You are on page 1of 7

PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6

KOLEKSI BAHAN

6.1 DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU

6 .1.1 MATLAMAT

Dasar pemilihan dan pemerolehan bahan-bahan adalah berpandukan prinsip-


prinsip Sains Perpustakaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Perpustakaan
PKG mempunyai koleksi bahan yang bermutu, sesuai dan kemaskini supaya
pusat sumber dapat memainkan peranannya sebagai pembekal sumber ilmu
serta maklumat dalam semua bidang ilmu.

6.1.2 OBJEKTIF

- menentukan pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan


dasar.
- Menggariskan peranan dan tugas yang bertanggungjawab dalam
proses pemilihan dan pembinaan bahan bacaan perpustakaan.
- Menggariskan panduan pembinaan koleksi bahan perpustakaan
supaya sentiasa kemaskini.

6.1.3 ALATAN PEMILIHAN BAHAN

Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk pemilihan bahan ialah :

- Dasar Pelajaran Kebangsaan.


- Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan.
- Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta serta
agensi pendidikan.
- Sukatan pelajaran.
- Buku-buku panduan KBSR dan KBSM.
- Berita Perpustakaan.
- Bibliografi Negara malaysia.
- Indeks Majalah Malaysia.
- Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah.
- British National Bibliography ( luar negara )
- British Book News ( luar negara )
- UNESCO Publication ( luar negara )
- The Booklist ( luar negara )

FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA


PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6

6.2 PROSEDUR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI


BAHAN PUSAT SUMBER.

6.2.1 Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan ini dibuat adalah untuk
diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
6.2.2 Koleksi bahan akan mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Oleh
itu, koleksi yang dipilih hendaklah :

a) Memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan mengambil kira


perbezaan minat kepentingan terhadap P&P.
b) Memenuhi keperluan kurikulum dan ko-korikulum di sekolah.
c) Memupuk minat membaca dikalangan guru ke arah melahirkan
masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam konteks pendidikan sepanjang
hayat.
d) Menambah dan meluaskan pengetahuan guru.
e) Meningkatkan penguasaan bahasa dan memberi aspirasi sastera.
f) Memperkukuhkan semangat kesefahaman dan harmoni.
g) Memupuk dan menanam sikap bertanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan negara.

6.2.3 Pembinaan koleksi bahan juga perlulah mempunyai unsur-unsur


berikut :

a) Ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.


b) Kemaskinian khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
c) Kepelbagaian jenis dan dan seimbang dari segi bahan cetak, bahan
bukan cetak dan bahan elektronik.
d) Kecukupan bahan dan keseimbangan dari segi pengagihan mengikut
peringkat.
e) Keseimbangan dari segi aliran bahasa.
f) Dipilih dan dikembangkan secara terancang bagi menggalakkan
penggunaan, pemikiran kreatif dan inovatif.
g) Pembinaan koleksi hendaklah mengenepikan semua bahan yang
mengandungi perkara-perkara yang dilarang / bias.
h) Pengurusan pemilihan dan pembinaan koleksi hendaklah dilaksanakan
dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan dan pembinaan koleksi
bahan.
i) Ia dikelolakan secara ikhtisas dan menyenangkan penggunaan.
j) Koleksi yang dicadangkan ialah koleksi buku mempunyai kadar minima
1:12.

6.2.4 Koleksi bahan terdiri daripada buku fiksyen dan bukan fiksyen.

 buku bergambar :
a) Fiksyen.
b) Bukan Fiksyen.

FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA


PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6
 Buku Fiksyen.

a) cerpen.
b) Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, mitos, pari-pari,
pengalaman, penceritaan, rakyat dan sukan.
c) Fiksyen sains sejarah.
d) Novel.

 Buku Bukan Fiksyen.

a) Almanak, ensiklopedia, buku panduan, buku tahunan, buku


pengetahuan, kamus, atlas, agama, sains kemasyarakatan, bahasa,
sains tulen, teknologi, kesusasteraan, geografi dan sejarah.

 Terbitan berkala

a) Akhbar.
b) Jurnal.
c) Majalah.
d) Risalah

 Bahan kursus.

a) brosur
b) buku skrap
c) fail tegak.

6.3 PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN

6.3.1 FIZIKAL

- Rekabentuk termasuk saiz dan komponen.


- Rencana kulit dan kuantiti kulit.
- Saiz huruf cetakan
- Kualiti kertas
- Kualiti cetakan
- Kualiti jilidan
- Ketrampilan bahan.

6.3.2 ISI KANDUNGAN

a) Fiksyen
- Kesesuaian tema.
- Plot / jalan cerita.
- Mesej / kekuatan cerita.
- Watak dan perwatakan.
- Nilai-nilai murni.
- Sudut pandangan dan ransangan pemikiran.
- Kewibawaan isi kandungan.

FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA


PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6

b) Bukan Fiksyen
- Kandungan relevan dan menepati keperluan sasaran.
- Fakta kemaskini dan betul.
- Kandungan isi komprehensif.
- Penyusunan dan persembahan isi menarik, logik dan mudah diikuti.
- Penerangan dan huraian jelas, menarik dan berkesan.
- Meransang kesedaran dan daya pemikiran kritis.
- Kewibawaan isi kandungan.

6.3.3 BAHASA
- Kesesuaian perbendaharaan kata.
- Rangkaikata, ungkapan dan frasa.
- Struktur ayat dan tatabahasa.
- Laras bahasa.
- Gaya bahasa.
- Nilai estetika.
- Ejaan dan tanda baca.
- Lain-lain ciri keistimewaan bahasa.

6.3.4 ILUSTRASI
- Sesuai dan menarik.
- Relevan dan bermakna.
- Gabungan warna-warni.
- Nilai estetika.
- Jelas dan tepat.

6.3.5 CIRI KHAS


- Harga yang munasabah.
- Kemudahan untuk penggunaan seperti glosari, indeks, bibliografi
dan lain-lain.
- Anugerah dan perakuan.

6.4 KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN.

Antara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut :

6.4.1 Kesesuaian :
a) Tajuk hendaklah menepati kandungan pelajaran.
b) Bahasa dan perbendaharaan kata mudah difahami.
c) Boleh digunakan untuk kumpulan atau individu.
d) Ada perkaitan dengan pengalaman pelajar.
e) Kandungan isi pelajaran adalah tepat dan tidak diragukan.
f) Kandungan isi adalah menarik.
g) Sesuatu konsep adalah jelas dan mudah difahami.
h) Kandungan adalah sesuai dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

6.4.2 Kredibiliti dan kemaskini.


a) Fakta-fakta yang dikemukakan adalah daripada sumber-sumber yang
tepat.
b) Fakta-fakta yang tidak berat sebelah.
FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA
PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6
c) Kandungan isi yang logik.

6.4.3 Aspek Teknikal


a) Bagi audio, bunyinya hendaklah jelas.
b) Visual mestilah jelas dan tidak kabur.
c) Saiz penglihatan ke atas visual hendaklah mengikut formula jarak dan
saiz visual.
d) Warna jika digunakan hendaklah berkesan.

6.4.4 Berkaitan
a) Isi kandungan boleh dijalin dengan mata pelajaran yang lain.
b) Merupakan cara yang paling baik untuk menjelaskan sesuatu konsep.

6.4.5 Ciri-ciri fizikal


a) Penggunaannya adalah selamat terutama bagi alat yang
menggunakan elektrik.
b) Mudah digunakan, tidak melibatkan kemahiran teknikal yang tinggi.
c) Mudah disimpan.
d) Tahan lasak.
e) Tidak memerlukan alat tambahan yang banyak apabila digunakan.
f) Tidak mudah ketinggalan zaman.

6.5 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

6.5.1 Bahan cetak


Bahan cetak merupakan koleksi yang penting. Tanpa bahan ini,
perpustakaan khasnya tidak dapat berfungsi. Jadi adalah menjadi
tanggungjawab untuk menjaga dan memeliharanya agar ia tahan lama
dan dapat digunakan. Antara cara-cara ialah :
- Menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga
perosak buku-buku.
- Menjaga kebersihan rak-rak buku dan persekitaran dalaman di
perpustakaan daripada habuk dan debu.
- Mempunyai alat pendingin hawa.
- Dilarang membawa masuk makanan dan lain-lain bahan yang
boleh menarik minat serangga dan tikus.
- Memastikan buku-buku tidak diletakkan di atas lantai atau disimpan
di atas rak yang terlalu ketat serta kecil daripada ukuran buku
tersebut,semasa menyusun buku di atas rak, pastikan kulit bukunya
tidak terlipat.
- Pastikan perpustakaan tidak dimasuki air dan pancaran matahari
yang terlalu terdedah terus.
- Bagi buku yang lama dan rosak, ia akan dibaik pulih dengan
melakukan penjilidan semula .Manakala hapus kira akan dilakukan
ke atas buku-buku yang mengalami kerosakan yang teruk .
- Sentiasa melakukan proses kemaskini dari masa ke semasa.

6.5.2 Bahan bukan bercetak

- Koleksi ini disusun di atas rak – rak yang telah dikhaskan.


- Lutsinar (tranparensi) dimasukkan ke dalam plastik/bekas khas dan
disusun di dalam kabinet.
FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA
PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6
- Carta-carta diletak dan disusun dengan kemas di para khas agar
tidak mengganggu laluan pengguna.
- Pemantauan terhadap penggunaan alat-alat tersebut akan
dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku.

6.6 PENILAIAN

Penilaian media dibuat berpandukan kepada sudut penggunaan dan


juga pembelajaran yang diperolehi. Penilaian itu termasuklah Penilaian
Formatif. Keberkesanan media dapat dilihat dari aspek berikut :

a) Kurikulum
Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif
pengajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi
pelajaran. Selain itu, sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan
tahap pemahaman dan perkembangan kognitif pelajar.

b) Proses
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber
pembelajaran dapat menggalakkan proses pembelajaran.
Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu
memerlukan gerak balas pelajar secara lisan atau secara tindakan.
Terdapat sumber yang digunakan secara berperingkat selaras dengan
perkembangan konsep berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai
digunakan dalam proses pembelajaran kendiri seperti pembelajaran
komputer aneka media.

c) Sikap
Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik perhatian
pelajar terhadap subjek yang diajar. Sumber yang memberansangkan
juga dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu
dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui interaksi pelajar dengan
sumber itu.

d) Penggunaan
Sumber pengajaran pembelajaran haruslah mudah digunakan, dibawa
dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan mudah disimpan.
Pengalaman menunjukkan bahawa guru jarang menggunakan sumber
yang sukar digunakan atau sukar dipilih.

e) Kualiti
Kualiti sumber yang digunakan seharusnya memuaskan supaya mesej
yang hendak disampaikan dapat diterima oleh guru secara berkesan.
Bahan cetak harus senang dibaca dan mempunyai perbendaharaan
kata yang sesuai digunakan dengan tahap penggunaan pembaca.

f) Kos.
Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunakan
beberapa kali sahaja dalam setahun. Oleh itu, kos penghasilan
sesuatu bahan haruslah rendah. Untuk tujuan itu, sumber yang boleh
direka ganti lebih berkesan dari segi kos.

FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA


PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA BAB 6

6.6.1 PERKARA-PERKARA YANG DINILAI

a) Sesuatu yang objektif.


b) Sesuai dengan peristiwa pengajaran.
c) Boleh menjelaskan konsep / prosedur.
d) Menggalakkan interaksi guru.
e) Menggalakkan perbincangan/ aktiviti susulan.
f) Ketetapan matlamat.
g) Boleh difahami.
h) Kadar kecepatan pembelajaran(bahan audio).
i) Dapat menarik minat guru.
j) Kesederhanaan bahan.
k) Kesesuaian warna.
l) Penghurufan.
m) Peraturan sepertiga segi dari kiri ke kanan.
n) Imbangan visual secara formal atau tidak formal.
o) Panduan guru/dokumentasi cara menggunakan bahan atau alat dalam
pengajaran dan persembahan.
p) Garisan.
q) Penyatuan yang menunjukkan sesuatu proses atau kitaran.
r) Bebas dari diskriminasi.
s) Kreativiti / inovatif.
t) Bukti keberkesanan.
u) Arahan yang jelas, teratur, dan konsisten.
v) Aktiviti pemulihan.

FAIL KUASA PERPUSTAKAAN PKGPGA

You might also like