You are on page 1of 8

3.

0 ASPEK SOSIAL

3.1) Pengaruh Agama Budhha daripada India ke China

Dari segi aspek keagamaan, tamadun China mengamalkan agama Budhha sebagai
kepercayaan dalam kehidupan mereka. Salah satu perkembangan semasa era
pemerintahan Han dan era perpecahan chin adalah kedatanagn agama Buddha di
China. Dari sudut perspektif sejarah, Agama Budhha pada mulanya berasal daripada
India dan diasaskan oleh Siddharta Gautama Budhha (tahun 563-483S.M). Beliau
dikatakan berasal daipada keluarga diaraja puak Gotama. Hasil daripada perkahwinan
beliau dengan sepupunya iaitu Yashodara, mereka mendapat anak lelaki yang diberi
nama Rahulu. Dikatakan semasa beliau keluar daripada istana untuk melawat ke luar,
beliau mula melihat penderitaan rakyatnya. Daripada pemerhatian itu, beliau mula
memikirkan penderitaan yang dialami oleh manusia. Oleh sebab beliau memikirkan
soal itu, ianya telah mendorong beliau untuk keluar daripada istana dan mencari
jawapan mengenai penderitaan. Beliau telah bertafakur di bawah pokok Bodhi dan
akhirnya mendapat petunjuk. Beliau digelar sebagai Budhha kerana dianggap sebagai
seseorang yang telah mendapat petunjuk atau penerangan.1

Kedatangan ajaran Budhha di China telah dikesan semasa pemerintahan dinasti


Han iaitu semasa pemerintahan maharaja Ming-Ti sekitar tahun 65. Menurut
ceritanya, pada tahun 63 Maharaja telah bermimpi tentang adanya satu ajaran yang
dikenali sebagai Budhha. Oleh sebab mimpi itu, beliau mengarahkan satu rombongan
untuk pergi ke India untuk mendapatkan gambar-gambar dan kitab-kitab suci Budhha
supaya diterjemahkan ke dalam bahasa China. Dikatakan pada tahun 65, terdapat
masyarakat yang beragama Budhha di utara Kiangsu yang mendapat perlindungan
daripada maharaja Ming-Ti.2

Walaubagaimanapun, pengaruh ajarah Buddha dalam tamadun China adalah


terhad kerana zaman Han yang aman dan makmur pada waktu itu tidak memberi
peluang kepada ajaran ini untuk menjadi satu wadah baru bagi institusi negara dan

1 Suffian Mansor, Tamadun China, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2013, halaman 91.

2 Ibid, halaman 91 & 92.


masyarakat China. Tambahan lagi pengaruh ajaran Confucius amat amat berpengaruh
semasa zaman dinasti Han.

Menurut Suffian Mansor, ajaran Agama Budhha hanya mendapat tempat dalam
masyarakat China setelah negara China menghadapi masalah akibat keadaan
perpecahan dan peperangan yang menjadikan china pada waktu itu huru-hara dan
tidak tenteram. Peperangan yang berlaku semasa zaman Dinasti Han dan serangan
orang gasar telah membawa kepada kemunculan dinasti Utara dan dinasti Selatan.
Dalam keadaan yang demikian, masyarakat China akhirnya mulai menerima ajaran
Budhha sebagai penawar kepada kelemahan dan kekurangan yang dihadapai oleh
masyarakat China pada waktu itu. Ajaran agama Buddha memperlengkapkan
ketamadunan China apabila ajarannya menjadi satu wadah baru dalam pengajaran
tentang kehidupan dan alam semesta. Selain itu, agama Budhha juga menyentuh soal
kehidupan selepas mati dan balasan yang akan diterima oleh manusia bergantung pada
perbuatannya semasa didunia dan menerusi konsep penghidupan semula. Agama
Budhha menjadi penyelamat dan melengkapkan budaya orang China dengan
memberikan keamanan dan ketenangan yang tidak terdapat dalam kehidupan
masyarakat China. Tambahan lagi bahasa yang digunakan dalam ajaran ini adalah
bahasa yang mudah dan senang diterima di dalam budaya China.3

Pada zaman perpecahan, ajaran agama Budhha mendapat banyak tempat di


kalangan pemimpin China. Banyak kitab Budhha telah diterjemahkan ke dalam
bahasa China dan ramai mubaligh Budhha telah sampai ke China untuk menyebarkan
ajaran agama ini. Pada suatu ketika, di Nanking terdapat kira-kira 500 kuil Budhha
yang mempunyai 100 000 orang sami dan rahi. Sami-sami ini telah mengajar
golonagn sarjana dan bangsawan termasuk keluarga diraja. Sementara itu, orang
China yang menjadi sami Budhha ini mengadakan lawatan ke India untuk
mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai ajaran agama Budhha dan mereka
juga cuba mendapatkan teks-teks kitab agama Budhha. Menurut Suffian Mansor lagi
didalam bukunya, antara sami Budhha yang pernah mengembara ke India ialah Zhu
Fa Hu, Fo Tu Cheng, Hui Yuan dan Jiu Mo luo Shi.4
3 Ibid, halaman 93.

4 Ibid, halaman 93 & 94.


Penerimaan agama Budhha oleh masyarakat China juga kerana ajaran tesebut
mempunyai ajaran dengan agama Taoisme. Dalam hal ini agama Budhha dan agama
Taoisme merupakan agama yang berdasarkan penyembahan tanpa melakukan
pengorbanan, mengamalkan meditasi dan latihan pernafasan. Di kalangan orang
China, terdapat kepercayaan yang beranggapan bahawa Lao-Tzu telah dihidupkan di
India dan menjadi Budhha. Hal ini menjadi bertepatan dengan kepercayaan orang
Budhha tentang kelahiran semula. Oleh itu mereka boleh menerimanya amalannya
sesuai mengikut cara mereka sendiri. Ajaran agama Budhha diterima semasa zaman
dinasti Han dan ia beransur-ansur menjadi popular apabila orang gasar menguasai
utara China selepas kejatuhan dinasti Han. Semasa pemerintahan orang Gasar telah
kurangnya ajaran Confusius menyebabkan penduduk tempatan mudah menerima
ajaran Budhha ini, walaupun mereka telah menerima ajaran konfusius. Ajaran
konfusianisme memberi justifikasi teoretis kepada sistem keluarga yang menjadi
tulang belakang masyarakat China. Konfusiasnisme kekal sebagai falsafah yang
tersirat disebalik sistem sosial yang sedia wujud.5 Namun begitu, masyarakat China
selatan juga telah mulai menunjukkan minat kepada ajaran Budhha sebagai satu
wadah untuk memperbaiki kelemahan ajaran konfusius.

Seterusnya, ajaran agama ini mulai diterima oleh pemerintah dinasti Tang.
Namun demikian, perkembangan ajaran ini menjadi malap Maharaja Wu-Tsung
memrintah China pada tahun 845, beliau telah mengarahkan agar ajaran ini disekat.
Hal ini mengakibatkan kemusnahan kuil kira-kira 4500 kuil dan 40 000 rumah ibadat
pada waktu itu. Pada masa pemerintahan dinasti Chou agama Budhha juga ditindas
apabila pemerintah tersebut melakukan rampasan kra-kira 30 000 kuil dan harta
benda. Walaubagaimanapun, ajaran agama Budhha tetap bertahan di China sehingga
sekarang.6

Pada hari ini dapat dilihat sebahagian besar orang China merupakan penganut
ajaran agama Budhha mazhab Mahayana dan satu lagi mazhab Hinayana. Kedua-
duanya mempunyai perbezaan dimana mazhab Mahayana bukan hanya menyembah

5 Fung Yu Lan penterjemah Lim Kim Hui, Sejarah Ringkas Falsafah Cina, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala
Lumpur, 2006, halaman 255.

6 Opcit, halaman 94.


Budhha tetapi juga menyembah dewa-dewi lain manakala ajaran Hinayan pula
menenkankan penyembahan kepada Budhha sahaja. Oleh itu masyarakat China yang
mempunyai kepercayaa banyak tuhan telah menerima mazhab Budhha Mahayana
dalam kehidupan mereka. Satu lagi ajaran agama Budhha di China terdapat di Tibet
dan dikenali sebagai Lamaisme. Ajaran ini mempunyai kuil-kuil sendiri seperti Kuil
Kokhang, Tashilhunpo dan Kuil Sakya.7

3.2) Pengaruh Agama Zoroastrianisme/Mazdaisme

Agama Zoroastrianisme merupakan agama yang menyembah api. Pada awal


pemerintahan dinasti Tang telah membawa hubungan tamadun China dengan
sempadan India dan Asia Tengah secara langsung. Satu kessan yang paling ketara
adalah wujudnya hubungan dengan dunia luar apabila ramai orang asing datang ke
China. Orang asing yang datang bukan sahaja kerana urusan kerajaan tetapi juga
perdagangan, tentera, sami dan penghibur. Hubungan dengan Asia Minor membawa
kepada adanya pengaruh agama Zoroastrianisme atau Mazdaisme iaitu agama yang
berunsurkan penyembahan api dari parsi dibawa ke China pada abad keenam. Dinasti
Tang juga menerima agama Nasrani dan Manichaenism yan dijumpai di Babylon
pada abad ketiga yang mempunyai elemen-elemen kristian dan Zoroastrian. Dua
agama yang datang pada masa itu adalah agama Islam dan Yahudi. Kehadiran agama
itu pada peringkat awalnya diterima dan dibenarkan membina rumah ibadat mereka.8

Semasa pemerintahan dinasti Tang, telah muncul seorang maharaja perempuan


yang pertama dan terakhir. Beliau merupakan seorang gundik maharaja Kao Tsung
dan bercita-cita untuk menguasai China. Beliau telah membuat perancangan rapi
untuk melakukan rampasan kuasa. Antara perkara yang beliau telah lakukan adalah
membunuh anaknya sendiri dan menuduh isteri maharaja iaitu maharani Wang yang
membunuhnya, maka beliau pun disuruh menggantikan tempat maharani dan
mengganti pentadbiran maharaja semasa sedang sakit. Beliau telah menubuhkan

7 Opcit, halaman 95 & 96.

8 Suffian Mansor, Tamadun China, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2013,
halaman 102.
pasukan polis rahsia untuk menghapuskan sesiapa yang menentangnya. Beliau
memerintah dengan penuh kekerasan hingga pada akhirnya beliau disingkirkan dan
pemerintahan diberikan kepada waris yang sebenar.9

Semasa zaman kemuncak pemerintahan maharaja Hsuan Tsung, beliau mewarisi


sebuah kerajaan yang benar-benar telah mantap dan berjaya menundukkan musuh-
musuhnya. Oleh itu, keamanan dan kemakmuran telah dapat dikecapi seterusnya
menggalakkan dan mendorong kepada perkembangan bidang budaya. Beliau turut
menggalakkan perkembangan kesusateraan dan menubuhkan sekolah muzik. Ibu
negeri Tang mulai didatangi para pedagang, diplomat dan para penghibur daripada
pelbagai tamadun dunia.

3.3) Pengaruh Agama Islam di China

Dalam buku History of Islam in China, islam secara rasmi diterima oleh pemerintah
Tiongkok pada tahun 615, setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Saad bin Abi Waqqas
sebagai utusan resmi Khalifah Utsman bin Affan diterima Kaisar Yung Wei dari
Dinasti Tang yang kemudian memerintahkan pembangunan Masjid Huaisheng atau
masjid Memorial di Canton, masjid pertama yang berdiri di daratan Cina. Ketika itu
Dinasti Tang dalam masa kejayaan dan pusat budaya, sehingga Islam cepat tersebar
dan dikenal masyarakat Tiongkok. Masyarakat Islam pertama adalah suku Hui Chi,
kemudian tersebar ke masyarakat lain di Cina dengan cepat. Saad meninggal dunia di
Cina pada tahun 635 M. Kuburannya dikenal sebagai Geys Mazars.10

Semasa dinasti Mongol-Yuan, jumlah umat islam di China semakin membesar.


Orang islam menjadi orang kepercayaan kepada pemimpin Mongol. Malah agama
islam dikatakan menjadi semakin kukuh semasa pemerintahan dinasti Yuan. Agama
islam mempunyai pengaruh sendiri di China.11 Rekod kuno dinasti Tang ada
mencatatkan tentang kedatangan utusan yang dihantar oleh Khalifah Osman dibawah

9 Ibid, halaman 103.

10 Lipman & Jonathan Newman, A History Of Islam In China, Seattle , Wa: University of Washington Press,
1997, pages 63.

11 Ibid
pimpinan Saad bin Abi Waqas ke China pada tahun 650. Peristiwa itu dianggap
sebagai permulaan hubungan dunia islam dengan negara China. Hal ini telah
mewujudkan hubungan yang erat antara dua-dua kerajaan. Malahan maharaja China
pada akhirnya telah membenarkan pembinaan masjid pertama di Changan iaitu
Ching-hsiu ssu (Masjid Timur Besar di Jalan Hua-Chueh). Selain di Changan,
golongan sarjana islam sependapat masjid-masjid awal juga terdapat di Chengchou,
Canton dan Hangchow.12

Pada peringkat ini, hubungan kerajaan islam dengan kerjaan China adalah dalam
pelbagai bentuk. Semasa kerajaan Dinasti Tang awal menghadapi kebangkitan An
Lu-Shan, maharaja Su-Tsung pernah meminta bantuan daripada kerajaan Islam untuk
membantunya menghapuskan kebangkitan tersebut. Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan
Abbasiyah telah menghantar kira-kira 4000 orang untuk menundukkan kebangkitan
itu. Selepas berjaya menghapuskan kebangkitan tersebut, dikatakan tentera islam telah
menetap di China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Mereka yang berkahwin ini
dianggap sebagai orang Islam yang asal yang membentuk generasi Islam di China
hingga pada hari ini.13

Kehadiran agama Islam selepas itu disegarkan lagi dengan hubungan perdagangan
antara kedua-dua belah pihak. Dalam perbincangan dengan Dinasti Sung dikatakan
orang Islam telah mendominasi perdagangan mereka. Disebabkan orang islam lebih
berpengaruh dan berkuasa dalam bidang perdagangan mereka telah dilantik sebagai
Ketua Pengarah perkapalan. Dikatakn orang Islam yang datang juga membina masjid
dibandar pelabuhan Canton. Malah beberapa masjid yang dibina ini diberi nama
maharaja yang memrintah.

Tentera islam dari Arab dan Parsi telah ditempatkan di China untuk menjadi
tentera kerjaaan dan ada dikalangan tentera itu berkahwin dengan penduduk tempatan.
Manakala semasa zaman dinasti Ming pula ia membawa zaman keemasan Islam di
China. Maharaja Tai Su beliau dianggap daripada kalangan keluarga orang Hui,
dengan kata lain yang dianggap sebagai orang China Islam. Orang Islam semakin
12 Opcit, halaman 132.

13 Opcit, halaman 132 & 133.


diasimilasikan dalam masyarakat dan budaya orang China. Salah seorang tokoh Islam
yang penting pada zaman itu adalah Wang Daiyo, beliau dianggap sarjana Islam yang
terkemuka dan dan pernah menulis karya yang berpengaruh iaitu zhengjiao
zhengquan. Namun demikian, nasib umat Islam di China mulai berubah apabila
berlaku beberapa siri pembunuhan terhadap orang Islam di China pada era dinasti
Ching.14

Kesan Pengaruh Luar terhadap pembentukan China

Agama Buddha yang mula meresap dalam kehidupan masyarakat China sejak
abad ke 35SM telah pun mula diterima oleh masyarakat China sedikit demi sedikit
walaupun pada masa itu banyak tentangan hebat. Ajaran Buddha yang kemudiannya
masuk dianggap sebagai satu cahaya penerang kepada masyarakat China. Agama
Buddha yang dibawa dari India dan berpengaruh di China sememangnya
menunjukkan kesan dari segi sosial masyarakat China. Ajaran agama ini yang
menekankan penganutnya hidup secara sederhana dan jangan tamak kepada
kemewahan duniawi menyebabkan ajaran ini disenangi oleh masyarakat bawahan
terutama golongan petani. Malahan ia juga mudah diterima kerana bersifat terbuka
dan senang difahami. Kita dapat lihat penerimaan agama pertama iaitu agama Budhha
ke dalam tamadun China memberikan kemakmuran dan keamanan dalam kekacauan
yang berlaku. Dengan adanya nilai-nilai ajaran seperti bersifat sederhana itu makan ini
menunjukkan beragama sememangnya membantu menangani kesusahan yang berlaku.

Kemasukan Islam ke China telah menimbulkan pelbagai kesan jangka panjang.


Antara kesannya adalah, islam berjaya dikembangkan di China dan menolak
kepercayaan konfusianisme. Selain itu juga, kesan daripada sumbangan pendidikan
dan juga kesenian islam serta kebudayaan islam terhadap China juga telah mengubah
sistem pemerintahan di China.

Selain itu juga, islam telah berkembang di China dan berjaya membuat
penempatan sendiri. Sebagai contoh, penempatan orang Arab telah berkembang di
14 Opcit, halaman 133 & 134.
kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow dan Kwang Chow
(Canton). manakala pada zaman dinasti Sung telah dibenarkan membuat
perkampungan sendiri.15

Menurut Ibnu Batuta, sewaktu lawatan beliau ke China, setiap perkampungan


Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah
mendirikan sebuah masjid Jamik di Nanking. Di Nanking terdapat 36 buah masjid.
Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadah, pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk
kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya, kegiatan dakwah telah berkembang
dengan pesat.16

Antara zaman kegemilangan Islam di China pada peringkat awal ialah Zaman
Tang, Zaman Sung, Zaman Yunnan dan Zaman Ming. Pada empat zaman ini, jumlah
penduduk islam telah bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi
pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. Perkembangan islam di China bermula sejak
zaman Khulafa Ar Rasyidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia
Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China untuk beberapa ketika.17

15 Tan Ta Sen, diterjemahkan oleh Abdul Kadir, Cheng Ho, Penyebaran Islam Dari China Ke Nusantara, 2010.

16 Ibid.

17 Nadiah Bt Abdul Rahman & Priscilla Law Hung, Tamadun Islam dan Asia, Edisi Keempat, 2008.

You might also like