You are on page 1of 22

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

NAMA KURSUS :

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT DALAM KIMIA

KOD KURSUS :

SKI 3013

TAJUK :

SEKOLAH BESTARI PEMANGKIN PENDIDIKAN DI MALYSIA

NAMA PENSYARAH :

PUAN ASMAYATI YAHYA

NAMA AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO. MATRIK

1 MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMAD NOH D20101037311

2 MOHD SAHLI BIN MUDA D20101037305

3 NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL D20101034949


GHANI

4 MIMI SYAKILA BINTI SAMSI D20101037297

1
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


Carta Fila 2
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Definisi Sekolah Bestari 5
3.0 Konsep dan Matlamat Sekolah Bestari 6
4.0 Komponen Sekolah Bestari 9
5.0 Ciri-ciri Sekolah Bestari 11
6.0 Kebaikan daripada Sekolah Bestari 12 15
7.0 Perbezaan Sekolah Bestari Dengan Sekolah Harian 16
Biasa 13
8.0 Kesimpulan16 19
9.0 Bibliografi 17 20

CARTA FILA.

FACTS IDEAS (ISSUES) LEARNING ACTIONS


OUTCOME
Rosa merupakan Kurang Definisi sebenar Melayari internet
guru baru pengalaman sekolah bestari? dan blog-blog
Dipilih menyertai sebagai seorang Konsep dan mengenai sekolah
bengkel belajar guru. komponen yang bestari.
dan mengajar Boleh berkongsi ditekankan dalam Melewati laman-
yang dianjurkan dengan peserta lain sekolah bestari? laman sosial yang
jabatan tentang sekolah Ciri-ciri yang berkaitan tentang
Belajar teori bestari. terkandung dalam sekolah bestari,
pengajaran, Mendedahkan sekolah bestari..? ciri-ciri, definisi
kaedah mengajar, kebaikan sekolah Ciri-ciri pelajar di dan lain-lain.
pengurusan kelas, bestari. sekolah bestari.. Membuat rujukan
assessment Apakah ciri-ciri di perpustakaan.
Dikehendaki bilik darjah di Menggunakan

2
menyampaikan sekolah bestari.. sistem opac di
ucapan tentang Suasana perpustakaan
sekolah bestari. pembelajaran.. untuk mencari
Ciri-ciri guru yang buku yang
patut ada di berkaitan.
sekolah bestari.. Temu ramah
Apakah bekas pelajar
perbezaan sekolah yang
konsep sekolah berasaskan
bestari dengan konsep sekolah
sekolah harian bestari.
biasa? Bertanya
Hasil dengan lebih
pelaksanaan lanjut tentang
sekolah bestari.. pelaksanaan
Kebaikan atau sekolah bestari
hasil.. ini.
Subjek-subjek
yang
disediakan
dalam sekolah
bestari ini.

PENDAHULUAN

Teknologi sering dikatakan sebagai An Extension Of the Human Reach kerana


hanya dengan teknologi, jangkauan manusia menjadi luas,lebih dalam dan lebih
lebar. Apa yang dianggap sebagai beyond of the human reach telah dapat ditawan
dan dapat dijangkau dengan bantuan sains dan teknologi.

Teknologi maklumat pula adalah gabungan kemajuan komputer,teknologi


elektronik mikro dan telekomunikasi untuk penyaluran,penyimpanan, pengumpulan
dan pemprosesan maklumat secara pantas. Penggunaa teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah berkembang seiring dengan kemajuan tersebut.

Apple Report On Education (1989), pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif


menggunakan teknologi multimedia adalah lebih baik berbanding dengan pelajaran

3
berkonsepkan tradisional. Oleh itu, penggunaan multimedia untuk mengajar
kemahiran kognitif merupakan kaedah pengajaran yang berkesan.

Percival dan Ellington (1994) menyatakan bahawa komputer boleh memberikan


sumbangan besar kepada pendidikan dan latihan adalah dalam pembelajaran
berbantukan komputer.

Zuraini yang dipetik dari Yusup Hashim (1997), penggunaan teknologi maklumat
dalam pendidikan di malaysia telah bermula dengan program kelab komputer yang
diperkenalkan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah pada 1980-an lagi.
Komputer dalam pendidikan pula diperkenalkan pada tahun a995 oleh kementerian
pendidikan dengan penakanan kepada empat mata pelajaran iaitu bahasa melayu,
bahasa inggeris, sains dan matematik.

Yusup Hashim (1997) penggunaan teknologi maklumat pada dasarnya menjadi


satu teras aplikasi proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di
sekolah sekolah bestari yang dirancang terlaksana sepenuhnya pada tahun 1999.
Penggunaan teknologi maklumat bukanlah bertujuan menggantikan peranan guru
sebagai pendidik,malahan ia bertindak sebagai media dan guru bertindak sebagai
fasilitator dalam proses tersebut.

Semenjak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami satu perkembangan


yang pesat dalam bidang pendidikan memandangkan bidang pendidikan merupakan tapak
kepada pembentukan insan bagi membina dan memajukan negara kita. Bagi
meningkatkan sistem pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan
kurikulum diperkemas kan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam
menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras
dengan perkembangan yang pesat yang berlaku dalam negara pada masa kini. Selaras
dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan
pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepada kepakaran teknologi, tenaga
kerja yang berkemampuan untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta sentiasa bersedia
untuk turut serta dalam ekonomi dunia. Antara cabaran dalam alaf baru termasuk
globalisasi, impak teknologi maklumat (ICT) yang pesat, persaingan ekonomi di
peringkat antarabangsa telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sistem
pendidikan di seluruh dunia ( Cheng & Towsend, 2000). Pada tahun 1996, Kementerian

4
Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari bertujuan menyediakan
pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian Falsafah Pendidikan
Negara ke tahap maximum. Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada
Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Fokus diberikan terhadap domain intelektual
dan juga pembentukan warga Malaysia yang berakhlak mulia, cekap teknologi maklumat,
bersifat global dan mampu beroperasi dalam arena antarabangsa. Kurikulum sekolah
bestari mengambil kira kebolehan setiap pelajar. Pelajar cemerlang boleh mempelajari
kandungan sukatan yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar yang lemah akan
meneruskan aktiviti-aktiviti pembelajaran sedia ada sehingga mereka bersedia untuk
bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Sistem pengurusan sekolah, sistem pentaksiran
dan penilaian dan lain-lain komponen pengurusan turut diubahsuai dengan perkembangan
ICT ( Information & Communication Technology ) iaitu teknologi komunikasi dan
maklumat. Faktor ini memerlukan anjakan paradigma semua pihak khususnya pengurus
sekolah bestari dan warga pendidik serta rakyat Malaysia amnya.

DEFINISI SEKOLAH BESTARI

Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris smart school dan dalam kata yang sebenarnya
ialah suatu tempat di mana guru-guru dan murid-murid bekerja menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan melibatkan pemikiran yang menyeluruh. Ia melibatkan pelbagai
teknik dan kaedah, mungkin juga melibatkan tugasan yang terbuka, perbincangan,
kolaborasi rakan sejawat serta perbahasan dan sebagainya.

Tidak membawa makna sekolah bestari hanya untuk pelajar bestari atau pintar sahaja
tetapi istilah itu digunakan untuk sesebuah sekolah yang mengamalkan cara bestari bagi
menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi

5
sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai dengannya. Fokus
sekolah bestari ialah melahirkan kanak-kanak bestari mereka yang kreatif dan menjana
maklumat baru supaya mereka boleh dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang
semata-mata mengeluarkan semula pengetahuan. Ini kerana kebanyakan pelajar belajar
hanya sekadar untuk mencapai prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan bukannya
benar-benar ingin menimba ilmu yang dipelajari untuk digunakan di seharian hidup kita

Sekolah Bestari merupakan institusi pendidikan yang direka semula secara


menyeluruh dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk
membantu pelajar menghadapi zaman maklumat. Terdapat enam unsur yang diambil
perhatian iaitu pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran,
teknologi dan juga penilaian. Kurikulum sekolah bestari mengambil kira kebolehan setiap
pelajar manakala system pengurusan sekolah, system pentaksiran dan lain-lain komponen
diubahsuai dengan perkembangan ICT (information communication technology). Beza
yang kelihatan ketara antara sekolah bestari dan sekolah harian biasa ialah sekolah ini
dilengkapi dengan segala saluran pembelajaran seperti computer dan kemudahan internet
yang digunakan guru untuk tujuan pengajaran.

KONSEP DAN MATLAMAT

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan lagi supaya selaras dan relevan
dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa
penambahbaikan dalam pelbagai aspek telah dilakukan supaya sistem pendidikan lebih
berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Tambahan lagi, misi negara dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), iaitu setiap tenaga kerja di
negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran dan mempunyai kualiti
berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi,
berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta
menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan, dan mempunyai kelayakan
akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika

6
kerja yang positif

Oleh sebab itu, dalam memastikan negara kita sentiasa dibekalkan dengan perintis
berkualiti yang bakal mencorakkan dan menentukan hala tuju negara masa hadapan,
negara kita memerlukan sebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta
memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran
berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta
menjana minda ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, agama, budaya, bangsa
dan negara. Manakala penggunaan bahan teknologi seperti komputer dalam bidang
pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar, dan disimpan. Penyampaian
sesuatu maklumat secara tepat, cepat, dan menarik dalam bentuk multimedia
mencetuskan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Hasil daripada
acuan tersebut, maka kewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario baru dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
serta budaya masa kini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, iaitu pihak yang bertanggungjawab dalam menstrukturkan semula
kemahiran-kemahiran baru yang diterapkan dalam sekolah bestari padat tahun 1990,
mereka berpendapat bahawa sekiranya kita mengajar kanak-kanak apa untuk berfikir,
seolah-olah kita mengehadkan mereka kepada idea kita. Tetapi sekiranya kita ajar kanak-
kanak bagaimana berfikir, idea mereka tidak terhad.

Sekolah Bestari ialah satu institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk
menghadapi zaman teknologi maklumat yang mana segala proses pengajaran, pelajaran,
dan pengurusan sekolah telah direka dan di struktur semula secara menyeluruh. Konsep
sekolah bestari telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun
1996, yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kreatif dan kritis oleh
Tan Sri Dato Dr. Wan Zahid bin Wan Mohamed, dan projek ini diuruskan oleh pasukan
projek rintis sekolah bestari, yang ditempatkan di bahagian teknologi pendidikan,
kementerian pendidikan. Sekolah Sri Bintang yang terletak di Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, Kuala Lumpur merupakan sekolah bestari pertama negara.

7
Bercirikan pembelajaran adalah akibat pemikiran dan meletakkan pemikiran dan
berfikir sebagai pusat bagi semua peristiwa yang berlaku di dalam sekolah, telah
menjadikan sekolah bestari sebagai tonggak dalam mewujudkan dan melahirkan pelajar
bestari yang cekap berfikir secara kreatif, membuat analisis secara kritikal, menilai,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sebagaimana dengan perlaksanaan
sekolah lain di Malaysia, sekolah bestari juga berasaskan kepada KBSR dan KBSM
sebagai panduan di semua peringkat yang mana di semua peringkat tersebut telah
disenaraikan kemahiran belajar sebagai kemahiran terpenting dan keputusan pencapaian
dalam mata pelajaran menjadi keutamaan. Senarai kemahiran belajar pula sangat penting
pada peringkat permulaan kerana ianya sangat berkait rapat dengan proses pembelajaran
pelajar. Tetapi setelah penelitian semula yang dilakukan beberapa tahun kemudian,
didapati bahawa kemahiran belajar semata-mata tidak cukup dan perlu ditambah dengan
beberapa kemahiran yang lain yang juga kritikal kepada proses pembelajaran.

Oleh sebab itulah, dalam sistem pembelajaran sekolah bestari kini, bukan hanya
berteraskan aspek mata pelajaran dan kemahiran belajar semata-mata, tetapi juga
ditekankan kemahiran kemahiran yang lain. Hal ini bertepatan dengan misi dan visi
penubuhan sekolah bestari dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat
melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Ditambah lagi dengan kesedaran bahawa sekolah sebagai institusi yang tidak
mampu untuk mengajar dan mendidik semua bidang ilmu, kemahiran, nilai dan sikap, di
samping waktu bersekolah yang terbatas, maka proses pembelajaran sekolah bestari yang
di struktur semula untuk memberi kemahiran sebagai modal menghadapi masyarakat
adalah tindakan wajar daripada memberi semua ilmu dan kemahiran yang sekolah sendiri
tidak mampu dan tidak patut dibebankan.

Sekolah Bestari mengamalkan konsep pendidikan bestari yang merangkumi


beberapa aspek iaitu pedagogi, psikologi, dan teknologi. Aspek pedagogi meliputi
pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai mengikut pelbagai situasi pembelajaran. Ia
berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara
menyeluruh dan seimbang. Guru pula seharusnya mampu mengintegrasikan ilmu

8
pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum.

Aspek psikologi pula menekankan kemampuan guru untuk meneroka profil


kecerdasan pelbagai(multiple intelligence) setiap pelajar. Penjanaan minda yang kritis
dan kreatif menjadi agenda utama dalam sebarang aktiviti luar atau dalam bilik darjah.
Kecerdasan emosi (emotional intelligences) pula dipergiatkan ke arah kesediaan pelajar
menghadapi cabaran dan meningkatkan motivasi diri.

Aspek teknologi juga digunakan dalam proses penyampaian ilmu. Teknologi


dapat membantu guru melalui perisian teknologi seperti computer, internet, CD-ROM
atau melayari internet bagi mendapatkan bahan P&P pelajar. Konsep sekolah bestari
yang akhirnya telah membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya telah
merapatkan jurang pendidikan apabila bukan sahaja memberi peluang pelajaran kepada
pelajar yang pintar dan kaya sahaja untuk mempelopori bidang IT sebaliknya turut
membuka ruang kepada pelajar yang memiliki tahap kecerdasan yang sederhana dan
lemah serta berlatarbelakangkan keluarga yang kurang berkemampuan untuk mengetahui
potensi diri yang maksimum dan memiliki tahap pembelajaran yang seiring dengan
kemajuan dunia global dengan melalui cara yang paling sesuai iaitu mengikut kadar dan
gaya pembelajaran yang berlainan. Penggunaan teknologi komputer membolehkan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan negara.

Seperti yang umum ketahui, perlaksanaan sekolah bestari adalah salah satu
justifikasi pengaplikasian Multimedia Super Corridor (MSC) iaitu sebuah rancangan dan
usaha kerajaan untuk menyediakan prasarana dan persekitaran yang sesuai bagi
membawa Malaysia menerjah masuk ke abad-21. Berlandaskan prinsip bahawa
seandainya era perindustrian memerlukan jalan dan lebuh raya sebagai prasarana
terpenting, maka era maklumat memerlukan lebuh raya maklumat sebagai wadah
membawa negara ke era siber maklumat seiring dengan kemajuan dunia, maka MSC
telah dibina dengan prasarana rangkaian yang berkelajuan tinggi bagi menyokong
aplikasi multimedia yang mencorakkan cara kita beraktiviti. Oleh hal yang demikian,
kerajaan berhasrat dan bermatlamat untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi
dan pertumbuhan pesat prasarana MSC bagi menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari
di Malaysia. Kerajaan mengambil langkah untuk menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari

9
sebagai satu daripada tujuh komponen dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia
dengan kerjasama Telekom Smart School Sdn. Bhd. (TSS) kerana sedar betapa
pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi yang akan datang.

KOMPONEN SEKOLAH BESTARI

Sekolah bestari melibatkan lima komponen. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


bestari dan pengurusan sekolah bestari sebagai dua komponen utama. Manakala 3 lagi
komponen lain ialah teknologi infrastruktur sekolah bestari, sistem integrasi dan khidmat
sokongan. Di bawah komponen P&P sekolah, terdapat empat elemen utama yang akan
direka semula bagi membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap iaitu
kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran. Sementara itu,
komponen pengurusan sekolah bestari yang direka semula melalui sistem
pengkomputeran bagi memudahkan hal pentadbiran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
bahagian pengurusan sekolah bestari satu, pengurusan sekolah bestari dua, dan
pengurusan sekolah bestari tiga.

Pengajaran dan Pembelajaran sekolah bestari bertunjangkan kepada 3 aspek utama


iaitu Akses Kendiri,kadar kendiri dan akses kendiri. Manakala pendekatan lain yang
digunakan dalam pengajaran dan pebelajaran adalah pembelajaran berpusatkan pelajar,
pembelajaran bersifat individu,pembelajaran masteri,pembelajaran
berfikrah,pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran bersaskan otak dan
pembelajaran berasaskan projek.

Mengenai bahagian pengurusan sekolah bestari satu, bahagian ini menyenaraikan 9


elemen-elemen yang distrukturkan semula iaitu teknologi, pengurusan kewangan, sumber
manusia, kemudahan, keselamatan, perundangan sekolah, hal ehwal pelajar, sumber

10
pendidikan, dan sumber luar.

Untuk bahagian pengurusan sekolah bestari dua pula melibatkan penstrukturan


semula 5 elemen iaitu pengurusan keselamatan, perundangan sekolah, hal ehwal pelajar,
pengurusan sumber pendidikan, dan sumber luar. Bagi elemen keselamatan, ia
melibatkan keselamatan fizikal sekolah, keselamatan ICT dan keselamatan pelajar. Untuk
perundangan sekolah pula melibatkan komunikasi, perhubungan awam, dasar sekolah,
pengurusan kurikulum dan pembabitan komuniti. Sementara itu, bagi elemen hal ehwal
pelajar pula melibatkan profil pelajar, pentaksiran prestasi, pentadbiran ujian, kaunseling
dan kesihatan serta insurans. Di samping itu, sumber pendidikan pula menekankan
pengurusan pangkalan data sumber dan input kepada perkembangan kurikulum.
Manakala bagi elemen sumber luar pula melibatkan menekankan berkenaan pengurusan
pangkalan data dan perhubungan sumber luar.

Untuk bahagian pengurusan sekolah tiga, elemen yang terlibat ialah pengurusan
teknologi, pengurusan kewangan, sumber manusia, dan kemudahan. Pengurusan
teknologi melibatkan perancangan jangka panjang, pelaksanaan sistem, penyelenggaraan
sistem latihan dan pengurusan bantuan onsite. Bagi elemen pengurusan kewangan,
melibatkan belanjawan, pelaporan akaun, pembelian, pembiayaan projek perancangan
jangka panjang, audit dan kawalan. Sementara itu, pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab terhadap penjadualan, pengurusan sumber manusia, pengambilan,
pengurusan kenaikan pangkat atau pertukaran, pengurusan cuti dan pengurusan latihan
kakitangan. Manakala dari aspek kemudahan pula melibatkan penjadualan penggunaan,
penyenggaraan, pengurusan asset, dan penggunaan alternatif.

Infrastruktur teknologi pula melibatkan integrasi perkakasan, perisian, sistem


perisian dan peralatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Melalui sistem
integrasi pula menjamin pengurusan sekolah bestari, bahan dan proses P&P, infrastruktur
teknologi pada peringkat sekolah dan pangkalan data dapat berinteraksi antara satu sama
lain dengan lebih efektif dan efisien. Antara kemudahan khidmat sokongan ialah Meja
Bantuan, Pusat Panggilan dan Pengurusan data.

5.0 CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI

11
Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang diperkenalkan dan digubal
pada tahun 1996 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi pembaharuan
kepada pendidikan di negara ini di mana sekolah ini berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif dan kritis. Teknologi merupakan komponen penting dan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini dan sekolah ini bukanlah untuk pelajar-
pelajar yang pintar semata-mata, tetapi cara pengajarannya yang bestari bagi membantu
pelajar dalam era teknologi maklumat ini. Sekolah bestari ini mewakili satu penciptaan
semula suasana pengajaran dan pembelajaran, sistem pentadbiran sekolah, proses sekolah
dan lain-lain di mana teknologi memainkan peranan yang amat penting. Sekolah bestari
dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) di mana ia membolehkan
perkongsian maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik,
ensiklopedia elektronik, katalog kad perpustakaan dan pusat sumber on-line. Selain itu,
sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN). Melalui
jaringan ini, hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah, negeri dan
dunia. Keadaan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari pembelajaran
jarak jauh.

Di samping itu juga, sekolah ini mempunyai kepelbagaian bahan dan dengan itu,
bahan di sekolah ini dapat memenuhi kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan
menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Mata pelajaran yang diajar di sekolah bestari ini juga diintegrasikan secara
sistematik dan tidak lagi diajar secara berasingan. Konsep belajar merentas kurikulum
juga diperkenalkan. Kurikulum pembelajaran yang diperkenalkan di sekolah ini juga
adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidak fakta semata-mata bagi memberi
peluang kepada pelajar untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Sehubungan dengan
itu, persekitaran pembelajaran yang luas dan mempunyai banyak sumber menjadikan
guru hanya sebagai perantara dan bukan sebagai sumber maklumat utama. Guru-guru
yang mengajar di sekolah ini juga perlulah setapak ke hadapan dalam mencari maklumat
berbanding pelajar-pelajar mereka.

12
Ciri-ciri Bilik Darjah Bestari

Bilik darjah bestari mempunyai persekitaran yang ideal untuk pembelajaran


dengan adanya kemudahan yang ideal seperti komputer. Bilik darjah bestari mempunyai
susun atur yang berbeza di mana pelajar boleh mengakses maklumat bila-bila sahaja
apabila keadaan memerlukan. Bilik darjah bestari ialah tempat di mana pelajar-pelajar
mudah mendapatkan maklumat dan guru-guru di sekolah tersebut lebih berperanan
sebagai fasilitator. Dengan itu, boleh dikatakan di sini bahawa antara ciri-cir bilik darjah
bestari adalah pelajar-pelajar boleh mengakses maklumat dengan pantas dalam bilik
darjah tersebut, keupayaan guru mengintegrasikan penggunaan komputer dalam bilik
darjah dan interaksi pelajar secara kolaborasi di dalam bilik darjah tersebut. Persekitaran
bilik darjah yang terdapat dalam bilik darjah bestari ini adalah bersesuaian dengan Teori
Piaget bahawa pada tahap operasi konkrit, seseorang pelajar mempunyai kebolehan
pemikiran secara logik di mana ia hanya akan berlaku sekiranya terdapat suasana fizikal
yang sebenar. Komputer yang disediakan dalam bilik darjah lebih bertindak sebagai
pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pada tahap operasi konkrit,
seeing is believing. Pembelajaran pelajar akan lebih efektif sekiranya pelajar sendiri
dapat mencari jawapan kepada persoalan mereka. Melalui pencarian maklumat itu juga,
mereka mampu memperluas lagi pengetahuan di samping mempelajari sesuatu yang baru.

Ciri-ciri Guru Bestari

Guru merupakan tonggak utama dalam pendidikan tidak kiralah di mana-mana


sahaja. Kejayaan seseorang itu juga banyak bergantung pada peranan guru itu sendiri.
Jadi, tidak terkecuali dalam peranan guru di sekolah bestari. Meskipun peranan guru di
sekolah lebih kepada fasilitator, akan tetapi bimbingan guru-guru di sekolah ini amat
memainkan peranan penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Antara ciri-ciri
yang perlu ada pada guru bestari adalah guru tersebut perlulah bermaklumat dan kemas
kini yang bermaksud guru tersebut mempunyai maklumat-maklumat yang terkini
berkenaan isu pelajaran mahupun isu semasa. Guru yang bermaklumat adalah guru yang
sentiasa mencari maklumat dalam bentuk fakta-fakta terkini dan guru tersebut rajin
melayari internet bagi mencari maklumat bagi mendapatkan idea-idea pedagogi seperti
dalam pendekatan generik contohnya pengajaran kontekstual, konstruktisme,

13
pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa hadapan. Guru bestari sentiasa dapat
menyesuaikan pengajaran mereka dengan tahap pelajar-pelajar yang berlainan bagi setiap
kelas dan mereka mampu menghasilkan penggunaan modul-modul pengajaran terkini
serta mampu membina modul pengajaran yang selaras dengan kebolehan dan
kemampuan setiap pelajar. Guru-guru yang bermaklumat dan kemas kini mampu
memberi maklumat yang terkini dan berkongsi maklumat selain menggunakan maklumat
yang mereka peroleh dalam membantu mereka mencapai matlamat pengajaran mereka.
Maklumat-maklumat yang ada pada mereka juga boleh digunakan untuk mengubah
mahupun menambah dalam modul-modul pengajaran mereka yang boleh meningkatkan
lagi tahap pencapaian dan kemampuan berfikir pelajar-pelajar. Maklumat yang mereka
peroleh juga bolehlah digunakan agar pengajaran mereka boleh menghilangkan rasa jemu
pelajar dan guru yang bermaklumat dan kemas kini ini sentiasa satu langkah ke hadapan
berbanding orang lain. Dengan itu, guru bolehlah menjadi rujukan pelajar dalam
teknologi memandangkan pembelajaran di sekolah bestari lebih berorientasikan teknologi
maklumat.

Selain itu, seorang guru yang bestari juga perlulah sentiasa bertenaga dan positif.
(Brophy and Good, 1986 ; Porter and Brophy, 1988) mengatakan bahawa guru perlulah
mempunyai kepakaran sendiri dalam menghidupkan suasana dalam bilik darjah. Guru-
guru ini sentiasa bertenaga dan bersikap positif dalam usaha untuk mendidik. Guru
sebegini akan mengambil inisiatif sendiri dalam memberi tugasan kepada pelajar,
bertanya tentang pendapat pelajar pada setiap topik supaya pelajar lebih banyak berfikir
dan berusaha untuk berfikir dengan lebih jauh. Mereka sentiasa mengutamakan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepada
pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi pelajarnya pada tahap yang tinggi. Guru
bestari akan sentiasa memandang pelajar mereka mempunyai potensi yang tinggi yang
boleh dikembangkan dan dipertingkatkan tahap pencapaian mereka pada tahap

14
semaksimum mungkin agar pelajar percaya dan mengetahui kebolehan mereka. Di
samping itu juga, guru patut bersifat penyayang dan mengambil berat. Guru bestari perlu
bersifat penyayang yang sentiasa tahu tentang sebarang masalah yang dihadapi oleh
pelajar mereka tidak kira masalah akademik mahupun masalah peribadi. Masalah yang
dihadapi oleh pelajar tidaklah dianggap sebagai beban malah mereka mengambil
kesempatan untuk mengadakan perbincangan dengan pelajar dan memberi idea-idea yang
bernas kepada pelajar untuk mereka selesaikan sendiri. Jadi sekolah bestari bukan sahaja
bergantung pada kaedah pembelajaran dan infrastruktur yang ada, tetapi juga bergantung
pada ciri-ciri dan nilai yang terdapat pada guru yang telah diamanahkan untuk
berkhidmat di sekolah-sekolah bestari.

6.0 KEBAIKAN DARIPADA SEKOLAH BESTARI

Seperti yang kita ketahui program sekolah bestari turut menggunakan ABM (alat
bantuan mengajar) seperti laptop dan juga kemudahan ICT yang lain untuk membantu
dalam proses pembelajaran di dalam kelas, contohnya melalui aspek bahan demonstrasi,
stesen pembelajaran tutor dan bahan tutorial. Ini merupakan kelebihan yang jarang
didapati di sekolah harian biasa. Dengan adanya ABM yang merupakan teknologi
multimedia ini ia sangat membantu proses pembelajaran di dalam kelas. Aplikasi
multimedia menurut Collin dan Drgged(1994) mereka mengatakan bahawa aplikasi
pembelajaran dengan keupayaan gabungan antara teks, muzik, imej, video dan animasi.
Penggunaan multimedia di dalam pembelajaran dapat mengelakkan pelajar berada dalam
keadaan bosan dan akan menarik minat pelajar untuk memahami pelajaran tersebut.

Teknologi multimedia dapat berfungsi sebagai stesen pembelajaran tutor kepada


15
pelajar yang lemah, ia dapat dilaksanakan dengan kemampuan teknologi dengan
menyediakan bimbingan pelajaran melalui kaedah gabungan unsur-unsur multimedia. Di
samping itu, pembelajaran melalui multimedia juga dapat bertindak memberikan
maklumat prestasi melalui latihan secara interaktif yang ada dalam system. Maklumat ini
juga akan member maklum balas terhadap kemampuan pelajar melalui latihan yang telah
tersedia. Kaedah ini dapat membantu pelajar yang lemah mengenal pasti kelemahan
mereka seawal mungkin seterusnya merangka penyelesaian masalah pelajar yang lemah
tersebut.

Penggunaan multimedia yang konsisten dan tetap, memudahkan para guru untuk
mengulang semula pelajaran yang sedang dan bakal diajar kepada pelajar. Secara tidak
langsung penggunaan teknologi multimedia dapat membentuk kumpulan kerjasama di
antara guru dengan para pelajar. Pembentukan ini adalah hasil daripada interaksi antara
guru dengan pelajar semasa para pendidik itu menggunakan teknologi multimedia dalam
mempelajari pelajaran tersebut. Kita dapat lihat di sini fungsi teknologi maklumat
dijadikan sebagai stesen pembelajaran tutor yang dapat membantu pelajar lemah yang
dapat ditinjau dari pelbagai sudut. Stesen pembelajaran ini dapat membantu pelajar yang
lemah dengan berusaha mencari masalah serta penyelesaian terhadap sebarang
kemusykilan yang berkaitan dengan pembelajaran.

7.0 PERBEZAAN SEKOLAH BESTARI DENGAN SEKOLAH HARIAN


BIASA.

Kementerian pendidikan diberi peruntukan sebanyak RM300 juta bagi


melaksanakan projek perintis sekolah bestari di 90 buah sekolah mulai tahun 1999 hingga
2002. Kerajaan Malaysia telah berhasrat dan bermatlamat sepenuhnya untuk
menggunakan kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana Multimedia Super
Corridor (MSC) untuk menggalakkan perkembangan sekolah bestari. Hal ini seiring
dengan kewujudan sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi
MSC. Hasilnya, konsep sekolah bestari ini telah membawa perubahan yang besar dalam
bidang pendidikan terutama ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-
cabaran Wawasan Negara kelak. Penggunaan konsep sekolah bestari membawa
perbezaan yang agak ketara dengan sekolah harian biasa. Sekolah harian bestari

16
membolehkan pelajar menggunakan kepakaran mereka melalui internet sepenuhnya.

Sekolah Bestari yang menggunakan pembelajaran e-learning di mana suasana


pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam
pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri.
Hasilnya, minda mereka lebih terbuka dan menjadikan mereka lebih celik IT (teknologi
maklumat). Mereka berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya
pembelajaran yang sesuai tanpa bergantung sepenuhnya pada guru mereka. Maklumat
yang mereka peroleh juga tidak terbatas dan lebih lengkap dalam membantu mereka
dalam pembelajaran. Hal ini berbeza dengan pelajar sekolah harian biasa yang hanya
bergantung pada buku teks ataupun bahan-bahan yang disediakan oleh guru mereka.
Sebagai seorang pelajar, tidak semestinya kita hanya melengkapkan diri dengan
pengetahuan-pengetahuan khusus yang sedia ada di sekolah seperti sains dan matematik,
kita juga harus melengkapkan diri kita dengan pengetahuan-pengetahuan am contohnya
isu-isu semasa dalam melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, emosi, rohani
dan jasmani. Di sekolah harian biasa, pengetahuan mereka terbatas pada apa yang
terkandung dalam buku teks semata-mata dan membantutkan perkembangan minda
mereka. Melalui konsep sekolah bestari ini, bidang pendidikan di negara kita telah
selangkah ke hadapan dalam melahirkan pelajar yang lengkap bukan sahaja lengkap dari
segi bidang yang mereka ceburi tetapi juga lengkap dari pelbagai bidang.

Tambahan lagi, dalam konsep sekolah bestari ini, ibu bapa dan pihak komuniti
harus memainkan peranan mereka berbanding sekolah harian biasa yang hanya
menekankan peranan guru semata-mata. Sebagai ibu bapa, mereka wajib melibatkan diri
dan mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka dan pihak sekolah akan mengadakan
pelbagai aktiviti bersama pelajar sama ada di dalam atau di luar bilik darjah ataupun
lawatan sambil belajar. Mereka juga berhak menentukan program pembelajaran anak-
anak mereka. Tiada lagi alasan sibuk bekerja ataupun aktiviti yang membosankan sebagai
modal bagi mereka untuk tidak meluangkan masa bersama anak-anak. Dengan cara ini,
ibu bapa dapat memantau dengan lebih dalam lagi cara pembelajaran anak-anak mereka
tanpa mengharapkan guru dan menyalahkan pihak sekolah sekiranya terdapat sebarang
masalah yang berkaitan akademik anak mereka. Sebagai guru di sekolah bestari pula,

17
mereka akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambil kira
keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Ini akan
menjadikan pelajar lebih selesa untuk belajar, tidak tertekan dan seterusnya
menggalakkan pembelajaran mereka. Kebanyakan masalah remaja pada masa kini
berpunca daripada masalah di rumah yang antaranya kesibukan ibu bapa yang
membuatkan mereka memberontak seterusnya melakukan masalah-masalah sosial.
Penglibatan ibu bapa yang menyeluruh dapat membantu pembelajaran anak-anak
seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi emosi, fizikal dan intelek.

Tambahan lagi, pihak sekolah yang mengamalkan konsep ini akan menyediakan
suasana yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan
gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru
sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan. Selain itu,
pengetua atau guru besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan
disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber. Sebagai
yang kita tahu, sekolah bestari menekankan pembelajaran melalui penggunaan internet.
Kemudahan yang lengkap amat diperlukan seperti komputer, internet dan guru yang
berilmu. Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk
menggalakkan pembelajaran. Guru-guru di sekolah bestari ini telah didedahkan pada
penggunaan multimedia, internet dan authoring tool serta mengintegrasikan penggunaan
komputer sebagai alat bantuan mengajar. Oleh itu, tiada timbul masalah kekurangan
kelengkapan di sekolah yang membantutkan pembelajaran dan pengajaran mereka.
Berbanding di sekolah harian biasa, kadang kala pihak guru harus bersabar dengan segala
kekurangan di sekolah yang boleh membantutkan minat pelajar untuk mendalami
pelajaran masing-masing.

Konsep sekolah bestari ini adalah sekolah yang mengamalkan budaya berilmu,
berfikir, dan penyayang yang melibatkan penggunaan teknologi multimedia secara
meluas untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah. Di samping penumpuan kepada pembinaan kecekapan teknologi maklumat,
pelajar di didik supaya bersifat global dan mampu beroperasi di arena antarabangsa.
Penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar juga menunjukkan peningkatan apabila

18
mereka menggunakan komputer dengan melihat perkataan dan mendengar cara sebutan
yang betul tanpa bantuan guru. Ini adalah selaras dengan konsep sekolah bestari yang
mengehendaki pelajar mencari lebih banyak ilmu melalui komputer. Berbeza dengan
pelajar sekolah harian biasa yang masih kurang menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan bahasa Inggeris walaupun pelbagai aktiviti telah diadakan untuk
meningkatkan kefahaman mereka dalam penguasaan bahasa tersebut. Hasilnya, pelajar-
pelajar luar bandar secara tidak langsung dapat menguasai bahasa kedua tersebut dengan
pelajar bandar.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya perlaksanaan sekolah bestari di Malaysia kini mula


membuka mata masyrakat mengenai betapa pentingnya kita menjalankan transformasi
dalam sistem pendidikan di era perkembangan teknologi ini. Kita seharusnya merebut
peluang serta mengambil kesempatan dengan menggunakan segala kelebihan yang ada
daripada teknologi-teknologi terkini supaya kita tidak tenggelam di arus kemodenan.
Daripada penggunaan teknologi terkini secara tidak langsung kita mendedahkan kepada
pelajar tentang penggunaan ICT dan akhirnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik
IT.

Selaras dengan Wawasan 2020, pelaksanaan sekolah bestari dapat membentuk


masyarakat yang bersifat sains serta progresif bahkan ia juga bakal menjadikan anak-

19
anak jati Malaysia supaya membentuk Negara ini pada masa akan datang menjadi sebuah
Negara maju dengan mengikut acuan sendiri jika mereka mahir menggunakan teknologi
yang sedia ada. Kementerian pendidikan juga menyokong pelaksanaan sekolah bestari
dengan memperuntukan sebanyak RM300 juta bagi melaksanakan perintis sekolah
bestari pada awalnya. Sehingga kini terdapat lebih daripada 100 buah sekolah di
Malaysia yang mengamalkan sistem sekolah bestari kerana mengakui keberkesanannya
dengan membawa perubahan kepada pelajar.

9.0 BIBLIOGRAFI
Ab. Rahim Selamat (2000), Kemahiran Dalam Sekolah Bestari, Johor Bharu:
Badan Cemerlang Sdn. Bhd

Abd. Ghani Jaafar (2005). Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia, Dalam
Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan UTM, 1-18.

Esei Sekolah Bestari. Diperolehi pada September 15, 2011 daripada


http://www.scribd.com / esei-sekolah bestari

20
The Malaysian Smart School : An MSC Flagship Application. Diperolehi pada 15
September, 2011 daripada http://www.msc.malaysia.my/ smartschool / download/
Blueprint.pdf

Joyce Nesker Simmons and Walker Pitman. (1996). Teachers Models of Excellence In
Todays Classroom. Canadian Cataloguing in Publication.

Peter Mortimore (Ed.). (1999). Understanding Pedagogy And Its Impact On Learning.
Paul Chapman Publishing.

Sekolah Bestari Apa Sebenarnya yang Bestari. (1999, Julai 7). Utusan Malaysia,23.

Sekolah Bestari di Penempatan Felda. (1999, Ogos 12). Utusan Malaysia,6.

21
22

You might also like