You are on page 1of 1

Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi
cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar
dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set
prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya
sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat
untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan
negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

You might also like