You are on page 1of 4

Dr Burhanudin Al-Helmy

Dr.Burhanuddin Al-Helmy
Jepun telah berjanji kepada Sukarno untuk memberikan kemerdekaan sebaik
berakhirnya Perang Dunia Kedua. Dr. Burhanuddin dan Ibrahim Yaacob juga
mahu bersama-sama dengan Sukarno untuk mencapai kemerdekaan. Atas
matlamat tersebut, satu rundingan telah diadakan dengan Sukarno dan
Hatta di Taiping, Perak pada 12-13 Ogos 1945. Ketika itu, Sukoarno dan Hatta
sebenarnya baru pulang dari Vietnam menuju ke Indonesia setelah bertemu
Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun di Asia Tenggara, Terauuchi.
Atas Inisiatif Dr.Burhanuddin, satu mesyuarat susulan telah diadakan di Kuala
Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi memerancang beberapa langkah
yang perlu dibuat untuk menghalang kemasukan semula koloni British.
Mesyuarat juga memutuskan untuk membentuk kabinet Tanah Melayu yang
dicadangkan bernama Negara Demokratik Rakyat Malaya. Mesyuarat juga
turut membincangkan bagaimana menghalang anggota MPAJA keluar
menganas dari dalam hutan.

Pada 17 Ogos 1945, pemimpin tertinggi KRIS telah mengadakan pertemuan


dengan Jeneral Itagaki dan diberitahu bahawa rancangan pembentukan
Melayu Raya dan mendapatkan kemerdekaan tidak dapat dilaksanakan
kerana kekalahan Jepun yang mendadak. Kegagalan tersebut sedikit pun
tidak mematahkan semangat Dr.Burhanuddin.
Slogan yang ditimbulkan oleh beliau setelah kegagalan idea penyatuan
dengan Indonesia ialah semangat kemerdekaan untuk Tanah Melayu bagi
membela hak keadilan putera melayu. Selepas gagal dengan KRIS , beliau
telah menubuhkan Parti Kesatuan Melayu Muda(PKMM) dengan matlamat
yang sama. Selama menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua PKMM,beliau
turut menghadiri Kongress Melayu Semalaya anjuran Dato' Onn Jaafar dan
terlibat dalam penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)
pada 11 Mei 1946. Beliau kemudiannya menubuhkan Hizbul Muslimin pada
17 Mac 1948 tetapi telah diharamkan oleh pemerintah British kerana dituduh
sebagai radikal dan bersubahat dengan Parti Komunis Malaya(PKM).
Satu sumbangan besar Dr.Burhanuddin al-Helmy melalui PUTERA(Pertubuhan
Melayu Anti-UMNO)ialah merangka The People Constitution Of Malaya yeng
menggariskan kehendak dan suara rakyat Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun, perlembagaan ini telah ditolak oleh British dan UMNO.
Sebaliknya British dan UMNO mengadakan rundingan membentuk
perlembagaan Tanah Melayu.
Nama sebenar beliau ialah Amir Burhanuddin Bin Ungku Muhammad Nor
dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak. Beliau telah
mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama Sekolah Melayu.
Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatera Barat pada tahun
1924 hingga 1926. Pada tahun 1926, Burhanuddin al-Helmy meneruskan
pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ,
beliau menuntut pula di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang

hingga tamat kelas IV Thanawi pada tahun 1934.


Beliau kemudiannya mendapat peluang belajar di Universiti Aligarh, India
dalam bidang Sastera dan Falsafah sekaligus mempelajari bahasa Inggeris,
Perancis, German, dan perubatan homeopati. Pelajaran Homeopati yang
dipelajari beliau juga berjaya ditamatkan di Ismailiyah Medical College,
Hyderabad, India. Semasa belajar di India pada tahun 1928, Burhanuddin AlHelmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan
Mohd Ali jinnah dan Pandit Jawaharlal Nehru. Selepas tamat pelajarannya di
Universiti Aligarh, India beliau telah mengembara ke Palestin dan Turki.
Ahmad Boestamam pernah menjelaskan tentang perjuangan Dr.Burhanuddin
dan menganggap beliau seorang yang patriot negara yang banyak berjasa.
Beliau turut diberi gelaran "Bapa Kebangsaan Melayu" kerana hingga akhir
hayatnya beliau tetap konsisten dengan penubuhan negara bangsa yang
dinamakan Melayu. Berasaskan kepada keteguhan semangat beliau
memperjuangkan politik berlandaskan perjuagan Islam, Dr.Burhanuddin telah
terpilih sebagai Presiden Parti Islam Semalaya(PAS) yang ketiga dalam
perhimpunan kelima parti tersebut pada tahun 1956.
Selain terlibat dalam bidang politik, beliau turut menghasilkan beberapa
karya penulisan yang bertujuan untuk membuka mata masyarakat terutama
orang melayu mengenai maksud sebenar perjuangan dan perkaitannya
dengan Islam. Antara karya penulisannya ialah:
1.

Perjuangan Kita(1946)

2.

Falsafah Kebangsaan Melayu(1947)

3.

Agama & Politik(1954)

4.

Ideologi Politik Islam(1957)

Perginya Dr.Burhanuddin pada 25 Oktober 1969 bererti politik negara


kehilangan seorang bunga bangsa yang terkenal dengan keteguhan prinsip
perjuangan yang tetap beliau pertahankan hingga akhir hayat.

You might also like