You are on page 1of 11

UNSUR ISLAM YANG DALAM KEBUDAYAAN DAN TAMADUN MELAYU

NAMA: NOR ATIRA BINTI MOHAMAD

NO. MATRIK:

KELAS:

SUBJEK: KEBUDAYAAN DAN TAMADUN MELAYU


1.0 PENGENALAN
Istilah kebudayaan diambil daripada dua istilah perkataan iaitu ‘budi’ dan
‘daya’. Maksud budi merujuk kepada aspek dalaman manusia seperti akal fikiran,
perasaan, naluri, cita – cita, kehendak dan kemahuan. Manakala maksud daya pula
merujuk kepada maksud fizikal seperti kekuatan dan keupayaan. Dengan itu, kebudayaan
membawa erti cara hidup yang berteraskan budi iaitu aspek dalaman manusia dan daya
iaitu aspek luaran manusia atau untuk lebih mudah difahami ia adalah hasil daripada
fikiran dan akal budi manusia.
Tamadun pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang diciri atau
didasarkan kepada taraf kemajuan, kebendaan serta perkembangan pemikiran dari segi
sosial, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Manakala melayu pula dimaksudkan
sebagai nama satu bangsa dan bahasa khasnya di semenanjung Malaysia. Pembentukan
tamadun bukan hanya berdasarkan anutan agama masyarakat semata – semata tetapi
dikenali juga berdasarkan jenis bangsa yang mempelopori tamadun tersebut. Tamadun
Melayu ialah tamadun yang dimiliki bangsa Melayu di rantau yang dikenali sebagai Alam
Melayu, Kepulauan Melayu, Nusantara ataupun Asia Tenggara. Manakala Islam pula
sebagai al – Din ialah agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

2.0 UNSUR ISLAM DALAM KEBUDAYAAN DAN TAMDUN MELAYU


Tamadun melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti
Funan, Angkor selain kerajaan Melayu meritim seperti Langkasuka (Patani) (2-14M),
Srivijaya (Palembang) (670-1025M), Lembah Bujang (Kedah) (abad ke-7M), dan Kuala
Selising (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaan – kerajaan ini menjadi pengasas
kepada negara – negara kota, yang membentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya.
Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk
dipisahkan. Malahan, dalam konteks Malaysia, Islam itu sering disinonimkan dengan
Melayu, seolah – olah Melayu ialah Islam, Islam ialah Melayu. Sehubungan dengan ini,
perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 fasal 2 menjelaskan bahawa “Melayu” itu
sebagai “seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu”.
Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand , selatan Filipina,
Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Kedudukan alam Melayu sebagai satu
kawasan yang strategik telah menarik minat pelbagai kuasa besar. Tamadun Melayu telah
melalui beberapa fasa perkembangan sejarah iaitu fasa pertama ialah fasa kedatangan dan
pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu. Fasa yang kedua ialah fasa orang
Melayu menerima pengaruh Hindu – Buddha dalam agama dan kebudayaan. Seterusnya
fasa orang Melayu menerima Islam. Fasa seterusnya ialah fasa penjajahan dan akhirnya
fasa kewujudan negara merdeka.

Kedatangan dan perkembangan Islam telah memberikan impak yang cukup


besar kepada alam Melayu sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun.
Perubahan ini layak disebut sebagai ‘Melayu Baru’ melibatkan perubahan dalaman dan
rupa bentuk luaran. Perubahan ini boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa
masyarakat Melayu.

Perubahan jiwa ini berpunca daripada perubahan dalaman, iaitu daripada


kepercayaan animism, hindu – Buddha, dan yang bersifat khayalan kepada kepercayaan
akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata.
Perubahan dalaman yang tunduk kepada ajaran Tuhan ini memanifestasikan rupa bentuk
luaran, iaitu kepada ajaran Islam. Umpamanya, dari segi makan makanan yang tidak
menitik beratkan soal halal dan haram sewaktu pengaruh animisme kepada makan
makanan yang halal dan disebut nama Allahsetelah datangnya Islam. Begitulah juga
perubahan dalaman telah memberikan rupa luaran kepada masyarakat Melayu dalam
aspek ekonomi, politik, social, dan lain – lain.

Mengikut kajian, Islam mulai mencapai kuasa politik dan penduduk beramai –
ramai memeluk agama Islamppada kurun ke – 13 masehi. Melaka pada ketika itu ketika
itu ialah pusat perdagangan yang terpenting di Asia Tenggara juga tidak sunyi daripada
dikunjungi oleh pedagang dari negara Islam khususnya pedagang Arab. Catatan sejarah
membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja kerajaan Melayu dan Jawa-Hindu
di seluruh alam Melayu jatuh satu persatu dan diganti oleh kerajaan Islam. Amalan dan
fahaman agama sebelumnya dikikis daripada pemikiran dan tingkah laku masyarakat
Melayu untuk diganti dengan keimanan dan kesucian Islam. Masyarakat Melayu
seterusnya membentuk peribadinya sendiri malahan, corak kebudayaan dan hasil
kesusasteraan juga dibersihkan daripada kesan jahiliyah, animisme, Hindu, dan Buddha.
Pengaruh agama baru ini boleh dilihat dakam semua aspek kehidupan umat Melayu, sama
ada dari segi sosial, politik, ekonomi, kabudayaan dan kesenian.
2.1 ASPEK SOSIAL
Sistem sosial Islam mengadungi peraturan dan nilai-nilai murni yang
lengkap dan sesuai untuk semua orang pada bila – bila masa. Pengaruh sosial Islam
telah mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun, semangat daripada ajaran Hindu itu
masih ada kesan dan pengaruhnya. Islam menganjurkan hubungan kekeluargaan yang
harmoni dan nilai persamaan taraf sesama manusia. Selepas kedatangan pengaruh
tamadun Islam, masyarakat Melayu yang dahulunya mengamalkan sistem kasta
berdasarkan ajaran Hindu telah menghapuskan sistem tersebut dan menolak
perhambaan sesame manusia. Islam mengajar manusia menghayati hidup secara
sama rata dan adil.
Walaupun Islam telah bertapak di alam Melayu, tetapi masyarakat
Melayu tetap mengamalkan adat resam nenek moyang tetapi masih berada dalam
landasan Islam. Beberapa upacara rites de passage gabungan unsur agama dan adat
diadakan hamper setiap tahap dalam kitaran hidup. Malahan, sebelum seseorang
dilahirkan lagi, pelbagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung malah bapa
pun, dikehendaki supaya tidak melakukan sebarang perbuatan keji dan buruk.
Dengan berbuat demikian,dibimbangi anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak
akan mewarisi perangai buruk kedua – dua ibu bapanya yang dilakukan semasa ibu
mengandung. Semasa dalam kandungan, ibu bapa disarankan melakukan perkara –
perkara yang baik termasuk tidak meninggalakan suruhan agama. Sebaik sahaja bayi
dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi tersebut lelaki atau
mengiqamahkan jika bayi tersebut perempuan. Amalan ini bertujuan untuk
memperdengarkan buat pertama kali kepada bayi seruan azan dan kalimah syahadah
serta meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.
Selain itu, beberapa upacara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
memperlihatkan pengaruh tamadun Islam khasnya amalan yang melibatkan peringkat
kelahiran hingga remaja. Antara upacara tersebut ialah acara mencukur rambut,
menjejak tanah, berendoi, membelah mulut, berkhatan, dan berkahatam al – Quran,
marhaban, berzanji, dan membaca doa selamat. Hampir semua acara yang disebut
diatas disertakan dengan amalan yang memperlihatkan gabungan unsur adat dan
Islam. Jelaslah disini bahawa Islam datang di alam melayu bukan sebagai penghapus
tetapi memperbaiki elemen dimensi baharu kerana islam tidak membatasi adat selagi
tidak bercanggah dengan syriat.
2.2 ASPEK EKONOMI
Masyarakat melayu di Nusantara kebanyakannya terdiri daripada
petani dan nelayan. Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan mencari rezeki di laut.
Menurut Zuhaimy Ismail, ekonomi umat Islam di Tanah Melayu sejak dahulu
tertumpu dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini terbukti dengan kemajuan
sesuatu kawasan penduduk Melayu adalah berteraskan perdagangan dan aktiviti ini
terus dimajukan setelah kedatangan Islam. Salah satu cara Islam berkembang adalah
melalui perdagangan kerana umat islam yang datang ke tanah melayu adalah terdiri
daripada padagang. Oleh itu, perdagangan dan perniagaan dalam kalangan
masyarakat melayu bukanlah sesuatu yang asing.
Beberapa aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di alam melayu
ialah baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan negara.
Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan
Baitulmal. Badan ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang – orang Islam. Semua
hasil kutipan sama ada dalam bentuk cukai atau sebagainya disimpan di Baitulmal.
Selain itu, islam juga menggalakkan umatnya hidup saling membantu
bagi mengelakkan kemelaratan hidup. Islam juga memerintahkan umatnya supaya
membayar zakat, menggalakkan sedekah, wakaf dan sebagainya. Semua ini bertujuan
untuk menggalakkan orang islam saling menbantu antara satu sama lain. Cara ini
akhirnya akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang
Islam.
2.3 ASPEK POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik.
Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan
sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan
Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun
Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam
dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik
dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran
Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti
yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga,
terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja.
Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini
bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan
Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai
kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat
ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu
gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa
yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan
pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep
dewaraja.
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang
sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga
berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga
bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan
stabil. Antara langkahlangkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur,
aman dan stabil termasuklah melantik Penghulu Bendahara bagi memastikan
kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu
berhemah. Selain itu, Sultan juga melantik bendahara menjadi penasihat utama
kepada sultan. Seterusnya melantik Temenggung sebagai Ketua Pasukan
Keselamatan. Melantik Laksamana sebagai Ketua Angkatan Tentera. Melantik para
pembesar membantu sultan dalam pentadbiran dan yang terakhir melantik
Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang
subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan
bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya
pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah
sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia
mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar
asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu
menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi
dan pentadbirannya.
2.4 ASPEK BAHASA DAN KESUSATERAAN
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad
ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-
14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di
Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat
daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu.
Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi
bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat
Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu
klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua
zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi
bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan
Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab
diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa
Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis
kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan
juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam
Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan
kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat
dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah
Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama
Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya.
Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah
pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di
Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam.
Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-
duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang
dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah
menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu.
Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan
sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang
digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa
Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar
terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis
seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para
Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang
Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya
ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat
oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi, agarna Islam telah dapat diperkembangkan.
Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada
itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah
daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta
karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga
mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis,
Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari
sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan
Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah
turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera
itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya
bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu
tasawwur, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraan telah
dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu
sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
3.0 KESIMPULAN
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu.
Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan
masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah
kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat
menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang
sederhana dan tiada paksaan.

Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat


Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat.
Amalanamalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara
beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada
masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan.
Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika
dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.
Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan
sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang
menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh
Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam.
Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki
dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama
dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan
mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

BIBILIOGRAFI
Ahmad Faris ABD Jalal, Tulisan Jawi, Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga
Muzium Negeri Pahang, 2005

Chew Hong Peng, Bahasa Melayu Titian Ilmu Jilid 2, Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian (Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia),
2008.

Ghazali Darusalam, Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam, UTUSAN


PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD, 2001.

Mohd Fadzil bin Tajuid, Salasiah bt Zainuddin, Norashikin bt Khasim, Ruslan bin
Abdull Raffar, Yahya bin Abu Bakar, KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2008.

Prof. Dr. H. Boedi Abdullah, Peradaban Pemikiran Ekonomi Islam, PUSTAKA


SETIA Bandung, 2010.

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad,
Farahwahida Mohd Yusof, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, UTM PRESS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 2011.

You might also like