You are on page 1of 2

040208-01-0387

KAJIAN TERHADAP PERSEKITARAN UMUM DAN PERANAN INTERNET DALAM


MELUASKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN TERHADAP SYARIKAT
CUCKOO INTERNATIONAL (MAL) SDN. BHD. ( CUCKOO)

ABSTRAK
Cuckoo adalah satu jenama yang menawarkan produk penapis air bermineral, penapis udara,
penapis air luar rumah, aircond, tilam dan multicooker dengan servis berkala. Sejarah
penubuhan Cuckoo bermula sejak 1978 oleh KOO JIA SHIN, menerusi syarikat Cuckoo
Electronics iaitu dahulu dikenali sebagai Sungkwang Electronics Co LTD. Pada 1998,
jenama Cuckoo dilancarkan dan berkembang perlahan-lahan pada tahun seterusnya. Sebagai
Cuckoo International, jenama ini telah menubuhkan Syarikat Cuckoo di negara lain termasuk
Mlaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Sejak menjadi hab Asia Tenggara, Syarikat
Cuckoo mempunyai rancangan untuk mengembangkan jenama itu di negara-negara lain di
rantau ini. Lokasi syarikat Cuckoo di Malaysia adalah bertapak di Utama. 16th Floor,
Menara Bangkok Bank, Laman Sentral Berjaya. No.105, Jalan Ampang. Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50450, Malaysia. Seterusnya, Cuckoo diperkenalkan di
Malaysia pada Oktober 2014 oleh HOE KIAN CHOON. Sejak penubuhan pada tahun 2014,
Syarikat Cuckoo Malaysia telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup melalui
produk dan perkhidmatan Beyond Standard. Syarikat Cuckoo Malaysia akan memperluaskan
dan mempelbagaikan portfolio produk untuk memajukan lagi misi dan telah meletakkan diri
sebagai Pencipta Rumah Sihat dengan Jenama yang baru ditubuhkan, WonderLab dan
WonderKlean, menyertai barisan jenama Cuckoo untuk menyediakan penawaran Rumah
Sihat yang lebih besar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh persekitaran
umum antaranya ialah persaingan dan jaringan, teknologi dan antarabangsa. Seterusnya,
pengkaji mengkaji peranan Internet dalam meluaskan peluang perniagaan syarikat Cuckoo
iaitu dalam aspek . Pengkaji mendapatkan maklumat menerusi sumber sekunder. Data
sekunder merupakan data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui
media perantara. Kebiasaannya buku ilmiah, majalah, kamus, jurnal dan laman web rasmi
kerajaan menjadi bahan rujukan utama untuk mendapatkan data sekunder yang boleh
dipercayai. Dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji ialah pengaruh persekitaran umum
perniagaan iaitu persekitaran antarabangsa, persekitaran persaingan dan jaringan dan
persekitaran teknologi. Pengkaji mendapati pesekitaran umum mempengaruhi perkembagan
perniagaan Cuckoo. Selain itu, pengkaji juga memperolehi maklumat bahawa peranan
Internet juga memberi peluang kepada Cuckoo dalam memperluaskan perniagaan
syarikatnya. Akhir sekali, pengkaji telah memberi cadangan kepada syarikat Cuckoo untuk
mengemaskini dan memperluaskan lagi sosial syarikat di media massa agar pengguna lebih
mudah mengetahui info-info penting mengenai penjualan produk baharu sayarikat Cuckoo.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan syarikat Cuckoo mempelbagaikan produk dari reka
bentuk unik dan berbeza dengan syarikat persaing supaya pengguna dapat membeza ciri-ciri
khas yang terdapat pada produk syarikat Cuckoo.

i
040208-01-0387

ii

You might also like