You are on page 1of 3

Artikel

E-pembelajaran:

Evolusi

Internet

dalam

Pembelajaran

Sepanjang Hayat mempunyai tiga idea teras iaitu evolusi internet,


pembelajaran sepanjang hayat (PSH), dan e-pembelajaran.
Evolusi

internet

merupakan

suatu

pembelajaran

dengan

berbantukan komputer. Evolusi internet juga telah mewujudkan universiti


maya serta penambahan kaedah pembelajaran yang bukan hanya secara
tradisional iaitu mengikuti pembelajaran di dalam kelas malah telah
mewujudkan pembelajaran arahan kendiri dan kemudahan komunikasi
sinkroni dan asinkroni. Melalui teori e-pembelajaran dan teori andragogi
telah mewujudkan pengaplikasian online dan laman web di mana
pengaplikasian ini telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh serta
dapat meningkatkan kemahiran sepanjang hayat. Pembelajaran interaktif
pula

merupakan

eksplorasi

kendiri

mengikut

pelbagai

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran syarahan dan tutorial yang


disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni juga merupakan
salah satu cara pembelajaran interaktif. Melalui teori ini juga evolusi
internet

dapat

mengubah

masyarakat iaitu masyarakat

generasi

dan

bentuk

hubungan

sosial

dapat saling berinteraksi, bertukar-tukar

maklumat dan idea walaupun tidak berjumpa secara bersemuka.


Idea teras kedua adalah pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Definisi PSH ialah pencarian ilmu pengetahuan yang dilakukan sepanjang
masa dalam pelbagai konteks, situasi dan peringkat umur. PSH juga turut
dikenali sebagai pembelajaran terbuka. Konsep PSH adalah

home

schooling di mana aktiviti pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana


sahaja sama ada di rumah, pejabat dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran
kini tidak hanya terhad dilakukan dan diperolehi di pusat-pusat pengajian
semata-mata. PSH juga merupakan suatu bentuk pendidikan dewasa di
mana orang-orang dewasa dapat memperoleh pembelajaran formal dan
berstruktur bagi mendapatkan sijil atau kelayakan yang seterusnya. Selain
itu, PSH juga merupakan suatu bentuk pembelajaran peribadi atau
pembelajaran arahan kendiri. Model PSH menunjukkan pembelajaran
sepanjang hayat adalah proses berkitar dengan empat tonggak utama

iaitu kesedaran kendiri di mana pelajar perlu mengenal pasti identiti dan
autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi akan mempunyai nilai dan
kepercayaan kendiri yang secara tidak langsung dapat mempengaruhi
proses pembelajaran seseorang pelajar itu. Tonggak yang kedua ialah
merancang

pembelajaran

iaitu

dengan

menetapkan

objektif

serta

perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Tonggak yang ketiga


adalah menyedari apa yang perlu dipelajari iaitu pelajar perlu mengetahui
kepelbagaian kaedah pembelajaran dan cara belajar yang sesuai mengikut
individu. Tonggak yang keempat adalah penilaian pembelajaran iaitu
pelajar perlu menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan
belajar.
Idea

teras

yang

terakhir

adalah

e-pembelajaran.

Isu

yang

diketengahkan dalam e-pembelajaran ini adalah evolusi pembelajaran


iaitu sistem pembelajaran yang berevolusi daripada sistem tradisional
semata-mata kepada sistem pembelajaran sepanjang hayat dan juga
pembelajaran arah kendiri di mana pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri serta membolehkan pelajar aktif dengan tutor dan
pelajar lain. E-pembelajaran juga turut memberi ruang dan peluang
kepada pelajar yang kurang aktif dan pemalu di dalam kelas untuk terlibat
aktif dalam forum perbincangan maya. E-pembelajaran juga turut
mempunyai beberapa cabaran antaranya pelajar perlu sentiasa komited
terhadap pembelajaran bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Selain
itu, transmisi maklumat secara maya juga akan menyebabkan kehilangan
konteks personal antara individu yang terlibat. Bukan itu sahaja, orangorang dewasa juga perlu mempunyai literasi komputer dan tahap
kompetensi

komputer

bagi

membolehkan

mereka

mengikuti

e-

pembelajaran tanpa sebarang masalah. Masalah kecelaruan komunikasi


juga boleh berlaku disebabkan kesilapan pentafsiran terhadap sesuatu
penulisan disebabkan cara gaya penulisan yang berbeza.
Kesimpulannya, artikel ini menyatakan bahawa kesan daripada era
globalisasi telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam corak hidup
dan sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai langkah untuk menghadapi

kesan globalisasi ini maka setiap rakyat Malaysia perlu menguasai ilmu
dan juga pengetahuan baharu yang dapat diperolehi melalui pembelajaran
sepanjang hayat.

546 patah perkataan

RUJUKAN
Zahaniah Kassim dan Abdul Razaq Ahmad. (2010). E-Pembelajaran:
Evolusi

Internet

pada Julai 18,

dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Diperoleh

2016 daripada

http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odlresources/159456/epembelajaran.pdf

You might also like