You are on page 1of 2

LAPORAN SEBELUM AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Mesyuarat kali pertama diadakan yang melibatkan semua ahli kelas Pendidikan
Sejarah pada 11 Januari 2015. Mesyuarat ini diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa
(AJK) Pengelola Pertandingan Permainan Tradisional yang bakal diadakan. Salah satu
AJK yang diwujudkan ialah Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas Khas yang terdiri daripada
empat orang ahli iaitu Hazman Bin Azhar, Mohd Fitri Bin Mohd Shahruddin, Siti
Hasaniah Binti Che Omar dan Natrah Binti Alias. Setiap AJK mempunyai bidang tugas
masing-masing yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas Karnival
Permainan Tradisional.
Pada hari Rabu bersamaan 14 Januari 2015, mesyuarat kali ke-2 diadakan. AJK
Tugas-tugas Khas telah membuat perbincangan tentang bidang tugas yang perlu
dilaksanakan. Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan ialah merangkumi tugas
mengurus pendaftaran peserta, menyediakan hadiah dan cenderahati kepada peserta,
membuat banner dan brosur serta membuat hebahan karnival yang akan dianjurkan.
Semua tugas yang perlu dilaksanakan ditulis di dalam sehelai kertas bagi memudahkan
rujukan kami.
Seterusnya, pada hari Rabu bersamaan 21 Januari 2015, kami telah
menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan mengikut tarikh. Tugas-tugas
disenaraikan mengikut proses iaitu sebelum, semasa dan selepas karnival diadakan.
Setelah itu, kami menghasilkan Carta Gantt bagi memudahkan rujukan dibuat mengikut
tugas dan tarikh yang perlu dilaksanakan. Selepas itu, tempahan peralatan dibuat
dengan mengisi Borang Tempahan Peralatan yang disediakan oleh AJK Peralatan dan
menyerahkan kembali boring tersebut kepada AJK Peralatan. Seterusnya, kami
mengenalpasti bajet yang diperuntukkan untuk hadiah, bilangan hadiah pemenang dan
jenis hadiah.

Seterusnya, pada 22 Januari 2015, borang penyertaan peserta telah mula


dibuat. Borang penyertaan tersebut bagi memastikan proses pendaftaran peserta
dalam pertandingan yang diadakan berjalan dengan sistematik. Kami juga telah
mendapatkan sijil di Stor Unit untuk diberikan kepada AJK Pengelola selepas tamatnya
Karnival Permainan Tradisional. Banner juga mula dibuat bagi membolehkan hebahan
karnival dibuat kepada peserta sebelum berlangsungnya karnival. Banner yang
dihasilkan ditunjukkan dahulu kepada pensyarah pembimbingan dan setelah pensyarah
pembimbingan setuju maka proses cetakan banner di kedai mula dibuat.
Pada tarikh 8 Februari 2015, bahan hebahan seperti poster mula diedarkan
kepada seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) bagi
memberi makluman kepada semua warga IPGKDA tentang karnival yang bakal
diadakan. Selain itu, borang penyertaan peserta juga mula diedarkan mengikut kelas.
Terdapat 9 buah kelas yang terlibat sebagai peserta karnival yang akan dianjurkan ini
iaitu PPISMP Semester 2 dan PISMP

Semester 3. Seterusnya, brosur Karnival

Permainan Tradisional mula dibuat untuk diedarkan kepada orang raamai.


Pada 15 Februari 2015, borang penyertaan yang telah diedarkan untuk setiap
kelas yang terlibat telah dikumpulkan kembali untuk memudahkan proses pembahagian
peserta mengikut pertandingan yang dianjurkan. Selepas itu, nametag urus setia buat
dibuat untuk dipakai oleh semua urus setia pada hari karnival diadakan bagi
memudahkan perserta untuk mengenali urus setia. Setelah itu, tempat pendaftaran dan
tempat meletak hadiah disediakan bagi memastikan karnival dapat bgerjalan dengan
lancar. Sebelum karnival diadakan pada 4 Mac 2015, semua tugas yang perlu
dilaksanakan sebelum karnival dilaksanakan sebaik mungkin.

You might also like