You are on page 1of 2

MINGGU 3

SEBUTAN DAN ETIMOLOGI


Etimologi

Unsur etimologi sebagai suatu unsur medan maklumat perkamusan mempunyai kedudukan yang
penting dalam sesebuah kamus. Etimologi memberikan keterangan asal usul kata dalam kamus.

Sebutan

Sebutan merupakan antara unsur yang penting dalam kamus selepas entri. Kepentingannya
ditekankan dalam Kamus Dewan dan Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia.
Sebagai salah satu bahagian dalam struktur mikro kamus, sebutan menjadi prasyarat untuk
dimuatkan dalam kamus umum atau kamus pelajar. Terdapat beberapa jenis sistem sebutan
yang dimuatkan dalam kamus iaitu:

i. Bunyi mengikut sistem fonetik.

ii. Bunyi mengikut sistem fonemik.

iii. Bunyi mengikut sistem buku teks

Tanda

Tanda dalam kamus diwakili oleh lambang-lambang dalam tulisan yang mempunyai makna
tertentu. Selain itu, simbol juga dijadikan tanda untuk mengenal sesuatu

dalam perkamusan. Beberapa simbol dan tanda yang sering digunakan dalam perkamusan
adalah seperti berikut:

i. Tanda tilde (~) Tanda tilde digunakan sebagai pengganti entri dan subentri dalam ungkapan,
contoh penggunaan atau gabungan kata. Contohnya: bekas II tempat menyimpan (menaruh)
sesuatu; ~ sirih tempat sirih.

ii. Anak panah (→) Tanda anak panah merupakan penanda rujuk silang entri yang tidak
disarankan penggunaannya, iaitu entri yang merupakan bentuk varian bagi kata entri yang
ejaannya dianggap sudah baku. Juga sebagai tanda yang bermaksud keperluan bagi pengguna
kamus untuk melihat atau merujuk kepada perkataan kedua yang dicadangkan oleh penyusun
kamus bagi entri yang bersifat sinonim atau mempunyai maksud yang hampir sama. Contohnya:
bekasam → pekasam

iii. Tanda sama juga (=) Tanda yang bersifat sama dengan. Dalam Kamus Dewan tanda ini
digunakan untuk menandai entri dan subentri yang mempunyai sifat yang sama. Contohnya: bara
I = ~ api serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam;

iv. Tanda koma ( , ) Tanda koma digunakan untuk menandai bahagian-bahagian pemerian
sebagai pilihan bentuk kata. Contohnya: baran II pemarah, lekas marah

Kependekan

Kependekan atau disebut juga singkatan ialah bentuk kata atau frasa yang diringkaskan dan
digunakan di samping bentuk panjangnya. Dalam penyusunan kamus, khususnya Kamus Dewan
kependekan turut dijadikan entri dan ditandakan dengan tanda kep yang diletakkan selepas
sesuatu entri.

Dari segi jenisnya, kependekan dalam kamus dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

i. Kependekan kata umum. Contohnya: bkn kep berkenaan (dengan) sbg kep sebagai

Glosari

Glosari ialah satu senarai istilah dalam bidang ilmu tertentu berserta dengan takrifnya secara
ringkas. Biasanya glosari disediakan pada halaman belakang sesebuah buku yang mengandungi
istilah-istilah khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan yang digunakan dalam buku tersebut dan
disusun menurut abjad.

You might also like