You are on page 1of 32

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI


TAJUK 4
SEKOLAH

SINOPSIS
Pentadbiran dan pengurusan di peringkat sekolah merangkumi aspek
pentadbiran kurikulum, kokurikulum, kewangan, perjawatan, penempatan dan
lain-lain. Pengurusan kewangan amat perlu untuk memastikan urusan
pentadbiran dan pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan baik. Kerajaan memperuntukkan pelbagai jenis
kumpulan wang untuk membantu dalam proses tersebut. Prosedur penempatan
pelajar, khususnya pelajar pendidikan khas perlu dilakukan dengan sewajarnya
supaya kanak-kanak yang betul-betul memerlukan pembelajaran khas yang
bersesuaian tidak diabaikan. Pentadbiran rekod yang sempurna juga akan
menjamin pentadbiran sekolah atau program-program yang berkenaan
berkesan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan jenis-jenis bantuan Wang Kerajaan dan Wang SUWA serta


maksud perbelanjaannya;
2. Menerangkan prosedur penempatan pelajar ke dalam program pendidikan
khas; dan
3. Membicarakan proses pentadbiran rekod, pengurusan bahan, sistem fail
dan pentadbiran rekod.

52
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK

Pentadbiran Program Pendidikan Khas di sekolah

Struktur organisasi program Iklim sekolah


- Penyelaras - Jenis populasi murid
- Guru lain - Ciri dan saiz organisasi
- Badan kebajikan ibu bapa-guru - Sumber tenaga

KANDUNGAN

4.0 Peruntukan Wang Kerajaan Dan Suwa

Peruntukan Wang Kerajaan adalah semua wang yang diperolehi daripada


bantuan dan pemberian kerajaan. Sebahagian besar wang ini disalurkan melalui
bantuan per kapita. Wang SUWA pula merupakan wang yang diterima oleh pihak
sekolah daripada punca-punca kewangan yang lain.

Peruntukan wang sekolah adalah jumlah wang yang dikendalikan oleh pihak
sekolah daripada sumber kerajaan atau bukan kerajaan dan wang ini perlu di
akaunkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kumpulan wang yang

53
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

terdapat disekolah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Wang


Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama. Tiap-tiap
kumpulan wang ini perlu diselenggarakan secara berasingan. Satu akaun bank
berasingan perlu dibuka bagi urusan setiap kumpulan wang tersebut.
Peruntukan wang kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperoleh
daripada bantuan dan pemberian kerajaan. Pemberian ini dibuat dalam pelbagai
bentuk. Sebahagian besar wang ini disalurkan melalui bantuan per kapita yang di
beri berdasarkan bilangan pelajar. Secara umumnya, digunakan bagi keperluan
pengajaran dan pembelajaran serta penyelenggaraan sekolah secara
keseluruhannya.

Antara peruntukan wang kerajaan dan kegunaannya seperti yang dinyatakan


dalam Lampiran B Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002 Pemberian
Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober
2002 adalah seperti berikut:

Jadual 4.1: Sebahagian daripada Lampiran B Surat Pekeliling Kewangan Bil 5


Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita untuk Sekolah KP.1573/17/Jld.14(4)

Jenis
bantuan Maksud perbelanjaan
Per kapita
Bantuan i.. Pembelian peralatan kecil dan bahan guna bagi tujuan
Per Kapita pengajaran dan pembelajaran
Pra ii. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar
bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-
lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
iii Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video
tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran
iv. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang

54
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran


dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan
atau hari persekolahan.
v. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
Bantuan i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis bagi tujuan
Per Kapita pengajaran.
Mata ii. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video
Pelajaran tape dan lain-lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
iii Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang
. digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains,
taman herba dan lain-lain yang boleh memberi
pengukuhan kepada program pengajaran dan
pembelajaran.
v. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
vi Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
.

Bantuan Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber


Per Kapita Pendidikan seperti berikut:
Bukan i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi
Mata tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajaran ii. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video
Pusat tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
Sumber pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah iii Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

55
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

iv. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi


pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
v Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
Program Pendidikan Khas Integrasi
vi Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program
. pendidikan khas integrasi.
Bimbingan i. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,
dan video tape dan lain-lain-lain yang bersesuaian untuk
Kaunseling tujuan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang
boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti
persekolahan atau hari persekolahan.
iii. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang
digunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut
kelayakan dalam peraturan-peraturan kewangan yang
sedang berkuatkuasa.
v. Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program
bimbingan dan kaunseling.
vi. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
LPBT / LPK i Bayaran bil telefon, air, elektrik, telegram, setem,
Sekolah internet dan pembentungan.
ii. Pembaikan kecil sekolah.
iii. . Penyelenggaraan perabot dan peralatan
kelengkapan pejabat termasuk komputer
iv. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah
dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

56
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

v. Perkhidmatan pengiklanan.
vi. Pengangkutan barang-barang.
vii. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
viii. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan
pihak luar atas urusan rasmi.
ix. Perolehan harta modal tidak melebihi RM10,000.00
adalah dibenarkan. Perolehan harta modal melebihi
RM10,000.00 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ.
Manakala bagi perolehan komputer, kelulusan
daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran
Kementerian (JMPK) perlu diperolehi.
x. Bayaran yuran kursus untuk guru-guru dan kakitangan
sekolah.
xi. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid /
keselamatan.
xii. Pembaikan kecil peralatan pengajaran dan
pembelajaran bagi murid pendidikan khas dan
program pendidikan khas integrasi.
xiii. Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru /
kakitangan sekolah berdasarkan kelayakan tambang
teksi dan pengangkutan murid dan bayaran insurans
untuk murid-murid dan guru pengiring.

Wang SUWA sekolah merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah selain
daripada pemberian bantuan pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan
kumpulan wang asrama. Dengan kata lain, wang SUWA ialah wang kutipan
awam. Antara punca-punca kewangan yang boleh diambil kira sebagai wang
SUWA ialah, yuran pelajar, derma atau sumbangan orang ramai, sewa kantin,
dewan, kedai buku dan pelbagai hasil daripada projek-projek sekolah.
Kumpulan wang SUWA bertujuan untuk penerimaan dan perbelanjaan bagi jenis-
jenis penerimaan dan perbelanjaan yang tidak dimasukkan ke dalam wang
kerajaan dan wang asrama. Wang ini diselenggarakan secara berasingan

57
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

daripada wang peruntukan kerajaan. Satu akaun bank berasingan perlu


dikelolakan bagi kumpulan Wang SUWA ini.

4.1.1 Peruntukan Murid Aliran Biasa

Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang


diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf
Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Ia meliputi PCG mata
pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Kadar PCG mata pelajaran dan bukan
mata pelajaran seperti dalam Lampiran C Surat Pekeliling Kewangan Bil 5
Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah KP.1573/17/Jld.14(4)
bertarikh 16 Oktober 2002 adalah seperti berikut
Jadual 4.2: Bantuan Per Kapita

100
Jenis murid 101 500 501 1000 1001 dan
Bantuan Dan murid murid Ke atas
Kebawah
PCG
Mata RM 1200 RM 1200 + RM RM 5589 + RM RM10579 + RM
Pelajaran 11.00 seorang 10.00 seorang 9.00 seorang murid
Teras murid melebihi murid melebihi melebihi 1000
RM 2400 100 orang 500 orang orang
Wajib RM2400 + RM RM11577 + RM RM 22666 + RM
23.00 seorang 22.00 seorang 21.00 seorang
murid melebihi murid melebihi murid melebihi
100 orang 500 orang 1000 orang
Tambahan RM 2.00 seorang murid setahun
PCG Bukan
Mata
Pelajaran RM1500 RM 1500 + RM RM 7086 + RM RM13573 + RM
Pusat 14.00 seorang 13.00 seorang 12.00 seorang

58
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Sumber Sek murid melebihi murid melebihi murid melebihi


RM500 100 orang 500 orang 1000 orang
RM 500 + RM RM 2295.50 + RM4291.50 + RM
Bimbingan & 4.50 seorang RM4.00 seorang 3.50 seorang murid
Kaunseling RM3000 murid melebihi murid melebihi melebihi 1000
100 orang 500 orang orang
RM 4571 + RM RM28543 + RM
LPK Sekolah RM 3000 + RM 28.00 seorang 27.00 seorang
29.00 seorang murid melebihi murid melebihi
murid melebihi 500 orang 1000 orang
100 orang
LPK Asrama RM 60.00 seorang murid setahun

4.1.2 Peruntukan Murid Berkeperluan Khas

Seperti juga Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah


Pendidikan Khas Rendan dan Menengah serta Program Pendidikan Khas
Integrasi Rendah dan Menengah juga menerima bantuan PCG Mata Pelajaran
dan Bukan Mata Pelajaran.

Kadar Bantuan tersebut adalah ternyata dalam Lampiran C Surat Pekeliling


Kewangan Bil 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah
KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober 2002 dan dinyatakan dalam jadual-
jadual seperti berikut:
Jadual 5 (i) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi Rendah (Masalah Penglihatan).
Jadual 5 (ii) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi Rendah (Masalah Pendengaran).

59
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Jadual 5 (iii) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas


Integrasi Rendah (Masalah Penglihatan).
Jadual 6 (i) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi Menengah (Masalah Penglihatan).
Jadual 6 (ii) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi Menengah (Masalah Pendengaran)
Jadual 6 (iii) - Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi Menengah (Masalah Pembelajaran).
Jadual 4.3: Kadar Bantuan

PCG Mata Pelajaran PCG Bukan Mata Pelajaran


Jenis Teras Wajib Tambaha PSS B&K LPBT/LP LPBT/LP
Program n K K
P. Khas Sekolah ASRAMA
Masalah
Penglihatan / 200.00 100.00 50.00 50.0 12.0 200.00 60.00
Integrasi Ren 0 0
Masalah
Pendengaran 50.00 80.00 75.00 40.0 12.0 180.00 60.00
/ 0 0
Integrasi Ren
Masalah
Pembelajaran 45.00 70.00 65.00 40.0 12.0 180.00 -
/ 0 0
Integrasi Ren
Masalah
Penglihatan / 350.00 150.00 125.00 80.0 15.0 300.00 60.00
Integrasi Men 0 0
Masalah
Pembelajaran 65.00 80.00 80.00 60.0 15.0 280.00 60.00
/ 0 0
Integrasi Men

60
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Teras Wajib ELEKTIF


i ii iii
Masalah
Pendengaran 70.00 90.00 80.00 800 150 60.0 15.0 280.00 60.00
Integrasi Men 0 0

4.1.3 Perolehan Wang SUWA

Bagi Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, pendapatan dan penerimaan


kumpulan wang SUWA diperolehi daripada yuran khas yang melibatkan sukan
dan permainan, perpustakaan dan lukis melukis, yuran tambahan untuk
peperiksaan dalaman dan majalah, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah, yuran
skim takaful, sewa kantin, sewa kedai buku, derma dan sumbangan serta lain-
lain punca pendapatan.

Pengelolaan dan pengaliran kumpulan wang SUWA yang sistematik dapat


menjamin pengurusan kewangan yang teratur. Pengelolaan merupakan proses
penerimaan dan perbelanjaan atau pembayaran. Pengaliran merupakan urusan
penggunaan wang atau bagaimana wang SUWA dibelanjakan. Bagi menentukan
pengelolaan dan pengaliran kumpulan wang SUWA berjalan dengan lancar,
beberapa amalan dalam pengurusan kewangan perlu dilaksanakan, iaitu;
penyelenggaraan buku tunai, pembukaan akaun bank dan penyata bank.

Buku tunai kumpulan wang SUWA merupakan buku perakaunan utama yang
diselenggarakan bagi menunjukkan dan membuktikan segala urusan kewangan
yang membabitkan wang SUWA. Untuk menyelenggarakan buku tunai, guru
besar perlu membuka akaun bank mengikut prosedur yang sedia ada.
Pembukaan akaun bank ini bertujuan untuk memastikan kumpulan wang SUWA
disimpan dengan selamat, dan mengelak daripada kehilangan, kecurian dan
penyelewengan serta memudahkan pengesahan penerimaan dan perbelanjaan
berpandukan kepada penyata bank yang diterima pada setiap akhir bulan.

61
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Perolehan wang SUWA melibatkan proses pengelolaan dan pengaliran semua


perolehan kumpulan wang SUWA. Punca utama perolehan wang SUWA ialah
daripada kutipan yuran khas dan yuran tambahan yang dikenakan ke atas murid.
Sebelum guru-guru membuat pungutan wang daripada murid-murid mereka
terlebih dahulu perlu dibekalkan dengan Surat Kebenaran Memungut Wang oleh
guru besar. Surat kebenaran ini diperoleh daripada Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri. Ini adalah menepati kehendak Arahan
Perbendaharaan 69 yang menegaskan bahawa pihak yang terlibat dalam
pungutan atau penerimaan wang haruslah mendapat kebenaran. Proses
pemerolehan wang SUWA melibatkan transaksi yang memerlukan pengeluaran
resit. Resit perlu dikeluarkan oleh pengutip sebaik sahaja bayaran dibuat. Hasil
pemerolehan perlu diserahkan kepada pegawai kewangan atau kerani akaun
yang akan memasukkan maklumat perolehan tersebut dalam daftar penerimaan
sekolah sebelum direkodkan ke dalam buku tunai. Segala urusan ini akan
dilakukan secara manual dan akhir sekali wang akan dimasukkan dalam akaun
bank.

4.2 Prosedur Penempatan

Persoalan yang kerap membelenggu ibu bapa yang mempunai kanak-kanak


dengan keperluan khas adalah berkenaan latihan dan pembelajaran mereka. Ini
termasuk sama ada mereka ingin terus anak mereka dirawat di rumah ataupun
ditempatkan di pusat penjagaan atau program pendidikan khas. Untuk
ditempatkan ke dalam program pendidikan khas, seorang kanak-kanak dengan
keperluan khas perlu melalui beberapa prosedur.

Setiap kanak-kanak dengan keperluan khas perlu ditempatkan kedalam program


pendidikan khas mengikut tahap berat dan aras kecacatannya. Mereka
ditempatkan ke dalam program-program mengikut tahap kebolehan dan
kecekapan mereka memperoleh kemahiran pendidikan.

62
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Penempatan seorang kanak-kanak dengan berkeperluan khas dalam program


pendidikan khas dinegara ini perlu melalui beberapa proses. Proses penempatan
murid-murid pendidikan khas khususnya masalah pembelajaran di tunjukkan
dalam carta aliran seperti di bawah.

Rajah 4.1: Proses penempatan murid-murid pendidikan khas

4.2.1 Pencalonan

Pencalonan kanak-kanak dengan keperluan khas untuk dimasukkan dalam


program pendidikan khas ialah satu aspek penting dalam pelaksanaan program
pendidikan khas. Pencalonan perlu dibuat dengan mengambil kira masa depan
kanak-kanak dengan keperluan khas tersebut kerana ia juga mempunyai hak
untuk dididik dan dilatih supaya dapat menjadi seorang insan yang sempurna.
Pencalonan murid bagi mengikuti program pendidikan khas boleh dilakukan oleh
beberapa pihak, iaitu:

(i) Guru kelas atau guru mata pelajaran: Boleh mencalonkan murid-murid bagi

63
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

mengikuti program pendidikan khas berdasarkan pencapaian murid dalam


kemahiran asas menulis, membaca, mengira, hasil kerja murid di dalam
kelas ataupun keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester
dan lain-lain jenis penilaian.

(ii) Guru besar: Boleh mencalonkan murid-murid berdasarkan laporan

pencapaian dan laporan pemerhatian secara am sama ada di sekolah


ataupun di luar sekolah.

(iii) Ibu bapa atau penjaga: Boleh mencalonkan anak-anak mereka bagi

mengikuti program pendidikan khas berdasarkan masalah pembelajaran


anak mereka.

(iv) Pegawai Perubatan: Boleh mencadangkan seorang kanak-kanak yang

dibawa kepadanya untuk pemeriksaan atau pengesahan kecacatan supaya


ditempatkan dalam program pendidikan khas yang bersesuaian dengan
kecacatan atau masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

(v) Jabatan Kebajikan Masyarakat: Seorang pegawai Jabatan Kebajikan

masyarakat boleh mencadang atau menasihatkan ibu bapa kanak-kanak


berkeperluan khas yang mendaftar di jabatan tersebut supaya
menempatkan kanak-kanak tersebut dalam program pendidikan khas.

Semasa membuat pencalonan kanak-kanak untuk mengikuti program pendidikan


khas, mereka yang terlibat perlu memainkan peranan mereka dengan ikhlas dan
jujur kerana intervensi awal akan dapat mencerahkan lagi harapan kanak-kanak
tersebut untuk mendapat pertolongan, didikan dan latihan. Dalam membuat
pencalonan, beberapa perkara perlu diambil kira oleh semua pihak supaya

64
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

pencalonan tersebut akan mengukuhkan lagi kerjasama yang baik antara semua
pihak yang akan terlibat dalam program pendidikan khas untuk seseorang
kanak-kanak tersebut.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira dan diberi perhatian ialah:

(i) Kaedah memerhati aspek fizikal dan meneliti rekod individu serta laporan

tentang diri murid-murid berkenaan perlu dibuat secara subjektif. Ada


kalanya rumusan yang dibuat itu berat sebelah, murid daripada golongan
miskin atau mereka yang berperangai tidak senonoh dan kelihatan tidak
segak senang sahaja dicalonkan, manakala kanak-kanak orang ternama
dan berpengaruh serta kanak-kanak yang mempunyai personaliti dan
wajah yang baik dicalonkan dengan berat hati atau tidak dicalonkan.

(ii) Pencalonan perlu dibuat seawal mungkin dan tidak perlu menunggu kanak-

kanak itu masuk ke tahun satu persekolahan dan menunggu keputusan


penilaian semester pertama atau kedua. Pengesanan yang lebih awal
perlu dibuat dengan cara membuat prognosis atau menelah risiko masalah
pembelajaran daripada pengalaman prakelahiran, semasa kelahiran dan
selepas kelahiran, semasa mereka belum kesekolah, pengaruh ibu bapa
dalam perkembangan kanak-kanak tersebut serta persekitaran mereka.

(iii) Guru kelas dan guru mata pelajaran tidak perlu terburu-buru dalam

mencalonkan murid-muid mereka berdasarkan kegagalan murid tersebut


dalam satu kemahiran atau unit mata pelajaran tersebut. Mereka perlu
menjalankan langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya sebelum
mencalonkan murid tersebut ke program pendidikan khas, khususnya
program masalah pembelajaran.

65
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.2.2 Penilaian Jawatan Kuasa Pelbagai Disiplin


Setelah pencalonan seseorang kanak-kanak diterima, pihak sekolah atau
penganjur program perlu melakukan penilaian untuk memastikan kanak-kanak
tersebut layak ditempatkan dalam program pendidikan khas dan jenis program ia
akan ditempatkan. Penilaian ini perlu dilakukan oleh jawatankuasa pelbagai
disiplin yang terdiri daripada guru pendidikan khas, pakar / pegawai perubatan,
pakar psikologi, pakar audiologi, jurupulih fizikal dan cara kerja, dan lain-lain
pihak yang berkaitan seperti pakar pediatrik, pakar neurologi dan pakar
oftalmologi.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacatan penglihatan dan


kecacatan pendengaran yang dapat dikesan awal, mereka perlu dapat
pengesahan kecacatan dan tahap kecacatan yang dialami oleh mereka daripada
pakar perubatan dan pakar dalam bidang yang berkaitan untuk membolehkan
mereka diterima masuk kedalam program yang bersesuaian dengan kecacatan
mereka, sama ada program pendidikan khas masalah penglihatan atau program
pendidikan khas masalah pendengaran. Setelah mereka diterima masuk
kedalam program yang berkenaan, mereka akan dinilai sekali lagi oleh pihak
sekolah atau penganjur program dengan menggunakan kaedah-kaedah
penilaian yang sedia ada untuk menentukan tahap pencapaian pembelajaran,
keadaan emosi, fizikal dan lain-lain sebelum mereka memulakan pembelajaran
atau latihan dalam sekolah atau pusat tersebut.

Bagi kanak-kanak yang dicalonkan untuk ditempatkan dalam program masalah


pembelajaran yang merupakan komponen terbesar dalam program pendidikan
khas, mereka akan dinilai dengan menggunakan Instrumen Penentuan
Penempatan (IPP) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Instrumen ini
menjadi sumber maklumat asas untuk menentukan penempatan calon-calon ke
Program Khas Bermasalah Pembelajaran setelah disahkan oleh pegawai

66
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

perubatan. Instrumen ini mengandungi lima komponen iaitu Komponen


Pengurusan Diri, Tingkah Laku, Manipulatif, Bahasa Melayu dan Matematik.

Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) calon-calon Pendidikan Khas


Bermasalah Pembelajaran mengandungi boring-borang senarai semak yang
berikut:
Biodata Calon
Komponen Pengurusan Diri
Komponen Tingkah Laku
Komponen Manipulatif
Komponen Bahasa Melayu
Komponen Matematik
Pelaporan Calon
Penempatan Calon
Surat Persetujuan Penempatan dari Ibu bapa / Penjaga

Pentaksiran akan dijalankan oleh pentaksir yang terdiri dari guru pendidikan
khas. Sesi pentaksiran akan dijalankan dengan kehadiran calon dan ibu bapa
atau penjaga. Pentaksiran dijalankan melalui temuduga, pemerhatian dan
lembaran kerja dengan menggunakan set ujian yang disediakan.

Pentaksir akan melengkapkan senarai semak berdasarkan pentaksiran terhadap


calon. Skor dijumlahkan untuk mendapatkan peratus skor dan dipindahkan ke
dalam Borang Pelaporan Individu (IPP 7 / Pelaporan Murid) yang disediakan
dalam bentuk graf. Skor yang sama akan dipindahkan ke dalam Matriks yang
disediakan ke dalam Borang Pelaporan Individu. Matriks tersebut mencakupi
rumusan skor individu bagi Komponen Pengurusan Diri, Tingkah laku,
Manipulatif, Bahasa Melayu dan Matematik. Skor individu dalam Matriks diwakili
sama ada oleh tinggi (T), sederhana (S) dan rendah (R). Pentaksir akan
menanda pada petak Matriks yang bertepatan dengan komponen dan skornya.

67
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Seterusnya pentaksir akan memberi keputusan penempatan calon / murid dalam


Borang Pelaporan Individu.

Jadual 4.4: Julat Penskoran Instrumen Penentuan Penempatan adalah seperti


berikut:

PD TL M BM MT Jenis Penempatan
100 100 100 100 100 Ke Program
90 90 90 90 90 Pendidikan Khas
80 80 80 80 80 Bermasalah Pembelajaran
70 70 70 70 70
60 60 60 60 60 Tempoh Percubaan
50 50 50 50 50 Ke Program
40 40 40 40 40
Pendidikan Khas
30 30 30 30 30
Bermasalah Pembelajaran
20 20 20 20 20
10 10 10 10 10 Ke Pumulihan Dalam
0 0 0 0 0 Komunnti NGO / Swasta
PD Pengurusan Diri MT Matematik
M Manipulatif BM Bahasa Melayu
TL Tingkah Laku

4.2.3 Penempatan ke Program Pendidikan Khas

Penempatan murid-murid ke dalam program pendidikan khas ditentukan oleh


Jabatan Pelajaran Negeri selepas Jawatankuasa Penilaian membuat perakuan
terhadap calon. Ahli Jawatankuasa Penilaian penempatan kanak-kanak / murid-
murid bermasalah pembelajaran boleh terdiri daripada pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah, Penyelaras Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran dan Guru Pendidikan Khas.

68
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Untuk Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, penempatan calon


ditentukan berdasarkan kepada skor lima komponen dalam Instrumen
Penentuan Penempatan (IPP) dijadikan sebagai asas bagi penempatan calon-
calon / murid-murid yang dianggap berisiko tinggi.

Skor cut-off seperti berikut digunakan bagi menempatkan calon.


(i) Jika pencapaian calon adalah 0 30% bagi komponen Pengurusan Diri /
Tingkah Laku, calon akan dicadangkan ke Program Pemulihan Dalam
Komuniti atau institusi swasta / NGO.
(ii) Jika pencapaian calon adalah 31% - 80% bagi komponen Pengurusan Diri /
Tingkah Laku, calon akan dicadangkan ke Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran secara percubaan untuk tempoh tiga bulan.
Pengesahan muktamad hanya dibuat selepas tempoh tersebut berakhir.
(iii) Jika pencapaian calon adalah 81% - 100% bagi komponen Pengurusan Diri
/ Tingkah Laku, calon akan ditempatkan terus ke kelas Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran.

Bagi kanak-kanak / murid-murid yang mengalami masalah penglihatan dan


masalah pendengaran, mereka akan ditempatkan di Sekolah Pendidikan Khas
Bermasalah Pendengaran atau Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan atau di Program Inklusif Bermasalah Pendengaran atau Program
Inklusif Bermasalah Penglihatan.

Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah


Bermasalah Penglihatan Pendengaran
Pra Sekolah : Had Umur 6 Pra Sekolah : 5 Tahun 6 Tahun
Tahun
Sekolah Rendah : 7 Tahun 14 Sekolah Rendah : 7 Tahun 14 Tahun
Tahun
Sekolah Menengah : 15 Tahun 20 Sek Men Rendah : 15 Tahun 17 Tahun
Tahun
Sek Men Atas : 18 Tahun 20 Tahun

69
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Inklusif Bermasalah Penglihatan Inklusif Bermasalah Pendengaran


Sekolah Rendah : 7 Tahun 14 Sekolah Rendah : 7 Tahun 14 Tahun
Tahun
Sekolah Menengah : 13 Tahun 21 Sekolah Menengah : 13 Tahun 21 Tahun
Tahun

4.3 Pentadbiran Rekod

Rekod dan laporan pelajar jika digunakan dengan cermat dapat menolong guru
mengajar murid dalam program pendidikan khas mengikut perbezaan
individu.Jika kita menerima konsep bahawa pengajaran seharusnya
menitikberatkan setiap aspek perkembangan dan pertumbuhan murid-murid,
iaitu mental, fizikal, emosi dan sosial, maka jelaslah betapa pentingnya
sumbangan rekod dan laporan itu kearah pengajaran yang berkesan.

Pada amnya pengurusan rekod bagi seseorang murid adalah bertujuan memberi
maklumat-maklumat tentang kemajuan murid serta perkembangan kerohanian,
emosi, jasmani dan tingkah lakunya. Maklumat-maklumat ini adalah penting
kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Guru boleh menggunakan
maklumat-maklumat ini untuk mengenali murid-muridnya. Maklumat-maklumat
yang ada dalam rekod juga penting untuk membimbing murid-murid pendidikan
khas mengikut keperluan mereka.

Maklumat-maklumat yang telah diisi oleh guru pendidikan khas membolehkan


guru tersebut menyediakan program pembelajaran yang bersesuaian dengan
keperluan khas murid-muridnya. Pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan
Pelajaran Negeri, Pegawai Perubatan, Pegawai Kebajikan Masyarakat mungkin

70
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

memerlukan maklumat-maklumat murid untuk tujuan-tujuan tertentu. Oleh itu


pentadbiran rekod dan penyimpanan maklumat pelajar pendidikan khas
merupakan aspek penting dalam pentadbiran dan pengurusan program
pendidikan khas.

(a) Rekod dapat menolong guru:

(i) Mengenal murid baru yang didaftarkan dalam program pendidikan khas;
(ii) Membuat penilaian terhadap murid;
(iii) Mempunyai pengetahuan terhadap murid apabila berunding dengan ibu

bapa;
(iv) Menolong guru membimbing murid-muridnya; dan
(v) Menyediakan khidmat sokongan yang sesuai dengan keperluan khas

murid.

(b) Rekod dapat menolong ibu bapa:

(i) Memahami kebolehan anak-anak;


(ii) Mengetahui kemajuan dan perkembangan akademik anaknya;
(iii) Mekerjasama dengan pihak sekolah dalam pelbagai aspek untuk
perkembangan anaknya;
(iv) Mewujudkan suasana rumahtagga yang bersesuaian dengan keperluan

anaknya;
(v) Memahami tujuan-tujuan sekolah; dan
(vi) Menilai kerja anaknya dan menilai penglibatan pihak sekolah.

71
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(c) Rekod dapat menolong murid:

(i) Mengetahui potensi mereka sendiri;


(ii) Mengembangkan lagi potensi yang ada dan mengatasi kelemahan mereka;
(iii) Menilai kemajuan sendiri; dan

4.3.1 Pengurusan Bahan

Penggunaan bahan pembelajaran dalam pelaksanaan program pendidikan khas


perlu diberi keutamaan oleh guru-guru pendidikan khas. Bahan-bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid pendidikan khas
akan membantu dan merangsang murid-murid tersebut dalam proses
pembelajaran mereka.

Pemerolehan atau pembinaan bahan-bahan pembelajaran haruslah bersesuaian


dan boleh digunakan oleh murid-murid yang mempunyai pelbagai keperluan
khas. Sebagai contoh, murid-murid dengan masalah penglihatan haruslan
disediakan mesin braille dan bahan-bahan lain yang bersesuaian, sama juga,
murid-murid dengan masalah pendengaran perlu disediakan alat-alat
pendengaran atau bahan-bahan lain yang dapat membantu dalam proses
pembelajaran mereka.

Bahan pembelajaran terdiri daripada beberapa jenis seperti berikut:

(i) Alat elektronik seperti projektor overhead, alat perakan kaset-radio,

72
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

projektor slaid, kamera dan LCD.


(ii) Papan pameran
(iii) Gambar dan gambar rajah, model, bahan 3-dimensi.
(iv) Carta dan buku-buku.
(v) Kad imbasan, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.

Bahan-bahan pembelajaran ini hendaklah diuruskan secara berkesan agar


mencapai objektif-objektif berikut:

(a) Menggalakkan penggunaan sumber oleh guru dan murid.


(b) Menjimatkan masa dan tenaga ketika menggunakannya.
(c) Memudahkan penyimpanan dan pemulangan melalui rekod pinjaman.
(d) Membantu guru mengesan dengan mudah dan cepat jenis-jenis bahan

pembelajaran yang sedia ada.


(e) Penyusunan segala bahan dan alat supaya tidak menimbulkan gangguan

dari segi keselamatan.


(f) Mewujudkan suasana yang menggalakkan pengguna membuat pilihan

bahan pembelajaran.

Sumber pembelajaran sama ada dalam bentuk yang dibuat sendiri atau dibeli
hendaklah diuruskan dengan baik. Oleh kerana bahan itu biasanya banyak,
usaha mengurus bahan akan mengambil masa, memerlukan kepakaran dan
perancangan yang teliti. Prinsip-prinsip berikut hendaklah diambil kira dalam
pengurusan bahan-bahan pembelajaran.

(i) Lokasi bahan yang akan dipamerkan.


(ii) Sistem pinjaman yang efektif.

73
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(iii) Keadaan bilik simpanan bahan yang sesuai.


(iv) Kepakaran guru yang menguruskannya.

4.3.2 Sistem Fail dan Rekod

Pengurusan fail dan rekod yang baik dalam sesuatu program pendidikan khas
akan membolehkan pengurusan dan pentadbiran program tersebut dapat
ditadbir dan diurus dengan baik. Sistem fail amat penting untuk menyimpan
dokumen-dokumen, minit-minti mesyuarat dan surat-surat. Pengurusan rekod
juga penting untuk membolehkan guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang
berkenaan memperoleh maklumat pelajar dalam sesuatu program pendidikan
khas dengan mudah, cepat dan tepat.

Antara fail-fail yang boleh diurus dalam sesuatu program pendidikan khas
adalah seperti berikut:

(i) Fail senarai nama dan maklumat murid pendidikan khas.


(ii) Fail senarai nama dan maklumat guru pendidikan khas
(iii) Fail pendaftaran murid.
(iv) Fail-fail surat-surat masuk dari pelbagai pihak termasuk Kementerian

Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan

Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.


(v) Fail-fail surat-surat keluar.
(vi) Fail sukan pendidikan khas.
(vii) Fail lawatan.
(viii) Fail kertas kerja / projek.

74
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(ix) Fail jadual waktu.


(x) Fail kurikulum
(xi) Fail ko kurikulum.
(xii) Fail-fail kewangan.
(xiii) Fail Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) untuk setiap murid.
(xiv) Fail-fail peribadi untuk setiap pelajar dan
(xv) Lain-lain fail yang perlu.

Semua fail di atas ini perlu diurus dengan baik dan dijilid. Setiap perkara yang
dimasukkan dalam setiap fail perlu direkod terlebih dahulu dan dijilid sebelum
difailkan. Pengurusan sistem fail yang cekap akan mencerminkan sejauh mana
program pendidikan khas itu ditadbir dan diurus.

Selain daripada pengurusan sistem fail, pengurusan rekod juga amat penting
dalam keberkesanan sesuatu program pendidikan khas. Diantara jenis-jenis
rekod yang perlu diurus adalah seperti berikut:

(a) Jadual kedatangan murid

Jadual kedatangan merupakan buku yang merekodkan kedatangan murid-murid.


Nama murid dicatat mengikut abjad. Kedatangan murid pada setiap hari
persekolahan dicatat. Bagi setiap hari, jumlah murid yang tidak hadir, jumlah
murid yang hadir serta jumlah kedatangan yang sepatutnya dikira dan
dicatatkan.

(b) Rekod prestasi

75
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Rekod prestasi menunjukkan kemajuan murid dalam tiap-tiap mata pelajaran


mengikut satu senarai kemahiran. Maklumat ini boleh didapati dalam bentuk
senarai semakan. Rekod ini menunjukkan kebolehan dalam bidang-bidang
kemahiran serta penguasaan kemahiran-kemahiran.

(c) Rekod profil

Rekod ini memberi gambaran tentang pencapaian murid secara keseluruhan.


Pencapaian murid bagi semua mata pelajaran diambil kira dan digredkan. Rekod
ini disediakan pada setiap penghujung penggal dan dilaporkan kepada ibu bapa.

(d) Kad himpunan

Sebelum tahun 1978, kad himpunan 001 dan 002 digunakan. Kad himpunan 001
merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan manakala kad 002 merujuk kepada
Kad Rekod sulit. Mulai tahun 1978, Kad Rekod 001 dan 002 telah dicantumkan
dalam satu kad baru, iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah
001R untuk kegunaan di sekolah rendah dan Kad Rekod Persekolahan Murid
Sekolah Menengah 001M untuk kegunaan di sekolah menengah.

Antara tujuan utama diadakan kad himpunan ialah:

(i) Dapat mengesan kemajuan murid dari setahun ke setahun.


(ii) Dapat mengetahui latar belakang keluarga murid seperti pekerjaan ibu

76
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

bapa, pendapatan, bilangan anak dalam keluarga dan lain-lain perkara.


(iii) Dapat melihat tingkah laku kedatangan murid ke sekolah.
(iv) Dapat mengetahui maklumat penglibatan murid dalam kegiatan

kokurikulum.
(v) Dapat mengetahui sifat diri murid seperti aras keyakinan, dan sifat-sifat lain

seperti tanggungjawab, daya usaha, pergaulan, kerajinan dan perawakan.


(vi) Dapat mengetahui minat murid dalam kerjaya.

(e) Rekod kesihatan dan pergigian

Rekod ini akan mengandungi maklumat-maklumat mengenai kesihatan murid


termasuk berat badan, ketinggian murid, penyakit-penyakit yang dialami murid,
jenis-jenis suntikan yang telah diberikan serta rekod pemeriksaan dan rawatan
pergigian.

(f) Daftar kutipan yuran

Semua jenis yuran yang dikutip didaftar oleh guru dalam daftar kutipan yuran. Ini
termasuk jenis-jenis pembayaran, amaun yang dibayar dan nombor resit.

4.3.3 Perolehan dan Penggunaan Bahan Pembelajaran

77
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Proses pengurusan bahan pembelajaran dijalankan selepas sebuah bilik sumber


disediakan dan dilengkapkan dengan keperluan-keperluan yang sewajarnya.
Pengurusan peminjaman dan penggunaan bahan boleh dilakukan selepas bahan
itu telah diperoleh, sama ada melalui pembelian atau dibuat sendiri.

Langkah-langkah pemerolehan dan penggunaan bahan pembelajaran adalah


seperti berikut:

(a) Memperoleh dan memproses bahan cetakan

Bahan cetakan yang diterima hendaklah disema denganteliti agar bilangan buku
atau bahan adalah sepertimana yang tercacat dalam invois perolehan. Perkara-
perkara berikut hendaklah disemak.

Jumlah bahan yang diterima


Keadaan fizikal bahan
Judul bahan / nama bahan tersebut

(b) Daftar perolehan

Setiap bahan baru yang diterima hendaklah dicatat butir-butirnya. Untuk buku-
buku, daftar perolehan boleh dilakukan mengikut Sistem Pengelasan Dewey.
Butir-butir seperti berikut perlu dicatatkan dalam daftar perolehan.

Nombor perolehan
Pengarang (buku)
Pengelasan
Penerbit / pengeluar
Tahun terbitan
Tarikh didaftarkan

78
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(c) Memproses buku

Buku-buku yang baru diperolehi perlu diproses mengikut prosedur yang sedia
ada. Di halaman belakang buku, boleh ditampal kocek buku dan kad tarikh buku
perlu dipulangkan. Kad buku yang mengandungi nama pengarang, nama buku,
judul, nombor perolehan dan nama panggilan dimasukkan ke dalam kocek buku.

(d) Memproses bahan bukan buku

Bahan-bahan bukan buku boleh dikelaskan kepada jenis-jenis seperti berikut:

(i) Penglihatan: Ini merangkumi lutsinar, projektor overhead, filem, slaid,

gambar, peta, kad imbasan, kad gambar dan lain-lain.


(ii) Pendengaran: Ini meliputi alat-alat seperti kaset dan sebagainya.
(iii) Penglihatan dan pendengaran: Ini terdiri daripada pita rakaman video, filem

jalur, gambar dan slaid.


(iv) Kit: Ini menunjukkan kepada koleksi bahan-bahan seperti slaid, pita

rakaman, poster dan disimpan dalam satu-satu kotak.


(v) Objek tiga dimensi: Ia terdiri daripada objek-objek seperti model, alat

permainan dan glob.

(e) Mengurus bahan

Bahan-bahan bukan buku hendaklah juga diuruskan dengan cekap agar dapat
digunakan secara maksimum. Semua bahan hendaklah diberi sekeping kad

79
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

warna yang mengandungi butir-butir seperti judul, bentuk, edisi, tarikh diedarkan,
nombor siri dan nombor pengelasan.

LATIHAN KENDIRI 4

1. Nyatakan pihak-pihak yang boleh mencalonkan kanak-kanak


untuk mengikuti program pendidikan khas.
2. Senaraikan proses pengelolaan dan pengaliran Wang SUWA
sekolah.
3. Senaraikan jenis-jenis borang yang terkandung dalam Instrumen
Penentuan Penempatan (IPP).
4. Senaraikan 5 jenis fail yang boleh diurus dalam sebuah program
pendidikan khas.

RUMUSAN

Dalam topik ini anda telah didedahkan kepada jenis-jenis peruntukan


Wang Kerajaan dan Wang SUWA yang diberikan kepada sekolah-

80
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

sekolah dan juga program pendidkan khas di Malaysia untuk urusan


pentadbiran dan berlakunya proses pembelajaran dan pengjaran.
Perlu dinyatakan disini bahaw penguruskan kewangan sesebuah
institusi atau unit Pendidikan amat penting bagi menjamin perjalanan
proses Pendidikan yang sempurna.
Anda juga telah didedahkan kepada aspek-aspek dan proses
penempatan pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam program
Pendidikan khas.
Di samping itu kita juga telah membincang mengenai perkara-perkara
asas pentadbiran rekod dan pengurusan bahan dalam sekolah atau
program Pendidikan khas.

RUJUKAN

Chuan Tee Tee, Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan khas dan

pemulihan. Bacaan Asas : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi IV : Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. (1998). Garis panduan

program pendidikan khas Wialayh Persekutuan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Buku panduan instrumen

penempatan pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Jabatan

81
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas: Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Tatacara pengurusan

kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah. Cepat

Cetak Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

TAHNIAH !

ANDA TELAH TAMAT TAJUK 4

82
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

83

You might also like