You are on page 1of 18

Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

1.0 Pendahuluan

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu

sistem kerajaan di Malaysia. Selain berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad kepada

penduduk tempatan seperti cukai pintu, agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-

undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran

mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi

bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan

juga Majlis-majlis daerah.

Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British

yang memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31

Ogos 1957. Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah

bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Lama kelamaan, ciri-ciri unik yang mencerminkan

sosio-budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.

Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan

di Pulau Pinang, diberi peranan merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Hal ini

seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-majlis

tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu yang

lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga

menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah memperkenalkan pelbagai

perundangan.

1
2.0 Peruntukan Undang-undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan

tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak

eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan

pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang

diberi nama Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri

daripada seorang menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-

wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding dalam

menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan, pindaan 1960 itu juga

memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan

pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan.

Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal

operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan

Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan

tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan

perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama

sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu, Akta

Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan

tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan

awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk

undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan

kerajaan tempatan.

2
Bagi negeri Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan

Kerajaan Tempatan 1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi

penguasa tempatan di Sabah. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang

pertama kali dibentuk selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir

perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.

Manakala Sarawak pula , penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa

Tempatan 1996. Ordinan ini adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini

digubal di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain

yang mengawal tugas penguasa tempatan ialah Ordinan Bangunan 1994, Ordinan

Perlindungan Kesihatan Awam 1999 dan juga undang-undang kecil di bawahnya. Sementara

itu, penguasa tempatan di bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui Ordinan Perbandaran

Kuching 1988 dan juga Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988. Di bawah ordinan ini, tiga

penguasa tempatan dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya

Kuching Selatan (MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan. MBKS dan Majlis

Perbandaran Padawan kemudiannya diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa

Tempatan 1996. Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam diberi tanggungjawab

menyelia perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.

3
3.0 Hierarki Kerajaan Tempatan

Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976,

wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah.

Jenis-jenis itu ialah:

 Dewan Bandaraya

 Majlis Perbandaran

 Majlis Bandaran

 Lembaga Bandaran

 Majlis Daerah Luar Bandar

 Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan

iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Tetapi, Akta 171

itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Status ini

dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang

dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah

PBT. Badan-badan ini ditubuhkan samada melalui Akta Parlimen mahupun enakmen dan

ordinan negeri. Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun

mengikut hierarki seperti berikut:

 Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya

 Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran

 Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah

 Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

4
Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin

untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).

Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib

malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu

termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti

berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan

seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan

juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-

tugas berikut:

 Kuasa perancang tempatan

 Kuasa mengeluarkan lesen

 Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

 Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)

 Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

 Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam

bandaran)

 Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang

awam, sosial dan juga pembangunan

4.0 Bidang Kuasa

Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis

mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang

5
memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet

negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula

tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status

kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk

bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang

Di-Pertua. Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas

Presiden atau Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan

kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat

kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai

daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di

kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan

perbandaran. Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan,

sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh

daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan

tempatan.

Sebagai contoh, bagi daerah Hulu Langat di Selangor yang mempunyai dua buah

kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran

Kajang (MPKJ), jawatan Pegawai Daerah dipegang oleh Encik Zainal Abidin Aala, manakala

pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan tempatan, masing-masing ialah Dato' Mohammad bin

Yacob dan Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman.

Dalam kes di Hulu Langat, MPAJ turut mentadbir sebahagian kawasan di daerah

Gombak. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kawasan pentadbiran sesebuah kerajaan

6
tempatan tidak ditentukan berdasarkan sempadan daerah sahaja. Contoh terbaik yang lain pula

ialah di daerah Petaling, wujud tiga buah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Shah

Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya

(MPSJ). MBSA pada hari ini turut mentadbir sebahagian daripada kawasan yang terletak di

dalam daerah Klang di Selangor.

5.0 Pilihan raya Kerajaan Tempatan

Berikutan pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan sejak tahun 1960-an, pegawai-pegawai

tertinggi PBT dan juga ahli-ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal

undang-undang kecil di PBT, tidak lagi dipilih penduduk di sekitar kawasan PBT itu,

sebaliknya oleh kerajaan negeri. Amalan ini telah sekian lama dikritik terutamanya oleh

penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati dengan prestasi PBT di kawasan mereka. Antara

kritikan-kritikan itu ialah PBT tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya

terutamanya merancang pembangunan dengan teratur dan mampan sehingga menyebabkan

kesesakan lalulintas, banjir kilat, pencemaran alam sekitar dan juga kadar cukai pintu yang

amat membebankan penduduk.

Suara-suara yang menyeru kepada penganjuran semula pilihan raya kerajaan tempatan

telah dengan lantang cuba diketengahkan oleh pelbagai pihak terutamanya daripada parti-parti

pembangkang, pergerakan-pergerakan awam dan juga ahli-ahli akademik selain penduduk-

penduduk sendiri. Suara ini adalah amat lantang terutamanya di sekitar kawasan pantai barat

Semenanjung dan juga di Kuching, Sarawak yang menyaksikan urbanisasi yang pesat. Malah,

beberapa ahli politik daripada parti pemerintah seperti Datuk Shahrir Samad pernah turut

sama menyuarakan isu ini pada tahun 2007.

Sejak Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 yang lalu, parti-parti politik dari Pakatan

Rakyat telah menyuarakan hasrat mereka untuk menganjurkan pilihan raya tempatan

7
terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Antara hujah-hujah mereka untuk membawa semula pilihan raya ini ialah meletakkan

tanggungjawab ke atas pegawai tertinggi PBT yang selama ini merupakan kakitangan awam

kerajaan negeri yang tidak dilantik oleh penduduk di sekitar PBT itu, selain memilih barisan

ahli majlis melalui pengundian yang akan mencerminkan perwakilan secara seimbang di

kalangan penduduk di kawasan tersebut.

Usaha memperkenalkan semula pilihan raya ini dijangkakan mendapat tentangan

daripada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi dengan perlunya mendapat persetujuan

parlimen untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya

diadakan semula. Sehingga pilihan raya boleh diadakan, kerajaan-kerajaan negeri terutamanya

di kalangan Pakatan Rakyat telah melantik ahli-ahli majlis PBT di kalangan tokoh-tokoh dan

aktivitis-aktivis setempat bagi menyeimbangkan pandangan di kalangan penduduk sekitar

yang akan dapat memberikan maklumat berguna bagi pentadbiran sesebuah PBT.

6.0 Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'Pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di

Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan

tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting

seperti Datuk Bandar , Yang diPertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap cukai, cukai

pintu dan menggubal undang-undang kecil.

Demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan

bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai

cukup maklumat. Korupsi yang berleluasa dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan

sepenuhnya.

8
Persaingan sesama ahli majlis lebih baik dan masing-masing akan berlumba-lumban

meningkatkan prestasi. Kerajaan persekutuan tidaklah terlalu brkuasa berbanding kerajaan

negeri sebagaimana hari ini.

Pilihan raya ini tidaklah perlu diadakan secara besar-besar, melibatkan wang yang

banyak dan masa yang lama. Ahli majlis mestilah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan

etnik krana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Peti undi hendaklah diadakan di

pejabat daerah,balai penghulu dan penduduk sekitar hendaklah digalakkan keluar mengundi.

7.0 Cadangan Diadakan Semula

Pada 1 November 2006, ahli parlimen Seputeh , Teresa Kok Suh Sim pernah mencadangkan

di parlimen agar pilihan raya kerajaan tempatan ini diadakan semula. Cadangan ini brikutan

Ahli Majlis Perbandaran Klang YB Datuk Zakaria Mat Deros yang membina rumah

banglonya di Kampung Idaman tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang

pada 2006.Nepotisme berlaku apabila anak dan isteri beliau turut dilantik sebagai ahli Majlis

Perbandaran Klang. 7 ekar tanah di Shah Alam diluluskan oleh MPK kepada Persatuan

Badminton Selangor sedangkan beliau menjadi pengerusinya. Pelan rumah tidak diluluskan.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang dikatakan melancong ke Mauritius dan Afrika

Selatan untuk mengkaji penggunaan tandas. Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya membina

pusat penjaja di tanah kerajaan. Teresa Kok mendakwa orang ramai selalunya terpaksa

memberi rasuah kepada pegawai ataupun ahli majlis perbandaran sebagai ganjaran untuk

mendapat kelulusan permohonan mereka ataupun mengelakkan masalah.

Cukai pintu dibayar oleh rakyat atau penduduk di sesebuah daerah. Malangnya

bagaimana kewangan dibelajakan tidak diketahui. Tidak ada mekanisme untuk mengimbang

dan menyemak akaun dan bajet kerajaan tempatan. Pemilihan Datuk Bandar dan ahli Majlis

perbandaran tidak dipilih oleh rakyat.


9
Ramai pihak terutama pembangkang mencadangkan pilihan raya peringkat majlis

daerah ini patut diadakan . Majlis daerah ini dipanggil kerajaan tempatan di bawah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kawasan penduduk padat di bandar

biasanya terdiri daripada orang Cina. Sementara orang Melayu masih banyak tinggal di

kawasan luar bandar.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menambah prestasi

perkhidmatan kerajaan tempatan dengan mengadakan semula pilihan raya yang dimansuhkan

pada 1960-an ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengadakan pilihan raya ini

mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan pilihan raya bagi

 Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebelah pulau

 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pilihan raya PBT mula diperkenalkan pada tahun 1956 di Majlis Perbandaran George

Town manakala kali terakhir pilihanraya PBT diadakan adalah pada 1963. Perkara 113(4),

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada

SPR untuk menjalankan pilihanraya lain daripada Pilihan Raya Umum. Oleh itu, kerajaan

negeri Pulau Pinang berhak mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis bagi

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Kerajaan negeri berhak memberi kuasa pada SPR untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan

tempatan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta SPR mengkaji semula

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk

mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri. Undang-undang negeri pula

memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut

Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

10
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan pilihan raya itu mestilah

melalui prosedur perundangan iaitu mestilah dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri

dan persekutuan. Janji Pakatan Rakyat ialah melantik ahli majlis yang lebih adil ,berlandaskan

sistem demokrasi bagi menghapuskan rasuah dan penyelewengan di majlis-majlis

perbandaran.

Pada 23 Mac 2010, surat penjelasan SPR setebal 11 muka telah dihantar kepada Tan Sri

Abdul Khalid Ibrahim. SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta

Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta

Pilihan Raya 1957. Terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya

PBT. Jika diluluskan, pilihan raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada

secara serentak atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Ia mungkin lebih meriah

berbanding pilihan raya umum sedia ada.

8.0 Kewajaran Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan peringkat kerajaan di peringkat paling akar umbi

dalam sistem pentadbiran negara. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti

cukai pintu dan menguatkuasakan undang-undang kecil dalam kawasan pentadbiran mereka.

Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi

bandaraya atau Yang Dipertua Majlis atau Presiden bagi majlis perbandaran dan majlis

daerah. Dalam urusan hari ini, kerajaan tempatan dirujuk sebagai pihak berkuasa tempatan

atau PBT yang dilantik oleh kerajaan negeri, dan bukannya dipilih melalui pemilihan atau

pilihan raya oleh penduduk tempatan.

Pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan sejak sebelum Merdeka telah digantung

pada 1965 atas alasan konfrontasi Malaysia-Indonesia. Ia tidak dilaksanakan sehingga 1976

di mana Akta Kerajaan Tempatan digubal untuk memansuhkan sama sekali pilihan raya di
11
peringkat akar umbi itu. Cadangan untuk mengadakan kembali pilihan raya tempatan mula

berkumandang semula selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Para pemimpin kerajaan

sendiri sering mendakwa Malaysia sudah membangun dan maju serta menjadi negara

perindustrian yang hebat dalam semua bidang. Ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan

dan pengetahuan rakyat sudah semakin meningkat.

Keupayaan intelek dan teknikal rakyat untuk bersaing dengan lebih terbuka telah

terserlah. Ini bermakna rakyat sudah bersedia untuk berdikari dengan memilih sendiri

kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan yang dipilih oleh penduduk tempatan sudah pasti perlu

memberi khidmat kepada pengundinya. Di sini tidak akan timbul isu konflik kepentingan di

antara keperluan penduduk tempatan dan dasar kerajaan negeri/perksekutuan. Pilihan raya

tempatan juga merupakan salah satu dari jalur konsep "ketuanan rakyat" yang menghalang

keutamakan kroni dan syarikat besar, sebaliknya ia adalah cara/kaedah kuasa memilih itu

dikembalikan kepada rakyat dalam menentukan dasar, pentadbiran, agihan kekayaan dan

kutipan cukai yang diinginkan oleh rakyat tempatan itu sendiri.

8.1 Tiada ketelusan, rakyat diperkotak-katikkan

Hari ini, kerajaan tempatan atau PBT merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan negeri atau

persekutuan. D alam bahasa yang lebih mudah, arahan melaksanakan dasar datangnya dari

atas, iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri.

Rakyat tempatan tidak ada suara kecuali merayu kepada wakil rakyat masing-masing

yang mempunyai kuasa yang amat terhad. Yang menjadi masalah, kebanyakan dasar itu tidak

semestinya menepati keperluan penduduk tempatan. Ia adalah hubungan secara sehala - dari

atas ke bawah sahaja. Jika ada bantahan dari rakyat tempatan, proses bantahan atas apa jua

dasar yang dilaksanakan itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Akhirnya,

masalah bertukar menjadi krisis. Birokrasi menjadi karenah birokrasi (red tape) dan peluang

12
untuk rasuah, salah guna kuasa dan pilih kasih terkangkang luas. Yang menjadi mangsa

adalah rakyat tempatan itu sendiri. Rasa tanggungjawab dan kesetiaan Yang Dipertua Majlis

atau Datuk Bandar hanya pada kerajaan negeri atau pusat kerana mereka dilantik oleh bos-bos

mereka, dan bukannya dipilih oleh rakyat.

Malah, sisi negatif juga akan melibatkan rakyat itu sendiri, di mana masyarakat

setempat tidak mengambil peduli terhadap persekitaran kediaman mereka kerana beranggapan

itu bukan tanggungjawab mereka, sebaliknya itu adalah kerja Dewan Bandayara, Majlis

Perbandaran atau Majlis Daerah. Soal kebersihan, keselamatan dan aktiviti sosial diserahkan

seratus peratus kepada PBT. Jika berlaku masalah, masyarakat lebih suka menyalahkan PBT.

Ini bermakna sistem yang ada telah melahirkan sikap manusia yang tidak peduli, suka

menyalahkan orang lain dan "pemalas".

Kita sebagai rakyat bimbang dengan kuasa dan amanah yang diberikan kepada ahli

politik atau pegawai kerajaan yang tidak dibatasi dengan budaya ketelusan. Cukai-cukai yang

dikutip oleh PBT harus diumum atau dilapur setiap tahun atau lebih baik lagi, setiap enam

bulan kepada rakyat yang membayar cukai. Jika tidak menjadi masalah kepada PBT untuk

mengutip cukai dua kali setahun, tidak ada sebab pengumuman terperinci tidak boleh dibuat

dua kali setahun juga. Kita mahu tahu bagaimana, untuk apa, kepada siapa, ke mana wang itu

digunakan. Kita mahu mereka yang memegang amanah itu beramanah. Malah, setiap

rancangan pembangunan itu harus dirujuk kepada rakyat sebelum dilaksanakan. Rakyat dan

kerajaan tempatan adalah rakan kongsi dalam soal ini.

Demografi sesuatu kawasan pastinya berbeza dengan kawasan lain, begitu juga dengan

aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat tersebut. Justeru, tahap atau bentuk pembangunan di

sesuatu kawasan itu harus berbeza mengikut kehendak dan keperluan masyarakat setempat.

Jika ini dianggap "leceh", maka itulah sebabnya pilihan raya tempatan perlu diwujudkan

13
semula. Jika tidak, amalan yang sedia ada akan terus menyukarkan semua pihak dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

8.2 Manfaat

1. Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka,

malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walau

pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding) .

2. Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar

umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara

dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan

menghargai konsep kebebasan bersuara.

3. Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai

dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak

dalam merangka masa depan hidup mereka.

4. Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar

kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih akan

beransur hilang.

5. Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat

pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan

menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

6. Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah

kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes

rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.

14
8.3 Halangan dan pilihan

Tidak dinafikan bahawa untuk mencapai matlamat ini bukanlah satu usaha yang mudah, tetapi

yang pasti ia tidaklah terlalu sukar. Apatah lagi pilihan raya kerajaan tempatan pernah

diadakan di bumi Malaysia. Malah contoh-contoh kejayaan demokrasi akar umbi di merata

dunia membuktikan betapa perlunya diadakan pilihan raya tempatan. Ibarat kata pepatah, tak

kenal maka tak cinta. Justeru, setelah memahami kesan dan faedah pelaksanaan pilihan raya

tempatan ini, pastinya kefahaman itu ingin diterjemahkan dalam praktis. Di mana ada

kemahuan di situ ada jalannya.

Buat masa ini, perbahasan tentang isu ini perlu diperbanyakkan lagi, perlu ada

kritikan, ada sokongan dan bantahan, perlu juga diberikan alasan dan fakta yang lebih konkrit.

Rakyat mahu melihat pro dan kontra terhadap agenda ini. Perlu dilihat dan dikaji dari semua

aspek, baik persoalan undang-undang, teknikal atau pun pendekatan. Tidak ada sistem yang

bebas dari kelemahan. Namun jika kelemahan itu boleh diminimakan dan kebaikannya

dimaksimakan, akan lahir pilihan jalan tengah yang bakal memuaskan kehendak dan

keperluan majoriti

15
9.0 Penutup

Kewajaran kewujudan pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia adalah bergantung kepada

ketua pemimpin sesuatu kawasan itu, ahli jawatan kuasanya beserta penduduk tempatan

kawasan itu. Ini kerana, demokrasi sesebuah kerajaan akan menjadi adil jika penduduknya

aman dan hormat menghormati antara satu sama lain. Pertelagahan dalam isu pemilihan ketua

dan jawatan kuasa tidak membawa kemakmuran dalam kerajaan tersebut.

Ada setengah pendapat pilihan raya itu amat penting kerana asas demokrasi yang

menegaskan sebagai; a procedure for taking decisions in any group, association or society,

whereby all members have an equal right to have a say and to make their opinions count. Satu

kelompok atau khalayak yang membentuk masyarakat dalam lingkungan kawasan berkuasa

tempatan harus diberi peluang mengelola atau mentadbir sendiri kawasan mereka.

Proses serta suasana yang diperjuangkan oleh demokrasi, memberi ruang setiap orang

hak untuk bersuara, peluang untuk menyuarakan serta ruang mengambil bahagian

menentukan dasar awam untuk kawasan mereka sendiri. Penyediaan prasarana awam ini akan

dapat menepati prinsip "one person, one vote, one value", yang memberi gambaran yang lebih

luas perlakuan persepsi "all person are of equal worth", setiap orang dibekalkan dengan satu

undi dan setiap undi amat berharga.

Secara tidak langsung amalan demokrasi mengangkat darjat dan harga diri seseorang.

Tiada pihak yang dikesampingkan, semua memilik hak yang sama dan seimbang. Justeru itu,

amatlah wajar, hak ini disebarluaskan, sampai ke pembentukan sebuah majlis berkuasa

kerajaan tempatan. Hari ini, kuasa ini cuma sekadar di peringkat pihak berkuasa kerajaan

negeri dan kerajaan pusat. Ini telah memisahkan, persepsi penglibatan aktif setiap penduduk

dalam proses penentuan pembuat dasar awam di peringkat paling kecil. Situasi ini juga,

16
menghadkan penglibatan dan penyertaan masyarakat sivil secara aktif dalam penyelesaian

masalah bersama di penempatan masing-masing.

Tapi ada sesetengah pendapat pula, pilihan raya seumpa itu tidak perlu diadakan di

peringkat kerajaan tempatan kerana proses tersebut tidak semestinya menjamin perkhidmatan

pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjadi lebih baik. Kewujudannya hanya akan

mementingkan proses politik di peringkat tempatan. Yang khususnya, Apa yang hendak

diberikan tumpuan ialah dari segi perkhidmatan pihak tersebut kepada rakyat mesti

diutamakan daripada proses pemilihan politik itu sendiri. Jadi pemilihan dan kempen itulah

yang menjadi tumpuan kepada mereka nanti (sedangkan) tidak semesti melalui proses ini

menjadikan PBT lebih baik dari segi perkhidmatan kepada rakyat.

17
Rujukan

Norris, M. W., Local Government in Peninsular Malaysia, David Green Printers, Kettering,

Northants, 1980.

Tennant, P., The Decline of Elective Local Government in West Malaysia, Asian Survey,

April 1973.

Saravanamuttu, J., The Snuffing Out of Local Democracy in Malaysia, Aliran, 2000. Dicapai:

23 Julai 2008.

Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference

to the structure, management, finance and planning, 1987.

http://www.utusan.com.my/utusan

18

You might also like