You are on page 1of 41

Topik Psikologi

Pembelajaran
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pengertian pembelajaran;
2. Menghuraikan konsep dan jenis pembelajaran;
3. Menerangkan ciri-ciri dan proses pembelajaran;
4. Menghuraikan prinsip pembelajaran; dan
5. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

PENGENALAN
Psikologi pendidikan adalah ilmu yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi
boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah (Borich & Tombari, 1997). Proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam seting pendidikan adalah fokus utama
kajian ahli psikologi pendidikan. Mereka memerhati, mengkaji dan membina
teori tentang bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan. Sebagai seorang guru, anda perlu mengetahui tentang proses
pengajaran dan pembelajaran kerana anda akan berhadapan dengan para pelajar
setiap hari dan mesti berusaha untuk memindahkan fakta atau maklumat kepada
minda pelajar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 111

5.1 PEMBELAJARAN
Sebagai guru, anda perlu mengetahui proses pembelajaran dan boleh
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran
berlaku apabila ada perubahan tingkah laku di mana seseorang yang telah
mengalami proses pembelajaran akan menunjukkan tingkah laku yang berlainan
daripada sebelumnya, seperti daripada tidak boleh membaca kepada boleh
membaca. Masalah yang dihadapi oleh guru pada hari ini ialah bagaimana
hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan
kemahiran yang berguna apabila mereka dewasa kelak (Slavin, 1997).

5.1.1 Definisi Pembelajaran


Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang
disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; dan Rocklin, 1987).
Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian)
bukanlah pembelajaran.

Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga


kriteria yang penting, iaitu:

(a) Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku;

(b) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran; dan

(c) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau


latihan.

Pendapat Stalling selari dengan pendapat Woolfolk (1998) yang mengatakan:

learning occurs when experience causes a relatively permanent


change in an individuals knowledge or behavior. The change may be
deliberate or unintentional, for better or for worse.

Menurut Crow & Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,


pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu
kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau
untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan


kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek (Rahil M.
et al., 2000). Ilmu bukanlah serupa dengan maklumat tetapi ilmu dibina daripada
maklumat melalui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar dalam kehidupan
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
112 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

hariannya serta pembacaan dan pendengarannya menjadi sebahagian daripada


ilmunya. Ini akan hanya berlaku apabila individu berjaya mengintegrasikan
pengalaman itu kepada struktur ilmunya supaya ada makna, boleh diingat dan
boleh digunakan apabila perlu. Oleh itu, ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri
semasa mencari pemahaman tentang maklumat yang diterima.

5.1.2 Ciri-ciri dan Proses Pembelajaran


Pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada
persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang diterima melalui
pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan
dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula
dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku
(pembelajaran) (Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Proses pembelajaran

Secara ringkasnya, pembelajaran mempunyai ciri berikut:

(a) Pembelajaran berlaku apabila ada perubahan tingkah laku yang kekal;

(b) Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkah laku adalah akibat


mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik
akal atau cuba jaya;

(c) Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari;

(d) Pembelajaran adalah proses berterusan yang berlaku sepanjang hayat; dan

(e) Pembelajaran adalah satu proses yang berlaku selari dengan


perkembangan kognitif seperti yang diutarakan oleh Teori Perkembangan
Kognitif Piaget (Topik 2).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 113

Seterusnya, secara ringkas, pembelajaran melalui proses berikut:

(a) Rangsangan daripada persekitaran;

(b) Rangsangan yang sesuai dipilih oleh organ deria;

(c) Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima (pemikiran
dan penerimaan);

(d) Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan;

(e) Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan dalam satu situasi yang


sesuai dan sepadan; dan

(f) Perubahan tingkah laku (pembelajaran).

AKTIVITI 5.1
Pada pendapat anda, rangsangan apakah yang dapat menarik
perhatian pelajar? Jelaskan jawapan anda dengan memberi
contoh-contoh.

5.1.3 Jenis Pembelajaran


Terdapat tiga jenis pembelajaran seperti berikut:

(a) Pembelajaran Formal


Pembelajaran formal adalah pendidikan yang diterima secara langsung
daripada institusi tertentu seperti sekolah, maktab atau universiti (Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Pembelajaran formal di peringkat universiti


Sumber: www.jupem.gov.my/

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


114 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pembelajaran formal adalah seperti berikut:

(i) Pembelajaran diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu


institusi bertauliah dan dilembagakan;

(ii) Pembelajaran adalah berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum


yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan dan dilembagakan;

(iii) Pembelajaran formal diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa di


negara ini daripada umur tujuh tahun hingga 13 tahun;

(iv) Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang


siap prasarananya seperti bilik darjah, kerusi, meja dan lain-lain;

(v) Pembelajaran formal dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan


bertauliah;

(vi) Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada setiap tahap yang


dilalui dalam bentuk formatif, sumatif dan peperiksaan awam; dan

(vii) Pembelajaran formal menekankan pendidikan bidang kognitif


(intelek), emosi (afektif), rohani dan jasmani (psikomotor).

(b) Pembelajaran Informal


Pembelajaran informal (tidak formal) merupakan perlakuan belajar yang
terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar (Rajah 5.3). Para
pelajar mendapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibu bapa di
rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton
televisyen, mendengar radio dan lain-lain.

Rajah 5.3: Pembelajaran informal melalui tontonan televisyen


Sumber: http://news.bbc.co.uk

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 115

Ciri-ciri pembelajaran informal adalah seperti berikut:

(i) Pembelajaran informal diterima secara tidak langsung tanpa


berasaskan sebarang sukatan pelajaran;

(ii) Pembelajaran informal diserap secara tidak sedar daripada


persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman;

(iii) Pembelajaran informal merupakan proses pembelajaran yang


berterusan dan berlaku sepanjang hayat;

(iv) Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan tempat


tertentu;

(v) Semua pengetahuan dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui


pengalaman yang diperoleh secara tidak langsung;

(vi) Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan


pelajaran yang perlu dikuasai;

(vii) Pembelajaran tidak memerlukan guru terlatih atau pakar. Mereka


yang berada di persekitaran adalah guru yang utama; dan

(viii) Pembelajaran informal tidak melibatkan sebarang penilaian dan


pelajar tidak diberikan sijil yang diiktiraf.

(c) Pembelajaran Non-formal


Pembelajaran non-formal adalah bentuk pembelajaran yang berlaku secara
sampingan dan bertujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran
formal (Rajah 5.4). Biasanya pembelajaran seperti ini juga memerlukan
perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik
dan pakar-pakar tertentu.

Rajah 5.4: Pembelajaran non-formal melalui ceramah atau bengkel


Sumber: www.ysnet.org.my/

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


116 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pembelajaran non-formal adalah seperti berikut:

(i) Pembelajaran non-formal diadakan apabila wujud keperluan untuk


mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu;

(ii) Sesebuah institusi mengadakan kursus pendek, ceramah, forum,


bengkel dan sebagainya untuk tujuan tertentu;

(iii) Kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam di dalam sehari atau
beberapa hari;

(iv) Biasanya bayaran minimum dikenakan kepada pelajar untuk bayaran


honorarium kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan
minum;

(v) Kursus biasanya diadakan di beberapa tempat formal seperti di


dewan sekolah, bilik darjah, pusat latihan dan lain-lain; dan

(vi) Kandungan kursus untuk pembelajaran non-formal biasanya lebih


mendalam dan berkaitan dengan kandungan pembelajaran formal.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 117

SEMAK KENDIRI 5.1

Sediakan maklumat berikut untuk setiap jenis pembelajaran.

Formal Informal Nonformal


Contoh
maklumat yang
diperoleh
Tempat atau
lokasi
pembelajaran
Asas konsep
pembelajaran
Peringkat umur
pelajar
Cara penilaian
Kandungan
pembelajaran
Tempoh
pembelajaran

AKTIVITI 5.2
Salah satu ciri pembelajaran ialah proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat. Huraikan maksud pembelajaran sepanjang hayat
dengan memberikan tiga contoh.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


118 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

5.1.4 Prinsip Pembelajaran


Prinsip-prinsip pembelajaran merujuk kepada dasar yang menerangkan
bagaimana cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan.

Antara prinsip pembelajaran tersebut ialah:

(a) Kesediaan Pembelajaran


Pelajar harus mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum
mereka belajar sesuatu pelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman sedia
ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan
memberi perhatian kepadanya sebelum dia memulakan pengajaran.

(b) Pengalaman
Sejajar dengan konsep konstruktivisme yang menggalakkan belajar
melalui membuat,, murid-murid hendaklah digalakkan menggunakan
seberapa banyak organ derianya seperti mata, telinga, hidung atau jari.
Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama.

(c) Unsur Jenaka


Ramai pelajar menyukai guru yang boleh berjenaka. Mereka akan
menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian kepadanya.
Sekiranya anda tidak boleh berjenaka, anda boleh menjadikan
pembelajaran lebih seronok dengan bercerita dan mengadakan aktiviti-
aktiviti yang boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

(d) Motivasi
Untuk menjayakan proses pembelajaran, terlebih dahulu guru perlu
menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka di sepanjang
pengajaran. Hal ini boleh terhasil bila guru menggunakan peneguhan
positif dan negatif di dalam pengajarannya.

(e) Objektif Pembelajaran


Pelajar-pelajar hendaklah sedar atau diberitahu tentang objektif
pembelajaran pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat
bekerjasama mencapai objektif tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 119

(f) Menyusun Pengajaran


Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya mengenai sesuatu
tajuk pengajaran dengan cara:
(i) Daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui;
(ii) Daripada senang kepada susah;
(iii) Daripada dekat kepada jauh; atau
(iv) Daripada konkrit kepada abstrak.

Kesemua prinsip pembelajaran ini ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Prinsip pembelajaran

AKTIVITI 5.3

Salah satu daripada prinsip pembelajaran ialah menyusun atau


memeringkatkan isi kandungan pelajaran supaya mudah diterima oleh
pelajar. Terangkan tiga cara bagaimana isi pelajaran boleh disusun
dengan memberikan contohnya sekali.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


120 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

5.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PEMBELAJARAN
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembelajaran. Faktor-
faktor tersebut dinyatakan dalam Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

Kesemua faktor ini akan dibincangkan dalam subtopik-subtopik yang berikutnya.

5.2.1 Persepsi dan Penanggapan


Persepsi dan penanggapan adalah proses penting di dalam pembelajaran.
Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna
kepada rangsangan yang diterima oleh derianya (Slavin, 1997). Seterusnya
apabila maklumat tersebut dirasakan penting, individu akan membentuk konsep
daripadanya. Proses pembentukan konsep ini dikenali sebagai penanggapan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 121

Ahli psikologi gestalt menumpukan kajian mereka kepada persepsi dan


penanggapan. Mereka berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi
sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi
keseluruhan (whole units rather than pieces of sensation, that the whole of a
sensation is more than its parts).

Ahli-ahli psikologi gestalt juga telah mengemukakan prinsip pengamatan atau


dikenali sebagai Hukum Pragnanz. Terdapat enam prinsip persepsi yang
dijelaskan seperti berikut:

(a) Prinsip Kedekatan


Rangsangan yang terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul
bersama dalam bidang pengamatan kita. Lihat Rajah 5.7. Apakah yang
anda nampak? Mungkin ada yang nampak tiga batang tiang atau enam
garisan.

Rajah 5.7: Prinsip kedekatan

(b) Prinsip Bentuk dan Latar


Bidang pengamatan individu terbahagi kepada dua komponen, iaitu
bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus
pemerhatian kita, yang lain akan menjadi latar. Lihat Rajah 5.8. Yang
manakah bentuk dan yang manakah latar? Apakah yang anda nampak?

Rajah 5.8: Prinsip bentuk dan latar

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


122 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(c) Prinsip Kesamaan


Pengamatan manusia cenderung untuk mengumpulkan rangsangan yang
sama dalam satu kumpulan. Contohnya, dalam berpakaian, individu suka
memakai baju atas dan bawah yang sama atau hampir sama warna. Anita
misalnya, memakai baju kurung biru, kainnya juga warna biru dan
tudungnya warna biru muda atau warna yang sama dengan warna corak
bajunya.

(d) Prinsip Simetri


Di dalam pengamatan, kita lebih mudah mengingati bentuk yang simetri
(sama ukuran) daripada bentuk yang tidak simetri. Sila lihat Rajah 5.9 (a)
dan (b).

Rajah 5.9: Prinsip simetri

(e) Prinsip Lengkapan


Individu cenderung dalam melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap
dalam pengamatan mereka. Dalam Rajah 5.10, apakah yang anda nampak?
Mungkin anda menjawab (a) adalah empat segi dan (b) adalah tiga segi.
Benarkah jawapan anda tersebut? Cuba perhatikan rajah tersebut sekali
lagi.

Rajah 5.10: Prinsip lengkapan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 123

(f) Prinsip Terangkum


Menurut prinsip ini, individu cenderung melihat bentuk yang lebih besar
walaupun ada bentuk kecil di dalamnya. Misalnya, dalam Rajah 5.11, kita
nampak kapal, ikan dan jala. Tetapi apabila ditanya, apakah yang anda
nampak? Jawapan kita ialah nelayan. Objek-objek yang kita nampak dalam
gambar tersebut akan kita rangkumkan untuk membuat persepsi dan
penanggapan.

Rajah 5.11: Prinsip terangkum

Selepas persepsi, pelajar akan membuat penanggapan. Penanggapan ialah proses


membentuk konsep. Bruner mengatakan bahawa untuk membentuk konsep
yang baik, pelajar perlu tahu ciri-ciri konsep. Dalam hal membentuk konsep,
Bruner telah mengemukakan tiga jenis konsep iaitu konjuntif, disjunktif dan
hubungan.

Konjuntif adalah konsep yang dihadkan kepada dua atau beberapa sifat (atribut)
yang tergabung. Misalnya dalam buku tebal, ciri-ciri tebal telah digabungkan
dengan buku tersebut. Disjunktif ialah konsep yang mempunyai dua atribut tadi
dan diberi satu lagi atribut seperti mahal. Ini bermakna buku tebal dan mahal
akan menjadi satu lagi konsep lain. Konsep gabungan ialah ciri-ciri konsep
yang mempunyai hubungan. Contohnya, hari hujan digabungkan dengan sejuk
untuk menjadi konsep hari hujan dan sejuk. Pembentukan konsep terjadi dengan
cara menentukan ciri-ciri yang tergolong dalam sesuatu kategori.

Daripada segi pengajaran dan pembelajaran, model pembentukan konsep ini


melibatkan tiga tujuan. Pertama ialah untuk mengajar pelajar-pelajar memahami
dan mengenali semua objek dalam persekitaran dan seterusnya membentuk
konsep. Keduanya, pelajar dapat membentuk konsep atau membuat kategori
dengan lebih berkesan. Ketiganya, pelajar dapat membentuk konsep-konsep
khusus.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


124 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Faktor-faktor yang mempengaruhi penanggapan ialah seperti berikut:

(a) Pengalaman
Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Katakanlah
Rama yang merupakan penuntut kolej suka membantu bapanya, seorang
doktor, untuk merawat pesakit. Pengalaman Rama akan membantunya
membentuk konsep tentang simptom sesuatu penyakit. Contohnya, simptom
demam denggi ialah seseorang akan demam panas, suhu badannya tinggi,
pening kepala, lemah seluruh sendi anggota dan demam yang berpanjangan.

(b) Imaginasi
Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan
sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapan matanya. Daya
imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang memahami konsep
yang abstrak.

(c) Kecerdasan
Kecerdasan merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk mengubah
(shaping) persekitarannya supaya memenuhi keperluannya (Piaget, 1950).
Ini sudah pasti melibatkan pemikiran peringkat tinggi seperti menganalisis,
mensintesis pengalaman lama dengan baru, membuat penilaian dan
sebagainya. Kebolehan peringkat tinggi akan membantu seseorang
membentuk konsep dengan tepat dan cepat.

(d) Penguasaan Bahasa


Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan
ayat. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang baik akan dapat
menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat.

(e) Contoh
Untuk membolehkan pembentukan konsep yang baik, pelajar perlu
mengetahui segala ciri-ciri konsep. Pembentukan konsep ini diperolehi
daripada contoh-contoh yang banyak. Contohnya, benda hidup beranak
pinak untuk membiak tetapi ada juga benda hidup yang bertelur untuk
membiak. Jadi, sekiranya sedikit sahaja contoh-contoh diberikan, mungkin
pelajar akan membentuk konsep yang salah tentang benda-benda hidup.

(Kamarudin, 1993)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 125

SEMAK KENDIRI 5.2

Huraikan tiga daripada prinsip yang berkaitan dengan persepsi.

AKTIVITI 5.4

Anda perlu mengajar seorang kanak-kanak (anak, anak saudara


atau pelajar) mengenai sistem cakerawala. Dengan berpandukan
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep, bagaimanakah
anda akan mengajar kanak-kanak ini?

5.2.2 Ingatan dan Lupaan


Faktor kedua yang mempengaruhi pembelajaran ialah seperti berikut:

(a) Ingatan
Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan di dalam ingatan
jangka panjang. Maklumat ini boleh kita keluarkan semula apabila
dikehendaki. Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah
pengkodan (encoding), penyimpanan (storage) dan pengeluaran (retrieval)
(Melton, 1963, dalam Roediger III, hlm 262).

Pengkodan merujuk kepada proses mendapatkan maklumat. Penyimpanan


merujuk kepada proses menyimpan maklumat di mana perubahan berlaku
pada sistem saraf yang membolehkan terbentuknya memory trace.
Pengeluaran merujuk kepada proses mengeluar dan mengguna maklumat
daripada simpanan.

(b) Lupaan
Lupaan bermaksud kegagalan individu untuk mengingat sesuatu fakta
yang pernah diketahuinya sebelum itu. Kegagalan ini mungkin disebabkan
maklumat di dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum sempat
diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang, atau kegagalan
untuk mengingat (recall) maklumat itu daripada ingatan jangka panjang
(Slavin, 1997).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


126 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lupaan iaitu:

(a) Keusangan
Lupaan kerana maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa.

(b) Gangguan
Lupaan kerana cubaan untuk mengingat semula (recall) dihalang oleh
maklumat lain di dalam memori (Postman & Underwood, 1973).

(c) Tekanan
Lupaan kerana seseorang itu sengaja menekan memori yang menyakitkan
daripada muncul ke paras kesedaran. Misalnya, Rohana selalu mengelak
bila mengingat kekasih lamanya, kerana dia cuba melupakan peristiwa
pahit yang berkaitan dengannya.

(d) Kebimbangan
Lupaan kerana kebimbangan yang tinggi. Contohnya, kebimbangan yang
tinggi semasa menghadapi temuduga boleh menyebabkan lupaan.

(e) Minat
Lupaan kerana perkara yang cuba diingat, kurang diminati. Pelajar
biasanya dapat mengingat fakta dalam jangka masa yang lama bagi subjek
yang mereka minati.

(f) Perubahan Alam Sekitar


Lupaan kerana perubahan alam sekitar. Contohnya, perubahan nama jalan
akan menyulitkan seseorang mengingat sesuatu peristiwa berkaitan
dengan jalan tersebut.

(g) Masa yang Tidak Mencukupi


Lupaan kerana masa tidak cukup untuk menyimpan maklumat.
Contohnya, pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat
ulang kaji akan lupa banyak fakta semasa peperiksaan.

(h) Maklumat yang Tidak Lengkap


Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan maklumat itu mudah terlupa.
Semasa pengajaran, guru perlu memberikan banyak contoh supaya
maklumat yang diterima pelajar adalah lengkap dan dapat disimpan dalam
memori untuk masa yang lebih lama.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 127

Kesemua faktor ini ditunjukkan dalam Rajah 5.12.

Rajah 5.12: Faktor yang menyebabkan lupaan

Berikut dijelaskan beberapa cara bagaimana guru dapat meningkatkan ingatan


pelajar semasa pengajaran:

(a) Bahan pembelajaran bermakna dan berkaitan dengan kehidupan pelajar.


Contohnya, jika pelajar tinggal di kawasan bijih timah, guru boleh memberi
tajuk karangan berkaitan cara melombong bijih timah.

(b) Memeringkatkan isi pembelajaran. Misalnya, daripada senang kepada


susah, daripada maujud kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh atau
daripada kecil kepada besar.

(c) Menggunakan mnemonik dan ayat. Contohnya, untuk meningkat jenis


memori episodik, semantik dan prosedural, kita boleh menggunakan
mnemonik berikut:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


128 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Contoh lain, untuk mengingat nama warna pelangi:

Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu; kita boleh gunakan ayat
berikut:

Mat Jenin Keluar Hutan Bawa Ibu Unta"

(d) Menggunakan pelbagai alat bantu mengajar supaya pelajar dapat


maklumat dengan tepat menggunakan benda sebenar, gambar, carta,
rakaman kaset atau video serta bahan yang lain-lain. Ini dapat membantu
pelajar membentuk konsep yang jelas dan membantunya menyimpan dan
mengingat konsep ini lebih lama.

(e) Membimbing pelajar memupuk cara belajar yang betul seperti membuat
rumusan, melukis peta minda atau rajah pengurusan grafik.

(f) Membuat latih tubi atau hafalan untuk formula, sifir dan fakta penting.
Pembelajaran perlu disusuli dengan latihan yang banyak.

(g) Menyusun topik yang hendak disampaikan supaya berkaitan. Contohnya,


selepas mengajar topik berkenaan dengan bentuk muka bumi dan iklim,
faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman pertanian bolehlah dibincangkan.

(h) Melakukan atau mempraktis sesuatu yang dipelajari akan meningkatkan


ingatan (Cohen, 1989). Contohnya, murid belajar teori Pythagoras dan
mempraktikkannya untuk menyelesaikan masalah.

(i) Pengumpulan (pengeratan) ialah membahagikan maklumat kepada


beberapa set. Contohnya, mengingat barang keperluan dapur dengan
mengumpulkannya dalam kumpulan hasil tenusu, sayur-sayuran, minuman,
tepung dan lain-lain.

(Ramlah & Mahani, 2002)

SEMAK KENDIRI 5.3

Huraikan tiga sebab mengapa kita lupa.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 129

AKTIVITI 5.5

Sila rujuk laman web berikut:

www.mindtools.com/memory.html

Nilaikan teknik mana yang sesuai untuk anda dan dalam situasi yang
bagaimana. Mengapa? Bincang dan bandingkan dengan rakan di kelas
anda.

5.2.3 Kesediaan Pembelajaran


Kesediaan pembelajaran sangat penting untuk memastikan kanak-kanak
memperoleh faedah daripada apa yang dipelajari. Kesediaan pembelajaran
menurut Piaget ialah the level of mental development necessary to benefit from
experiences. Ini bermakna setiap kanak-kanak tidak akan dapat memahami
sesuatu konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap yang berkenaan.
Selain daripada kesediaan mental, kanak-kanak juga perlu mempunyai
kesediaan fizikal (psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya
menerima pembelajaran atau menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Piaget telah mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh


dijadikan panduan dalam merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Beliau
membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat
(Jadual 5.1):

Jadual 5.1: Tahap Perkembangan Kognitif

Peringkat Umur
Peringkat deria motor 02 tahun
Peringkat praoperasi 27 tahun
Peringkat operasi konkrit 711 tahun
Peringkat operasi formal 12 tahun ke atas

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


130 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Kita akan membincangkan setiap peringkat ini dengan lebih lanjut lagi.

(a) Peringkat Deria Motor


Pada peringkat ini (daripada lahir hingga dua tahun), bayi mengkordinasi
maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema
tingkah laku yang membolehkan mereka bertindak dan mengetahui
persekitarannya (Jadual 5.2). Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada
objek-objek di sekitarnya, seperti memegang, memicit, menendang,
menumbuk, memasukkannya ke dalam mulut dan sebagainya semasa dia
meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitif.

Jadual 5.2: Kebolehan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Deria Motor

Fizikal Kognitif
Daripada aksi refleks kepada aktiviti Mula menggunakan imitasi, memori
bermatlamat. dan pemikiran.
Perkembangan fungsi otak hasil Konsep pengekalan objek Menyedari
sambungan neuron Disebabkan objek wujud walaupun tidak boleh
interaksi sosial bayi dengan dilihat atau didengar.
pengasuhnya (senyuman dan Mediasi Menggunakan simbol atau
cooing). bahasa untuk objek, orang dan
Empat bulan Mencapai objek. peristiwa.
Enam bulan Duduk sendirian. Dua tahun Boleh terlibat dalam
Lapan bulan Berdiri dengan permainan bayangan (pretend play).
bantuan. Contohnya, menggunakan kasut
sebagai telefon.
Gigi tumbuh.
Peringkat permulaan pemikiran
12 bulan Berjalan. simbolik.
Berlari.

Kebolehan lain yang diperolehi oleh kanak-kanak pada peringkat


deria motor ialah membuat imitasi (imitation) dan memahami konsep
pengekalan objek (object permanence).

(i) Imitasi
Menurut Piaget, kanak-kanak 18 hingga 24 bulan boleh melakukan
imitasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya, menekan
butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik
mainan, mengangkat gagang telefon bila ia berdering.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 131

(ii) Pengekalan Objek


Menurut Piaget, kanak-kanak 8 hingga 12 bulan menyedari bahawa
objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh
semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu
akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah yang berumur
sembilan bulan melihat ibunya hilang daripada pandangannya
dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan
pulang semula.

(b) Peringkat Praoperasi


Pada peringkat dua hingga tujuh tahun, berlaku perkembangan drastik
dalam penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk
menggambarkan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-
kanak dalam kehidupan mereka. Simbol bermaksud perkataan yang boleh
menggantikan perkataan atau frasa lain. Contohnya, perkataan kucing
boleh digantikan dengan frasa haiwan empat kaki atau mamalia
domestik. DeLoache (1987) menamakan simbol sebagai representational
insight. Piaget membahagikan peringkat ini kepada dua bahagian iaitu
peringkat pemikiran prakonsep (preconcept) dan peringkat pemikiran
intuitif (intuitive).

(i) Peringkat pemikiran prakonsep (dua hingga empat tahun) bermula


dengan kebolehan fungsi simbolik iaitu satu perkataan untuk satu
objek atau orang. Kanak-kanak yang berumur dua hingga tiga tahun
boleh menceritakan pengalaman mereka iaitu membina semula
peristiwa yang telah berlalu dan boleh membandingkan dua
peristiwa tersebut. Mereka boleh bercerita menggunakan perkataan
dan ayat-ayat.

Satu lagi kebolehan yang menonjol pada peringkat ini ialah


permainan bayangan apabila kanak-kanak semakin berkembang
pesat. Dalam permainan ini, kanak-kanak beraksi menjadi ibu, ayah,
doktor atau hero kegemaran. Selain itu, kanak-kanak juga bersifat
egosentrik yang bermaksud mereka melihat dunia hanya dari
perspektif dirinya dan gagal melihat dunia daripada perspektif orang
lain.

(ii) Peringkat pemikiran intuitif (empat hingga tujuh tahun) adalah


sambungan kepada pemikiran prakonsep. Pada peringkat intuitif,
pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri
utama yang nampak nyata (salient perceptual feature) iaitu bukan
daripada proses pemikiran logik atau rasional.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


132 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(c) Peringkat Operasi Konkrit


Menurut Piaget, pada peringkat 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak
mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan
mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan
orang yang pernah mereka lihat (Jadual 5.3). Operasi kognitif adalah
aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai
dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau
keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai
oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan,
terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta
berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Jadual 5.3: Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Operasi Konkrit

Fizikal Kognitif
Kemahiran 3 M (membaca, menulis, Memperoleh konsep pengekalan
dan mengira). kuantiti, berat, pepejal, isipadu.
Psikomotor halus lebih baik. Pelbagai strategi menyelesai masalah
Psikomotor kasar lebih cekap. konkrit.
Akil baligh untuk kanak-kanak Menerima pandangan orang lain
perempuan dan lelaki tidak egosentrik.
perkembangan bentuk badan. Memahami perkaitan logik kuantitatif.
Faham proses kebalikan dan operasi
siri.
Tumpuan perhatian lebih lama.
Berfikiran objektif dan memahami
klasifikasi.

Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep


kebalikan, pengekalan isipadu, pencampahan, perkaitan logik kuantitatif
dan klasifikasi.

(i) Proses Kebalikan


Kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek.
Sebagai contoh, sekiranya sebuah pinggan pecah, kanak-kanak boleh
mengingat semula bentuk pinggan yang asal dalam imej mentalnya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 133

(ii) Pengekalan Isipadu


Kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah
walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan.

(iii) Percampahan
Kanak-kanak boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan
perkaitan antaranya secara serentak. Contohnya, kanak-kanak dapat
berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.

(iv) Hubungan Perkaitan Logik Kuantitatif


Kanak-kanak berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat
berbentuk kuantitatif. Contohnya guru memberi arahan, Berbaris
mengikut ketinggian, daripada tinggi ke rendah.

(v) Klasifikasi
Kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya,
kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut
bentuk dan warnanya.

(d) Peringkat Operasi Formal


Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak boleh melakukan proses
mental secara logik ke atas objek dan peristiwa yang konkrit (boleh dilihat).
Sebaliknya pada peringkat operasi formal (12 tahun ke atas), kanak-kanak
boleh melakukan proses mental ke atas idea, fakta atau andaian.

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini tidak lagi terikat kepada benda
yang konkrit dan boleh diperhatikan, malah mereka boleh memikirkan
tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik, walaupun asasnya
bukan realiti. Contohnya, perkara-perkara seperti perdagangan antara
negara atau turun naik harga saham. Ciri pemikiran penting bagi kanak-
kanak pada peringkat ini ialah mereka berkebolehan dalam penaakulan
deduktif hipotetikal dan berfikiran seperti saintis.

(i) Penaakulan Deduktif Hipotetikal


Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am
kepada yang khusus. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit
memerlukan pengalaman lepas atau fakta konkrit dalam penyelesaian
masalah. Sebaliknya, kanak-kanak pada peringkat operasi formal
berkebolehan membina hipotesis atau memikirkan alternatif baru
untuk menyelesaikan masalah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


134 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Piaget (1970) telah memberi tugasan kepada beberapa orang kanak-


kanak (operasi konkrit dan operasi formal). Tugasan tersebut ialah:

Andaikan kamu diberi sebiji lagi mata iaitu mata ketiga, dan kamu
boleh memilih tempat yang sesuai di badan kamu untuk meletakkan
mata itu. Cuba fikirkan di bahagian mana yang sesuai untuk
meletakkan mata tersebut. Kemudian kamu dikehendaki melukis di
mana kamu hendak letakkan mata itu dan nyatakan sebabnya.

Beliau mendapati bahawa semua kanak-kanak berumur sembilan


tahun meletakkan mata ketiga mereka di dahi antara dua mata
sebenar. Ini menunjukkan mereka mengaitkan mata ketiga dengan
pengalaman mereka dan kurang imaginatif. Sebaliknya, kanak-kanak
yang berumur 11 tahun telah mengemukakan pendapat yang lebih
imaginatif seperti meletakkan mata ketiga di tapak tangan supaya
boleh melihat kuih dalam balang atau tempat di belakang tiang (lihat
Rajah 5.13).

Di manakah akan anda letakkan mata ketiga? A ialah kanak-kanak berumur 9 tahun
yang tidak menunjukkan banyak kreativiti. Manakala, B dan C, yang berumur 11 tahun,
kreatif dalam meletakkan mata ketiga dan tidak lagi berpegang kepada konvensyen.

Rajah 5.13: Perbezaan kreativiti kanak-kanak berlainan umur


Sumber: Sigelman C. K. (1999). Life-span Human Development.

(ii) Berfikiran Seperti Saintis


Kanak-kanak pada peringkat operasi formal juga berfikiran induktif
iaitu berfikir daripada aspek khusus kepada generalisasi yang luas.
Pemikiran induktif ini sering dilakukan oleh saintis di mana mereka
membina hipotesis dan mengujinya secara sistematik melalui
eksperimen. Inhelder & Piaget (1958) telah menggunakan beberapa
tugasan dalam kajian mengenai pemikiran saintifik. Salah satu

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 135

daripadanya ialah masalah pendulum. Subjek kajian dibenarkan


menukar panjang tali dan berat besi pendulum untuk memastikan
apa yang menyebabkan pergerakan pendulum menjadi lambat atau
cepat.

Kanak-kanak berumur 9 atau 10 tahun tidak boleh menjalankan kajian


secara sistematik untuk membolehkan mereka mencapai keputusan
yang lengkap dan tepat. Bagaimanapun, masalah itu dapat dikaji
secara sistematik oleh kanak-kanak yang berumur 15 tahun. Cara
mereka menjalankan kajian yang sistematik menyebabkan mereka
dapat mencapai keputusan yang baik. Mereka membina beberapa
hipotesis yang menguji hanya satu faktor sahaja pada satu masa iaitu
panjang tali yang berbeza dengan berat pendulum yang sama. Mereka
membuat kesimpulan bahawa panjang tali akan mempengaruhi
pergerakan pendulum, sama ada cepat atau lambat.

SEMAK KENDIRI 5.4


Kesediaan mental sangat penting untuk pembelajaran terutama pada
peringkat operasi konkrit (711 tahun). Terang dan huraikan tiga
daripada ciri pemikiran kanak-kanak pada peringkat tersebut.

5.2.4 Pemindahan Pembelajaran


Pemindahan pembelajaran bermaksud pembelajaran yang terhasil daripada
sesuatu situasi yang dapat digunakan dalam situasi yang lain. Contohnya, Fatin
belajar cara memasak bubur nasi dan cara mensajikannya di sekolah semasa
mempelajari kemahiran hidup. Bila balik dari sekolah, Fatin mendapati bapanya
tidak sihat. Fatin pun memasak dan mensajikan bubur nasi di rumah seperti
mana yang dia pelajari di sekolah.

Pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara negatif atau positif. Pemindahan


pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat
membantu pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, Ali menggunakan
pengetahuannya mengira wang yang dipelajarinya di sekolah dalam mata
pelajaran Matematik untuk membeli-belah di pasaraya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


136 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Bagi pemindahan pembelajaran negatif, pembelajaran di dalam situasi A


mengganggu pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, Ali telah belajar kata
kerja lepas (past tense) iaitu perkataan walk ialah walked. Ali membuat
kesilapan apabila memberikan kata kerja lepas kepada perkataan catch sebagai
catched.

Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:

(a) Kefahaman
Pelajar hendaklah benar-benar faham konsep yang telah dipelajari sebelum
dia boleh menggunakannya dalam situasi baru.

(b) Kesamaan
Dua situasi di mana pelajar hendak mengaplikasikan konsep yang
dipelajari perlu mempunyai kesamaan.

(c) Kemahiran
Pelajar telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia
memindahkannya kepada situasi baru.

(d) Motif
Pelajar hendaklah mempunyai keinginan atau motif untuk memindahkan
konsep atau kemahiran kepada situasi baru.

(e) Celik Akal


Pelajar telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam
sesuatu situasi untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada
situasi lain.

SEMAK KENDIRI 5.5

Jelaskan dengan menggunakan contoh, pemindahan pembelajaran


positif dan pemindahan pembelajaran negatif.

5.2.5 Gaya Kognitif


Woolfolk (1998) menyatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan
menyusun maklumat mengenai persekitarannya, sementara gaya pembelajaran
pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Seterusnya, Borich &
Tombari (1997) mengaitkan gaya pembelajaran dengan gaya kognitif dengan
menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu memproses dan berfikir

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 137

mengenai perkara yang dipelajarinya. Beberapa gaya kognitif telah dikemukakan


seperti gaya bebas medan dan lawannya bersandar medan serta impulsif dan
lawannya reflektif.

(a) Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan


Konsep gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan telah
diperkenalkan oleh Witkin & Goodenough (1977). Mereka telah menguji
sama ada individu itu mempunyai gaya kognitif bebas medan atau
bersandar medan. Ujian tersebut (Embedded Figures Test) melibatkan
individu mencari bentuk geometri dalam gambar rajah dalam jangka masa
yang ditetapkan. Ujian ini boleh juga digunakan secara berkumpulan, yang
dinamakan ujian Group Embedded Figures Test (GEFT). Ciri-ciri pelajar
yang mempunyai gaya kognitif bersandar medan dan bebas medan
ditunjukkan dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan

Bebas Medan Bersandar Medan


Mengamati konsep secara analitikal dan Mengamati konsep secara global.
melihat komponen-komponen konsep.
Fokus kepada fakta dan prinsip. Menghubung konsep kepada pengalaman
individu (personalised concept).
Suka berinteraksi secara formal dengan Suka berinteraksi secara informal dengan
guru. guru.
Suka bertanding dan kerja bersendirian. Suka bekerjasama dan suka kerja
berkumpulan.
Suka menyusun sendiri maklumat. Suka maklumat yang telah disusun guru.
Suka mata pelajaran Sains dan Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera.
Matematik.
Matlamat pembelajaran daripada punca Matlamat pembelajaran daripada punca
dalaman. luaran (ibu bapa atau guru).
Suka merancang sendiri cara Suka pembelajaran terancang dan
pembelajaran. berstruktur.
Keyakinan tinggi dalam membuat Kurang keyakinan dalam membuat
tugasan bersendirian. tugasan bersendirian.
Motivasi berlokus kawalan dalaman. Motivasi berlokus kawalan luaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


138 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(b) Strategi Pengajaran Pelajar Bebas dan Bersandar Medan


Pelajar yang bebas medan didapati lebih berdikari di dalam pembelajaran,
manakala pelajar-pelajar yang bersandar medan didapati lebih bergantung
kepada guru dan rakan untuk tugas pembelajaran. Justeru, strategi
pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar perlu dirancang dengan
baik, supaya pembelajaran berlaku dengan berkesan. Jadual 5.5
menunjukkan beberapa strategi pengajaran yang dianggapkan sesuai bagi
pelajar-pelajar yang mempunyai gaya kognitif bebas medan dan bersandar
medan.

Jadual 5.5: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan

Bebas Medan Bersandar Medan


Guru perlu formal dalam interaksi Pelajar perlukan pendekatan mesra dalam
dengan pelajar. Guru dianggap seorang interaksi, menyediakan pengalaman
yang berpengalaman dan pakar dalam fizikal dan lisan. Guru merupakan pakar
bidangnya. rujuk.
Perlukan motivasi bukan sosial (seperti Perlukan motivasi sosial yang konkrit
gred, bintang dan pelajar terbaik). (seperti hadiah atau pujian).
Gunakan strategi pembelajaran individu Gunakan strategi pembelajaran
(seperti pengajaran berasaskan web, berkumpulan seperti pembelajaran
pembelajaran arah kendiri atau koperatif.
pembelajaran masteri).
Suka maklum balas berbentuk Minimumkan maklum balas berbentuk
pembetulan. pembentulan.
Pelajar suka buat projek secara bebas. Benarkan interaksi guru-murid semasa
pengajaran pembelajaran.
Benarkan pelajar menstrukturkan projek, Rancangkan pengajaran, projek atau
nota dan latihan. latihan yang berstruktur.
Peranan guru adalah sebagai konsultan, Peranan guru adalah sebagai pengajar,
pendengar dan fasilitator. penunjuk cara dan pemberi markah.

(c) Gaya Kognitif Impulsif dan Reflektif


Menurut Slavin (1997), gaya impulsif merujuk kepada gaya kognitif
seseorang yang gemar memberi respons secara cepat, yang biasanya tidak
meniktikberatkan ketepatan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa gaya
reflektif adalah gaya kognitif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan
pemikiran sendiri. Ciri-ciri pelajar impulsif dan reflektif serta strategi
pengajaran mereka dijelaskan dalam bahagian berikut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 139

(i) Pelajar impulsif biasanya membuat kerja dengan cepat tetapi


membuat banyak kesilapan. Mereka belajar ikut gerak hati (mood)
mereka. Kajian-kajian menunjukkan pelajar impulsif akan menjadi
lebih reflektif apabila umur mereka meningkat (Borich, 1997).

Daripada segi strategi pengajaran, pelajar impulsif perlu


diperkenalkan dengan pengajaran kendiri (self instruction). Guru
perlu membimbing pelajar merancang cara dia membuat latihan dan
menyemak sendiri jawapan. Jika dia membuat kesilapan, dia
dikehendaki membuat pembetulan sendiri.

Selain itu, guru perlu menunjukkan hasil kerja pelajar lain yang
dibuat dengan lebih baik dan teliti dan bandingkan dengan hasil kerja
pelajar impulsif supaya dia menyedari kesilapannya. Hasil kerja
pelajar impulsif perlu disemak dengan segera, supaya dia mendapat
maklum balas dan membetulkan kesilapannya.

(ii) Pelajar reflektif pula lambat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi
tetapi membuat kurang kesilapan. Mereka lebih mementingkan
ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati
masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri juga menyebabkan
pelajar ini lambat menyiapkan tugasan.

Daripada segi strategi pengajaran, guru harus mendedahkan pelajar


reflektif dengan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai tajuk-tajuk
pelajaran. Ini untuk mengelakkan pelajar reflektif membuang masa mencari
jawapan yang tepat kepada soalan-soalan latihan. Pelajar ini juga perlu
diberi kemudahan buku, majalah, pita video dan lain-lain.

Kajian lepas menunjukkan sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya


kognitif yang sama, pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik
(Saracho & Spodek). Untuk mencari keadaan yang ideal adalah sukar. Oleh
itu, sebagai guru, anda perlu tahu gaya kognitif pelajar anda dan cuba
merancang pengajaran dan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi
kehendak gaya kognitif pelajar anda.

(Ramlah & Mahani, 2002)

SEMAK KENDIRI 5.6

Jelaskan tiga ciri pelajar bebas medan dan tiga ciri pelajar bersandar
medan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


140 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

5.2.6 Kemahiran Berfikir


Satu lagi faktor yang mempengaruhi pembelajaran ialah kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah menjadi agenda penting pendidikan untuk
merealisasikan Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran telah mengarahkan
supaya kemahiran berfikir digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir, antara yang
penting ialah kemahiran berfikir kritikal dan kreatif serta metakognisi. Kita akan
bincangkan kedua-dua kemahiran ini dengan lebih lanjut lagi:

(a) Kemahiran Berfikir Kritikal


Pemikiran kritikal berkait dengan istilah Inggeris iaitu critical thinking.
Perkataan kritikal berasal daripada perkataan Greek tua kritikos, yang
bermaksud mampu menilai. Perkataan kritikal dicipta untuk istilah
mengelakkan berlakunya kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang
kurang tepat. Dalam hal ini, kemahiran berfikir secara kritis boleh diberi
makna sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea atau pendapat. Ini
dibuat dengan cara meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti. Antara proses berfikir kritikal termasuklah membanding dan
membeza, membuat andaian, membuat inferens, membuat urutan dan
membuat perkaitan.

(b) Kemahiran Berfikir Kreatif


Terdapat beberapa pendapat tentang kemahiran berfikir kreatif dan
kreativiti. Menurut Herrmann dalam Abdul Fatah Hasan (1998), kreativiti
ialah:

Aktiviti keseluruhan otak yang melibatkan minda secara sedar


(conscious mind) dan minda secara terpendam (subconscious
mind) untuk mencabar andaian, mengenal pola, melihat dengan
cara yang baru, melihat hubungan, mengambil risiko dan merebut
peluang atau kemungkinan.

Menurut Woolfolk (1998) pula, kreativiti adalah pemikiran yang imaginatif,


baru dan asli dalam menyelesai masalah atau menghasil produk baru.
Kesimpulannya, kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan atau
mereka cipta sesuatu objek atau idea yang baru, asli dan unik. Seterusnya,
Abdul Fatah Hasan (1998) memberikan ciri-ciri kreativiti seperti berikut:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 141

(i) Kreativiti ialah suatu proses untuk mencari dan meneroka berbagai
alternatif;
(ii) Kreativiti ialah kemahiran, bakat dan teknik yang dikelolakan untuk
sesuatu tujuan tertentu;
(iii) Kreativiti melibatkan usaha untuk meneroka sesuatu yang baru dan
bernilai dan usaha itu belum pernah difikirkan oleh orang lain
sebelumnya; dan
(iv) Kreativiti ialah kemahiran yang dipelajari sama seperti kemahiran
berenang, bermain badminton, bermain piano dan sebagainya.

Adakah anda kreatif? Apakah yang anda lihat dalam setiap lukisan
pada Rajah 5.14? Di bawahnya adalah jawapan unik dan tipikal bagi suatu
kajian kreativiti dalam kanak-kanak (Wallach & Kogan, 1965).

Rajah 5.14: Kreativiti dalam kanak-kanak


Sumber: Sigelman C. K. (1999). Life-span Human Development

Anda boleh menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar anda


dengan memberi mereka peluang untuk mengemukakan idea dalam
kumpulan perbincangan (percambahan minda) dan menghormati atau
menerima idea yang mereka kemukakan dan meminta kelas membincangkan
idea tersebut. Sesuatu yang kreatif mungkin nampak ganjil dan tidak
munasabah pada awalnya seperti penemuan elektrik dan telegraf.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


142 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(c) Metakognisi
Campione & Brown (1977) menyatakan metakognisi adalah aktiviti
mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang
untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan kefahaman, ingatan dan
proses kognitif yang lain. Borich & Tombari (1999) pula menyatakan
metakognisi adalah cara individu mengguna strategi kognitif untuk
mencari dan mengumpul maklumat dan individu itu akan tahu bila dan di
mana menggunakan strategi kognitif tersebut.

Metakognisi juga dikenali sebagai berfikir tentang berfikir (thinking


about thinking), iaitu apabila kita berfikir tentang berfikir, kita sebenarnya
menguruskan minda kita iaitu menguruskan apa yang perlu difikirkan.
Menurut Flavel (Henson, 1999), pengetahuan metakognitif terdiri daripada
tiga jenis pengetahuan.

Untuk menggalakkan pelajar membuat metakognisi, guru hendaklah


membekalkan mereka dengan tiga pengetahuan berikut:

(i) Pengetahuan Personal


Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya,
individu tahu dia lebih suka membaca buku pelajaran pada waktu
pagi daripada waktu malam.

(ii) Pengetahuan Tugas


Pengetahuan tentang variasi cara sendiri dalam melaksanakan tugas.
Contohnya, cara menyelesaikan masalah matematik berlainan
daripada cara membuat karangan.

(iii) Pengetahuan Strategi


Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada
strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

SEMAK KENDIRI 5.7

Jelaskan perbezaan antara pemikiran kritikal dan kreatif.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 143

5.2.7 Kecerdasan
Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan
sebagai pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud
kebolehan untuk mendapat markah yang tinggi atau prestasi yang baik di
sekolah.

Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau


menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut
Kalat (1999), kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan
kemahiran praktis. Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah
kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan
kepakaran yang dimilikinya dalam membantunya menghadapi cabaran hidup.

Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang


untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks
budayanya (seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian). Dia
menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal
pasti melalui ujian seperti ujian darjah kecerdasan otak (IQ). Gardner
berpendapat terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah iaitu individu
menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau
menghasilkan produk.

Gardner telah mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh
seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini
dikenali sebagai Teori Perbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasan-kecerdasan
tersebut ialah kecerdasan logikmatematik, bahasalinguistik, muzikal, visual-
ruangspatial, kinestetikbadan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan
eksistensial (lihat Rajah 5.15).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


144 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Rajah 5.15: Jenis-jenis kecerdasan Gardner

Jenis-jenis kecerdasan Gardner dijelaskan seperti berikut:

(a) Kecerdasan LogikMatematik


Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi
nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu
secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu
menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. Orang yang
mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen
masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh yang
mempunyai kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan
Barbara MacIntoch.

Pelajar yang berkecerdasan logikmatematik mempunyai beberapa ciri


seperti:
(i) Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat;
(ii) Suka menggunakan komputer;

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 145

(iii) Suka bermain catur, dam (checkers) dan lain-lain permainan yang
memerlukan strategi;
(iv) Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logik;
dan
(v) Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara
yang tidak difahami.

(b) Kecerdasan BahasaLinguistik


Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam
bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar
kepada menghasilkan bahan bahasa tetapi juga perbezaan, susunan dan
rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai kebolehan berpuisi,
bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat,
juga mempunyai kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai
kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan
Pearl S. Buck.

Pelajar yang berkecerdasan bahasalinguistik mempunyai beberapa ciri-ciri


seperti:
(i) Suka menulis;
(ii) Suka bercerita;
(iii) Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat;
(iv) Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik;
(v) Suka membaca buku, jika ada masa terluang; dan
(vi) Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata.

(c) Kecerdasan Muzik


Kecerdasan muzik melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi
serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di
samping komposer dan pemuzik, orang-orang yang suka mendengar
kicauan burung dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan
yang mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yang mempunyai
kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis Presley.

Pelajar yang berkecerdasan muzik mempunyai beberapa ciri seperti:


(i) Boleh bermain alat muzik;
(ii) Mudah mengingati melodi lagu;
(iii) Boleh mengenal pasti bila not muzik sumbang;

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


146 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

(iv) Memerlukan muzik apabila belajar;


(v) Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu; dan
(vi) Suka menyanyikan lagu-lagu kepada diri sendiri.

(d) Kecerdasan VisualRuangSpatial


Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang
mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia
dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi
kerja-kerja pembinaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus
melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta
minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak
adalah tergolong dalam kumpulan ini. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa
dan mendaki gunung. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah
Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan
Leonardo da Vinci.

Pelajar yang berkecerdasan visualruangspatial mempunyai beberapa ciri


seperti:
(i) Suka mengelamun (daydream) dan menghabiskan banyak masa
sebegitu;
(ii) Menyukai permainan teka-teki atau teka-kata atau sambung kiub atau
lego;
(iii) Menyukai carta, rajah dan menonton filem;
(iv) Mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah;
(v) Suka melukis;
(vi) Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau
bernasyid; dan
(vii) Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir tentang
sesuatu.

(e) Kecerdasan KinestetikBadan


Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan
masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan.
Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang
menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang
memiliki kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini
ialah Babe Ruth, Tiger Woods, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 147

Pelajar yang berkecerdasan kinestetik-badan mempunyai beberapa ciri


seperti:
(i) Menyukai aktiviti sukan;
(ii) Tidak boleh duduk diam di atas kerusi;
(iii) Menyukai aktiviti-aktiviti yang mencabar;
(iv) Menyentuh orang bila bercakap;
(v) Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan
kayu atau menjahit;
(vi) Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain; dan
(vii) Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang
motosikal atau berkasut roda.

(f) Kecerdasan Interpersonal


Kecerdasan interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang
lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja.
Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia adalah pemimpin, akan
dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru,
ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada
kecerdasan ini dalam menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh yang
mempunyai kecerdasan ini ialah Anne Sullivan iaitu guru kepada Helen
Keller yang tidak boleh melihat, mendengar dan bercakap.

Pelajar yang berkecerdasan interpersonal mempunyai beberapa ciri seperti:


(i) Mempunyai ramai kawan;
(ii) Boleh berempati (empathy) dan memahami perasaan orang lain;
(iii) Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan;
(iv) Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah; dan
(v) Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.

(g) Kecerdasan Intrapersonal


Kecerdasan intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai
pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan
matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Contoh tokoh yang
mempunyai kecerdasan ini ialah Sigmund Freud dan Hermann Ebbinghaus.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


148 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Pelajar yang berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti:


(i) Mempamerkan kebolehan untuk berdikari;
(ii) Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yang
kontroversi;
(iii) Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi;
(iv) Mahu menjalani hidup dalam suasana privasi; dan
(v) Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

(h) Kecerdasan Naturalis


Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi.
Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara binatang. Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk bekerja sebagai
pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan
dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan. Contoh tokoh yang
memiliki kecerdasan ini ialah Dian Fossey dan Steve Irwin.

Pelajar yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti:


(i) Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau koleksi
kulit siput;
(ii) Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat;
(iii) Suka memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain; dan
(iv) Suka menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan
bahan daripada alam semula jadi seperti buluh dan rotan.

(i) Kecerdasan Eksistensial


Kecerdasaan ini dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan
dan keupayaan untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan
kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini memiliki sensitiviti yang
kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu
yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran
agama masing-masing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini
termasuklah guru-guru agama Islam, imam, bilal, sami-sami Buddha dan
Hindu, paderi dan saintis.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 149

Pelajar yang berkecerdasan eksistensial mempunyai beberapa ciri seperti:


(i) Berminat mengkaji hal-hal keagamaan;
(ii) Gemar menghafal kitab-kitab agama;
(iii) Berminat mendidik kanak-kanak tentang keagamaan;
(iv) Kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup; dan
(v) Sensitif kepada kepercayaan ahli masyarakat.

Kecerdasan-kecerdasan yang telah dibincangkan memang mempengaruhi


pembelajaran. Gardner menyedarkan kita bahawa sekiranya kanak-kanak tidak
pandai dalam akademik, tidak semestinya mereka tidak cerdas. Mereka mungkin
mempunyai kecerdasan kinestetikbadan, dan sekiranya mereka mendapat
bimbingan dan galakan, suatu hari nanti mereka boleh berjaya menjadi bintang
sukan negara.

AKTIVITI 5.6

Orang-orang yang mempunyai kecerdasan interpersonal selalunya


mempunyai ramai kawan. Huraikan sifat-sifat yang ada padanya.

Proses pembelajaran melibatkan pendedahan kepada persekitaran yang akan


menyebabkan rangsangan. Rangsangan ini kemudiannya akan disimpan
dalam ingatan sebagai pengalaman yang akhirnya boleh menyebabkan
perubahan dalam tingkah laku.

Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu formal, informal dan non-formal.

Pembelajaran mempunyai enam prinsip yang tertentu iaitu motivasi, objektif


pengajaran, menyusun pengajaran, unsur jenaka, pengalaman dan kesediaan
pembelajaran.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembelajaran seperti


persepsi dan penanggapan, gaya kognitif, kemahiran berfikir, kecerdasan,
kesediaan pembelajaran, pemindahan pembelajaran serta ingatan dan
lupaan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


150 TOPIK 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Ingatan dan lupaan Pembelajaran formal


Kecerdasan Pembelajaran informal
Persepsi dan penanggapan Pembelajaran nonformal
Pembelajaran Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner

Salah satu ciri pembelajaran ialah proses pembelajaran yang berlaku sepanjang
hayat. Huraikan maksud pembelajaran jenis ini. Beri contoh-contoh yang sesuai.

Huraikan enam prinsip pembelejaran. Nyatakan dengan mendalam yang mana


satu prinsip yang kritikal, utama dan penting.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like