You are on page 1of 6

1.

LAPORAN SEBELUM
Sebelum melaksanakan pembentangan sesi latihan untuk lompat tinggi, kami
telah mengadakan perjumpaan antara semua ahli kumpulan bagi membincangkan
aktiviti yang sesuai dilakukan bagi setiap fasa yang terdapat di dalam lompat tinggi.
Setelah itu, kami telah membahagikan ahli kumpulan mengikut bilangan fasa
yang terdapat didalam lompat tinggi iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan
dan fasa pendaratan. Setiap ahli dari setiap fasa, dikehendaki mencari maklumat yang
mendalam mengenai fasa yang telah diberikan serta aktiviti yang sesuai untuk
dijalankan.
Seterusnya, ketua kumpulan iaitu Muhammad Izzat Syimir telah berjumpa
dengan Puan Chong bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai sesi
latihan yang bakal dijalankan. Puan Chong telah memberikan banyak maklumat penting
yang dapat membantu kami dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
yang baik dan lengkap. Beliau juga telah memberikan gambaran yang jelas mengenai
perkara yang perlu dimasukkan di dalam sesi latihan tersebut. Setelah itu, kami telah
memperbetulkan RPH yang telah dibuat dan memastikan semua aktiviti yang dirancang
sesuai dengan setiap fasa.
Seterusnya, setelah mendengar penjelasan dari Puan Chong, kami mula
memahami bahawa semasa sesi pembentangan tersebut, setiap kumpulan yang terdiri
daripada enam orang akan mengajar satu kumpulan pelajar yang terdiri daripada lebih
kurang 20 orang. Setelah itu, kami telah membahagikan semua ahli kumpulan kepada
tiga kumpulan kecil yang terdiri daripada enam orang. Setiap ahli di dalam kumpulan
kecil tersebut pula, akan membentangkan salah satu komponen yang terdapat di dalam
RPH iaitu permainan kecil, kemahiran : fasa penujuan, kemahiran : fasa lonjakan,
kemahiran : fasa layangan, kemahiran : fasa pendaratan dan aktiviti amali.
Pada hari sebelum pembentangan sesi latihan, semua ahli kumpulan
dikehendaki berkumpul di padang bagi melakukan persiapan akhir. Ketua kumpulan
telah memberikan taklimat kepada setiap peserta mengenai aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan bagi setiap fasa. Setelah itu, ahli kumpulan dari setiap fasa pula
mengadakan latihan bagi setiap aktiviti yang dirancang agar dapat menguasai
kemahiran yang bakal dibentangkan dengan sebaik mungkin.
1

Seterusnya, susunan bagi setiap peralatan juga telah dirancang agar sesi latihan
dapat berjalan dengan lancar. Segala peralatan telah dipinjam dari stor GERKO dan stor
Jabatan Pendidikan Jasmani dengan lebih awal bagi memastikan semua peralatan
mencukupi ketika sesi latihan diadakan dan tidak mengganggu perjalanan sesi latihan.
Antara peralatan yang telah dipinjam ialah gelung, kon, tilam, peti lombol, besi
penghadang dan kayu.

2.0

LAPORAN SEMASA
Semasa sesi latihan diadakan, pada peringkat awal, latihan di mulakan dengan
permainan kecil yang mempunyai empat aktiviti iaitu melompat setempat, melompat dan
melentikan badan, melambong dan menyambut bola serta melambong dan menyambut
bola dengan menggunakan bebola kaki. Semua pelajar dikehendaki melakukan aktiviti
ini dengan mengikut lorong yang telah ditanda dengan kon. Kebanyakan pelajar telah
melakukan aktiviti ini dengan baik dan betul.
Seterusnya, pembentangan diteruskan dengan fasa pertama iaitu fasa penujuan
yang mempunyai dua aktiviti iaitu larian bulatan 8 dan larian penujuan. Semasa aktiviti
pertama, para pelajar dikehendaki menengakkan badan dan bahu condong ke arah
dalam sewaktu melakukan aktiviti larian dalam bentuk 8. Pada aktiviti kedua pula,
pelajar dikehendaki melakukan larian mengikut kon yang telah diletakkan dengan
menggunakan beberapa teknik yang telah diajar.
Pada fasa kedua iaitu fasa lonjakan, tiga aktiviti telah dijalankan iaitu latihan
lonjakan sebelah kaki, latihan lonjakan dua kaki secara mengiring dan larian lonjakan
asas. Semasa aktiviti latihan lonjakan sebelah kaki, pelajar dikehendaki melompat
dengan menggunakan bebola kaki ke dalam setiap gelung rotan yang diletakan dalam
keadaan lurus. Pada aktiviti kedua pula, latihan lonjakan dua kaki secara mengiring
dilakukan dengan melompat ke dalam setiap gelung rotan dengan menggunakan keduadua belah kaki sambil mengangkat tangan ke atas. Semasa aktiviti ketiga iaitu larian
lonjakan asas, pelajar dikehendaki berlari mengikut arah kon dan menyentuh objek
dengan badan lonjakan.
Pada fasa ketiga iaitu fasa layangan, terdapat tiga aktiviti telah dijalankan iaitu
melompat sambil melentik, melayang dan menyentuh bola tergantung dan melayang.
2

Pada aktiviti pertama iaitu melompat sambil melentik, pelajar dikehendaki merendahkan
sedikit bahagian badan dan melonjak dengan menggunakan bebola kaki. Pada aktiviti
kedua iaitu melayang dan menyentuh bola tergantung, pelajar dikehendaki melakukan
lonjakan ke atas tilam dalam posisi melentikan badan dan cuba menyentuh bola yang
tergantung.
Pada fasa keempat iaitu fasa pendaratan terdapat tiga aktiviti telah dijalankan
iaitu latihan pendaratan, melompat dari lombol dan melompat melepasi tali getah. Pada
aktiviti pertama iaitu latihan pendaratan, pelajar dikehendaki berdiri berdekatan dengan
tilam, lakukan lompatan dan mendarat di atas tilam dengan bahagian belakang badan.
Pada aktiviti kedua pula, pelajar dikehendaki melompat dari peti lombol dan mendarat di
atas bahagian belakang badan. Semasa aktiviti ketiga iaitu melompat melepasi tali
getah, pelajar dikehendaki melompat melepasi tali getah dengan menggunakan teknik
pendaratan yang telah diajar pada aktiviti sebelumnya.
Setelah itu, latihan diteruskan dengan aktiviti amali lompat tinggi yang diakukan
oleh pelajar. Semasa aktiviti amali ini, pelajar dikehendaki melakukan lompatan
keseluruhan

bermula

dari

fasa

penujuan

sehingga

fasa

pendaratan

dengan

mengaplikasikan segala teknik yang telah diajar pada setiap fasa. Disebabkan
kesuntukan waktu, hanya enam pelajar sahaja yang dapat melakukan aktiviti ini dan
pelajar lain memperhatikan sama ada teknik yang digunakan tersebut betul atau
sebaliknya.

3.0 LAPORAN SELEPAS


Setelah selesai pembentangan sesi latihan untuk lompat tinggi, Puan Chong
telah membuat rumusan keseluruhan bagi semua pembentangan yang telah
dilaksanakan. Beliau berpuas hati dengan pembentangan yang dijalankan walaupun di
siapkan pada saat-saat akhir dan setiap ahli kumpulan telah memberikan komitmen
yang sebaik mungkin dalam melaksanakan pembentangan ini.
Seterusnya, segala peralatan yang telah dipinjam dari stor GERKO dan stor
Jabatan Pendidikan Jasmani seperti gelung, kayu, tilam, kon dan besi penghadang telah
pulangkan semula.

4.0 KEKUATAN
Melalui pembentangan ini, terdapat banyak kelebihan telah yang saya perolehi.
Pertamanya, saya telah memperoleh banyak input mengenai aktiviti lompat tinggi yang
sememangnya sangat berguna kepada saya apabila mengajar di sekolah kelak. Saya
dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai setiap fasa yang terdapat dalam
lompat tinggi. Terdapat empat fasa yang harus diberi tumpuan dan penekanan yang
lebih oleh atlet lompat tinggi. Sebelum memulakan setiap fasa dalam lompat tinggi,
murid terlebih dahulu harus memanaskan badan dengan melakukan aktiviti permainan
kecil yang disertakan sekali dengan aktiviti regangan. Fasa pertama adalah fasa
penujuan. Sebagai contoh, dalam fasa penujuan ini, murid harus melakukan aktiviti yang
agak mudah bagi menyesuaikan kaki untuk berlari dan kemudian melompat. Ketika fasa
ini, latihan larian bulatan 8 dan latihan larian penujuan telah dibuat. Fasa kedua adalah
fasa lonjakan dan diikuti dengan fasa layangan dan fasa daratan. Dalam kesemua fasa
ini, murid telah diterangkan dengan jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai bagi
setiap fasa serta latihan yang paling sesuai digunakan supaya apabila aktiviti lompat
tinggi dilakukan. Dengan menguasai kemahiran ini, segala teknik akan dilakukan
dengan betul.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang penggunaan masa yang cekap
dalam sesuatu latihan sukan. Seseorang guru haruslah berjaya melaksanakan semua
latihan yang telah dirancang dalam masa yang telah ditetapkan tanpa memakan masa
yang banyak sehingga menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Di samping
itu, penting juga bagi seseorang guru itu untuk merancang latihan yang dapat
meningkatkan kecergasan serta teknik lompat tinggi murid dalam masa yang telah
ditetapkan. Walaupun masa yang diperuntukan itu agak singkat, namun begitu guru
haruslah memanfaatkannya dengan aktiviti yang berkualiti agar dapat meningkatkan
kemahiran pelajar dalam menguasai sesuatu permainan.
Seterusnya, pembentangan ini juga dapat mendedahkan kepada saya tentang
situasi sebenar di padang ketika mengajar murid-murid mengenai latihan lompat tinggi.
Pendedahan ini amatlah penting supaya nanti saya dapat merancang dengan teliti
latihan mengajar apabila berada di sekolah kelak. Sebagai seorang bakal guru juga,
saya harus segera menyesuaikan diri dengan keadaan di padang supaya manfaat yang
akan diperoleh nanti bukan sahaja pada saya tetapi juga pada murid-murid. Hal ini

penting supaya saya dapat mengawal keadaan kelas dengan sebaik mungkin dan
memastikan bahawa setiap aktiviti yang akan dilaksanakan, selamat dan sesuai untuk
semua murid-murid. Dengan ini, objektif pengajaran dan pembelajaran akan mudah
dicapai.

5.0 KELEMAHAN
Antara kekurangan yang terjadi ketika aktiviti simulasi lompat tinggi adalah
terdapat sesetengah latihan yang dilaksanakan agak mudah atau dalam kata lain tidak
memberi kesan kepada tubuh badan murid untuk melakukan lompat tinggi yang mana
sememangnya memerlukan latihan yang dapat menguji ketahanan diri murid. Dalam
aktiviti lompat tinggi, guru seharusnya memberi penekanan kepada bahagian kaki iaitu
kaki yang hendak digunakan untuk melompat dan kaki mana yang hendak digunakan
untuk mula berlari menuju serta melepasi palang lompat tinggi. Contohnya, dalam
lompat tinggi Gaya Fosbury Flop, murid terlebih dahulu harus melentikkan badan ke
belakang apabila hendak melepasi palang lompat jauh dan harus mendarat
menggunakan

belakang

badan

dan

bukannya

bahu.

Latihan

lonjakan

yang

menggunakan gelung rotan juga perlu dijarakkan sedikit jaraknya agar latihan lonjakan
yang dilakukan lebih mencabar.
Dari segi masa, masa yang diperuntukkan juga tidak mencukupi menyebabkan
ada sesetengah kelas yang lambat untuk ke kelas seterusnya. Hal ini mungkin juga
berlaku di sekolah nanti sekiranya latihan yang dilaksanakan terlalu lama dan keadaan
ini juga akan menyebabkan murid merasa cepat letih.

6.0 PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan adalah guru tersebut haruslah melaksanakan
aktiviti yang lebih mencabar kecergasan dan dalam masa yang sama dapat
meningkatkan tahap kemampuan murid untuk melakukan aktiviti lompat tinggi. Walau
bagaimanapun guru tersebut haruslah memikirkan juga masa yang dihadkan untuk
melaksanakan segala aktiviti tersebut. Sekiranya terdapat tanda-tanda untuk terlajak

masa melebihi masa yang dihadkan, guru harus bijak untuk memendekkan latihan yang
dilakukan agar semua isi pengajaran dapat disampaikan kepada murid.
Cadangan yang lain adalah guru juga haruslah betul-betul menguasai kemahiran
di dalam latihan yang diajar agar dapat mengajar dengan lebih yakin, dapat
menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas serta mampu untuk memperbetulkan
kesalahan yang dilakukan oleh murid . Guru juga haruslah melebihkan perbuatan
daripada percakapan agar murid lebih faham perlakuan yang seperti mana harus
dilakukan. Guru juga seharusnya meneliti terlebih dahulu kelebihan melakukan latihan
tersebut sebelum mengajar kepada murid supaya murid tidak melakukan aktiviti yang
tidak memberi kesan kepada latihan lompat tinggi.

You might also like