You are on page 1of 24

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

1.0 Pendahuluan
Dalam tugasan ini, saya memilih tajuk Isu Penguatkuasaan Dan Integriti Di Dalam
Sistem Pengurusan PBT . Sebelum berbincang lanjut berkaitan tajuk yang dipilih, adalah
baik sekiranya melihat serba sedikit tentang apa yang dimaksudkan sebagai Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau lebih dikenali sebagai Kerajaan Tempatan dan latarbelakang
kewujudannya.
2.0 Definisi Kerajaan Tempatan
Takrifan kerajaan tempatan menurut Georeery (1972:34) ialah kerajaan tempatan boleh
didefinisikan

sebagai satu proses yang mana fungsi dan perkhidmatan awam tertentu

ditanggung oleh satu proses oleh satu set unit-unit dalam wilayah dalam negeri. Sementara
Emil J. Sady (1962:12) kerajaan tempatan merujuk kepada bahagian kecil politik bagi
sesebuah negara atau dalam sistem persekutuan atau negeri tertakluk oleh undang-undang
dan mempunyai kawalan yang besar terhadap hal ehwal tempatan, termasuk kuasa-kuasa
mengadakan cukai atau buruh tetap untuk tujuan yang dinyatakan dan badan yang mentadbir
urus diertikan satu entiti adalah dilantik atau dipilih. Phang Siew Nooi (1997) local
government is further limited in its jurisdictional competence by the principle of ultra vires,
i.e. local government can only perform those function expressly enumerated in its statues and
within its gazetted area only.
Walaupun tiada satu pentakrifan yang tepat mengenai kerajaan tempatan. Namun begitu,
berlandaskan definisi-definisi yang telah diberikan oleh para sarjana seperti di atas, dapat
dirumuskan bahawa, kerajaan tempatan itu adalah satu institusi pemerintahan yang berkuasa

Page 1

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

di peringkat bawahan dalam sesuatu tempat atau daerah kecil dengan kuasa yang tertentu dan
melaksanakan tugas-tugas untuk kebajikan dan kesentosaan masyarakat di kawasan tersebut.
Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan ditafsirkan
sebagaimana Berikut ;

ertinya mana-mana majlis bandaraya, majlis Perbandaran atau majlis


daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubung dengan Wilayah
Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah
seksyen 4 Akta Ibu kota Persekutuan 1960 (Akta 190)
Pihak Berkuasa Tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan
aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya yang diperuntukkan di dalam
undang-undang tersebut. Jika mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan
adalah ultra vires (diluar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip ini merupakan
asas yang menentukan status fungsi Kerajaan Tempatan.
3.0 Latarbelakang Kewujudan Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan timbul akibat wujudnya kesedaran bahawa, semakin tinggi aktiviti
kerajaan, maka semakin sukar untuk merancang dan mentadbir aktiviti itu daripada kerajaan
pusat mahupun kerajaan negeri ataupun wilayah. Bagi mendapatkan keberkesanan,
pentadbiran awam moden tidak sahaja terletak pada dasar dan cara di bahagian pusat sematamata malah bagaimana dilaksanakan hingga ke peringkat bawahan seperti wilayah, daerah
dan juga kampung.

Page 2

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

Oleh itu, perlu diadakan satu pentadbiran kerajaan yang meluas bagi memastikan kejayaan
sesuatu rancangan. Jadi, kerajaan tempatan akan mewakili kehendak rakyat tempatan dalam
mentadbir hal-ehwal tempatan yang bertujuan untuk meninggikan penyertaan rakyat dalam
politik bagi kepentingan rakyat tempatan.
Dalam sistem Federalisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia, terdapat tiga strata
pentadbiran yang penting, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan dan terendah
sekali adalah Kerajaan Tempatan. Selain berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad
kepada penduduk tempatan seperti cukai pintu, agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan
undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan
pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil
Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan
perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah.
Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang
memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos
1957. Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan
sistem yang wujud di Britain. Lama kelamaan, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosiobudaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.
Titik permulaan kerajaan tempatan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1801 apabila satu
jawatankuasa yang dinamakan Committe of Assessors telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan
diberi peranan merancang serta melaksanakan pembangunan bandar. Hal ini seterusnya
membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-majlis tempatan
kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu yang lainnya

Page 3

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga
menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah memperkenalkan pelbagai
perundangan.
4.0 Peruntukan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan
tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi Kerajaan Tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak
eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan
pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang
diberi nama Majlis Negara bagi kerajaan tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri
daripada seorang menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga
wakil-wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berperanan sebagai majlis perunding dalam
menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan, pindaan 1960 itu juga
memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan
pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan.
Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal
operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan
tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan
perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab
utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu,
Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan

Page 4

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunanbangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain
termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan
perjalanan kerajaan tempatan.
Di Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan Kerajaan
Tempatan 1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi penguasa
tempatan di Sabah. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang pertama
kali dibentuk selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir
perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.
Di Sarawak, penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa Tempatan 1996.
Ordinan ini adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini digubal di bawah
Ordinan Kerajaan Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain yang mengawal tugas
penguasa tempatan ialah Ordinan Bangunan 1994, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam
1999 dan juga undang-undang kecil di bawahnya. Sementara itu, penguasa tempatan di
bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui Ordinan Perbandaran Kuching 1988 dan juga
Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988. Di bawah ordinan ini, tiga penguasa tempatan
dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan
(MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan. MBKS dan Majlis Perbandaran Padawan
kemudiannya

diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa Tempatan 1996.

Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam diberi tanggungjawab menyelia perjalanan
penguasa tempatan di negeri ini.

Page 5

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

5.0 Hierarki Kerajaan Tempatan


Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976,
wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah.
Jenis-jenis itu ialah:

Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Bandaran
Lembaga Bandaran
Majlis Daerah Luar Bandar
Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan
iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Tetapi, Akta 171
itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Status ini
dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang
dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah
PBT. Badan-badan ini ditubuhkan samada melalui Akta Parlimen mahupun enakmen dan
ordinan negeri. Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun
mengikut hierarki seperti berikut:

Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya


Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran
Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah
Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin
untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).
Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Page 6

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib
malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu
termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti
berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan
seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan
juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugastugas berikut:

Kuasa perancang tempatan


Kuasa mengeluarkan lesen
Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam

bandaran)
Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang
awam, sosial dan juga pembangunan.

6.0 Bidang Kuasa Kerajaan Tempatan


Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis
mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang
memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet

Page 7

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula
tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status
kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk
bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang
Di-Pertua. Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelar
Presiden atau Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan
kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat
kerajaan negeri.
Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah
turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan
orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran.
Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau
merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan
beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan.
Sebagai contoh, bagi daerah Hulu Langat di Selangor yang mempunyai dua buah kerajaan
tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang
(MPKJ). Dalam kes di Hulu Langat, MPAJ turut mentadbir sebahagian kawasan di daerah
Gombak. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kawasan pentadbiran sesebuah kerajaan
tempatan tidak ditentukan berdasarkan sempadan daerah sahaja. Contoh terbaik yang lain
pula ialah di daerah Petaling, wujud tiga buah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran

Page 8

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

Subang Jaya (MPSJ). MBSA pada hari ini turut mentadbir sebahagian daripada kawasan yang
terletak di dalam daerah Klang di Selangor.
7.0 Kategori PBT
(a) Majlis Bandaraya
1. PBT itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;
2. mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;
3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable)
dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan
perbelanjaan;
4. berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang tinggi
termasuklah aktiviti kutipan hasil, kelulusan pemajuan pembangunan, penguatkuasaan
dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai struktur organisasi yang mantap serta
kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
5. pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable
development) serta memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu
perbandaran seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk
golongan berpendapatan rendah dan pemeliharaan alam sekitar. Indikator bandar
mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network
(MURNInet) juga akan diambil kira;
6. pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar dan
budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan. Kawasan-kawasan dan

Page 9

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik
serta perlu dipelihara;
7. mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan
perniagaan dan perdagangan bagi menarik kemasukan pelabur. Ini termasuklah
kemudahan-kemudahan perhotelan bagi menggalakkan kegiatan pelancongan dan
urusan perniagaan. Tumpuan diberikan kepada kepesatan sektor perkhidmatan serta
pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berorientasikan
pengetahuan;
8. pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej, maktab, muzium dan
perpustakaan awam;
9. pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
10. mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi
termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang
Kurang Upaya (OKU). Ini termasuklah kemudahan-kemudahan pengangkutan awam,
sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan
ICT; dan
11.Mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun
antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu sejajar dengan taraf sebagai sebuah
Bandar raya.
(b)

Majlis Perbandaran

Page 10

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

1. merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah;
2. penduduknya tidak kurang daripada 150,000 orang;
3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (sustainable) dengan hasil
tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan berupaya menyediakan perkhidmatanperkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup
sebuah perbandaran;
4. mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama
sedia ada ataupun dalam perancangan yang dikenal pasti berpotensi memberi
sumbangan kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta
penjanaan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor;
5. keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping
menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial;
6. mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan
sistem lebuhraya yang cekap. Mempunyai konsep perancangan bandar yang mapan
(sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk
didiami. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia
Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira; dan
7. mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk
membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap
seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21) ataupun penglibatan
jawatankuasa penduduk.

Page 11

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

(c)

Majlis Daerah
1. lain-lain kawasan selain bandar-bandar utama;
2. penduduknya kurang daripada 150,000 orang;
3. jumlah hasil tahunan kurang daripada RM20 juta; dan
4. keperluan penduduk lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam
berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.

8.0 Statistik PBT Mengikut Negeri

Rajah 1 : Statistik PBT Dalam Malaysia Sehingga Tahun 2015

9.0 Isu Penguatkuasaan Dan Integriti PBT


Penguatkuasaan dan integriti adalah dua perkara yang saling berkait satu sama lain.
Sekiranya sesuatu agensi terutamanya yang melaksanakan undang-undang, menjalankan

Page 12

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

kewajipan penguatkuasaan secara telus, maka ia dilabel sebagai berintegriti tinggi. Umum
mengetahui bahawa PBT adalah agensi yang paling hampir dengan penduduk setempat,
kerana keadaan aktiviti penduduk seharian yang banyak melibatkan PBT seperti urusan
pelesenan, percukaian, kemudahan awam dan sebagainya. Oleh itu, PBT tidak pernah terlepas
dari permasalahan dan sentiasa menjadi perhatian khasnya oleh penduduk tempatan. Dari
dahulu sehingga kini, PBT sering sahaja menjadi medan kritikan, lebih-lebih lagi apabila
masyarakat tidak berpuas hati terdapat sesuatu tindakan PBT. Kini, PBT telah berhadapan
dengan pelbagai cabaran apabila menangani isu-isu yang melibatkan tugas penguatkuasaan.
Kegagalan menguatkuasakan undang-undang, menyebabkan nilai integriti warga PBT
menjadi persoalan dan buah mulut masyarakat.
Walaupun skop tugas penguatkuasaan pihak PBT merangkumi pelbagai aspek seperti alam
sekitar, perparitan, percukaian, bangunan dan sebagainya. Namun isu yang sering kali hangat
diperkatakan oleh masyarakat tempatan ialah kewujudan premis-premis perjudian siber dan
urut atau lebih sinonim dengan nama pusat refleksologi. Pertumbuhan pusat-pusat ini
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan membimbangkan masyarakat kerana ia bukan
sahaja mengundang gejala sosial dan jenayah malah ia juga dikhuatiri boleh menggangu
sistem ekonomi masyarakat luar Bandar.
Hanya dalam masa tiga hari tinjauan di sekitar Lembah Klang, saya memperoleh angka yang
mengejutkan, iaitu lebih 1,500 rumah urut kebanyakannya tidak berlesen dikesan. Lebih
memeranjatkan, ada antara lokasi di kawasan tertentu mempunyai 15 hingga 20 rumah urut.
Begitu sekali rancaknya bisnes rumah urut di negara ini. Bertopengkan pusat refleksologi dan
spa, jumlah rumah urut di negara ini ternyata semakin meningkat tanpa keperluan yang
munasabah. Walaupun serbuan demi serbuan dilakukan pihak berkuasa dalam menangani

Page 13

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

kegiatannya, usaha tersebut seolah-olah tidak berkesan dan tiada penghujung. Inilah realiti
yang ditemui dalam tinjauan di beberapa kawasan termasuk Puchong, Kuchai Lama, Subang
Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Damansara.
Statistik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan, hanya empat lesen rumah
urut dikeluarkan setakat ini. Bagi pusat rawatan kaki atau pusat refleksologi pula, sebanyak
279 lesen dikeluarkan manakala 41 lesen lagi diberikan untuk pusat-pusat spa. Menurut
jurucakap DBKL, setiap lesen dikeluarkan adalah mengikut bidang tugas dan perkhidmatan
yang telah ditetapkan."Pusat refleksologi tidak boleh memberikan perkhidmatan urutan badan
kerana lesen untuk memberi khidmat urutan badan hanya kepada pemilik lesen rumah urut,"
katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Menurut jurucakap DBKL itu lagi, pihaknya
kerap melakukan pemantauan terhadap rumah urut dan refleksologi bagi membendung
penyalahgunaan lesen.Tambahnya, jika terdapat pihak yang melanggar arahan, lesen akan
ditarik dan tidak dibenarkan disambung pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, DBKL tidak
dapat memberikan jumlah lesen yang telah ditarik balik dengan alasan tidak mempunyai data
yang tepat.
Mengikut seorang penduduk kawasan Kuchai Lama, Norseha Siman,37, yang ditemu bual,
berkata kebanyakkan premis rumah urut beroperasi secara terbuka di mana-mana lokasi.
Menurut beliau, papan iklan yang dipamerkan memaklumkan urutan dilakukan oleh pekerja
lelaki tetapi apabila masuk ke premis, staf memaklumkan rawatan akan dilakukan oleh
wanita sedangkan pelanggan yang datang adalah lelaki. Kebanyakan pekerja di pusat-pusat
ini menggunakan khidmat warga asing seperti dari negara Thailand, Indonesia dan China dan
beroperasi sehingga lewat malam. Tambah beliau, banyak kali laporan telah dibuat tetapi

Page 14

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

pihak PBT, jarang-jarang sekali buat pemeriksaan dan ambil tindakan. Beliau berharap
supaya pihak berkaitan bersikap lebih agresif menangani permasalahan ini.
Bagi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga kawasan Puchong, S Paneer Selvam berkata,
pihaknya mencadangkan supaya lebih banyak operasi dilakukan untuk mengatasi
peyalahgunaan permit dan lesen yang diberikan. Sekiranya banyak pemantauan dan
penguatkuasaan dibuat sekurang-kurangnya dapat menyekat dan mencegah aktiviti disebalik
pusat kesihatan dan kecantikan daripada berleluasa. Beliau juga ragu-ragu dengan
penguatkuasaan PBT, kerana boleh dikatakan setiap premis yang diserbu dan disita akan
beroperasi semuala dalam jangka masa seminggu.
Persoalan timbul berkenaan lambakan pusat tersebut sama ada ia dilindungi atau disokong
oleh pihak tertentu sehingga terdapat di antaranya yang beroperasi tanpa permit malah tidak
kurang juga yang menjalankan aktiviti sampingan untuk mendapatkan pendapatan berganda.
Masyarakat tertanya-tanya apakah punca sebenarnya yang menjadi asas kepada wujudnya
pusat-pusat ini. Adakah tahap integriti yang lemah dalam kalangan pihak berkuasa tempatan
(PBT) dan agensi penguatkuasa menjadi penyumbang kepada berleluasanya aktiviti-aktiviti
seumpama ini?
Bagi merungkai persoalan ini, saya telah bertemu dengan Ybg. Dato Norazlan Bin Mohd
Razali,

Pengarah

Bahagian

Integriti

Agensi,

Suruhanjaya

Pencegahan

Rasuah

Malaysia(SPRM). Mengulas mengenai PBT, beliau berkata, kebanyakan PBT kini


menampakkan perubahan ketara dalam aspek mewujudkan sistem kerja yang lebih teratur
dan kemas kini sistem pentadbiran serta prosedur sejajar dengan proses transformasi
perjalanan dan struktur PBT yang diambil. Contohnya Majlis Perbandaran Manjung, Perak

Page 15

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

yang sejak 2011 telah mendapat anugerah kerana prestasi yang baik. Dari segi struktur dan
organisasinya, perjalanan aktiviti serta penyampaian khidmat orang ramai adalah tersusun
dan piagam pelanggan dilaksanakan secara rapi.
Pandangan mengatakan masalah rasuah dalam PBT merupakan masalah utama rasuah di
negara ini, itu pandangan umum. Tetapi saya fikir kebanyakannya berkaitan dengan tahap
kefahaman. Kadang-kadang sesuatu permohonan atau kerja yang hendak dilaksanakan, kalau
pemohon tidak faham prosedur, maka akan timbul pelbagai tuduhan. Jadi pentingnya
menyampaikan sesuatu maklumat dan prosedur itu dengan jelas, kata beliau.
Namun katanya, penglibatan anggota penguatkuasa PBT dengan gejala rasuah sering
diperkatakan dan tidak dapat dielakkan kerana PBT adalah agensi yang paling hampir dengan
masyarakat di mana selain daripada memberikan kelulusan bagi perkara-perkara tertentu,
PBT juga bertindak tegas untuk mengawal dan menghentikan aktiviti yang menyalahi manamana peruntukan dalam mana-mana Akta dan undang-undang kecil yang berkaitan.
Tambah beliau, aduan-aduan melibatkan warga PBT sering kali diterima oleh pihaknya
terutamnya isu-isu yang membabitkan rumah urut dan perjudian siber. Kertas Sisatan yang
pernah di buka setakat ini hanya melibatkan warga PBT di kumpulan pertengahan dan
bawahan sahaja. Kebanyakkan kes adalah melibatkan anggota penguatkuasa PBT yang
meminta dan menerima wang rasuah supaya tidak diambil tindakan terhadap premis-premis
perjudian siber dan urut yang melanggar syarat lessen mahupun berniaga tanpa lessen.
Walaupun nilai rasuah yang diterima sedikit tetapi ia diambil secara bulanan dan telah
menjadi satu amalan pada mereka.

Page 16

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

SPRM dikatakan memandang serius perkara ini, kerana kepercayaan masyarakat tempatan
terhadap PBT mula pudar dan disebabkan perbuatan sesetengah warga, hampir keseluruhan
PBT mendapat persepi buruk daripada masyarakat. Menyedari perbuatan ini semakin
meruncing di kalangan warga PBT. SPRM dikatakan telah mengambil pendekatan baru untuk
menangani masalah ini. Memandangkan pihak yang diminta rasuah oleh pihak PBT tidak
mahu melaporkan ataupun enggan kerjasama dengan SPRM, disebabkan masing-masing ada
kepentingan, maka SPRM terpaksa menggunakan kaedah proaktif yang dinamakan
intelligence based investigation(IBI). Menerusi konsep IBI ini, satu operasi Undercover
telah digunakan bagi mengenal pasti sasaran yang melindungi pusat-pusat ini dengan
menerima suapan secara bulanan dan tidak hairan juga sekiranya dikatakan ada anggota PBT
yang terima rasuah seks. Operasi ini dikatakan hampir ke kemuncak dan tangkapan dijangka
akan dilakukan dalam bulan ini (Oktober 2015). Tanpa mengulas lanjut berhubung operasi
ini, Ybg. Dato menyatakan bahawa statistik tangkapan kakitangan PBT pada tahun 2012
adalah seramai 23 orang, tahun 2013 seramai 35 orang dan tahun 2014 seramai 28 orang.
Dalam pada itu, kata beliau juga, bagi menangani gejala tidak sihat itu dalam kalangan
penjawat awam seumpama ini, SPRM telah mengatur beberapa langkah pencegahan seperti
program jabatan angkat katanya program itu akan membabitkan pelbagai agensi kerajaan
termasuk PBT . Program jabatan angkat ini akan membimbing agensi-agensi kerajaan dari
segi aspek integriti dan mengelakkan elemen rasuah. Menurut beliau, pelaksanaan program
berkenaan merupakan satu proses berterusan dan kerjasama antara SPRM dan agensi serta
PBT, melibatkan soal bagaimana meningkatkan prestasi pengurusan selain keberkesanan
dalam membelanjakan wang awam.
10.0 Penjelasan Wakil PBT

Page 17

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

Memandangkan perbincangan dalam tugasan ini adalah terhadap PBT, maka saya menemu
bual seorang Pegawai Kanan dari salah sebuah Majlis Perbandaran. Proses temu bual
dijalankan secara santai, dan beliau tidak mahu identitinya didedahkan dalam tugasan ini.
Saya minta pandangan beliau berhubung isu-isu yang berkaitan dengan pusat-pusat judi siber
serta urut yang makin lama makin bertambah banyak serta persoalan integriti yang
dibangkitkan oleh masyarakat terhadap PBT.
Katanya, isu integriti adalah peluru yang selalu digunakan oleh masyarakat terhadap agensi
penguatkuasa apabila tidak memenuhi kehendak mereka. Beliau tidak merasa pelik apabila
PBT sering ditomah dengan pelbagai isu integriti termasuk rasuah. Ini kerana adalah menjadi
lumrah kepada mana-mana agensi penguatkuasa untuk berhadapan tomahan-tomahan
seumpama itu. Sedangkan SPRM sendiri ditomah tidak berintegriti rentetan daripada
kematian Teoh Beng Hock, apatah lagi PBT, katanya. Beliau tidak menafikan ada sesetengah
di kalangan warga PBT terlibat dalam kes-kes rasuah, tetapi baginya ia adalah kes-kes
terpencil dan tidak seharusnya menilai keseluruhan warga PBT berpandukan pada mereka.
Warga PBT juga dikatakan sentiasa di pantau oleh Unit Integriti, Jabatan Kerajaan Tempatan
yang ditubuhkan pada 14 November 2013.
Berhubung isu pusat siber dan urut pula, beliau mengutarakan beberapa masalah yang
dihadapi oleh PBT sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap dua kegiatan ini.
Antaranya ialah campur tangan politik dalam tugasan PBT. Ia berlaku apabila perlantikan
ahli majlis dibuat dikalangan ahli parti. Kerajaan negeri yang dipertanggunjawabkan untuk
melantik ahli majlis, kini lebih cenderung melantik ahli-ahli dari kalangan yang mewakili
parti masing-masing. Walaupun ia bertentangan dengan syarat lantikan tetapi ia diabaikan
untuk agenda politik masing-masing. Kesanya, dasar-dasar yang diputuskan adalah di atas

Page 18

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

kepentingan diri atau kroninya tanpa memikirkan kebajikan dan kesejahteraan penduduk
tempatan. Ahli majlis adalah orang yang mewakili masyarakat setempat dan berperanan
sebagai bersama dalam pembentukan dasar sesebuah PBT serta menyuarakan masalah
penduduk kepada pucuk kepimpinan dan bukannya membuat dan meluluskan sesuatu
keputusan yang memihak kepadanya atau kroninya sahaja.
Situasi ini menjadi punca utama mengapa lessen-lesen pusat urut diluluskan melampaui batas
kepada kroni-kroni mereka agar kedudukan mereka terjamin. Sekiranya ada lesen tidak
diluluskan maka, campur tangan dari wakil rakyat akan memberi tekanan dengan menelefon
Exco, PBT, Yang Dipertua (YDP), bahkan ada yang mengugut YDP supaya ikut cakap
mereka dengan alas an pilihanraya sudah dekat. Disebabkan unsur-unsur ini PBT terpaksa
meluluskan lesen-lesen rumah urut walaupun melanggar syarat.
Permasalahan kedua ialah, kekurangan tenaga kerja warga PBT. Beliau tidak menafikan yang
wujudnya banyak premis-premis perjudian siber dan rumah urut tanpa permit di semua
kawasan PBT di Malaysia, dan dalam masa yang sama, beliau dengan menegaskan bahawa
semua PBT bertungkus lumus untuk menangani permasalahan ini dengan mengatur pelbagai
operasi. Menurut beliau, boleh dikatakan setiap hari sentiasa ada operasi yang dijalankan dan
kejayaan-kejayaan PBT boleh dilihat di dada akhbar. Namun masyarakat tempatan bukan
melihat kejayaan PBT, malah mengkritik mengapa hanya mengambil tindakan terhadap 10
buah premis sahaja sedangkan 20 lagi masih beroperasi. Masyarakat harus sedar bahawa
warga PBT pun adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada penat dan letih. Walaupun
dengan keanggotaan yang tidak seberapa, kami sedaya upaya untuk mengambil tindakan
terhadap pusat-pusat haram ini. Tambahnya lagi, mereka terpaksa berhadapan pelbagai
rintangan sewaktu melaksanakan sesuatu operasi terhadap pusat-pusat haram ini. Hampir

Page 19

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

kesemua pusat ini dikatakan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan ianya turut dikawal
oleh tonto yang berada disekeliling kawasan bangunan premis lengkap dengan walkie talkie .
Maka apabila sesampai di perkarangan premis, penjaga premis akan kunci dari dalam dan
menyukarkan pasukan petugas masuk ke dalam. Dalam situasi ini terpaksa pecah masuk dan
ketika inilah dikatakan mereka akan berhadapan dengan tonto-tonto atau gangster yang
diupah oleh pemilik premis. Kerja-kerja ini bukan sahaja dikatakan menggunkan tenaga
malah menjejaskan keselamatan diri. Beliau juga meluahkan rasa sedih kerana masayarakat
tidak pernah hargai pengorbanan mereka.
Seterusnya adalah masalah kekurangan kuasa untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
Menurut beliau, setiap kali mereka buat operasi ke atas pusat-pusat judi siber ataupun rumah
urut yang tiada lesen mahupun langgar syarat lesen, mereka hanya boleh mengenakan
kompaun dan menyita komputer yang digunakan. Sebaik sahaja kompaun yang rendah
dibayar iaitu RM 200.00 , komputer perlu dipulangkan kepada pemilik. PBT tidak boleh
memusnahkan komputer tersebut tanpa kebenaran Polis atau Mahkamah. Dan tentulah,
pegawai penguatkuasa PBT ini juga tidak memiliki kuasa dan kelengkapan sama seperti
polis. Justeru PBT perlulah diberi lebih kuasa, misalnya dengan membenarkan mereka
memusnahkan komputer dan bukannya memulangkan kembali kepada pemilik. Katanya, ini
yang menyebabkan sesuatu premis yang disita boleh beroperasi semula dan masyarakat
memandang serong terhadap PBT.

Selain itu, mereka juga boleh diberi kuasa untuk menyenaraihitam pemilik pusat internet
daripada memohon tenaga elektrik dan perkhidmatan internet. Ini mungkin belum cukup

Page 20

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

untuk membanteras perjudian haram secara serta-merta, tetapi ia tentunya mampu


mengurangkan pusat perjudian haram dibuka dengan mudah. Atau sekurang-kurangnya
menyusahkan mereka yang ingin membukanya semula selepas berhadapan tindakan.
Beliau berpendapat, walaupun kesalahan perniagaan tanpa lesen dan permit adalah di bawah
bidang kuasa PBT, tetapi kesalahan mengoperasi pusat judi dan menggajikan warga asing
tanpa permit adalah kesalahan di bawah bidang kuasa pihak Polis, yang mana hukumannya
lebih berat dan ditakuti pesalah. Maka beliau merasakan, masyarakat sepatutnya pertikaikan
integrity pihak polis terlebih dahulu tanpa menunding jari pada PBT.
Akhirmya beliau kata, kegagalan penguatkuasaan PBT juga adalah disebabkan oleh
masyarakat yang kurang memberi kerjasama kerana takut akan keselamatan diri mereka akan
diapa-apakan oleh pengusaha perniagaan itu. Kekurangan maklumat daripada orang ramai
didakwa menyukarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan operasi dan serbuan di
pusat penjagaan kecantikan yang dikatakan membuka rumah urut secara haram. Orang buat
banyak dakwaan, tetapi tiada maklumat yang diterima mengenai lokasi yang dimaksudkan.
Kesedaran orang awam penting kerana tugas penguatkuasa pelbagai dan tidak dapat
menumpukan kepada sesuatu kes sahaja kerana banyak komitmen lain yang perlu
dilaksanakan,katanya. Orang awam juga digalakkan lebih aktif dan memberikan kerjasama
melalui penyaluran maklumat terus kepada pihak berkaitan untuk membantu pihak berkuasa
menjalankan tugas,katanya.

11.0 Rumusan

Page 21

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

Kesimpulan secara keseluruhanya, dalam keadaan arus globalisasi pada masa kini, dilihat
cabaran PBT semakin mencabar terutama dalam aspek penguatkuasaan. Dalam melaksanakan
tugas sebagai PBT di kasawanya, PBT di seluruh Negara bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala perananya kepada masyarakat untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan semua pihak.
Jika dilihat peranan PBT dalam pelaksanaan serta pengutakuasaanya adalah berbeza di antara
sesebuah PBT dengan PBT yang lain. Ini adalah kerana masalah sumber kewangan, sumber
manusia dan perundangan. Begitu juga keutamaan sesebuah PBT yang berbeza kerana perlu
memenuhi kehendak setempat, pertindihan kuasa dan kehendak politik dalam masyarakat.
Tetapi, pelaklsanaan tugasnya bergantung kepada sumber yang sedia ada. Setiap masalah
yang dikenal pasti perlu diberi perhatian serius bagi memastikan semua peruntukan sedia ada
dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.
Dalam pada itu, peranan membanteras apa juga salah laku di bawah bidang tugas PBT tidak
boleh diletakkan di bahu pihak Polis semata-mata, kerana mereka mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang lebih meluas. Pihak PBT seharusnya memainkan peranan utama dan
bermakna kepada masyarakat tempatan.
Pihak PBT juga perlu mengubah trend pengutkuasaan mereka sejajar dengan peredaran
waktu agar tidak sentiasa mengharapkan maklumat dan kerjasama daripada masyarakat.
Sebaliknya PBT harus bersikap lebih reaktif dan cuba menerapkan aspek transformasi dalam
budaya kerja mereka agar aspirasi dapat dicapai.

Page 22

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

12.0 Rujukan

Page 23

KERAJAAN TEMPATAN GMGA 2053

1. Ahmad Atory Hussain (1991). Kerajaan tempatan: teori dan peranan


di Malaysia
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
2. Dani Salleh. (2002). Pengurusan Bandar Metropolitan: Isu, Cabaran dan
Peluang. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
3. Kerajaan Malaysia. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
4. Kerajaan Malaysia. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
5. Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special
reference to the structure, management, finance and planning, 1987.
6. Norris, M. W., Local Government in Peninsular Malaysia, David Green Printers,
Kettering, Northants, 1980.
7. Phang Siew Nooi (1989) Sistem kerajaan tempatan di Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
8. Saravanamuttu, J., The Snuffing Out of Local Democracy in Malaysia, Aliran, 2000.
Dicapai: 23 Julai 2008.
9. Tennant, P., The Decline of Elective Local Government in West Malaysia, Asian
Survey, April 1973.
10. Temubual dengan Pengarah Bahagian Integriti, SPRM Putrajaya.
11. http://www.utusan.com.my/utusan

Page 24

You might also like