You are on page 1of 2

A.

 Bentuk-Bentuk Magnet
1. Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali sebagai nama
besi berani.
2. Terdapat pelbagai bentuk magnet, iaitu:
1. Magnet U
2. Magnet ladam
3. Magnet bar
4. Magnet cincin
5. Magnet butang
6. Magnet silinder
 
B. Tindakan Magnet
1. Objek yang dapat ditarik oleh magnet dinamakan bahan magnet.
2. Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet dinamakan bahan
bukan magnet.
3. Bahan magnet diperbuat daripada besi.
 
C. Kekuatan Magnet
1. Daya magnet adalah lebih kuat di bahagian kutubnya.
2. Kekuatan magnet tidak bergantung pada bentuk dan saiz
magnet.
3. Semakin banyak bahan magnet yang dapat ditarik, semakin kuat
magnet tersebut.
4. Magnet boleh hilang daya magnetnya jika ia terjatuh, diketuk
dengan kuat atau dipanaskan. 

D. Tarikan dan Tolakan

1. Setiap magnet mempunyai dua kutub, iaitu Kutub Utara (U) dan
Kutub Selatan (S).
2. Apabila dua magnet kutub yang sama didekatkan, magnet
tersebut akan menolak antara satu sama lain.
3. Apabila dua kutub magnet yang berlainan didekatkan, magnet
tersebut akan menarik antara satu sama lain.
 
E. Kegunaan Magnet

1. Magnet digunakan untuk memudahkan pemakai melekatkan


tanda nama pada baju.
2. Magnet bertindak sebagai pelekat penutup beg tangan.
3. Jarum bermagnet dalam kompas membantu kita menunjukkan
arah.
4. Magnet mengelakkan buah catur terjatuh daripada papan catur.
5. Magnet digunakan sebagai pelekat nota atau memo.
6. Magnet membolehkan pintu peti sejuk tertutup rapat.
7. Magnet digunakan di dapur untuk menggantung pisau dan alat
yang diperbuat daripada keluli atau besi.
8. Magnet digunakan untuk membuat magnet yang lain.
9. Magnet digunakan untuk mengasingkan bahan magnet daripada
bahan bukan magnet.
10. Elektromagnet digunakan untuk mengangkat besi dan
keluli dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
11. Kereta api Maglev menggunakan daya magnet bergerak
dengan lancar di atas landasan.
12. Daya magnet digunakan dalam mesin MRI untuk
mendapatkan imej strukur dalam badan secara terperinci.

Senarai Rujukan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohamad Roslan Ghazali, Enchum Ibrahim, Idrus Hassann &Wan Mahiswandi Wan Ismail. 2013.
Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like