You are on page 1of 3

Nurr Azreen binti Abdul Karim PPISMP (MTBIBM) KEMAHIRAN MEMPEROLEH MAKLUMAT

Terdapat 2 jenis bahan rujukan iaitu buku dan bukan buku. Buku terdiri dari pelbagai kategori iaitu:

1) Buku rujukan Buku yang memberikan keterangan lebih lanjut mengenai sesuatu. Contohnya, buku rujukan ekonomi memberikan keterangan lebih terperinci mengenai ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan ataupun sistem pengendalian sumber kekayaan seperti kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negara. 2) Jurnal Jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu. Contohnya akhbar harian atau mingguan. Jurnal juga ialah buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. 3) Laporan atlas Laporan maklumat yang mengandungi keterangan dalam bentuk bergambar dengan grafik yang menarik berkenaan sesuatu tajuk. 4) Kamus Buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. 5) Ensiklopedia Buku yang kebiasaanya terdapat dalam pelbagai jilid. Buku ini mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tentang sesuatu cabang pengetahuan. 6) Majalah Terbitan berkala yang mengandungi gambar foto, fiksyen, makalah dan lain-lain.

Manakala bahan bukan buku adalah seperti: 1) Carta Carta adalah gambaran ringkas dalam pelbagai bentuk dan lakaran grafik seperti peta minda, gambar rajah, carta alir, gambar dan seumpamanya. 2) Model Model merupakan bentuk 3 dimensi yang memberikan gambaran asal kepada objek yang dipelajari atau yang ditayangkan. Saiz model tersebut boleh didapati samada dalam saiz kecil atau besar. Kebiasaannya, saiz model adalah lebih kecil dari objek yang diwakilinya. 3) Cakera padat Cakera padat boleh di dalam bentuk CD-ROM, DVD dalam berbagai format seperti MP3. Ia boleh dimainkan sebagai audio, video dengan menggunakan pemain CD, DVD atau komputer. 4) Slaid OHP Slaid OHP adalah slaid yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu maklumat dengan menggunakan Over Head Projector. 5) Kad-kad imbasan Kad imbasan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan amat berguna untuk pelajar di peringkat sekolah rendah. 6) Kad katalog Pengkelasan dan pengkatelogan adalah ciri paling penting yang perlu ada di dalam perpustakaan untuk membantu mencari maklumat. Pengkelasan ialah proses memberi nombor panggilan kepada buku yang diterima mengikut sesuatu piawai dan biasanya tercatat di tepi buku. Pengkatalogan pula ialah proses menyimpan maklumat lengkap tentang koleksi buku dan bahan yang dimiliki oleh perpustakaan. Paparan kad katalog mengandungi nombor panggilan, nama pengarang, nama judul, penerbit, tahun penerbitan, muka surat dan harga buku. Pengkatalogan bertujuan memudahkan mengesan maklumat yang diperlukan. Katalog yang biasa digunakan adalah berasaskan Anglo American Cataloging Rule (AACR).

Bahan rujukan (asas) dibahagikan kepada: a) Bahan Rujukan Umum iKamus Buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. iiKamus biografi Buku yang mengandungi keterangan riwayat atau kisah hidup seseorang . iiiEnsaiklopedia Buku yang kebiasaannya terdapat dalam pelbagai jilid. Buku ini mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tentang sesuatu cabang pengetahuan. ivBuku tahunan Buku tahunan menyimpan data-data dan statistik yang penting dan ringkas mengenai negara dan lain-lain organisasi atau institusi. vDirektori Direktori adalah himpunan senarai berkaitan orang atau organisasi dan isi kandungannya disusun mengikut abjad.

b) Bahan Rujukan Khusus iIndeks Menerangkan mengenai lokasi maklumat yang boleh didapati di perpustakaan atau pusat sumber. iiLaporan Tahunan Buku Laporan yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti, data-data peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan sesuatu organisasi atau pertubuhan. iiiAtlas Atlas mengandungi keterangan dalam bentuk bergambar dengan grafik yang menarik berkenaan sesuatu tajuk.

You might also like