You are on page 1of 6

Magnet atau juga lebih dikenali sebagai 'Besi Berani' sebenarnya merupakan satu bahan yang diperbuat daripada

besi atau keluli atau kobalt. Ianya berkebolehan untuk menarik objek besi atau keluli. Magnet mempunyai 2
kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Medan Magnet
Medan magnet ialah suatu kawasan sekitar magnet yang berada di bawah pengaruh daya magnet tersebut.

Garis medan magnet TIDAK bersilang antara satu sama lain. Garis ini bermula daripada kutub Utara dan
berakhir di kutub Selatan. Ada 2 kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan corak dan arah medan magnet.
Tonton video di bawah untuk memahami kaedah yang boleh digunakan.

Corak Medan Magnet


1. Boleh ditentukan dengan menggunakan SERBUK BESI

Arah Medan Magnet


1. Boleh ditentukan dengan menggunakan KOMPAS
2. Medan magnet bergerak dari UTARA ke SELATAN
Tahu bagaimana sesuatu magnet itu dihasilkan? Teruskan bacaan anda pada entri yang seterusnya,
iaitu Bagaimana Magnet Dihasilkan?. Moga mendapat ilmu bermanfaat!

1. emagnetan ialah fenomena yang berkaitan dengan magnet dan kesan magnet.
2. Magnet mempunyai dua kutub, iaitu kutub utara dan kutub selatan.
3. Kutub yang sama saling menolak, manakala kutub yang berlainan saling menarik.
4. Bahan magnet ialah bahan yang dapat ditarik oleh magnet dan dapat digunakan untuk
membuat magnet, seperti besi, keluli, kobalt dan nikel.
5. Bahan bukan magnet ialah bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet dan tidak boleh
digunakan untuk membuat magnet, seperti kayu, kaca dan plastik.
6. Medan magnet ialah ruang di sekeliling magnet yang dipengaruhi daya magnet itu.
7. Medan magnet terdiri daripada garis atau urat daya.

Jenis-jenis magnet
magnet bar

Magnet silinder

Magnet ladam kuda


Magnet gelang

Magnet berbentuk U

Kutub Magnet
1.Hujung sesuatu magnet disebut kutub
2.Setiap magnet ada 2 kutub.Satu hujung ialah kutub utara dan hujung yang lain ialah kutub selatan.
3.Gambar dibawah menunjukkan kutub-kutub bagi magnet bar.

S = Kutub Selatan
N = Kutub Utara
Bagaimana ianya berfungsi?
Magnet menghasilkan daya yang tidak dapat di lihat oleh mata tetapi dapat di kesan melalui kaedah
menggunakan serbuk besi yang di tabur di atas sebiji magnet seperti di bawah :
Magnet boleh menarik atau menolak
1. Magnet dapat menarik atau menolak antara satu sama lain.
2. Apabila kutub magnet yang berbeza di dekatkan,magnet akan saling menarik antara satu sama lain.
3. Apabila kutub magnet yang sama di dekatkan,magnet akan saling menolak antara satu sama lain

You might also like