You are on page 1of 6

2.0 KONSEP PENILAIAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN.

2.1 Konsep Penilaian

Menurut Teng Len Siong dan Dr.


Hj Muhammad Sidek Saad
(2007), penilaian melibatkan
aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat hasil dari proses
pengujian dan pengukuran
yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Abdul Rahim M. Ali


(2001), penilaian merupakan
proses mengukur dan
membuat pertimbangan
tentang kebolehan, kemahiran
dan kefahaman murid
berdasarkan objektif yang telah
ditetapkan.

Menurut Prof. Dr. Ishak Haron


dan Prof. Madya Dr. Koh Boh
Boon (1982), penilaian dalam
pengajaran boleh ditaktifkan
sebagai satu proses yang
sistematis mengumpul
maklumat dan menaksirkan
sejauh manakah objektifobjektif pengajaran telah
dicapai oleh murid-murid.

Penilaian merupakan satu


proses atau aktiviti yang
bersistematik untuk
memperoleh maklumat
kuantitatif yang berguna dalam
menentukan sesuatu prestasi.

Menurut Stufflebeam (1971),


penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh
dan menyediakan maklumat
berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihanpilihan yang ada pada kita.

2.2 Konsep Pengujian

Menurut Abdul Rahim M. Ali (2001), pengujian


merupakan satu prosedur yang bersistem untuk
mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkah
laku seseorang individu.

Mengikut R. M Gagne dalam bukunya The Conditions


Of Learning, pengujian ialah suatu cara yang
sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu.

Pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara


eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis
atau mendemontrasikan, perubahan tingkah laku
berkaitan dengan perkara-perkara yang telah
dipelajarinya.

Melalui proses pengujian ini, seseorang guru akan


mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari.

2.3 Konsep Pengukuran

Menurut Abdul Rahim M. Ali


(2001), pengukuran ialah
satu proses memperuntukan
nombor kepada individu
atau sifatnya menurut
undang-undang atau
peraturan tertentu dengan
skala yang tetap.

Pengukuran ialah suatu


proses atau sistem yang
digunakan untuk
menentukan nilai kuantitatif
sesuatu benda, perkara atau
keadaan.

Matlamat pengukuran
adalah untuk mengenal
pasti kewujudan sesuatu
atribut.

Pengukuran adalah proses


memberi angka untuk
menunjuk dan membuktikan
kewujudan sesuatu ciri dan
atribut

Antara ciri penting


pengukuran ialah
pengukuran tidak
melibatkan proses menilai
seperti baik, buruk dan
sebagainya. Nilai ini dibuat
di dalam proses penilaian.

2.4 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu


proses pengumpulan
maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan
murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah.

Menurut Mohamad Sahari


Nordin (2008), Pentaksiran
bermaksud proses
mengumpulkan dan
mentafsirkan maklumat tentang
pelajar untuk membuat
keputusan-keputusan yang
dapat meningkatkan
pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Angella Cooze (2006),


pentaksiran membolehkan guru
mengukur pemahaman dan
prestasi murid, menentukan
sasaran untuk prestasi
selanjutnya dan merancang
pelajaran guru untuk
memudahkan lagi pentaksiran
ini.

Pentaksiran ialah satu proses


mendapatkan maklumat dan
seterusnya melakukan
penghakiman tentang sesuatu
produk pendidikan.

3.0

BINCANGKAN

DENGAN

MENGIMPLIMENTASIKAN

TERPERINCI

SETIAP

KRITERIA

BAGAIMANA
PENGUJIAN

UNTUK
DENGAN

BERKESAN

1. KESAHAN - merujuk kepada


takat sesuatu ujian yang
dapat memenuhi tujuannya.
ia terbahagi kepada empat
iaitu kesahan isi, kesahan
ramalan, kesahan gagasan,
dan kesahan serentak

2. KEBOLEHPERCAYAAN kebolehpercayaan bermaksud


sejauh manakah ujian itu
dapat mengukur tepat apa
yang hendak diukur. Ujian
yang boleh dipercayai akan
memberikan markah yang
sama apabila menguji
kebolehan murid yang sama.

3. KEOBJEKTIFAN keobjektifan sesuatu ujian


merujuk kepada ketepatan
guru dalam memeriksa
jawapan pelajar yang ramai.

4. KEBOLEHTADBIRAN merujuk kepada kelicinan


pelaksanaan sesebuah ujian
di dalam bilik darjah atau
dewan peperiksaan.

5. KEBOLEHTAFSIRAN - mudah atau payah sesuatu ujian


itu dianalisis dari aspek boleh atau membandingkan
antara seorang individu dengan individu yang lain atau
satu objek dengan objek yang lain, keputusan
peperiksaan antara satu peperiksaan dengan
peperiksaan yang lain, perbandingan antara satu
konsep, prosedur dengan konsep dan prosedur yang lain
serta menilai punca kelemahan.

You might also like