You are on page 1of 14

TIPS PEMAHAMAN UPSR

TEKNIK MENJAWAB KEFAHAMAN

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).

Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab.

Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.

A. Morfologi

i. Bentuk kata

kata tunggal

kata terbitan

kata majmuk

kata ganda

* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:

pengimbuhan

penggandaan

pemajmukan

ii. Golongan kata

kata nama

kata kerja
kata adjektif

kata tugas

B. Sintaksis

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang

sesuai.

Ayat soalan

Ayat jawapan

Ayat sama maksud

Ayat aktif / Ayat pasif

Struktur ayat

Cakap ajuk / pindah

Ayat yang betul

Ketepatan kata

Kesalahan tatabahasa dalam ayat

C. Peribahasa

Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau

penulisan.

D. Sistem ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah :

i. Kata asli Bahasa Melayu

ii. Ejaan kata pinjaman


iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan

Baca setiap soalan dengan teliti.

Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disertakan.

Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah;

Aneka pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau terbaik.

i. Empat opsyen jawapan A, B,c dan D

Aneka pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan yang betul
atau terbaik.

i. Empat pilihan jawapan bernombor roman

ii. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D

Kata tugas dalam soalan.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Perkataan seerti bagi

Perkataan berlawan bagi

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pilih ayat yang betul.

Jawab soalan yang mudah dahulu.

Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR

Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca. Murid
membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.
Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.

Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.

Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi
dalam teks.

Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar
menepati kehendak soalan.

Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan kerencaman
(kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:

Bil

Kata Tugas

Respons yang Diharapkan

Apakah

Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

Siapakah

Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu

Bilakah

Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa

Di manakah

Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa

Bagaimanakah
Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian

Mengapakah

Memberi sebab

Berapakah

Menyatakan kuantiti

Manakah

Menyatakan pilihan

Tuliskan

Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan

10

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan

11

Ulaskan

Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik

12

Pilih

Membuat pilihan jawapan

13

Isikan

Memasukkan jawapan yang sesuai

14

Bezakan

Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

15

Bincangkan

Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek


16

Catatkan

Merakam sesuatu maklumat

Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan. Misalnya,
soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.

Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa merujuki
konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata
dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.

Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang bertanyakan pendapat
anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan logik.

Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu memahami
petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman Oleh Anuar Ahmad SIKAP tidak berhati-
hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor
menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas
Bahasa Melayu Pemahaman. Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua
diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik. BAHAGIAN TATABAHASA Pastikan calon
sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa. Langkah ini
penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya
terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan. Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan
calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa. A. Faham Seperti dikatakan, calon perlu
memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku
kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut. Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan
calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha
memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak. Biasanya akan wujud satu atau
dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu
benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Sebaiknya, buatlah catatan ringkas
mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut. Contoh soalan; Peserta itu menyampaikan
ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik. A lincir - licin B cekap - mampu melakukan C pintar
- pandai D lancar - fasih B. Baca Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan
kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi
perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir. Peserta itu menyampaikan ceritanya
dengan _____ dan gaya yang menarik. C. Kesan Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat
atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih
jawapan yang tepat. Dalam soalan ini, klunya adalah menyampaikan (Bulatkan perkataan
menyampaikan). Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik. D. Pilih
Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan.
Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan. Peserta itu menyampaikan
ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik. Pengganggu jawapan yang hampir tepat A lincir -
licin B cekap - mampu melakukan C pintar - pandai D lancar - fasih Pilihan jawapan yang paling
tepat Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut: * Jawab soalan yang mudah terlebih
dulu. * Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah. * Peruntukkan masa antara 15
hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa. * Segera jawab soalan bahagian petikan. * Baki masa
perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan. BAHAGIAN PEMAHAMAN Calon hanya perlu
menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat
dengan petikan yang disediakan. Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan
petikan ialah: A. Baca dan faham Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu.
Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan
menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu. Contoh soalan: Sebelum menghilang, lelaki
itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan
semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? A
Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas
memancing. C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri. D Di dalam kawasan
tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib. B. Cari pembayang jawapan Biasanya klu atau
pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Sebelum
menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut
hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. C. Penyesuaian Sesuaikan
pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan. Apakah pesanan
terakhir lelaki tersebut? (soalan) ... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan
di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang) D. Memilih Jika calon sudah jumpa
pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut
mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam
petikan. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. B
Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN) C Memancing akan
menyebabkan dia diserang penyakit misteri. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan
yang boleh ghaib. Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa
kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan
tersebut ialah: i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan. ii. Menjawab soalan dengan tergesa-
gesa. iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan. iv. Membuang masa
dengan soalan yang susah. v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan. vi.
Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan. vii. Tidak memadam jawapan yang salah
dengan bersih pada kertas OMR. Ingat!: Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah
tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada
soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh
itu, calon perlu semak semula. Sumber : Berita Harian (25 Ogos 2009)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


TIP UNTUK KERTAS BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu Penulisan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang
awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa
Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika
menulis karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat
berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga
bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A

Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk
mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu
"tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008,
terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika
membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar
memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan
membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima
bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada
lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata
kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di
mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa
orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari
Kebangsaan.

Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif.
Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang
digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan
"mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza.
Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza
disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar.
Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan
awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata
kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada
orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup,
mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar
selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

BAHAGIAN B

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti
menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.

Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai
dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih
kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

Langkah pertama - Pilih soalan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan
yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga
karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu
petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta
tolong.

Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan
ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan
karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis
karangan terpesong.

Langkah kedua - Merangka karangan

Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik
Penyoalan".

Langkah ketiga - Menulis karangan

Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon
yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam
atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan
dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai,
pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

Langkah keempat - Semak karangan

Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab
Bahagian C.

BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak
menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran
itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung
dalam petikan itu.

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang
mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi
ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang
mengucapkan terima kasih".

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang
sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang
menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada
waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas
lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:
a) Pengajaran - Rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa

Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam
peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina
lebih menarik.

Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15
minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk
memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan
dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).

Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan
lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.

Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR Bahagian A

Bahasa Melayu Pemahaman

BAGI membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi
menjawab soalan kertas ini dengan baik. Seperti yang diketahui, kertas 1 mempunyai dua
bahagian iaitu tatabahasa dan pemahaman. Kedua-dua bahagian ini mempunyai teknik
menjawab yang berbeza.

1.1 Tatabahasa

Pastikan anda sudah menguasai kesemua bahagian tatabahasa. Ini penting kerana kesemua
pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan.
Di bawah ini merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh calon sewaktu hendak
menjawab soalan bahagian tatabahasa.

1.1.1 Faham
Calon perlulah memahami kesemua pilihan jawapan yang disediakan. Kesalahan memilih
jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan yang diberikan. Calon hanya
cuba mengagak maksud jawapan berkenaan. Kebiasaannya akan wujud satu atau dua
pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu
benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Catatlah secara ringkas maksud
pilihan jawapan berkenaan. Contoh:

A memberi menyampaikan sesuatu


B mengirim menghantar menerusi sesuatu
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu

1.1.2 Baca

Bacalah ayat yang disediakan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan
pilihan jawapan. Kadang-kadang ada pilihan jawapan yang seolah-olah boleh dipilih sebagai
jawapan. Pilihan jawapan yang sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap utama.
Contoh:
Ayah ._____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.3 Kesan

Anda perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Bulat atau gariskan klu
berkenaan. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan anda memilih
jawapan yang tepat.

(Bulatkan perkataan dari sebagai klu jawapan yang menunjukkan ayah menerima)

Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.4 Pilih

Peringkat ini adalah peringkat paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut
kehendak soalan. Pengganggu yang diberikan sudah pasti akan mengelirukan adik-adik. Oleh
itu, fahamilah betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

A memberi menyampaikan sesuatu


B mengirim menghantar menerusi sesuatu <-- Pengganggu yang hampir tepat
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu <-- Jawapan yang paling tepat

Calon-calon, pastikan:

* 1 soalan hanya ada 1 - 1 1/2 minit sahaja.


* Jangan membuang masa dengan cuba menjawab soalan yang susah.
* Jawab soalan Bahagian Tatabahasa (Soalan 1 hingga Soalan 30) terlebih dahulu.
* Peruntukan masa antara 15 hingga 20 minit untuk Bahagian Tatabahasa.
* Jawab soalan yang lebih mudah dahulu.
* Segera jawab soalan Bahagian Petikan.
* Peruntukan masa 10 minit untuk setiap petikan.
* Baki masa untuk tujuan menyemak semula jawapan.

1.2 Pemahaman

Calon-calon hanya perlu menjawab 10 soalan sahaja dalam bahagian pemahaman. Namun
begitu setiap soalan amat berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Untuk menjawab
soalan pemahaman, calon perlulah memperbanyakkan latihan menjawab kerana bahagian ini
memerlukan kemahiran yang tinggi dalam hal memahami petikan. Antara langkah-langkah
yang perlu dilakukan sewaktu hendak menjawab soalan petikan ialah:

1.2.1 Baca dan faham

Calon-calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah
membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan sesekali menjawab
soalan tanpa membaca petikan terlebih dahulu.

1.2.2 Cari pembayang jawapan

Kebiasaannya klu atau pembayang jawapan berada dalam petikan. Calon perlu menggariskan
klu tersebut. Pastikan klu berkenaan berkait rapat dengan soalan.

Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses
membuat kerepek di kilang.

1.2.3 Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang anda garis dengan pilihan jawapan yang diberikan. Teliti dan
fahami betul-betul sebelum memilih jawapan.

Apakah tujuan utama program lawatan diadakan? (soalan)

bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek... (pembayang


jawapan)

1.2.4 Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang yang digaris, pilihlah
jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih pilihan jawapan yang
tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Berdasarkan catatan di atas, apakah tujuan utama program lawatan diadakan?

A Menyedarkan murid-murid betapa susahnya mencari rezeki.


B Meraikan sambutan dan hari terbuka yang diadakan oleh pihak kilang.
C Menggalakkan murid-murid agar menyertai industri membuat kerepek.
D Menambahkan pengetahuan murid berkenaan proses membuat kerepek.

Langkah-langkah diatas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu, beberapa
kelemahan perlulah diatasi agar calon-calon tidak melakukan kesilapan. Antara kelemahan-
kelemahan tersebut ialah:

* Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.


* Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
* Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
* Membuang masa dengan soalan yang susah.
* Keliru dengan pengganggu yang hampir sama ejaannya atau maknanya.
* Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
* Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
* Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.

Ingat!

Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 40. Jika kurang, ini bermakna ada soalan yang belum
berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dengan dua jawapan. Selamat
menghadapi UPSR 2010. Semoga berjaya

Panduan Menjawab Soalan Pemahaman


Petikan Khususnya Kepada Calon-Calon
UPSR
Baca dengan teliti petikan terlebih dahulu sebanyak dua kali.
Pembacaan kali pertama adalah untuk memahami persoalan utamanya.
Pembacaan kali kedua adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.Pada
pembacaan kali kedua, gariskan isi-isi utama untuk memudahkan aktiviti menjawab soalan.
Calon hendaklah membaca seluruh petikan. Jangan pilih perenggan tertentu sahaja
untuk dibaca.
Selepas itu, bacalah soalan-soalan yang berikutnya. Calon hendaklah merujuk
petikan ketika menjawab.
Panjang petikan biasanya antara empat hingga enam perenggan. Jawapan bagi
soalan-soalan pemahaman mungkin tidak mengikut turutan petikan. Misalnya, jawapan bagi
soalan kedua mungkin terdapat dalam perenggan ketiga manakala jawapan bagi soalan
ketiga pula terdapat dalam perenggan pertama. Kadang kala jawapan memerlukan calon
merumuskan fakta-fakta dalam petikan.
Bagi soalan mencari makna perkataan, rangkai kata atau tajuk, jawapannya terikat
kepada konteks keseluruhan ayat atau petikan, bukannya pandangan calon sendiri.
Selepas menjawab semua soalan, calon hendaklah menyemak jawapan yang ditanda
untuk mengelakkan kesilapan.

INGAT !

PILIH JAWAPAN TERBAIK DALAM SETIAP SOALAN YANG DIKEMUKAKAN

You might also like