You are on page 1of 8

5 Asas Skil Ikhtiar Hidup (Survival Skills)

Terdapat 5 skil asas Ikhtiar Hidup dimana semua yang terlibat dengan aktiviti Outdoor harus faham dan tahu akan potensi dan kegunaanya. Ini adalah hanya panduan ringkas, tidak dengan penuh penerangan bagi setiap kategori, tetapi ia adalah amat berguna.

5 Asas Skil Ikhtiar Hidup


Api Perlindungan Isyarat Makanan & Air Pertolongan Cemas

contributed by Huzaimi Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.

Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak


makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada


pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian

merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.

ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian


orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal


perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan

mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia


juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini. Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan. Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya. Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah: . . . . . . . . . . Khemah, beg tidur dan tikar getah Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri Peta, kompas Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan. Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut: . . . . . . Macis, pemetik api dan parang Lampu picit dan bateri Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan Hammock (buaian) dan ponco Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur) Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk. Peralatan Terpenting Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah: . Macis atau petik api . Parang Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya Mencari Air dan Makanan Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum. Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu. Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam. Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari. Menyedia Api Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu

membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api.Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api. Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daundaun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak. Memasak Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya. Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan. Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan.Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan. Menunggu Bantuan Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya. Mencari Jalan Keluar Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

Ikhtiar Hidup Pengenalan Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang. Situasi Ikhtiar Hidup Kehabisan bekalan makanan dan minuman Ancaman binatang buas Masalah perlindungan Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui: Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti Mental pengetahuan tentang ikhtiar hidup Fizikal kecergasan dan ketahanan tubuh badan Teknik kemahiran ikhtiar hidup Material peralatan, pakaian dan bekalan Punca Situasi Ikhtiar Hidup Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan. Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi. Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Prinsip Ikhtiar Hidup Keselamatan Usaha Kawalan diri Kerjasama 1. Keselamatan Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Contoh Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal keselamatan. 2. Usaha Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi

ikhtiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu. 3. Kawalan Diri Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. 4. Kerjasama Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup 1. Pisau / parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. 2. Mata pancing - menangkap ikan sebagai sumber makanan (protein). 3. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat. 4. Mancis / pemetik api - masak, haba, cahaya. 5. Garam - gantikan mineral badan yang hilang. Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test) CIUM @ HIDU Potong sampel yang diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian / tindak balas yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun / berbahaya dan memabukkan. GATAL KULIT Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan / perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun. BIBIR, LIDAH, MULUT Seterusnya lakukan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yang dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu. MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM) Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

You might also like