You are on page 1of 2

GAYA HIDUP SIHAT BERUPAYA MENGURANGKAN FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR:

1. Kekal aktif setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu dengan intensiti sederhana;

2. Kekalkan BMI unggul sebanyak 18.0 hingga 22.9 kg/m2, dan ketahuilah bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% setiap minggu mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;

3. Kurangkan garam kepada kurang dari 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh), gula dan lemak dalam diet harian anda dan lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pinggan hidangan anda. Makanlah mengikut keperluan kalori harian anda kerana keseimbangan keperluan kalori dan tahap aktiviti fizikal harian anda adalah penting dalam mengekalkan bentuk tubuh yang anggun dan kesihatan jantung anda;

4. Ketahui status kesihatan anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, paras gula dan tahap kolesterol dalam darah anda sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular;

5. Ketahui sejarah kesihatan keluarga anda. Jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung pra-matang (berumur kurang dari 55 tahun bagi lelaki dan kurang dari 65 tahun bagi wanita) berwaspadalah kerana anda berisiko tinggi! Jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap dan berikan keutamaan lebih kepada tahap kesihatan.

6. Berhentilah merokok. Merokok merosakkan salur darah. Ia bukan sahaja berbahaya kepada perokok malah perokok pasif disekelilingnya.

7. Tangani stres dengan berkesan. Belajarlah kaedah untuk mengurangkan stres. Stres adalah penyumbang kepada amalan tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan dan makan secara berlebihan.

You might also like