ikan remora dan ikan jerung

PARASITISME
Inteaksi menguntungkan satu
organisma sahaja dan
memudaratkan organisma satu lagi
Contoh : Kutu dan manusia

MANGSA-PEMANGSA
Satu organisma yang makan
organisma lain
Mangsa : Organisma yang dimakan
oleh pemangsa
Pemangsa : Organisma yang
memakan mangsa

PERSAINGAN
Berlaku apabila organisma dalam satu
habitat bersaing mendapatkan
keperluan asas yang terhad
KAWALAN BIOLOGI

Kaedah yang menggunakan organisma (pemangsa semula jadi)


untuk mengurangkan bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan

KELEBIHAN KEKURANGAN
Lebih mesra alam Mengambil masa lama untuk
Lebih murah menunjukkan kesan
Tidak menjejaskan Keseimbangan ekosistem terganggu
kesihatan manusia kerana spesies baharu diperkenal

CONTOH KAWALAN BIOLOGI

Burung hantu mengawal populasi tikus


Ikan gapi pemangsa jentik-jentik
Kumbang kura-kura makan afid
Itik makan siput dan serangga di sawah padi

FAKTOR MEMPENGARUHI SAIZ POPULASI DALAM EKOSISTEM

SERANGAN PENYAKIT KEHADIRAN PEMANGSA


Populasi haiwan dan tumbuhan Semakin BERTAMBAH SAIZ
MENURUN apabila diserang POPULASI PEMANGSA semakin
wabak penyakit BERKURANG SAIZ POPULASI
MANGSA

PERUBAHAN CUACA SUMBER MAKANAN


Bencana alam menyebabkan Semakin BERKURANG
POPULASI HAIWAN SUMBER MAKANAN semakin
MENURUN BERKURANG POPULASI
HAIWAN
BAB 3 : NUTRISI

KELAS PENERANGAN
MAKANAN
KARBOHIDRAT Membekalkan tenaga yang banyak
Contoh : Nasi, roti, i- Kanji : Makanan simpanan dalam tumbuhan
pisang, kentang ii- Glikogen : Makanan simpanan dalam haiwan
iii- Selulosa : Membentuk dinding sel tumbuhan
PROTEIN Dicerna kepada unit asasnya iaitu asid amino
Contoh : Ayam, Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
ikan, kekacang, badan yang rosak dan menggantikan sel yang telah
telur mati
Mensintesis enzim, hormon dan antibodi
LEMAK Terbentuk daripada gliserol dan asid lemak
Contoh : Mentega, Memberi tenaga dua kali ganda daripada karbohidrat
minyak kelapa Melindungi organ badan, pengangkut vitamin ADEK
(vit larut lemak) dan mengawal suhu badan
VITAMIN Diperlukan oleh badan dalam kuantiti sedikit
Contoh : Vitamin Mengekalkan kesihatan badan
B dan C (larut air),
Vitamin ADEK
(larut lemak)
PELAWAS Bahan yang tidak dapat diuraikan oleh sistem
Contoh : Sayuran, pencernaan
Buah-buahan Merangsangperistalsisdenganmemudahkan
pergerakan makanan di dalam sistem pencernaan
Mengelakkan sembelit
MINERAL Diperlukan dalam kuantiti kecil oleh badan
Contoh : Garam, Mengawal atur proses badan bagi mengekalkan
makanan laut kesihatan

AIR Pelarut bahan kimia dan medium pengangkutan


Contoh : Jus nutrien dan oksigen ke dalam sel
buahan, tembikai Mengawal atur suhu badan melalui penyejatan peluh
JENIS-JENIS VITAMIN

VITAMIN SUMBER KEPENTINGAN KESAN


KEKURANGAN
B Yis, hati, telur Memelihara fungsi sistem Beri-beri
saraf Anemia
Pembentukan sel darah
merah
C Buah-buahan, Melawan jangkitan Skurvi (gusi
sayur-sayuran penyakit berdarah)
Memelihara kesihatan gusi
dan mulut
A Susu, kuning Membantu penglihatan Rabun malam
telur, minyak waktu malam Penyakit kulit
ikan Memelihara kesihatan kulit
D Mentega, Membantu penyerapan Riket
telur, minyak kalsium Sakit gigi
ikan, cahaya Menguatkan gigi
matahari Memelihara kesihatan kulit
E Bijirin, Memelihara fungsi sistem Kemandulan
sayuran hijau pembiakan Keguguran fetus
K Susu, kuning Mempercepatkan proses Darah lambat
telur, minyak pembekuan darah membeku\
ikan

JENIS-JENIS MINERAL

MINERAL SUMBER KEPENTINGAN KESAN


KEKURANGAN
Kalsium Susu, ikan Membantu pembekuan darah Riket
bilis, udang Menguatkan tulang dan gigi Osteoporosis
Natrium Garam, Memelihara fungsi sistem Kekejangan otot
daging, telur saraf
Besi Hati, daging Membina hemoglobin dalam Anemia
darah
Iodin Makanan Membantu fungsi kelenjar Goiter
laut tiroid
Fosforus Keju, Membentuk asid nukleik Gigi rapuh
daging, telur dalam DNA dan RNA Riket
UJIAN MAKANAN

UJIAN MAKANAN KEHADIRAN KEPUTUSAN


KELAS UJIAN
MAKANAN
Ujian Iodin Kanji Larutan kanji
(Karbohidrat) bertukar biru gelap

Ujian Benedict (gula penurun) Glukosa Mendakan merah


(Karbohidrat) bata terhasil

Ujian Millon Protein Mendakan merah


bata terhasil

Ujian emulsi Lemak Larutan bersusu


terbentuk
GIZI SEIMBANG

Pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh


tubuh badan dalam kuantiti yang betul

Berlainan bagi setiap individu


Mengandungi kesemua 7 kelas makanan

NILAI KALORI MAKANAN


Definisi = Jumlah tenaga yang
dibebaskan apabila satu gram
makanan dibakar
dengan lengkap
Unit : kJ/g atau kcal/g
1 kalori (cal) = 4.2joule (J)
1 kilokalori (kcal) = 4.2
kilojoule (kJ)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERLUAN KALORI

FAKTOR YANG PENERANGAN


MEMPENGARUHI
SAIZ BADAN Orang yang bersaiz besar memerlukan tenaga yang lebih
banyak kerana kadar metabolisma yang lebih tinggi
UMUR Kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih tenaga
kerana
Pertumbuhan badan
Kadar metabolisme
PEKERJAAN Seseorang yang bekerja lebih berat memerlukan tenaga
yang lebih berat
JANTINA Lelaki memerlukan lebih tenaga kerana
Saiz dan berat yan lebih besar
Lebih aktif
KEADAAN Pesakit memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk
KESIHATAN melawan penyakit
IKLIM Orang yang tinggal di negara sejuk memerlukan lebih
banyak tenaga kerana kehilangan haba
PENCERNAAN
Proses memecahkan molekul makanan bersaiz besar menjadi molekul-molekul
makanan bersaiz kecil supaya mudah diserap badan
Bermula di mulut dan berakhir di dubur
Terdiri daripada pencernaan fizikal dan pencernaan kimia
Dibantu oleh enzim ( sejenis protein yang mempercepat proses penguraian
makanan dalam salur pencernaan)

PENCERNAAN FIZIKAL PENCERNAAN KIMIA


Proses pemecahan makanan yang Proses penguraian makanan daripada
dimakan kepada cebisan kecil di dalam molekul kompleks kepada molekul
mulut dengan bantuan gigi, lidah dan ringkas dengan bantuan enzim
air liur tanpa bantuan enzim
Melibatkan peristalsis Tidak melibatkan peristalsis

Berlaku di dalam mulut sahaja Berlaku di dalam mulut, perut,


duodenum dan usus
Tidak melibatkan enzim Melibatkan bantuan enzim
PENYERAPAN DAN PENGANGKUTAN HASIL PENCERNAAN

Makanan tercerna diserap vilus, unjuran kecil meliputi


permukaan dalam usus kecil

Proses penyerapan makanan tercerna ke dalam salur darah


berlaku melalui proses resapan

Nutrien yang diserap dihantar ke hati dan diikuti jantung

Nutrien bersaiz kecil menembusi dinding


usus kecil dan dibawa oleh darah ke sel-sel
Makanan yang tidak bersaiz besar tidak dapat
menembusi dinding usus kecil

FAKTOR PENINGKATAN
KADAR PENYERAPAN
HASIL PENCERNAAN

Permukaan usus kecil yang berlipat


menambahkan luas permukaan dan
meningkatkan kadar penyerapan
hasil pencernaan
Dinding vilus sangat nipis, setebal
satu sel sahaja dapat
meningkatkan kadar penyerapan
Salur darah yang banyak pada vilus
membantu mengangkut nutrien ke
seluruh bahagian badan

MUDAH INGAT!

Bayangkan vilus ibarat


pengelap kaki yang gebu dan
mempunyai banyak unjuran
PROSES ASIMILASI
Proses pengagihan hasil akhir pencernaan bagi kegunaan sel-sel badan

SISTEM PENCERNAAN
Memecahkan partikel makanan yang besar kepada molekul kecil supaya boleh diserap oleh
vilus

SISTEM PEREDARAN DARAH


Mengangkut molekul kecil dan ringkas ke sel-sel badan

ASIMILASI
Agihan hasil akhir untuk pembentukan sel baharu, respirasi dan pengawalan suhu badan

PENYAHTINJAAN
Proses penyingkiran tinja daripada badan
Air, vitamin dan mineral terlarut diserap di usus besar
Makanan tak tercerna disimpan di dalam rektum sebelum disingkirkan
melalui dubur
BAB 4 : KESIHATAN MANUSIA

PENYAKIT
Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan kepada
seseorang individu

PENYAKIT BERJANGKIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Disebabkan jangkitan daripada Berlaku disebabkan faktor genetik
patogen secara langsung atau atau gaya hidup
melalui medium atau vektor
Boleh berpindah daripada satu Tidak berpindah daripada satu
individu kepada individu lain individu kepada individu lain
Contoh : Selsema, demam denggi, Contoh : Kanser, asma, penyakit
panau, kencing tikus jantung

Patogen = Organisma yang menyebabkan penyakit


Vektor = Haiwan yang memindahkan patogen kepada pesakit

CARA PENYAKIT PENERANGAN


BERJANGKIT
DISEBARKAN
JANGKITAN Percikan titisan air yang mengandungi patogen melalui
BAWAAN UDARA bersin, batuk, bercakap
Bakteria di dalam air ludah pesakit yang sudah kering
akan membentuk spora dan disebarkan bersama habuk
oleh angin
JANGKITAN Berlaku di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air
BAWAAN AIR terawat dan sistem sanitasi sempurna
Pesakit meminum air sungai tersebut tanpa dirawat
JANGKITAN Berlaku disebabkan akibat berkongsi pakaian pesakit
MELALUI (kurap dan panau)
SENTUHAN Berjangkit melalui hubungan seks ( sifilis dan gonorea)
Berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dalam
kalangan pesakit (AIDS)
JANGKITAN Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk dan
MELALUI VEKTOR meminum atau makan makanan dan air yang tercemar
Penyakit dibawa oleh haiwan yang memindahkan
patogen kepada pesakit (lalat, nyamuk, tikus)
MEKANISME MENGHALANG PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

PERINGKAT PERINGKAT SEKUNDER PERINGKAT


PRIMER TERTIER
Meningkatkan tahap Memutuskan transmisi Mengawal populasi
kesihatan dengan jangkitan melalui vektor
menjaga kebersihan pengesanan kes secara - Memusnahkan
diri aktif dan pasif tempat pembiakan
Meningkatkan daya - Mengasingkan pesakit vektor
tahan badan dengan dengan orang lain Melindungi hos
mengambil vaksin - Memberi rawatan awal - Menggunakan
atau imunisasi kepada pesakit kelambu atau ubat
Membuat nyamuk
pemeriksaan
kesihatan berkala
Mengamalkan gaya
hidup sihat

IMUNISASI
Usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif pada bayi, kanak-kanak dan
dewasa terhadap penyakit tertentu dengan memasukkan vaksin

KEIMUNAN
Keupayaan sistem badan melawan sesuatu patogen sebelum badan
dijangkiti sesuatu patogen

Punca sistem keimunan menjadi Amalan yang menguatkan sistem


lemah imunisasi badan
Terdedah kepada pencemaran Mendapat rehat dan tidur yang
udara mencukupi
Terdedah kepada pestisid Melakukan pemeriksaan
Mengalami tekanan perasaan kesihatan secara berkala
MEKANISME PERTAHANAN BADAN

BARISAN PERTAHANAN KULIT


PERTAMA Terdiri daripada lapisan yang liat dan sukar
( Menghalang patogen ditembusi oleh mikroorganisma
daripada memasuki badan) Mikroorganisma hanya dapat menembusi kulit
jika ada kecederaan
Peluh dan sebum mengandungi bahan kimia
yang boleh memusnahkan mikroorganisma

MEMBRAN MUKUS
Membran yang melapisi salur pencernaan dan
salur pernafasan
Mikroorganisma ditapis oleh bulu hidunng dan
diperangkap oleh mukus di dalam rongga hidung
Lilin di dalam telinga, air mata dan lendir faraj
boleh memusnahkan mikroorganisma
BARISAN PERTAHANAN OPERASI FAGOSITOSIS
KEDUA Sel darah putih menelan dan mencerna patogen
(Melawan patogen melalui menggunakan enzim
fagositosis)

BARISAN PERTAHANAN SISTEM KEIMUNANAN BADAN


KETIGA Melibatkan penghasilan antibodi apabila
(Melawan patogen melalui terdapat patogen memasuki badan
penghasilan antibodi)
ANTIBODI
Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih ke
dalam aliran darah sebagai gerak balas terhadap
antigen

ANTIGEN
Jasad asing yang bukan daripada badan sendiri
yang merangsang penghasilan antibodi. Terdapat
pada patogen, molekul toksin dan sel darah daripada
kumpulan darah yang lain
KEIMUNAN PASIF – Badan memperoleh antibodi daripada sumber luar

KEIMUNAN PASIF SEMULA JADI

Bayi memperoleh antibodi


daripada ibunya melalui
susu ibu atau plasenta
Keimunan adalah sementara dan
singkat kepada bayi, dalam
tempoh beberapa bulan pertama

KEIMUNAN PASIF BUATAN

Antiserum disuntik ke dalam


badan pesakit
Antiserum melawan patogen
penyakit tanpa mengganggu
sistem keimunan pesakit
Keimunan adalah segera dan
sementara
KEIMUNAN AKTIF – Badan menghasilkan antibodi sendiri apabila
dirangsang oleh antigen

KEIMUNAN AKTIF SEMULA JADI

Terhasil lepas pesakit sembuh


daripada serangan penyakit
Keimunan berpanjangan
selepas jangkitan
Contoh :- Penyakit cacar air

KEIMUNAN AKTIF BUATAN

KEIMUNAN AKTIF BUATAN

Terhasil apabila vaksin yang


mengandungi patogen mati atau
lemah dimasukkan ke dalam badan
Sistem keimunan bergerak balas
dengan vaksin dan
menghasilkan antibodi
Keimunan berpanjangan selepas
jangkitan
BAB 5 : AIR DAN LARUTAN

SIFAT FIZIK AIR


Wujud dalam keadaan gas, cecair dan pepejal
Takat didih air = 100oC
Takat beku air = 0oC
Ketumpatan air = 1g/cm3
Air tulen merupakan cecair yang tidak
berwarna
Mempunyai tegangan permukaan yang tinggi
- Daya lekitan antara molekul air
- Daya lekatan antara molekul air
dan dinding bahan lain

KOMPOSISI AIR
Satu molekul air mengandungi 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen

Gas oksigen dihasilkan di anod dan gas hidrogen dihasilkan di


katod Simbol kimia air = H2O
Kehadiran bendasing di dalam air akan menurunkan takat lebur ais
dan menaikkan takat didih air

PENYEJATAN AIR
Proses yang berlaku di permukaan air
yang menukarkan air menjadi wap air
Berlaku pada sebarang suhu
Molekul air yang berada di
permukaan air mempunyai
tenaga kinetik yang tinggi,
bergerak dengan pantas dan
terlepas ke udara
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR PENYEJATAN AIR

FAKTOR PENERANGAN
KELEMBAPAN Udara kering mengandungi wap air yang sedikit
UDARA Udara kering mampu menampung lebih banyak molekul air
yang terlepas dari permukaan air
Kadar penyejatan air meningkat
Hipotesis : Semakin berkurang kelembapan udara, semakin
bertambah kadar penyejatan air
SUHU Suhu persekitaran meningkat, molekul air mendapat lebih
PERSEKITARAN banyak tenaga dan bergerak pantas lalu mudah terlepas ke
udara
Kadar penyejatan air meningkat
Hipotesis : Semakin bertambah suhu persekitaran, semakin
bertambah kadar penyejatan air
PERGERAKAN Pergerakan udara membawa wap air ke tempat lain
UDARA Tiupan angin menyebabkan udara di permukaan air menjadi
kering
Kadar penyejatan air meningkat
Hipotesis : Semakin laju pergerakan udara, semakin
bertambah kadar penyejatan air
LUAS Permukaan air yang terdedah lebih luas akan menyebabkan
PERMUKAAN lebih banyak molekul air terbebas ke udara
AIR YANG Kadar penyejatan air meningkat
TERDEDAH Hipotesis : Semakin besar luas permukaan air yang terdedah,
semakin bertambah kadar penyejatan air

APLIKASI PENYEJATAN AIR DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Pakaian yang disidai di ampaian lebih
cepat kering kerana mempunyai luas
permukaan yang besar

Garam laut diperoleh daripada air laut


melalui penyejatan air

Makanan laut kering dapat disimpan


lebih lama kerana mikroorganisma
tidak dapat hidup tanpa kehadiran air
ZAT TERLARUT, PELARUT DAN LARUTAN

Zat terlarut = Bahan yang boleh melarut di dalam cecair


Pelarut = Cecair yang boleh melarutkan bahan
Larutan = Hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut di dalam
pelarut

LARUTAN CAIR, LARUTAN PEKAT DAN LARUTAN TEPU


Kuantiti zat terlarut di dalam suatu larutan mempengaruhi kepekatan
larutan tersebut

LARUTAN CAIR LARUTAN PEKAT LARUTAN TEPU


Zat terlarut yang Zat pelarut yang banyak Zat terlarut yang
sedikit dalam di dalam pelarut berlebihan di dalam
pelarut Boleh melarutkan sedikit pelarut
Boleh melarutkan sahaja lagi zat terlarut Tidak boleh
banyak lagi zat melarutkan lagi zat
terlarut terlarut dan
menghasilkan
mendakan
LARUTAN DAN AMPAIAN

LARUTAN AMPAIAN
Campuran jernih yang terhasil Campuran keruh yang terhasil
apabila zat terlarut larut di apabila zat terlarut tidak larut
dalam pelarut di dalam pelarut
Zat terlarut tersebar secara sekata Cahaya dihalang menembusinya
Cahaya boleh menembusi larutan Mendak di dasar jika dibiarkan
Tidak meninggalkan sebarang sisa Meninggalkan sisa jika dituras
ketika dituras

KETERLARUTAN

Kuantiti maksimum zat terlarut yang dapat larut di dalam 100 ml pelarut pada
suhu tertentu
SUHU PELARUT Semakin
tinggi suhu pelarut, semakin
tinggi kadar keterlarutan

KADAR KACAUAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
Semakin tinggi kadar kacauan,
KADAR KETERLARUTAN
semakin tinggi kadar keterlarutan

SAIZ ZAT TERLARUT


Semakin kecil saiz zat terlarut,
semakin tinggi kadar keterlarutan
KOLOID
Campuran dua atau lebih zat terlarut yang tersebar secara sekata

Tidak membentuk campuran jernih dan tidak juga


menghasilkan mendakan
Terletak di antara larutan dan ampaian
Contoh : mayonis, yogurt, susu pekat manis

AIR SEBAGAI PELARUT SEMESTA


Keupayaan air untuk melarutkan hampir semua bahan

PELARUT BUKAN AIR


(melarutkan zat terlarut yang tidak larut dalam air)
Alkohol
Kerosin
Aseton

PEMBERSIHAN DAN PEMBEKALAN AIR

Dapat menyingkirkan bau, rasa, warna, mikroorganisma


dan bahan terlarut supaya air dapat digunakan untuk
pelbagai kegunaan

Kaedah pembersihan air


- PENDIDIHAN Membunuh
mikroorganisma
- PENURASAN
Memisahkan bendasing terampai daripada cecair
- PENGKLORINAN
Membunuh mikroorganisma
- PENYULINGAN
Menyingkirkan bendasing terampai, bahan terlarut
dan membunuh mikroorganisma
SISTEM PEMBEKALAN AIR

KELESTARIAN AIR

BAHAN PENCEMAR AIR CARA MENGATASI PENCEMARAN AIR

BAHAN BUANGAN Mendidik masyarakat cara membuang sampah


DOMESTIK dengan betul
BAHAN BUANGAN Menguatkuasakan undang-undang untuk
INDUSTRI memastikan bahan buangan industri dirawat
sebelum dibuang ke dalam sungai
BAHAN KIMIA DALAM Mendidik para petani untuk menggunakan baja
PERTANIAN dan racun perosak yang bersifat terbiodegradasi
TUMPAHAN MINYAK Membendung dan memungut tumpahan minyak
di laut
BAB 6 : ASID DAN ALKALI

SIFAT ASID DAN ALKALI


ASID ALKALI
Nilai pH kurang daripada 7 Nilai pH lebih daripada 7

Berasa masam Berasa pahit

Mengakis Mengakis

Menukarkan kertas litmus biru kepada Menukarkan kertas litmus merah


merah kepada biru
Bertindak balas dengan logam untuk Tidak bertindak balas dengan logam
menghasilkan gas hidrogen (bunyi ‘pop’
akan kedengaran apabila diuji dengan
kayu uji bernyala)

Tips : Asid dan alkali hanya boleh menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air
PENUNJUK = Sejenis pewarna atau campuran beberapa jenis pewarna yang
berubah warna berdasarkan bahan yang diuji
Dapat menentukan bahan alkali, asid atau neutral

PENUNJUK ASID NEUTRAL ALKALI


Fenolftalein Tidak berwarna Tidak berwarna Merah jambu
Penunjuk Merah Hijau Biru
semesta
Metil jingga Merah Kuning Kuning
Kertas litmus Merah Biru Biru
biru
Kertas litmus Merah Merah Biru
merah
KEGUNAAN ASID DAN ALKALI DALAM KEHIDUPAN HARIAN
ASID ALKALI
Minuman bergas Sabun mandi (Kalium hidroksida)
(Asid karbonik) Baja (Ammonia)
Bateri kereta (Asid sulfurik) Pil antasid (Magnesium
Jeruk (Cuka) hidroksida)

PENEUTRALAN = Tindak balas antara asid dengan alkali melalui


kaedah PENTITRATAN dan menghasilkan :-


Asid + Alkali Garam + Air
Contoh :-


Asid hidroklorik + Natrium hidroksida Natrium klorida + Air

Asid Sulfurik + Kalium hidrosikda Kalium sulfat + Air

Asid nitrik + Natrium hidroksida Air
KAEDAH PENTITRATAN

APLIKASI PENEUTRALAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Ubat gigi mengandungi bahan beralkali yang meneutralkan asid yang
dihasilkan oleh bakteria di dalam mulut
Pembersih muka beralkali menjadikan kulit muka kering. Penyegar berasid
digunakan untuk meneutralkan dan melembapkan semula kulit muka
Tanah yang berasid dapat dirawat dengan menabur kapur putih yang
bersifat alkali supaya tanaman dapat hidup dengan subur
Pelembut fabrik yang berasid akan meneutralkan pH fabrik yang menjadi
alkali disebabkan penggunaan serbuk pencuci
Bahan buangan berasid akan dirawat dengan alkali sebelum dibebaskan
BAB 7 : KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN

TENAGA
Keupayaan untuk melakukan kerja (Unit S.I – Joule, J)

BENTUK TENAGA SUMBER TENAGA

Tenaga kinetik Matahari


Tenaga elektrik Geoterma
Tenaga cahaya Air
Tenaga kimia Biojisim
Tenaga haba Bahan api fosil
Tenaga bunyi Bahan radioaktif
Tenaga nuklear Ombak

CAS ELEKTROSTATIK
Definisi = Cas elektrik yang pegun atau tidak bergerak
Daya elektrostatik = Daya tarikan dan tolakan antara cas elektrik
Dua jenis cas elektrostatik
- Cas positif (+ve) yang terdiri daripada proton dan tidak boleh bergerak
- Cas negatif (-ve) yang terdiri daripada elektron. Pemindahan elektron
berlaku apabila dua bahan yang berlainan digosokkan bersama

BILANGAN ELEKTRON PADA BAHAN


Proton > Elektron (Bercas positif)
Elektron > Proton (Bercas negatif)
Proton = Elektron (Neutral)
ELEKTROSKOP

Alat untuk mengesan kewujudan cas elektrik pada suatu objek

CONTOH ELEKTROSTATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kejadian kilat
Geseran antara awan dan udara menyebabkan awan dicas dengan cas elektrik
Kilat berlaku kerana daya tarikan yang wujud antara cas positif pada Bumi
dan cas negatif pada awan

ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN

DEFINISI UNIT S.I. ALAT


PENGUKURAN
ARUS Kadar pengaliran cas Ampere (A) Ammeter
ELEKTRIK elektrik melalui suatu disambung secara
konduktor bersiri
VOLTAN Tenaga yang diperlukan Volt (V) Voltmeter
untuk mengalirkan cas disambung secara
elektrik antara dua titik selari
RINTANGAN Keupayaan suatu konduktor Ohm (Ω) -
menentang aliran arus
elektrik melaluinya
HUKUM OHM
Arus elektrik yang melalui suatu konduktor berkadar terus dengan voltan dengan
syarat suhu dan keadaan fizik lain adalah tetap

V=IR

Hipotesis :-

Semakin bertambah bilangan voltan, semakin bertambah arus elektrik yang


mengalir di dalam litar
Semakin bertambah nilai rintangan, semakin berkurang arus elektrik
yang mengalir di dalam litar

KOMPONEN LITAR ELEKTRIK

LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI


FORMULA PENGIRAAN ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN

LITAR BERSIRI LITAR SELARI


VOLTAN V=V1+V2 V=V1=V2
ARUS I=I1=I2 I=I1+I2
ELEKTRIK
RINTANGAN R=R1+R2 1/R = 1/R1 + 1/R2
SIFAT MAGNET
Menarik bahan magnet
Berkutub (kutub utara dan kutub selatan)
Kutub sama menolak, kutub berlainan menarik
Menunjukkan arah utara-selatan apabila digantung secara bebas

MEDAN MAGNET
Kawasan di sekitar magnet yang wujud kesan daya oleh magnet

CIRI-CIRI GARISAN MEDAN MAGNET

Garisan medan magnet tidak akan bertemu atau bersilang


Garisan medan magnet megarah dari kutub utara ke kutub selatan magnet
Garisan medan magnet lebih rapat antara satu sama lain di kawasan yang
mempunyai medan magnet yang lebih kuat

ELEKTROMAGNET = Magnet yang mempunyai kesan magnet sementara


jika arus elektrik dialirkan melaluinya
Corak medan magnet yang terbentuk bergantung pada BENTUK
KONDUKTOR yang digunakan
Arah medan magnet dapat ditentukan dengan kaedah petua
genggaman tangan kanan
Hipotesis :-
Semakin bertambah arus yang mengalir dalam konduktor, semakin tinggi
kekuatan medan magnet
Semakin bertambah bilangan lilitan gegelung, semakin tinggi
kekuatan medan magnet

APLIKASI MAGNET DAN ELEKTROMAGNET

Jarum kompas menggunakan magnet untuk menunjukkan arah kutub


Kad kredit dan kad debit mempunyai jalur elektromagnet yang
menyimpan maklumat
Kunci bermagnet pada pintu menggunakan elektromagnet untuk
mengunci pintu secara automatik

BAB 8 : DAYA DAN GERAKAN

DAYA
Tarikan atau tolakan dikenakan ke atas sesuatu objek (Unit S.I – Newotn, N)

CIRI-CIRI DAYA 
Mempunyai magnitud (kuantiti dan nilai ukuran) 1 kg 10 N
Mempunyai arah
JENIS-JENIS DAYA

DAYA GRAVITI

Daya yang mengarah ke pusat bumi.


Menyebabkan semua benda dilambung
akan jatuh semula ke tanah

DAYA NORMAL

Daya yang dihasilkan apabila objek


bersentuhan dengan suatu permukaan

DAYA GESERAN

Daya yang menentang gerakan dan


bertindak atas dua permukaan
saling bersentuhan

DAYA APUNGAN

Daya tujah yang bertindak pada objek


terapung di dalam sesuatu bendalir

DAYA ELASTIK
Daya yang wujud apabila sesuatu
bahan diregangkan atau dimampatkan

BERAT

Daya graviti yang bertindak ke atasnya


HUKUM NEWTON KETIGA

Bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas yang sama magnitud tetapi
bertentangan arah

SITUASI 1
JASAD KEKAL DI ATAS MEJA

Buku mengalani tindakan daya graviti


(BERAT). Daya tindak balas (DAYA
NORMAL) wujud dalam arah bertentangan

Magnitud berat = magnitud daya normal

SITUASI 2
JASAD TERAPUNG ATAS AIR

Batu mengalani tindakan daya graviti


(BERAT). Daya tindak balas
(DAYA APUNGAN) wujud dalam
arah bertentangan

Magnitud berat = magnitud daya apungan

DAYA APUNGAN

Daya apungan = berat sebenar – berat ketara

Daya apungan > berat sebenar Berat sebenar


(objek terapung sepenuhnya) Berat objek di udara
Daya apungan < berat sebenar
(objek akan tenggelam) Berat ketara
Daya apungan = berat sebenar Berat objek terendam di
(objek terapung separuh) dalam cecair
KESAN DAYA

Objek pegun bergerak


Menghentikan objek
yang bergerak
Mengubah kelajuan objek
yang bergerak
Mengubah arah gerakan objek
Mengubah bentuk dan saiz

TUAS Dapat melakukan kerja dengan


Sebuah palang yang berputar pada mudah
satu titik tetap Menggunakan daya yang
kecil untuk melakukan kerja
Terdiri daripada tiga bahagian :
Daya
- Tolakan dan tarikan yang
dikenakan pada palang
-
Beban
- Objek yang hendak digerakkan

Fulkrum
- Titik sokongan yang tetap
MOMEN DAYA

Kesan putaran yang dihasilkan apabila suatu objek diputarkan pada satu titik tetap

FUNGSI MOMEN DAYA Momen daya akan bertambah sekiranya :

Membolehkan kita Magnitud daya bertambah (daya bertambah)


melakukan kerja Jarak tegak dari pangsi ke daya bertambah
dengan mudah
Bergantung pada daya
dikenakan dan jarak tegak
dari fulkrum ke daya
Mempunyai dua arah
iaitu arah jam dan arah
lawan jam

FORMULA PENGIRAAN MOMEN DAYA

Momen daya = Daya (N) x Jarak tegak dari pangsi ke daya (m)

TEKANAN
Daya per unit luas permukaannya (Nm-2)
Tekanan (Pa)
Tekanan dipengaruhi oleh :
Magnitud daya yang dikenakan Daya (N)
Keluasan permukaan sesuatu objek
Luas (m2)

APLIKASI TEKANAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN


TEKANAN GAS

Teori kinetik gas

Molekul udara bergerak bebas dan berlanggar pada dinding bekasnya


dan menghasilkan daya yang dikenali sebagai tekanan udara

FAKTOR MEMPENGARUHI TEKANAN UDARA


Isi padu bekas
- Semakin kecil saiz bekas semakin bertambah tekanan udara dalam
bekas (kekerapan zarah melanggar dinding bekas bertambah)
Suhu
- Semakin bertambah suhu udara di dalam bekas semakin
berambah tekanan udara di dalam bekas (kepantasan zarah udara
bergerak bertambah)

TEKANAN ATMOSFERA KESAN ALTITUD TERHADAP TEKANAN


ATMOSFERA
Tekanan yang dikenakan
oleh atmosfera ke atas Semakin bertambah altitud semakin berkurang
permukaan Bumi dan tekanan atmosfera kerana dipengaruhi oleh
semua jasad di Bumi tarikan graviti Bumi

KESAN KEDALAMAN
TERHADAP TEKANAN CECAIR

Semakin berkurang kedalaman cecair


semakin berkurang tekanan terhadap
cecair

Penyelam laut memakai peralatan


khas supaya dapat menahan
tekanan air laut yang tinggi
Badan kapal air selam dibina
daripada bahan yang tidak mudah
kemik akibat tekanan air tinggi
APLIKASI MUDAH TEKANAN UDARA DALAM KEHIDUPAN HARIAN

PAM SEDUT
Pam ditekan ke dalam sinki, udara di
dalam dipaksa keluar dan
mempunyai tekanan rendah
Tekanan yang tinggi di dalam salur
paip menolak kotoran tersumbat
apabila pam ditarik ke atas

PENYEDUT MINUMAN
Udara di dalam penyedut minuman
disedut dan tekanan di dalam
penyedut akan menjadi rendah
Tekanan udara di atmosfera menolak air
masuk ke dalam penyedut minuman

PAIP SIFON
Hujung tiub pertama di letak lebih
rendah dari hujung tiub kedua
Air akan keluar dan memenuhi tiub
menyebabkan tekanan di dalam
tiub menjadi rendah
Tekanan atmosfera menolak air ke
dalam tiub menyebabkan air
mengalir keluar secara berterusan

PICAGARI

Omboh ditarik ke atas, isi padu


udara dalam silinder bertambah.
Tekanan udara rendah di dalam silinder
Tekanan atmosfera menolak cecair
masuk ke dalam picagari
BAB 9 : HABA

HABA
Suatu bentuk tenaga

SUHU
Sukatan darjah kepanasan atau kesejukan suatu objek

HABA SUHU
Suatu bentuk tenaga Darjah kepanasan atau kesejukan objek
Diukur dalam Joule (J) Diukur dalam darjah Celcius (oC) atau
Kelvin (K)
Kuantiti haba bergantung pada jenis Suhu bergantung pada darjah pergerakan
bahan, kuantiti bahan dan suhu zarah dalam suatu bahan

PENGALIRAN HABA DAN KESEIMBANGAN TERMA

Haba mengalir dari tempat yang panas ke


tempat yang sejuk

Pengaliran haba berlaku melalui tiga cara :

Konduksi
Perolakan
Sinaran

KONDUKSI

Haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan


sejuk
Zarah menerima tenaga haba bergetar dan
berlanggar satu sama lain dengan lebih kerap
dan memindahkan haba ke seluruh medium

SINARAN
Haba dipindahkan tanpa sebarang
medium
Haba merambat menerusi vakum
PEROLAKAN
Haba dialirkan melalui pergerakan
bendalir dari kawasan panas ke
kawasan sejuk
Bahagian yang menerima haba akan
menjadi kurang tumpat dan naik ke atas
Bahagian yang sejuk akan menjadi
lebih tumpat dan turun ke bawah
Peredaran turun naik bendalir
dikenali sebagai arus perolakan

BAYU LAUT DAN BAYU DARAT

BAYU LAUT
Berlaku pada waktu siang
Udara panas di darat menjadi
kurang tumpat dan naik ke
atas kerana lebih ringan
Udara sejuk yang lebih tumpat
bergerak dari permukaan laut
menggantikan udara panas di darat

BAYU DARAT
Berlaku pada waktu malam
Darat menjadi sejuk dengan lebih
cepat berbanding waktu siang
Udara di permukaan laut menjadi
kurang tumpat dan naik ke atas
Udara sejuk yang lebih tumpat dari
darat bergerak ke laut
KONDUKTOR DAN PENEBAT HABA

KONDUKTOR HABA PENEBAT HABA


Bahan yang boleh mengalirkan haba Bahan yang tidak boleh mengalirkan
haba
Merkuri dapat mengesan
perubahan suhu dengan cepat Sarung tangan ketuhar dapat
Dasar kuali logam dapat mengelakkan tangan daripada
mengalirkan haba ke makanan melecur
dengan cepat Senduk kayu dapat menghalang haba
mengalir ke tangan ketika memasak

KONDUKTOR HABA PENEBAT HABA

PRINSIP PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN BAHAN


Zarah dalam pepejal bergetar dengan lebih cepat apabila dipanaskan.
Isi padu pepejal akan bertambah kerana pepejal mengembang.
Apabila pepejal disejukkan, zarah bergetar dengan perlahan dan
isi padu pepejal berkurang kerana pepejal mengecut

Apabila zarah cecair dan gas dipanaskan, isipadu zarah bertambah dan
menyebabkan cecair dan gas mengembang
Apabila zarah cecair dan gas disejukkan, isi padu zarah berkurang dan
KEGUNAAN PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN JIRIM DALAM menyebabkan cecair dan
gas mengecut
KEHIDUPAN HARIAN
LANDASAN KERETA API
Mempunyai ruang kecil antara
penyambung rel untuk membolehkan
pengembangan landasan pada cuaca
panas

JAMBATAN KELULI
Dibina dengan penggolek dan satu
ruang pada satu hujung
Membolehkan pengembangan
jambatan pada cuaca panas

PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN HABA


Penyerapan dan pembebasan haba bergantung pada dua faktor :

Jenis permukaan
Warna permukaan

Permukaan yang kusam dan gelap merupakan penyerap dan pembebas haba
yang baik berbanding permukaan cerah dan berkilat

KONSEP BANGUNAN HIJAU


Mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi
Sistem pengaliran air, peredaran udara dan pencahayaan yang baik
Penggunaan bahan-bahan kitar semula
BAB 10 : GELOMBANG BUNYI

Bunyi adalah satu bentuk tenaga yang dihasilkan oleh getaran

Ciri-ciri gelombang bunyi :


Memerlukan medium untuk perambatan
Merambat pada kelajuan yang berbeza pada medium yang
berbeza Bunyi boleh dipantul dan disesrap

PEMINDAHAN BUNYI

Getaran bunyi dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lain dalam
bentuk gelombang

PEPEJAL
Bunyi dipindahkan dengan cepat
Zarah bersebelahan akan bergetar
dengan pantas apabila zarah pada
satu hujung pepejal mula bergetar

CECAIR
Bunyi dipindahkan dengan perlahan
Susunan zarah dalam cecair kurang
rapat

GAS
Bunyi dipindahkan dengan
sangat perlahan
Susunan zarah antara gas
sangat berjauhan

PANTULAN DAN PENYERAPAN BUNYI


Permukaan keras dan licin memantulkan bunyi dengan baik (dinding, jubin)
Permukaan lembut dan kasar menyerap bunyi dengan baik (gabus,span)
KENYARINGAN DAN KELANGSINGAN BUNYI

KENYARINGAN KELANGSINGAN
Bergantung pada amplitud gelombang Bergantung pada frekuensi gelombang
bunyi bunyi
Semakin bertambah amplitud, semakin Semakin bertambah frekuensi, semakin
bertambah kenyaringan bunyi bertambah kenyaringan bunyi

KESAN DOPPLER

Perubahan frekuensi ketara yang


disebabkan pergerakan relatif sumber
bunyi, pemerhati atau kedua-duanya

FENOMENA DAN APLIKASI PANTULAN GELOMBANG


BUNYI GEMA
Terhasil apabila gelombang bunyi memantul kembali kepada pendengar
dari suatu permukaan keras dan mengambil sedikit masa untuk didengari

Ultrabunyi digunakan oleh haiwan seperti kelawar untuk


memberi panduan arah
Sonar digunakan dalam industri perkapalan untuk mengesan objek
di bawah air

HAD PENDENGARAN

Stetoskop membantu mendengar


denyutan jantung pesakit
Pembesar suara menjadikan suara
lebih kuat
Alat bantu pendengaran menguatkan
bunyi yang memasuki telinga
BAB 11 : BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA

GALAKSI

Satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang bersama gas,
debu dan habuk

JENIS-JENIS GALAKSI
Berpilin
Elips
Tidak seragam

BIMA SAKTI
Galaksi berpilin sederhana besar
Sistem Suria berada di dalam
Bima Sakti
Terdapat lebih kurang 200
bilion bintang

KITAR HIDUP BINTANG

KELAHIRAN BINTANG
Dilahirkan daripada nebula (awan besar terdiri daripada debu dan
gas hidrogen dan helium)
Gas dan zarah debu ditarik oleh daya tarikan graviti yang kuat
dan membentuk gumpalan
Gumpalan gas termampat dan membentuk teras
Suhu dan tekanan tinggi menyebabkan tindakan nuklear berlaku pada
teras dan gas hidrogen ditukarkan kepada helium
Teras menyinar dan bintang dilahirkan (bintang muda)
Bintang muda berkembang menjadi bintang bersaiz sederhana atau bintang
besar
KEMATIAN BINTANG
Haba dijana dan memanaskan lapisan bintang paling luar
Hidrogen dalam lapisan tersebut terbakar dan menyebabkan bintang
itu mengembang
Bintang menjadi warna merah dan disebut raksasa merah
- Jika bintang merah tidak terlalu besar, bintang kerdil putih akan
terbentuk
- Jika bintang merah terlalu besar, letupan besar (supernova) akan
berlaku
Bintang neutron akan terbentuk hasil supernova
Jika bintang asal adalah bintang yang sangat besar, supernova
akan membentuk lohong hitam

CIRI-CIRI PENGELASAN BINTANG


Warna
Suhu atau kepanasan
Saiz
Jarak
Kecerahan
BAB 12 : SISTEM SURIA

UNIT ASTRONOMI (A.U.) TAHUN CAHAYA (ly)

Jarak purata antara Bumi dengan Jarak yang ditempuh cahaya


Matahari kira-kira 93 juta batu atau dalam masa setahun
150 juta kilometer

1 A.U. = 1.5 X 108 km 1 tahun cahaya = 9.5 x 1012 km

PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA


HUBUNGAN ANTARA SUHU PLANET DENGAN MATAHARI

Semakin dekat planet dengan Matahari, semakin bertambah suhu planet

Planet tiada atmosfera (Utarid)


- Sinaran Matahari sampai terus ke permukaan
Planet gergasi (Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun)
- Permukaan dilitupi oleh gas
- Menerima sinaran Matahari yang sedikit
Planet mempunyai atmosfera (Bumi, Zuhrah, Marikh)
- Mempunyai awan yang memantulkan balik sinaran Matahari ke
angkasa lepas tetapi atmosfera memerangkap sebahagian haba

HUBUNGAN ANTARA HUBUNGAN ANTARA JARAK,


KETUMPATAN DENGAN MASA DAN KELAJUAN
TARIKAN GRAVITI
Semakin jauh sebuah planet dari
Ketumpatan setiap planet Matahari, semakin banyak masa
berbeza bergantung pada jisim diperlukan untuk mengelilingi
dan ketumpatan planet tersebut Matahari dalam satu orbit

ARAH PUTARAN PLANET


Semua planet berputar dari barat
ke timur kecuali ZUHRAH DAN
URANUS
ZUHRAH berputar dari
TIMUR KE BARAT
URANUS berputar
PADA SISINYA

APAKAH AKAN BERLAKU JIKA BUMI BERHENTI BERPUTAR?


Waktu siang dan malam akan menjadi
berbeza Waktu pasang surut air akan berubah\
Pertambahan kawasan gurun pada kawasan yang menghadap Matahari
Suhu pada bahagian Bumi yang tidak mendapat Matahari menjadi sangat
dingin
SATELIT SEMULA JADI BUMI

Jasad yang mengelilingi planet dengan


orbitnya sendiri. Bulan ialah satelit
semula jadi Bumi.

Mempunyai kandungan oksigen


yang tinggi untuk proses respirasi

Mempunyai julat suhu yang


sesuai, tidak terlalu panas atau
terlalu sejuk

CIRI-CIRI BUMI Mempunyai atmosfera yang


menghalang sinar yang berbahaya
sampai ke Bumi

Menerima cahaya matahari untuk


proses fotosintesis tumbuhan

Mempunyai kandungan air yang


banyak untuk semua keperluan
hidupan

Mempunyai tarikan graviti yang


menarik objek di Bumi supaya
tidak melayang ke angkasa lepas
BAB 13 : METEOROID, ASTEROID DAN KOMET

METEOROID
Serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak di angkasa

Saiz yang berbeza antara 10 µm hingga 1m


Terdiri daripada batuan dan logam besi dan nikel
Asal daripada serpihan asteroid dan komet
Kelajuan yang berbeza.

ASTEROID
Batuan besar dan logam beredar mengelilingi Matahari mengikut
orbitnya sendiri

Saiz dari 1m hingga 1 000km


Terdiri dari batuan dan logam seperti besi dan
nikel Suhu permukaan yang sejuk (-73oC)
Membentuk jalur asteroid di antara planet Marikh dan Musytari
Juga disebut sebagai planet kecil
Asteroid besar – Ceres, Pallas, Juno dan Vesta

KOMET
Jasad kecil yang terdiri daripada campuran ais, gas dan debu beku
bergerak mengelilingi Matahari mengikut orbitnya

Terdiri daripada kepala dan ekor


Terdiri daripada gas dan air yang membeku menjadi ais dan sedikit
debu dan batuan
Beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips
PERGERAKAN METEOROID, ASTEROID DAN KOMET

METEOROID Meteoroid memasuki atmofera dan dipanggil


sebagai meteor. Geseran molekul antara udara
dengan meteor menghasilkan haba sehingga
terbakar dan terhasil coretan cahaya
Pancuran meteor berlaku apabila meteor
memasuki Bumi dengan banyak pada satu masa
Meteor yang sampai ke Bumi disebut sebagai
meteorit
Kawah akan terbentuk akibat hentaman meteorit

ASTEROID Asteroid bergerak dengan kelajuan purata


25 km s-1
Orbit asteroid yang berada di luar lingkaran
asteroid seperti Apollo, Amor dan Aten
Orbit berada di luar lingkaran asteroid
berhampiran atau bersilang dengan orbit Bumi
Pelanggaran berlaku antara asteroid dengan Bumi
pada lintasan berhampiran orbit Bumi dan orbit
asteroid
Perlanggaran dengan asteroid bersaiz besar
menyebabkan kemusnahan Bumi

KOMET Kelajuan komet bertambah apabila menghampiri


Matahari, dan kelihatan seperti berekor panjang
Ekor komet dalam keadaan menjauhi Matahari
disebabkan tiupan suria dari Matahari
Tarikan graviti planet luar yang kuat
menyebabkan komet mudah terkeluar daripada
orbitnya
Komet terkeluar dari orbit berisiko untuk
berlanggar dengan Bumi dalam kelajuan tinggi

You might also like