You are on page 1of 11

Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang

KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG KACUK PROGRAM AGRIPERENTICE

1.0. PENGENALAN.

Kertas Projek Ternakan AYAM KAMPUNG KACUK ini disediakan untuk memohon peruntukan di
bawah Program Agriperentice bagi tahun 2022 sebanyak RM100,000.00 (RINGGIT MALAYSIA :
SATU RATUS RIBU SAHAJA) bagi 5 (LIMA) orang peserta dimana setiap peserta memohon
sebanyak RM 20,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA PULUH RIBU SAHAJA) bagi memenuhi
kehendak dan keperluan rakyat dari segi pembekalan ayam. Peserta-peserta berikut akan diselia dan
dikawal oleh TRV INTEGRATED sebagai “mentor’ untuk memastikan keberkesanan dan kelangsungan
projek ternakan ayam kampung kacuk ini dan peserta bertindak sebagai mentee. Da n a in i a ka n
d i be r i me l alu i Ag e n si L e mba g a P er tu b u ha n P e la d a ng ( L PP ) d a n d ika wa l se lia o leh
P er tu b u h an Pe lad a n g Dae r a h K er a nd a n g( P PK - K er a n da n g ) .

2.0. OBJEKTIF PROJEK.


Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan agar
Pengeluaran Bahan Makanan Negara dapat dipertingkatkan bagi mengimbangi pengeluaran dan
import bahan makanan. Oleh itu pe n u bu h a n P ro g r a m A gr ip er e n tice me r up a ka n sa tu
ka e d ah yan g d ijala n ka n o le h p ih a k ke r aja a n b ag i me ma stika n a h li pe la d an g
te r u ta ma pe lad a n g mu d a yan g in g in a ta u te lah b e r ke cimp u n g d a la m d u ni a
te r n a kan da n p e r tan ia n me mpu n ya i se o ra n g mentor ba g i me ma stika n p ar a
p e la d a ng te r seb u t me mp u n ya i ru ju ka n .

Objektif utama projek ini adalah :-

i. Pembekal ayam kampong kacuk bebas antibiotik serta mengurangkan kebergantungan


ayam luar negara di pasaran
ii. Untuk menjadi Model Pusat Pengumpulan Produk Makanan Organik
iii. Menghasilkan produk tempatan yang asli dan bebas antibiotik
iv. Menyediakan sumber pemakanan yang berkualiti melalui sistem pengurusan agronomi
yang sistematik,mesra alam serta lestari

1
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

3.0. MAKLUMAT PROJEK.

Salah seorang peserta dari PPK Kerandang mempunyai tanah berkeluasan 1ekar yang
bertempat di Kampung Gelam Mas. Keluasan tanah yang luas membolehkan projek Ayam
Kampung Kacuk ini dijalankan secara lestari dan bersistematik. Secara ringkas maklumat asas
adalah seperti berikut :-

Nama Projek : Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk


i. Lokasi Projek ; Lot 154, Kampung Gelam Mas, Keluang
ii. Status Tanah ; Milik Peserta Agriperentice
iii. Parlimen : Jerteh
iv. DUN : Kota Putera
v. Pengurusan Projek : Ahli
vi. Bil Peserta : 5 orang
Nama Nombor Kad Pengenalan
1. Daud @ Abdul Rahim B Yunus 480910-11-5209
2. Azman b Daud @ Abdul Rahim 730922-11-5037
3. Zaleha Bt Mustaffa 800517-11-5202
4. Muhammad B Daud @Abdul Rahim 780725-11-5009
5. Hanapi B Mustaffa 720705-11-5541

vii. Pemasaran : PPK Kerandang, TRV Integrated

2
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROJEK.

Sistem Ternakan Secara ‘Semi Free Range’

1. Penggunaan Reban Ayam berkonsepkan semi free range


a. Mengurangkan kos dedak ayam dengan menanam tumbuhan-tumbuhan yang
diperlukan untuk tumbesaran ayam seperti pokok ketum ayam
b. Mengurangkan kos awalan reban yang terlalu tinggi
c. Pemberian makanan dan minuman secara separa manual

Lakaran reban Ayam Kampung Kacuk

3
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

REKA BENTUK REBAN SEBENAR

2. Penggunaan Probiotik
a. Mengurangkan bau ammonia dari najis ayam
b. Mengurangkan kadar FCR ayam
c. Meningkatkan Imuniti ayam.
3. Pokok Ketum Ayam, batang pisang
a. Makanan organik tambahan terhadap penggunaan dedak

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi khususnya ahli-ahli


peladang daerah Besut berasaskan aktiviti penternakan serta menyokong pengeluaran
makanan di daerah Besut serta selari dengan matlamat kerajaan yang ingin
meningkatkan pengeluaran ayam dalam negara.. Projek ini juga secara tidak langsung
menjadi tempat rujukan serta galakan kepada komuniti setempat ke arah pembangunan
manusia untuk turut menceburkan diri dalam perusahaan ternakan ayam kampong
kacuk organik berkonsepkan penggunaan probiotik- EM (bacteria baik)

4
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah kerana ingin memperluaskan lagi industri
penternakan yang melibatkan golongan muda dan golongan veteran didalam satu
kumpulan bekerjasama. Usaha ini diharap dapat menjadi model kepada ahli lain untuk
turut sama menceburi bidang ini yang bukan sahaja memberi pulangan lumayan tetapi
turut memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan makanan yang terjamin dari
segi kualiti dan khasiat.

5.0 PENGURUSAN PROJEK.


5.1 TRV Integrated bertindak sebagai ‘ mentor’ kepada para peserta. Kelima-lima peserta yang
merupakan ‘mentee’ akan ditempatkan di Lot 154 Kampung Gelam Mas , Keluang untuk
memudahkan pemantauan serta pengajaran ternakan ayam. TRV Integrated jugak akan
membantu peserta untuk mewujudkan satu Ladang Ayam Kampung Kacuk yang sistematik
serta efficient. Selain daripada itu, TRV jugak akan membantu memasarkan ayam
kampong kacuk secara hidup atau pun potong.
5.2 TRV Integrated akan bangunkan satu modul khas dan tatacara ternakan dimana para
peserta perlu mengikutinya untuk mencapai spesifikasi ayam kampung kacuk yang
diperlukan dalam pasaran.

6.0 PENGURUSAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG KACUK

Ternakan akan ditempatkan di satu kawasan di Lot 154, Kampung Gelam Mas, Keluang dan
akan dituai seawal 60 hari satu pusingan. Pengawasan harian akan dilakukan oleh peserta dan
perlu mengikut modul yang telah TRV wujudkan.

7.0 PEMILIHAN TERNAKAN


7.1 Asas Pemilihan
Pemilihan D.O.C ayam kampong kacuk dipilih berdasarkan potensi semasa dalam
ketidaktentuan ekonomi dunia dan negara berbanding D.O.C ayam daging atau D.O.C
ayam kampong asli. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i. Permintaan pasaran
ii. Ternakan yang lebih lasak dan mudah dijaga .
iii. Tempoh tuaian yang cepat dalam tempoh 60 hari satu pusingan.
5
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

8.0 PENJAGAAN

a. Memastikan reban bebas dari ancaman binatang luar dan bebas dari hama.
b. Pengawalan bio-security yang terjamin
c. Mengawal kemasukan pelawat ke kawasan reban

8.1 Tempoh Penjagaan hingga jualan.


Tuaian ayam kampong kacuk adalah seawal 60 hari untuk satu pusingan mengikut berat
yang mendapat permintaan pasaran iaitu 1.2 kg-1.5 kg seekor

9.0 PEMASARAN
9.1 Pemasaran merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu
projek ini berdaya maju atau sebaliknya. Harga jualan adalah faktor ketiga penting yang
akan menentukan samada projek tersebut menguntungkan atau sebaliknya.
9.2 Oleh itu, TRV Integrated akan membeli kembali hasil ternakan peserta dengan harga yang
berbaloi dan menguntungkan peserta Program Agriperentice
9.3 TRV Integrated akan memasarkan produk ayam kampung kacuk ini kepada pengguna
sekitar,pasar-pasar awam, serta kedai-kedai makan yang berhampiran
9.4 Produk ayam kampung kacuk ini juga akan dipasarkan di Outlet peladang yang terpilih
terutama Peladang PPK Kerandang dan kawasan sekitar
9.5 Selain itu, TRV Integrated akan bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang
beroperasi di Kedah, FK FARM SDN BHD untuk pemasaran ayam kampung kacuk ni.

6
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

10.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK.

OKTOBER
OGOS
JULAI

SEPT
MAC

NOV
PERKARA

APR

JUN
FEB
JAN

MEI

DIS
Kelulusan Dari LPP X
Penyediaan sebutharga dan
penentuan kerja pembangunan yang X
akan dilaksanakan.
Pembersihan kawasan dan
X
infrastruktur
Proses Kemasukan Masuk benih X
Pengurusan ternakan X X
Jualan X

11.0 DAYA MAJU PROJEK.

Di peringkat awal operasi, projek ini mengalami defisit aliran tunai. Mulai tahun pertama projek ini
memperolehi lebihan tunai sebanyak RM 37,012 selepas cukai 24%. Lebihan/defisit tunai
terkumpul menunjukkan bahawa Tempoh Pulang Modal (PBP) berlaku dalam tahun pertama
Projek ini mempunyai dayamaju kewangan yang tinggi dengan mengambil kadar susut berat
ayam untuk penjualan yang tinggi sekitar 15 % dari keseluruhan ayam kampong kacuk. Aliran
tunai projek adalah seperti di Lampiran I.

7
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

12.0 ANGGARAN KEPERLUAN PROJEK.

KOMPENAN/SKOP & SPESIFIKASI PROJEK :

Cost
Item Bil Unit Cost (RM) (RM)

       
       
Reban Ayam 20 x 70 10 3000 30,000.00
Anak Ayam 10000 3.20 32,000.00
Dedak Ayam 100 145.00 14,500.00
Jagung kering 100 75.00 7,500.00
Bekas Makanan 200 40.00 8,000.00
Bekas Minuman 200 40.00 8,000.00

    -

    -

    -
       
Jumlah     100,000.00
       

8
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

13.0 IMPAK DAN OUTCOME.

13.1 Menjadikan Komoniti Kampung Gelam Mas sebagai pengeluar ayam kampung kacuk
yang berkualti dan sihat.

13.2 Adalah menjadi harapan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang, Komuniti
peserta Agriperentice akan menjadi contoh kepada komuniti lain dalam meneroka
bidang ternakan Ayam Kampung Kacuk

13.3 Mempelbagaikan aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan peserta


terlibat.

14.0 KESIMPULAN.

Dengan pertimbangan dan kelulusan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang diharap agar
peserta Agriperentice dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka serta dapat menjadikan PPK
Kerandang sebagai pusat pengumpulan Ayam Kampung Kacuk yang mampu membekalkan
ayam organik yang berkualiti kepada Terengganu amnya dan daerah Besut khususnya..

9
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

LAMPIRAN

Peserta Zaleha Bt Mustaffa

Peserta Azman B Daud

Peserta Hanapi B Mustaffa

10
Pertubuhan Peladang Kawasan Kerandang
`

11

You might also like