You are on page 1of 2

Teks Dialog 1

Adam merupakan ahli kelab majalah sekolah , dia telah ditugaskan untuk menemu
bual seorang atlet sukan sekolah iaitu Hawa. Hawa telah berjaya menjadi
olahragawati sekolah pada tahun ini.

Berikut merupakan temu bual mereka :

Adam : Selamat pagi.

Hawa : Selamat pagi.

Adam : Tahniah kerana telah berjaya menjadi olahragawati sekolah pada tahun
ini. Apakah perasaan kamu apabila dinobatkan sebagai olahragawati?

Hawa : Terima kasih. Saya berasa sangat gembira. Saya juga berterima kasih
kepada rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan.

Adam : Bagaimanakah cara mereka memberi sokongan?

Hawa : Mereka banyak memberi kata –kata motivasi kepada saya untuk berjaya.

Adam : Siapakah yang banyak mendorong awak menceburi bidang sukan?


Adakah keluarga atau rakan – rakan ?

Hawa : Sebenarnya keluarga yang banyak mendorong saya berjaya dalam bidang
sukan. Mereka percaya saya boleh membahagikan masa antara sukan dan
pelajaran.

Adam : Oh begitu. Berapakah jumlah mata pelajaran yang awak berjaya


mendapat gred cemerlang pada peperiksaan awal tahun lalu ?

Hawa : saya bersyukur kerana saya berjaya memperoleh lima gred cemerlang.

Adam : Pada pendapat awak, manakah yang lebih penting? Sukan atau
pelajaran ?

Hawa : Pada pendapat saya, kedua – dua bidang ini sangat penting kepada pelajar.
Mengapakah awak bertanya begitu ?
Adam : Pada pendapat saya amat sukar untuk berjaya dalam kedua – dua
bidang. Sebab itulah saya bertanya. Bilakah awak selalu berlatih
bersukan ?

Hawa : Saya selalu berlatih bersukan pada waktu petang. Pada hujung minggu pula,
saya akan berlatih pada waktu pagi bersama rakan – rakan.

Adam : Sekali lagi saya mengucapkan syabas dengan kejayaan awak. Semoga
awak dapat menjadi murid contoh di sekolah kita. Terima kasih kerana
sudi untuk ditemu bual.

Hawa : Sama – sama.

You might also like