You are on page 1of 3

Dr Pokok

Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?

Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:

 Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah
berkaitan aktiviti pertanian.

 Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi
mendapatkan sebarang maklumat pertanian.

 Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan


pertanian sebagai teras perkhidmatannya.

 Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan


khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada
pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran
teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:

 Diagnostik Masalah Tanaman.


 Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
 Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
 Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
 Pembangunan Sumber Manusia.
 Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
 Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
 Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
 Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
 Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
 Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
 Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
 Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
 Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
 Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
 Khidmat Analisa Makmal.
 Pemasaran Hasil Pertanian.
 Maklumat Statistik Pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

 Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang
kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman,
analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
 Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
 Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan
program kerajaan yang lain.
 Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit /
seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
 Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:

 Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya


 Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
 Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
 Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
 Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?

Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:

Kaunter Klinik di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari
Pengembangan bekerja.
Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau
Kaunter Bergerak di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke
semasa.
Kaunter Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi
Perkhidmatan On- nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:
Call
· Putrajaya 03 - 8870 3000

· Johor 07 - 235 5506/07

· Melaka 06 - 232 4318

· Negeri Sembilan 06 - 765 9760

· Selangor 03 - 5544 5440


· Perak 05 - 254 1999

· Pulau Pinang 04 - 537 2144

· Kedah 04 - 777 5000/03

· Perlis 04 - 938 4466

· Pahang 09 - 573 3133

· Terengganu 09 - 627 4191/89

· Kelantan 09 - 744 2400

· Labuan 087 - 408 513/14


Emel sahaja pertanyaan anda kepada :
Kaunter e-Khidmat
Dr. Pokok
drpokok@doa.gov.my

You might also like