You are on page 1of 10

PB601 INVESTMENT MANAGEMENT

ASSESSMENT PROJECT

NAME

MATRIX NUMBER

NURAMIRAH CAISA

07DPM13F2077

NORSAFARINA EDE

07DPM13F2049

NURUL SYAKIRA ABU BAKAR

07DPM13F2071

MAZRINAH MOHD YAAKUB

07DPM13F2007

NORSHAZWANI AG ACHI

07DPM13F2009

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bermula pada tahun 1965, pengasas Pensonic, Dato Seri Chew Weng Khak telah
menubuhkan perniagaannya sendiri dengan menyediakan perkhidmatan pembaikkan
peralatan elektronik seperti radio, pemain cakera dan sebagainya.

Nama asal syarikat

merupakan Keat Radio and Electrical Co. Dari penubuhan jenama pada tahun 1982 hingga
ke hari ini, Pensonic kini didaftar di sebanyak 20 negara dan memiliki kakitangan lebih
daripada 600 orang di Asia.
Nama Pensonic direka dengan menggabungkan Pen dan sonic yang bermaksud "Bunyi
Pulau Pinang" (Sound of Penang). Sejak dari itu, Pensonic berkembang sebagai jenama
peralatan elektrik Malaysia yang pertama.
Antara jenama yang dimiliki oleh Pensonic ialah Lebensstil Kollektion dari Jerman dan
Cornell dari Amerika Syarikat. Pensonic juga memiliki hak pengedar tunggal untuk jenamajenama yang terkenal di antarabangsa seperti Princess dari Holland, GE Appliances dari
Amerika Syarikat dan Morphy Richards dari United Kingdom.
Pensonic juga merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005. Selain
itu, turut menerima anugerah yang berprestij Brand Excellence Award , The Best Brand In
Consumer In Electrical Home Appliances dan anugerah yang terbaru daripada Putra Brand
Awards, Reputasi Jenama Paling Cemerlang 2012.

ANALISIS EKONOMI
Analisis ini mengkaji ekonomi secara umum dengan memberi penekanan kepada
pembolehubah yang mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dalam tempoh tertentu.
Sebagai contoh Keluaran Negara Kasar yang mengukur kadar pertumbuhan ekonomi akan
diambil kira dalam menentukan kedudukan dan prospek ekonomi Negara tersebut.

Pertukaran mata wang

Industri elektronik dan elektrik (E&E) adalah sektor utama dalam sektor perkilangan
malaysia, menyumbang sejumlah besar kepada eksport (33.4%) dan guna tenaga
(23.7%). Destinasi utama eksport adalah Amerika Syarikat, China dan Singapura.
Manakala destinasi utama import adalah Taiwan, Amerika Syarikat dan Korea
Selatan.

Syarikat Pensonic telah berkembang maju di Malaysia seiring dengan ekonomi pada
masa kini. Bukan sahaja berkembang di Malaysia, bahkan dikenali di negara luar
seperti negara Taiwan, China, Amerika Syarikat dan Singapura. Hal ini menyebabkan
terjadinya pertukaran mata wang asing dan dapat meningkatkan ekonomi Syarikat
Pensonic.

Kualiti Produk

Syarikat Pensonic bukan sahaja menghasilkan peralatan elektrik yang berkualiti,


malah juga mengambil strategik multi-brand platform untuk memenuhi kehendak
pasaran. Antara jenama yang dimiliki oleh Pensonic ialah Lebensstil kollektion dari
Jerman dan Cornell dari Amerika Syarikat. Pensonic memiliki hak pengedar tunggal
untuk jenama-jenama yang terkenal di antarabangsa seperti Princess dari Holland, GE
Appliances dari Amerika Syarikat dan Morphy Richards dari United Kingdom.

Kualiti produk Pensonic ini sentiasa berkembang disebabkan oleh keinginan untuk
sentiasa memperbaiki perkhidmatan dan mempertingkatkan kualiti produk-produk
yang membolehkan pensonic memenangi berbagai-bagai anugerah yang berprestij.
Antaranya ialah Brand Exellence Award, The Best Brand In Consumer In

Electrical Home Appliances dan anugerah yang terbaru daripada Putra Brand
Awards, Reputasi Jenama Paling Cemerlang 2012.

Dapat mengekalkan kedudukan

Salah satu perbezaan Pensonic dengan jenama-jenama lain adalah keupayaannya


untuk mengendali situasi yang paling kompleks. Apabila ekonomi tempatan berada
dalam tahap yang membimbangkan beberapa tahun yang lalu, bantahan menggunakan
produk tempatan dan juga kemasukan produk ke luar negara, namun dengan strategik
pemasaran yang tersendiri dan melalui reputasi jenama yang kukuh, Pensonic mampu
mengharungi segala kesukaran dan halangan. Oleh itu, syarikat ini masih tersenarai
dalam Bursa Malaysia dan mampu mengekalkan kedudukannya dalam dan luar
Negara.

Menjadi keperluan harian

Penggunaan barangan elektrik dan elektronik pada masa kini semakin meningkat bagi
isi rumah.

Dimana isi rumah menggunakan barangan Pensonic untuk keperluan

harian, salah satunya barangan dapur.

Memberi tumpuan penjenamaan produk

Pensonic Holdings Bhd (Pensonic) akan memberi tumpuan kepada penjenamaan


produk-produknya bagi membolehkan ia meningkatkan penguasaan pasaran pada
masa depan. Inisiatif ini diiringi dengan usaha untuk mengukuhkan lagi rangkaian
pengedaran.

Melalui strategik dan sokongan daripada pengedar, pelanggan dan juga daripada rakan
perniagaan yang lain serta kerajaan, ia akan membolehkan syarikat akan terus
mencatat kejayaan seiring dengan peningkatan ekonomi dalam bidang pengilangan
dan pengedaran peralatan elektrik di bawah jenama Pensonic untuk pasaran domestik
dan eksport.

ANALISIS INDUSTRI
Analisis industri dibuat selepas kajian ekonomi dilakukan. Analisis ini dikenali sebagai
analisis sektor kerana ia mengkaji sektor-sektor ekonomi dalam tempoh tertentu.

Dalam

analisis industri memerlukan penganalis mengetahui pusingan hidup industri. Penganalisis


perlu mengenalpasti tempoh mana syarikat berada.

Sifat Industri

Sifat industri bagi syarikat Pensonic adalah persaingan. Hal ini kerana di Malaysia
banyak syarikat-syarikat yang menawarkan produk yang sama dengan syarikat ini.
Namun begitu, syarikat ini mempunyai potensi yang tinggi kerana syarikat ini

merupakan pengeluar jenama peralatan elektrik pertama di Malaysia.


Ia juga merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005
serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.

Peraturan Industri
Syarikat Pensonic menawarkan barangan elektrik yang menepati piawaian yang
dibenarkan di Malaysia.

Hal ini dibuktikan melalui perolehan anugerah seperti

Brand Excellence Award in 2007, 2008, 2009 and 2010, Best Electronic Goods
TV Commercial in 2008, Putra Brand Award for Household and Outdoor
Appliances, National Creativity & Innovation Award 2004, Malaysia Good
Design Mark dan Energy Efficiency & Best Price Fan in 2002. Oleh itu,
kepercayaan pengguna untuk membeli barangan Pensonic semakin tinggi kerana
mereka tidak meragui keselamatan barangan tersebut.
Keadaan ini membolehkan potensi ekonomi syarikat meningkat dan secara tidak
langsung pelabur-pelabur luar akan berminat untuk membuat pelaburan di syarikat ini
dan dapat menjana pendapatan yang tinggi.

Pembangunan Teknologi

Syarikat Pensonic menekankan kecemerlangan produk dan perkhidmatan. Hal ini


dapat dilihat dalam usaha syarikat untuk terus memperbaiki kawalan kualiti dan
menaik taraf semua aspek produk, teknologi dan standard perkhidmatan selaras
dengan perkembangan terkini dan kemajuan oleh inovasi kejayaan cemerlang dalam
reka bentuk , perancangan dan pelaksanaan sempurna . Ini dilakukan oleh pasukan
yang berkelayakan dan berpengalaman contohnya,

jurutera dan juruteknik yang

berdedikasi.
Di samping itu, syarikat ini mengeluarkan produk-produk yang dibuat sepenuhnya di
Malaysia dengan hanya menggunakan bahan-bahan mentah tempatan.

Oleh itu,

pengeluaran yang dihasilkan akan meningkat dan merangsang peningkatan


pendapatan syarikat.

Pertimbangan Kewangan dan Operasi


Kestabilan kewangan syarikat Pensonic berada dalam kedudukan yang baik.
Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan keuntungan yang dicatatkan dalam Penyata
Untung Rugi dan Pendapatan Komprehensif (31 May 2015).
Kestabilan kewangan syarikat ini membuatkan operasi syarikat berjalan dengan lebih
lancar. Keadaan ini akan membuat pelabur lebih berminat untuk membuat pelaburan
di syarikat ini.
Kitaran Hidup Industri

Kitaran hidup industri bagi syarikat Pensonic ialah berada di peringkat kestabilan atau
kematangan. Hal ini dibuktikan apabila syarikat menunjukkan tahap jualan yang
masih tinggi. Semua keluaran produk lebih standard dan pada masa ini juga terdapat

banyak pesaing di pasaran.


Syarikat Pensonic dapat mengekalkan keuntungan dan mampu membayar dividen
yang tinggi kepada pelabur. Syarikat ini juga menawarkan peluang pelaburan yang
baik kerana pelabur masih dijamin mendapat pulangan yang positif. Oleh itu, pelabur
lebih tertarik untuk melabur dalam syarikat ini.

ANALISIS SYARIKAT
Analisis syarikat merujuk kepada proses menilai keuntungan, profil dan produk atau
perkhidmatan syarikat. Ia juga dikenali sebagai "analisis kewangan," dan ia biasanya

digunakan oleh pelabur. Ia menggabungkan maklumat syarikat asas, seperti misi kenyataan,
matlamat dan nilai-nilai.
Barisan produk Pensonic merangkumi peralatan elektrik berikut:

Perkakasan dapur - seperti cerek air elektrik, periuk nasi elektrik, pengadun elektrik

dan sebagainya.
Perkakasan audio visual - seperti televisyen, radio, pemain CD, pemain VCD, pemain

DVD dan pemain audio peribadi


Produk kesihatan - seperti penapis air
Pendingin udara dan kipas angin

Analisis kewangan syarikat terdiri daripada beberapa bahagian nisbah. Antaranya ialah
nisbah kecairan, aktiviti pengurusan aset, nisbah hutang dan nisbah keberuntungan. Rajah di
bawah menunjukkan cara pengiraan nisbah-nisbah tersebut.

Current Asset
Current Liabilities
CR(2014)
=
171,786,208
151,324,804

Current Ratio =

165,043,493

CR(2015) =

128,198,185
=

Total

1.14x

Sales
Total Aset

373,724,824
TAT(2014)
=
254,730,805
= 1.47x
Total debt
Total asset
89,788,078
254,730,805

1.29x

Asset Turnover =

385,503,122
265,167,625

TAT(2015) =
=

Debt Ratio = X 100


67,040,790
265,167,625

1.45x

DR(2014) = X100

Net

DR(2015)=

X100

35.25%

= 25.28%

Net profit (EAT)


Sales
2,707,054
373,724,824

Profit Margin = X100


17,430,255
385,503,122

NPM(2014) = X100

X100

= 0.72 %

= 4.52 %

Net Profit (EAT)


Shareholders Equity

2,707,054
95,272,417

Return On Equity = X100

17,430,255
108,316,536
ROE(2015) = X100

ROE(2014) = X100

= 2.84%

Net Profit (EAT)


Total Asset

2,707,054
ROA(2014)
= X100
254,730,805

16.09 %

Return On Asset = X100

17,430,255
265,167,625

ROA(2015) = X100

= 1.06%

= 6.57%

KESIMPULAN

NPM(2015) =

Syarikat Pensonic Holdings Berhad adalah satu syarikat yang mempunyai struktur kewangan
yang baik dimana nisbah kecairan syarikat adalah memuaskan walaupun aktiviti pengurusan
aset mengalami sedikit penurunan. Ini dibuktikan melalui (CR) syarikat Pensonic pada tahun
2015 adalah lebih tinggi daripada tahun 2014 dan (TAT) pada tahun 2015 kurang 0.02x
daripada tahun 2014.
Selain itu, nisbah hutang syarikat Pensonic berada pada tahap yang baik. Ini dibuktikan
melalui (DR) syarikat Pensonic pada tahun 2015 adalah lebih rendah berbanding pada tahun
2014.
Seterusnya, nisbah keberuntungan syarikat Pensonic adalah sangat baik.

Ini dibuktikan

melalui (NPM), (ROA) dan (ROE) syarikat pada tahun 2015 adalah lebih tinggi berbanding
pada tahun 2014.
Berdasarkan daripada pengiraan nisbah-nisbah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa syarikat
Pensonic Holdings Berhad merupakan syarikat yang baik untuk kita melabur.

Hal ini

demikian kerana, struktur kewangan syarikat yang baik sudah pastinya dapat menjana
pulangan pelaburan yang baik untuk para pelabur.
Oleh itu, kami sekumpulan bersepakat untuk melabur di syarikat Pensonic Holdings Berhad
berdasarkan ketiga-tiga analisis yang telah kami buat.

RUJUKAN

Roslina (2010,January 27). P4122Pengurusan Pelaburan [Web Log


Post]. Retrieved Sept 4, 2016, from http://roslina-p4122pengurusanpelaburan.blogspot.my/2010/01/chapter-3-investmentanalysis.html

Pensonic (n.d.). Awards and Recognitions [Web Log Post] Retrieved


August 29, 2016, from http://pensonic.com/index.php/awards-andrecognitions/

Annual Report 2015. (2015, October 26). Retrieved August 29 2016,


from http://www.bursamalaysia.com/market/listedcompanies/company-announcements/#/?
category=AR&company=9997

Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2013, April 9). Retrieved August 29,


2016, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Pensonic

You might also like