You are on page 1of 15

Antara elemen yang boleh membantu menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan ialah sekolah yang

memiliki guru yang bersifat cemerlang. Ini kerana guru yang cemerlang ini membantu meningkatkan
lagi proses perkongsian inovasi pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru yang lain. Dengan
ini mereka boleh memberikan nilai tambah kepada rakan-rakan setugas melalui perkongsian
maklumat inovasi tersebut di samping mampu membantu dalam melicinkan lagi jentera pentadbiran
sekolah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam kertas kerja ini, perbincangan
akan ditumpukan kepada definisi guru cemerlang; latar belakang pengurusan guru cemerlang di
Malaysia; ciri serta peranan mereka di sekolah dan di luar sekolah. Pengetahuan ini diharap dapat
membantu pihak pentadbiran sekolah untuk menerapkan ciri-ciri kecemerlangan guru di sekolah
seterusnya meningkatkan lagi keberkesanan sekolah.

PENGETUA merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah
sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya.

Manakala ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran
sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi
pencapaian dan kecemerlangan sekolah.

Demikianlah antara intisari ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-50 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.

Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang
pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik
yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara.
Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering
dijadikan fokus utama.

Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata
tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek,
sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.

Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di
kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah
faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang
hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang.

Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh
pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.

Pengetua perlu mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang.
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang holistik
iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia menghadapi sebarang persaingan
dan cabaran.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai
perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat
sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk
dilaksanakan oleh semua sekolah.

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang
telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran
tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan. Di sinilah letaknya perbezaan antara seorang
pengetua dengan yang lain.

Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab,
berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mentadbir
ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah sekolah.

Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan
yang rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan
dapat diatasi dengan mudah.

Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas
dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya
kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang
berkebolehan menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan.

Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan
akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting
kepada sekolah.

Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan


tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan.
Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti.
Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan seperti majlis jamuan makan malam, gotong
royong atau solat hajat.

Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar
dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.

Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya
dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran
masa depan.

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2012/11/latihan-1-bahagian-30-markah-masa_1.html

Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, Ilmu apabila
diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang. Pernyataan ini
jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya
murid-murid sekolah. Kecemerlangan murid dalam akademik adalah sangat penting kerana mereka
merupakan bakal pemimpin kita pada masa hadapan. Remaja yang cemerlang akan menyumbang
kepada pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan ungkapan Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan seseorang murid dalam akademik?

Faktor utama yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik ialah melalui tumpuan
ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Sekiranya
seseorang murid itu menumpukan perhatian semasa guru mengajar di bilik darjah, sudah tentu
pelajaran tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam minda murid-murid. Pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa, lima puluh peratus kejayaan murid dalam akademik adalah melalui tumpuan
seratus peratus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan
murid yang berjaya dalam akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa mengemukakan
soalan kepada guru-guru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar.
Selain itu, murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tentang akademik,
pasti meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghindari perasaan malu
atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang akademik kepada guru mereka kerana pepatah
menyatakan, malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Murid-murid juga perlu
menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan menghantar dengan segera kepada guru
untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif
bagi membantu mewujudkan proses pengajaran guru yang menarik dan berkesan. Tegasnya,
tumpuan murid-murid semasa guru sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utama
kecemerlangan murid dalam akademik

Selain itu, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah turut menyumbang
kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara program yang diadakan ialah pelancaran
Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan program ini, murid-murid dapat
memupuk minat mereka dalam subjek tertentu dan seterusnya memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam akademik. Selain program Minggu Bahasa, pihak sekolah juga banyak mengadakan
bengkel teknik menjawab soalan bagi subjek-subjek tertentu . Dengan menghadiri bengkel
menjawab soalan , murid-murid dapat mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek dan
memperbaiki kelemahan tersebut serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknik untuk
menjawab soalan peperiksaan sebenar dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid-
murid supaya lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan yang sebenar.
Sekolah turut mengadakan kem kecemerlangan, kem motivasi dan kem bina insan agar murid dapat
membina sahsiah diri, mempunyai motivasi dan membentuk keperibadian yang luhur. Program Hari
Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberi motivasi kepada murid
supaya belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang dianjurkan sekolah juga merupakan
salah satu faktor kecemerlangan murid dalam akademik.

Seterusnya, saya akan menubuhkan kumpulan perbincangan di sekolah bagi meraih kejayaan yang
cemerlang dalam akademik. Saya akan mengajak empat atau lima orang rakan saya untuk sama-
sama berbincang tentang sesuatu tajuk atau topik pelajaran yang kurang difahami. Selain guru,
penerangan dan penjelasan daripada rakan-rakan dalam kumpulan perbincangan berkaitan sesuatu
topik amat penting untuk meningkatkan pemahaman murid tarhadap tajuk pelajaran yang kurang
difahami semasa di kelas. Bersama rakan perbincangan juga, saya akan membuat lebih banyak
latihan terutamanya Matematik, Fizik, Prinsip Akaun dan subjek Sains yang lain. Saya dan rakan
kumpulan perbincangan akan selalu mengunjungi perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran dan
berbincang dengan rakan-rakan. Kami akan menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberi oleh
guru bersama-sama. Kumpulan perbincangan amat penting lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan
yang sebenar. Murid-murid yang menyertai kumpulan perbincangan di sekolah akan lebih bersedia
dan berkeyakinan ketika menghadapi peperiksaan. Oleh itu, penyertaan murid dalam kumpulan
perbincangan guga merupakan antara faktor kejayaan murid dalam akademik.

Akhir sekali, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan dan dorongan
daripada kedua-dua ibu bapa. Dorongan daripada ibu bapa dapat menjadikan seseorang murid itu
rajin dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlanagn. Hal ini kerana dorongan daripada ibu bapa
merupakan satu sumber inspirasi kepada anak-anak. Anak- anak akan lebih berjaya dalam pelajaran
mahupun dalam hidup dengan adanya dorongan, motivasi, kata-kata perangsang, restu, dan
keredaan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi contoh teladan kepada anak-anak dengan
membawa anak-anak ke perpustakaan atau menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Anak-anak
akan mencontohi ibu bapa dan menganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri
mereka sendiri bersesuaian dengan kata peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Salah satu cara ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak adalah dengan memperuntukkan
sejumlah wang untuk anak-anak menghadiri kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan untuk anak
mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk
memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan membahagiakan ibu
bapa dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka. Tegasnya, dorongan ibu bapa amat penting untuk
anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Kesimpulannya, banyak faktor penentu kecemerlangan murid dalam akademik. Untuk mencapai
kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlu memberikan tumpuan ketika pembelajaran di
bilik darjah. Murid-murid juga hendaklah menyertai program-program akademik yang dianjurkan
oleh sekolah selain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah. Kecemerlangan murid dalam
akademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan dorongan daripada ibu bapa. Tegasnya,
kecemerlangan seseorang murid dalam akademik bergantung pada keazaman seseorang murid itu
untuk berjaya, bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan dan hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih.

PENDIDIKAN

ARKIB : 01/08/2011
Pengetua teraju kecemerlangan sekolah
Oleh TAN SRI ALIMUDDIN MOHD DOM
tansrialimuddin@yahoo.com
PENULIS ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidi
kan&pg=pe_01.htm#ixzz3W1MxsBlB
Utusan Melayu (M) Bhd

Sebahagian daripada pengetua yang hadir pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
Pengetua Sekolah Malaysia ke-50 Tahun 2011 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.

Pengetua merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah
sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya.

Ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial,
kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi pencapaian
dan kecemerlangan sekolah.

Demikianlah antara intisari ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-50 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.
Persidangan tersebut dianjurkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah dengan tema 'Kepimpinan
Holistik Menjana Transformasi Pendidikan Negara'.

Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang
pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik
yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara.
Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering
dijadikan fokus utama.

Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata
tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek,
sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.

Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan
mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor
yang signifikan.

Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan
biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang.

Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh
pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai
perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat
sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara,
Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan
oleh semua sekolah.

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang
telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran
tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan.

Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab,
berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas
dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya
kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.

Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan
akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting
kepada sekolah.

Dengan memberikan 'empowerment' dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan


tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan.
Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti.
Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan.

Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar
dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.

Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya
dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran
masa depan.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidi
kan&pg=pe_01.htm#ixzz3W1N96Lab
Utusan Melayu (M) Bhd

BUDAYA CEMERLANG

Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah
anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda
?.

Pengetua merupakan pengurus atau pengerak utama kepada sesebuah organisasi persekolahan.
Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di
sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan dan memacu
kecemerlangan di sekolah. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan
keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah
kebijaksanaan kepimpinan pengetua.

Bukan mudah untuk memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh setiap warga sekolah,
daripada guru-guru, staf bukan akademik dan semua pelajar. Sebagai pengetua , seharusnya dapat
berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang berketrampilan.

Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera
pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan
mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang
maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan
penyelarasan. Dengan itu setiap warga sekolah dapat bergerak dan bekerja mengikut perancangan
yang telah ditetapkan bersama-sama kearah melahirkan budaya kerja cemerlang.

Pengetua juga harus memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua
seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta
mampu menggerakkan stafnya ke arah melahirkan budaya kerja dan budaya sekolah cemerlang.

Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai clinical
practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan. Pengetua juga
perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau
pencerapan yang berkesan.

Pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan sebagai
penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang
hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan
kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Selain daripada itu
kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang
menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan
memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai
sebuah sekolah yang unik dan mempunyai ciri-ciri sekolah cemerlang.

Secara kesimpulannya sebagai pemimpin, pengetua seharusnya memberi penekanan kepada


pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik, kepemimpinan pengajaran yang kuat
diberikan oleh pengetua atau guru-guru lain, memastikan kestabilan guru-guru dan staf , memberi
penekanan kepada kurikulum dan pengajaran, mewujudkan program pembangunan staf di peringkat
sekolah, memastikan penggunaan masa yang berkesan serta melibatkan lebih masa kepada
pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik. Dengan itu budaya sekolah
cemerlang akan wujud dengan sendirinya.
Posted by Rusidi Mustapha at 15:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah ?.

Sekolah berkesan adalah sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria
tertentu. Biasanya menggunakan prestasi pencapaian pelajar sebagai pengukur pencapaian.
Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam
pencapaian akademik pelajar, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai
kepemimpinan yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai hubungan yang baik
dengan komuniti dan sekolah yang mana hubungan antara warganya baik dan mengamalkan
kejelekitan yang tinggi.

Bagi penambahbaikan sekolah pula, ianya diukur dari segi tahap pelaksanaan inovasi atau
meningkatkan keadaan sekolah atau sistem sekolah manakala bagi keberkesanan sekolah pula ianya
merupakan satu konsep berasaskan semakan ciri-ciri yang ada pada sesuatu sekolah. Mengikut
Webes, ada 8 faktor untuk sekolah berkesan iaitu kepimpinan pengurusan yang kuat, ekspektasi
pencapaian pelajar yang tinggi, suasana persekitaran sekolah yang positif, penegasan kepada amalan
membaca, additional reading personel, penggunaan phonies (melalui orang lain), pengajaran
memusatkan pelajar dan pemikiran yang berterusan ke atas pencapaian pelajar.

Secara keseluruhannya faktor-faktor ini berfokus kepada beberapa dimensi berikut iaitu
kepimpinan, effikasi dan efficiency. Ketiga-tiga dimensi ini pula adalah berasaskan kepada elemen-
elemen:
(a) kepimpinan pengetua
(b) faktor guru
(c) faktor pelajar

(d) faktor persekitaran dan kontekstual.


Penambahbaikan sekolah juga adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah.
Usaha ini datangnya sama ada dari dalam sekolah atau dari pihak luar sekolah. Fokus
penambahbaikan sekolah adalah segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khusunya
peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini
memerlukan satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara
berterusan dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah, iaitu budaya dan
keadaan-keadaan membolehkan yang memberi kesan/impak kepada pengajaran-pembelajaran di
bilik darjah sekolah, menjadi sasaran perubahan. Segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dikelola oleh
guru-guru dan orang lain, bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah. Contohnya
kaedah mengajar, aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan pengalaman-
pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti.

Oleh itu, sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah merupakan konsep yang diukur dari segi ciri-
cirinya. Bagi penambahbaikan sekolah pula ianya sesuatu prose yang berterusan tanpa titik noktah
kerana sekolah yang lemah memang memerlukan penambahbaikan manakala sekolah yang
sederhana masih memerlukan peningkatan dan perubahan. Sekolah yang cemerlang dan gemilang
masih bergerak ke arah perfectness; atau kesempurnaan. Oleh itu tiada suatu piawai yang menjadi
titik berhenti bagi penambahbaikan .
http://rusidimustapha.blogspot.com/

Bagaimana Pengetua Memimpin Guru-Guru Tanpa Menggunakan Kuasa & Kedudukan .

Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan. Kajian dan penulisan mengenai
pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua adalah pembolehubah yang paling penting bagi
menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993).
Justeru itu, dalam pengurusan berasaskan pengupayaan (empowerment) ini pengetua seharusnya
memiliki sifat-sifat berikut:

i) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya.

ii) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.

iii) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.

iv) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.

v) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran

sekolah.

Dalam ha1 ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai kepimpinan yang
tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik.

Pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan tanpa perlu menggunakan kuasa atau
kedudukan. Menerusi struktur pengurusan yang berdasarkan konsep pengupayaan
(empowerment), pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik. Pengurus pendidikan
yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang mempunyai tahap kepuasan
yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).

Hierarki struktur yang tidak rigid. Dalam menghadapi dilema pengurusan institusi persekolahan,
pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan pengurusan yang pelbagai. Pengurusan yang
berasaskan reflektif rasionaliti adalah lebih baik dari teknikal rasionaliti (Dr.Wan Zahid, 1993). Ia
mempunyai kaitan dengan ciri pengurusan yang tidak homogen, rutin dan boleh ditelah perilaku dan
hasilnya. Ini merupakan salah satu ciri pengupayaan (empowerment) yang diterima di sekolah-
sekolah.

Wujud bentuk pemuafakatan. Setiap keputusan yang dibuat lebih banyak berdasarkan kepada
pemuafakatan antara pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru. Pembinaan iltizam berasaskan
konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusi
pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga
melibatkan unsur PIBG. Unsur bersama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu
bapa penting bagi meningkatkan prestasi sekolah. Situasi yang sedemikian juga merupakan antara
elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan.

Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh. Dalam pengurusan


organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber dengan cekap,
maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya kebolehan maklumat
yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap. Oleh yang demikian, ciri ini
wujud menerusi pengupayaan (empowerment) di sekolah kerana ia memungkinkan individu-
individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan kepada mereka dengan
lebih efektif.

Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam menangani
masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajarnya diberi kebebasan untuk
mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan tugas
tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Pengalaman ini merupakan
aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan (empowerment) di peringkat sekolah.

Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti. Tindakan-tindakan yang
berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak sesuai dalam melakukan
anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, menerusi konsep pengupayaan ini, sesuatu tindakan itu
harus terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian keseluruhannya. Ini juga
mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat
imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dari rutin dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur
penting bagi keberkesanan komitmen oleh institusi persekolahan.

Mewujudkan prinsip skalar. Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan (empowerment) dalam


organisasi pendidikan, ia secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalam pengurusan.
Menurut prinsip ini yang dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner (1984) para anggota
organisasi mengetahui di mana kedudukan mereka dalam rantaian perintah. Prinsip skalar
meyarankan kemestian mewujudkan satu garis autoriti secara jelas yang menurun selangkah demi
selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasi hinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan
mengelakkan pertindanan bidang kuasa dan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan
organisasi itu sendiri.

Prinsip keesaan perintah. Mengikut prinsip keesaan perintah setiap orang dalam organisasi
hendaklah melaporkan kepada hanya seorang ketua sahaja. Melaporkan kepada lebih daripada
seorang ketua menyulitkan seseorang itu untuk mengetahui kepada siapa tertakluk
kebertanggungjawabannya dan arahan siapa mesti diikuti. Konsep ini bersesuaian dengan
pengupayaan (empowerment) di institusi persekolahan supaya pertindanan arahan tidak berlaku di
antara pengetua dengan timbalan-timbalan pengetua.
Mewujudkan sistem pemantauan. Sistem pengesanan atau pemantaun akan lebih bermakna jika
mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa, penting dalam
menentukan bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan
(empowerment) dalam sesebuah sekolah. Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara
unsur yang dapat dikenalpasti menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam pengurusan di
institusi-institusi persekolahan dinegara ini. Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif
terhadap pola kepimpinan pengetua menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam
beberapa bidang yang dilakukan di sekolah. Kajian yang dilakukan tentang sekolah-sekolah efektif
menjelaskan bahawa pengetua memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan atau
kecemerlangan sekolah. Justeru itu, adalah penting pengetua diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu
pengurusan terkini supaya dapat dijadikan panduan meggerakkan sekolahnya menuju kepada
kecemerlangan. Wan Mohd Zahid Nordin (1993) menjelaskan bahawa pengetua yang hanya
menjalankan tugas berasaskan arahan dan surat pekeliling semata-mata merupakan pengetua yang
tidak prolifik terhadap bidang tugasnya dan ia tidak berupaya membawa sekolah yang dipimpinnya
ke tahap gemilang. Para pengetua harus bersikap kreatif, inovatif dan proaktif. Untuk itu, budaya
ilmu mestilah menjadi pengamalan harian para pengurus organisasi pendidikan itu sendiri.
Sehubungan dengan usaha untuk membawa tahap kecemerlangan sekolah-sekolah yang
dipimpinnya, maka para pengetua sewajarnya mempelajari cara gaya pengurusan terkini supaya
ilmu bantu ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Hussain Ahmad (1993)
menekankan pengurusan yang bercorak insaniah yang menekankan aspek-aspek hubungan dan
kemanusiaan. Jika bijak dilaksanakan akan membantu pengetua menyelesaikan banyak masalah
dalam pengurusan institusi persekolahan tanpa perlu menggunakan kuasa atau kedudukannya
sebagai pengetua. Ini adalah aspek yang menjadi akar umbi dalam pengurusan sekolah yang
diasaskan kepada prinsip atau konsep pengupayaan (empowerment) itu sendiri.
Posted by Rusidi Mustapha at 01:06 No comments:

Bagaimana memajukan sekolah ?

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan
kecemerlangan sesebuah sekolah.

Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar
dan boleh mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan
para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif
dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu
budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan
bukanlah semata-mata untuk pengetua sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar
mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai
kepemimpinan yang berkesan

Sehingga hari ini sering berlaku pertembungan di antara para pendidik tentang keberkesanan
sekolah. Ada pihak yang menyatakan bahawa keberkesanan sekolah diukur melalui keputusan
peperiksaan awam samada UPSR bagi sekolah rendah dan SPM atau PMR bagi sekolah menengah.
Setiap sekolah yang mendapat peratus kelulusan yang tinggi dan kuantiti pelajar yang mendapat A
terbanyak dianggap sekolah yang berkesan. Sekolah yang membekalkan keputusan yang baik akan
berlumba menyediakan jalan pintas kepada murid-murid supaya mereka akan mampu menjawab
dengan tepat dalam masa beberapa hari peperiksaan kerana itulah kayu pengukur kepada
keberkesanan sesebuah sekolah.

Setiap tahun tumpuan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan dan subjek-subjek peperiksaan
sehingga mengabaikan murid-murid lain dan juga subjek lain yang tidak termasuk di dalam
peperiksaan awam. Jika seseorang murid yang mungkin sakit pada hari peperiksaan tidak dapat
menjawab soalan dengan baik dan jika kayu pengukur kejayaan murid adalah berdasarkan
peperiksaan ini maka kita akan mendapati bahawa beliau akan dianggap sebagai tidak berjaya
mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah.

Pihak yang kedua menganggap keberkesanan sekolah adalah merupakan keupayaan sekolah
memberikan pendidikan kepada murid mereka berasaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang berhasrat menjadikan murid-murid berketerampilan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Pendidikan yang diberikan adalah bersifat 'authentic' yang menjurus
kepada ilmu yang kembali digunakan di dalam kehidupan bermasyarakat setelah menamatkan
proses pendidikan peringkat sekolah.

Persoalannmya, mengapa pelbagai pihak suka menggunakan keputusan peperiksaan untuk


mengukur keberkesanan sekolah ini? Jawapan yang mudah ialah sesuatu perkara yang boleh
menjadi maklumat berbentuk data mudah untuk dianalisa dan ditentukan 'ranking' masing-masing'.
Pihak PPD, JPN dan KPM menganggap mereka telah menjalankan tugas dengan baik apabila mereka
telah menentukan tahap keberkesanan sekolah di bawah tanggungjawab masing-masing
berdasarkan rekod dan analisa peperiksaan awam. Kebenarannya ada kerana sekolah adalah
bermatlamat mendidik dan perubahan tingkah laku senang diukur berdasarkan kepada teori
berbanding memerhatikan amalan kerana ia mengambil masa yang lama dan sangat 'individualistik'.
Sebab itulah kajian kuantitatif sering digunakan oleh para penyelidik untuk membuat sesuatu
generalisasi tentang apa yang apa yang berlaku di sekolah berbanding kajian kualitatif.

Apakah sebenarnya keberkesanan sekolah? Para pengkaji mempunyai pelbagai cara untuk
menerangkan tentangnya tetapi secara umum ia bermaksud'the productionof desiredresult'.

Apakah yang ingin kita lihat tentang keberkesanan sekolah adalah beberapa faktor yang ada yang
merangkumi perkara yang paling asas dan utama iaitu peningkatan pencapaian akademik. Ini adalah
merupakan "core business' bagi institusi pendidikan. Namun, ia tidak berhenti di situ sahaja
sebagaimana yang dilakukan oleh sekolah pada hari ini apabila orientasi peperiksaan diutamakan. Ini
adalah kerana perkara-perkara berikut juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah
sekolah iaitu kualiti, sikap dan kemahiran murid. Murid sebagai input di sekolah melalui proses untuk
mengubah ASK ( attitude, skill dan kemahiran) sebagai output dan menjadi modal insan sebagai
outcome. Bagi mengeluarkan produk ini, ia memerlukan lebih daripada proses latih tubi kertas
peperiksaan kerana bagaimana kita hendak membentuk sikap, atitud dan kemahiran ini jika semasa
mereka berada di kelas, kemahiran yang digunakan hanyalah menjawab soalan semata-mata. Tidak
ada proses pengajaran dan pembelajaran yang lain yang membina kreativiti dan sebagainya. Di
sekolah , keberkesanan juga merujuk kepada pembinaan kapasiti guru yang mana hasilnya juga
adalah keupayaan guru untuk membina perkembangan murid selaras dengan visi dan misi sekolah.
Posted by Rusidi Mustapha at 05:34 No comments:

http://www.smkrwg.com/v1/downloads/80-berita/slides/82-guru-dan-ibubapa-pencetus-
kecemerlangan-sekolah.html

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan
pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur
dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan
ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian
salah laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-
anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang
serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini
termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka
mulai memulaukan sekolah dan mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatif PIBG, semua
bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan
PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar.

Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan
untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan
ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh
digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan
kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan
di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat
memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan
Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.

Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap
sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk
terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina
semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali
bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan
gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat
melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap
perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi
sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu,
perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi
sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh
berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah.
Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa tertekan dan terancam apabila
menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
Kejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah guru merupakan
gejala yang boleh mematahkan semangat guru. Tindakan PIBG membela nasib guru yang menjulang
amanah ini akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak
langsung dapat membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-
royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-
royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan
pelajar, malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan
prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan
itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti
membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelaj ar yang berkualiti pada masa hadapan.
Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat aur dengan tebing yang perlu saling membantu. Dengan
kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan

http://impianrika.blogspot.com/2010/12/guru-memainkan-peranan-penting-dalam.html

Dec
24
guru memainkan peranan penting dalam menjana modal insan pada masa akan datang
Guru.Salah satu daripada profession pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia sama ada melalui
kerajaan ataupun swasta.Zaman prakemerdekaan melihatkan tugas guru hanyalah mengajar
membaca,menulis dan mengira.Namun begitu,seiring dengan peredaran masa,beban di bahu para
guru aset negara ini bertambah.Peranan mereka dalam dunia pendidikan sekarang bukan sahaja
untuk mengajar,malah,menjana modal insan akan datang.

Guru dikatakan antara orang yang paling sesuai dalam memikul peranan ini.Hal ini kerana,tugas
mereka pada zaman sekarang bukan sahaja untuk mengajar,malah untu mendidik.Perkara ini
menyebabkan terjalin satu ikatan yang kuat antara guru dan pelajar sehinggakan ada guru yang
sanggup mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit demi kecemerlangan pelajar.

Kedua-dua guru dan pelajar merupakan manusia biasa.Perbezaan yang ada pada mereka adalah dari
segi umur dan cara pemikiran.Sudah pasti para guru lebih berumur dan lebih matang dalam cara
pemikiran berbanding para pelajar.Para pelajar yang terdiri dalam kalangan remaja biasanya muda
dan masih mentah jalan pemikirannya ibarat setampuk pinang.Pada saat2 yang genting dalam
mencari identiti diri ini,para remaja akan menjadikan sesiapa di sekeliling mereka sebagai idola dan
contoh.Tugas guru yang mencabar dan penampilan yang berwibawa menjadikan setiap pelajar
melihat guru sebagai idola mereka ke arah yang positif.Hal ini dapat dijadikan sebagai platform
dalam menjana modal insan pada masa akan datang.

Purata seorang pelajar menghabiskan masa di sekolah setiap hari adalah selama 8 jam atau
lebih.Kesemua aktiviti yang diakan di sekolah memerluka kehadiran guru sebagai penasihat atau
pembimbing.Tidak hairanlah jika terjalin satu ikatan silaturahim yang cukup erat antara guru dan
murid sehinggakan ada murid yang menjadikan guru sebagai tempat meluahkan perasaan dan
masalah.Kata2 dorongan yang positif menaikkan semangat pelajar.Tidak mustahil apabila terdapat
seseorang yang berjaya meletakkan dorongan guru sebagai resipi kejayaan.

Namun begitu,tanggungjawab dalam menjana midal insan akan datang bukanl satu tugas yang
mudah.Oleh itu,tidak adil jika peranan ini disandarkan kepada guru2 seratus peratus tanpa
membabitkan pihak yang lain.
Ibu bapa sebagi tunggak utama keluarga ialah insan yang paling berpengaruh dalam membentuk jati
diri anak2.Budaya keluarga yang diamalkan dalam sesebuah keluarga menggambarkan bentuk
keperibadian generasi akan datang.Justeru,ibu bapa perlu membudayakan institusi kekeluargaan
mereka dengan cemerlang bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Remaja zaman sekarang menjadikan media massa sebagai tumpuan hiburan yang utama.Perkara ini
boleh dijadikan alternatif bagi mencapai matlamat ini.Media massa perlu mempengaruhi pemikiran
remaja ke arah yang lebih positif demi kemajuan dan kestabilan ekonomi negara.

Kawasan persekitaran juga dapat membantu kita dalam melahirkan tampuk pentadbiran yang
memiliki keperibadian modal insan.Kerajaan disarankan agar menyediakan prasarana secukupnya
dan berusaha dalam mengurangkan kadar jenayah agar aset2 negara kita dapat membesar dalam
keadaan jiwa dan minda yang bersih.

Akhir kata,menjana modal insan ialah harapan negara yang ingin melihat pewaris bangsa kelak ialah
seorang yang berwibawa dan berpandangan jauh.Justeru,pelbagai usaha yang drastik dan pragmatik
diperlukan bagi mencapai cita2 ini.

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/disiplin-pacu-kecemerlangan-sekolah-
amanah-32910

Anda di sini: Laman Utama | Video


Disiplin pacu kecemerlangan Sekolah Amanah

You might also like