You are on page 1of 4

Soalan 1

(a) Apakah prinsip-prinsip umum perkembangan?

(b) Huraikan aspek perkembangan manusia:

(i) fizikal

(ii) kognitif

(iii) personaliti dan sosial

a) Perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal di dalam diri seseorang.

b) Hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. perkembangan sepanjang hayat,


iaitu perkembangan daripada segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta Bahasa.

i) Dari segi fizikal, bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan,
berlari , melompat dan sebagainya.

ii) Dari segi kognitf, berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka,
pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.

iii) Dari segi personality dan social ialah menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta
peranannya, kepentingan, disiplin, kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya serta
berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Soalan 2

a) Huraikan DUA faktor yang mempengaruhi perbezaan individu:

(i) Baka

(ii) Pesekitaran

Faktor Baka

Mewarisi sifat tertentu melalui perwarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya. Selain
itu , mewarisi sebahagian besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret
personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. contohnya warna mata .

Faktor Persekitaran

Individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan seseorang
yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran
merupakan perkara yang bukan genetic yang mempengaruhi seseorang individu.
(b) Bincangkan TIGA strategi/kaedah pengajaran dalam menghadapi perbezaan individu.

Kaedah Kumpulan - Pelajar berbeza daripada segi keupayaan, bentuk kumpulan aktiviti
pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka.

Program Pengayaan dan Pemulihan - menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas
dan bahan pemulihan untuk pelajar yang lambat.

Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multi-media - menyediakan modul pembelajaran


terancang atau perisian e-learning di dalam komputer, bersesuaian dengan pelajar cerdas,
sederhana dan lambat.

Soalan 3

a) Apakah yang dimaksudkan pembelajaran?

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu
penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek.

(b) Jelaskan secara ringkas TIGA jenis pembelajaran.

Pembelajaran Formal
Pembelajaran formal adalah pendidikan yang diterima secara langsung daripada institusi tertentu
seperti sekolah, maktab atau university.

Pembelajaran informal (tidak formal)


merupakan perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar
didikan dan asuhan ibu bapa. Seperti di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri
seminar, menonton televisyen, dan lain-lain.

Pembelajaran nonformal
bentuk pembelajaran yang berlaku secara sampingan dan bertujuan menambah dan
melengkapkan pembelajaran yang memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang
dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu.

Soalan 4

(a) Senaraikan LIMA ciri tradisional model sekolah.

Sekolah tradisional

a. Merupakan sekolah pilihan.

b. Mempunyai kadar kepuasan yang tinggi di kalangan ibubapa mengenai pencapaian anak
mereka.
c.Kaedah atau gaya pengajaran yang formal di mana kelas di bawah arahan guru pelajar duduk
mengikut barisan pelajar bekerja secara individu untuk kelas amali atau praktikal yang dipandu.

d. Guru dibenarkan menggunakan teknik terkini sesuai dengan falsafah sekolah tersebut.

e. penglibatan ibu bapa adalah komponen penting di sekolah.

(b) Dalam model penstrukturan semula sekolah, guru-guru harus melatih pelajar dalam pelbagai
kemahiran belajar. Jelaskan secara ringkas LIMA kemahiran belajar yang perlu dikuasai /
dipelajari oleh pelajar.

Kemahiran Belajar

a. Kemahiran dalam Proses Belajar


Kemahiran ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi apa
yang dikuasai.

b. Kemahiran Menguruskan Masa


Kemahiran ini lebih kepada penyediaan jadual waktu belajar, pengurusan masa yang terluang
mempastikan pembahagian masa mengikut kepentingan tugasan.

c. Kemahiran Perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu. Kecekapan menggunakan teknik-teknik carian dalam
perpustakaan akan menjadikan tempoh carian maklumat yang dikehendaki lebih singkat dan jitu.

d. Kemahiran Memperoleh Maklumat


kemahiran ini melibatkan kecekapan dalam mengenal pasti maklumat yang diperlukan.
Seterusnya, proses pengumpulan maklumat bagi tujuan analisis sebelum ia disampaikan.

e. Kemahiran Membaca
secara pantas (skimming dan scanning), kritis seperti SQ3R
(Skim/Survey, Question, Read, Recite, Review) iaitu baca sepintas lalu, menyoal, membaca,
menyebut semula, menyemak.

f. Kemahiran Membuat Nota


perkataan penting,singkatan, simbol, nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai
bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
Part C / Bahagian C

Instructions / Arahan

Part C contains TWO questions. Answer ONE question ONLY.

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Explain the THREE types of programmes designed for students with special needs.(20%)

Jelaskan TIGA jenis program yang direka untuk pelajar istimewa.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Definisi
satu program pendidikan kanak-kanak secara individu yang dibuat secara bertulis bagi
pencapaian kanak-kanak yang berterusan.

Objektif

a. Membawa penglibatan pelajar dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti pembelajaran dalam
bilik darjah;

b. Mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi akan datang; dan

c. Berdasarkan kepada kekuatan pelajar

You might also like