You are on page 1of 11

PERBEZAAN PAKAIAN FORMAL DENGAN TIDAK FORMAL

Tiga jenis pakaian yang kerap digunakan

Pakaian formal

Pakaian semi-formal

Pakaian kasual

PAKAIAN FORMAL

pakaian yang sesuaidipakai untuk acara sosialyang formal



terdiri daripada pakaiantradisional, pakaianseragam,pakaian rasmi &pakaian upacara

P FORMAL

Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk
individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.

Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa
dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.

Pakaian formal terdiri daripada:

A. Wanita

1. jaket dengan skirt atau seluar


2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai
3. kurung atau kebaya
4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)

Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau
stoking nipis untuk menutup kulit.
Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna
tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang
beropol-ropol atau berfesyen pelik.

B. Lelaki

1. baju sut/blazer yang sesuai


2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali
leher
3. vest
4. tali pinggang atau suspender
5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
6. kemeja batik/baju melayu dan samping
7. kasut kulit

Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu


menonjol.Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga
menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat,
iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan
warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna
sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.

Contoh pakaian formal


Pakaian tidak formal(pakaian semi-formal)

SEMI-FORMAL

Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh
tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi
ke pejabat.

Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan
yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih
selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih
bersemangat untuk bekerja.

Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa
bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat,
ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej
syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.

Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan
yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan?
Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas
yang perlu anda patuhi.

Pakaian semi-formal terdiri daripada:

A. Wanita
1. seluar panjang
2. skirt
3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
4. blaus
5. blazer/jaket
6. gaun kasual

B. Lelaki
1. seluar panjang
2. kemeja lengan panjang
3. t-shirt berkolar
4. kemeja lengan pendek
5. jaket/blazer
6. tali leher

Jenis kain yang sesuai ialah:


1. khaki
2. rayon
3. polyester
4. batik
Contoh pakaian semi-formal
Pakaian kasual(biasa)

KASUAL

Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai.
Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat
kawan dan bersiar-siar.

Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi
anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya.
Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-
royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

Pakaian kasual terdiri daripada:


1. jeans – tidak kira seluar atau skirt
2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang
sopan
3. seluar pendek
4. seluar capri
5. kasut sukan
6. selipar

Jenis kain yang sesuai ialah:


1. denim
2. kain kapas
3. khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas


boleh dibasuh dengan mesin basuh.
JENIS-JENIS PAKAIAN KASUAL
Dress Shirt

Berbanding jenis kemeja lain, dress shirt dianggap kemeja paling mahal dalam koleksi
lelaki. Ciri-ciri asas dress shirt sudah pasti kemeja berlengan panjang serta sering
dirujuk sebagai button-down collar dress shirt atau kemeja berkolar dengan butang
penuh di depan.

Dress shirt mempunyai pelbagai variasi, warna dan potongan serta berfungsi sebagai
persalinan formal atau ke pejabat. Dress shirt selalunya digandingkan dengan tali
leher bersama warna sepadan atau digayakan bersama blazer, suit atau sports
jacket.

Pemakaian dress shirt yang bersuaian akan menyerlahkan ciri profesionalisme anda
sewaktu bertugas atau menghadiri majlis rasmi.

Sports Shirt

Sports shirt didatangkan dalam dua versi iaitu lengan panjang dan pendek. Sama
seperti kemeja dari kategori dress shirt, kemeja sukan bagaimanapun lebih longgar.

Sports shirt boleh dipadankan dengan seluar denim dan stail kemeja ini boleh dilihat
dalam pakaian seragam ketenteraan dan golongan pekerja kolar biru. Sports shirt
sejak akhir-akhir ini makin popular apabila kod berpakaian kasual sektor korporat
mula diperkenalkan.

Sports shirt diperbuat dari pelbagai jenis kain seperti kapas atau polyester. Namun
sebagai peringatan, sports shirt tidak layak diberi ‘layanan’ sama seperti dress shirt
yang lebih formal.

Kemeja Polo atau Kemeja Golf


Kemeja Polo atau kemeja golf melengkapi ciri-ciri pakaian kasual lelaki namun dalam
keadaan tertentu, ia boleh dianggap lebih bergaya daripada kemeja lengan pendek
yang digayakan lelaki.

Kemeja Polo atau golf dipopularkan pemain polo dan golf di Eropah dan Amerika
Syarikat (AS). Lazimnya, kemeja Polo memiliki kolar dan dilengkapi tiga hingga empat
butang di bahagian depan.

Team Jersey

Jersi pasukan ini dipopularkan kumpulan sukan. Selalunya, jersi dilengkapi nama dan
logo pasukan sukan dengan nombor pemain pilihan. Jersi makin popular sebagai
persalinan menyaksikan acara sukan atau acara kasual lain.

Selalunya, jersi memiliki bahagian leher potongan krew atau potongan v.

Kemeja T

Tidak perlu dipertikai, kemeja T adalah pilihan No 1 lelaki! Mengikut sejarah awal,
kemeja T sebenarnya dicipta sebagai pakaian dalam lelaki untuk dipadankan dengan
seluar dalam.

Namun, evolusi gaya mengubah status kemeja T yang kini boleh ditemui dalam
pelbagai jenis bentuk, gaya dan corak. Kemeja bersifat fleksibel, selesa dan ringan
apabila dipakai. Namun, pemakaiannya sudah pasti terhad kepada acara santai atau
pakaian hujung minggu.

Tuksedo

Kemeja tuksedo adalah pakaian rasmi yang dipakai bersama jeket tuksedo. Kemeja
tuksedo bukanlah persalinan yang sering digayakan, sebaliknya hanya disarung
ketika menghadiri majlis formal seperti perkahwinan atau menonton opera.
Kemeja tuksedo berlengan panjang dan memiliki butang penuh serta berwarna
putih. Ia dihasilkan dengan corak plate di hadapan dan kolar kecil yang digayakan
bersama bow tie.

PAKAIAN BATIK FORMAL ATAU BUKAN

Pertama kali saya membaca nama mata kuliah Kecakapan Antarpersonal, ada sedikit rasa
senang di hati saya karena saya memikirkan mata kuliah yang akan memperbaiki kecapakan
saya untuk berinteraksi dengan orang lain dan manajemen diri. Saat Bu X memulai
menerangkan tentang aturan main di kelas saya juga senang sampai akhirnya dosen kita yang
satu ini menyuruh mahasiswa untuk memakai pakaian �office look� yang kira-kira intinya
seperti ini: kemeja lengan panjang, dasi, sepatu hitam, sabuk hitam (ini yang saya tangkap).

Bagi saya dengan menyuruh mahasiswa berpakaian seperti itu akan membuat mahasiswa
yang sudah menemukan kepribadiannya akan sedikit demi sedikit pupus dan muncul
kepribadian baru yang sama sekali berbeda dengan kepribadiannya sekarang. Apa yang saya
rasakan �Oh tidak, bagaimana dengan aku? Dari mana aku dapat sepatu hitam? Satu-satunya
sepatuku adalah sepatu batik !_!� dengan perasaan sedikit dongkol. Mungkin Bu X pernah
atau sering menemui orang-orang seperti saya saat menjadi trainer atau mengajar di kelas.
Memang hal itu akan membentuk kepribadian baru bagi orang yang belum menemukan jati
dirinya. Tetapi bagi orang lain (saya) hal itu malah memungkinkan untuk menghancurkan
kepribadian dan image yang sudah saya bentuk. Kenapa saya bilang begitu? Bagi saya, jika
semua pakaian mahasiswa di atur seperti itu, salah satu keunikan mahasiswa yaitu ingin
tampil beda akan hilang. Setiap orang mempunyai karakteristik yang berbeda-beda, kenapa
harus merubahnya? Karakteristik yang pada sebagian orang adalah sebuah aset dan atau
sebuah image yang sudah melekat pada orang lain harus diganti.
Fakta:
 Bob Sadino saat bertemu dengan Presiden RI tetap mengenakan kemeja dan celana
pendek yang sudah menjadi ciri khasnya.
 Onno W. Purbo saat mengisi seminar baik di dalam atau di luar negeri dan saat
mengunjungi perdana menteri negara lain �baju formal�nya adalah: kemeja batik.
 Dan apa yang menjadi ciri khas seorang Adi Nugroho dilihat dari penampilannya? Sama
seperti pak Onno W. Purbo: batik. Entah baju, celana, sepatu, cover laptop, sandal, dasi
dan hal lainnya.

Saya membangun image batik agar melekat di tubuh saya sudah selama setahun dan akhirnya,
saat saya tidak mengenakan atribut berupa batik, orang-orang di sekitar saya sebagian akan
bertanya� Kok tumben ga pakai batik?� Saat saya di kampus yang saya kenakan batik, saat
di acara formal atau pun tidak yang saya kenakan batik. Walau kadang saya harus menutup
kemeja saya dengan baju almamater atau pun jaket (karena kadang kedinginan di dalam
ruangan) saya tetap memakai batik selama masih ada kemeja batik yang bersih di lemari
pakaian saya.� Apa yang saya inginkan dengan itu? Memperkuat image batik dalam diri saya.

Beberapa alasan saya memakai batik:


 hal ini lebih efektif untuk menyatakan cinta kepada batik daripada melakukan demo,
membuat artikel soal M negara pencuri dan sebagainya untuk melawan M yang merebut
hak paten batik milik Indonesia.
 Kampanye bahwa batik bisa dipakai untuk pakaian sehari-hari baik untuk kalangan muda
ataupun tua.
 Batik itu keren
 Lebih nyaman memakai batik daripada kemeja polos
 Saya suka hal-hal yang berbau seni
 Sebuah icon yang melekat di diri Adi Nugroho dan kadang membuat saya menjadi objek
perhatian
 Secara tidak langsung membuat orang-orang disekitar saya menjadi tidak malu memakai
batik.

Memang saya punya beberapa kemeja warna polos dan celana hitam yang kadang juga saya
pakai, tetapi ini soal pelajaran kepribadian. Saya tidak mau dan mungkin Ibu X juga tidak mau
jika mahasiswanya hanya memakai pakaian formal pada saat mata kuliah saja lalu setelah
mata kuliah berakhir berubah lagi menjadi pribadi yang dulu. Jika saya lakukan hal itu,
membuat saya berlaku seperti pembohong.

Hal yang ingin saya dapatkan di mata kuliah ini bukanlah merubah penampilan saya
tetapiperbaikan dalam hal manajemen diri, manajemen waktu, manajemen kepemimpinan,
skill berbicara di depan publik dan skill untuk menjalin hubungan dengan orang lain
Klasifikasi pakaian untuk wardrobe yang lengkap ialah :

Klasifikasi
Pakaian Pakaian
Ciri-ciri Lelaki Perempuan

 Mudah menyerap
lembapan
 Fabrik nipis &  Kain dalam
sederhana tebal,  Kamisol
Pakaian lembut, & halus.  Korset
Asas  Saiz yang sesuai.  Singlet  Girdel

 Sopan  Baju
 Melambangkan unsur Melayu
tradisional dan  Kemeja  Kebaya
diperbuat daripada lengan  Baju kurung
fabrik yang dihias panjang &  Ceongsam
seperti songket, renda, seluar  Pakaian
sutera, dan satin. panjang. seragam
 Mudah dikendalikan  Lounge suit sekolah
seperti drill.  Pakaian  Pakaian
Pakaian  Dihias dengan labuci, Seragam pengantin
Formal manik, & sulaman.  Blazer  Sari

 Kemeja
T
 Seluar  Baju kurung
Khaki  Kemeja T
 Mudah dikendalikan  Jean  Blaus
Pakaian  Stail yang ringkas  Kemeja  Slek
Kasual  Selesa dipakai Polo  Skirt denim

 Kemeja T
 Selesa untuk  Seluar trek  Seluar trek
pergerakan  Seluar  Leotard
 Teguh bermuda  Kemeja T
Pakaian  Tahan lasak  Seluar  Pakaian
Riadah  Kemasan tak renyuk pendek mandi

 Pijama
 Mudah menyerap  Boxer  Gaun tidur
lembapan  Kain  Pijama
Pakaian  Pakaian longgar dan pelekat  Kain batik
Tidur selesa  Kemeja T  Housecoat
PERKARA YANG PERLU DILAKU ATAU DIELAKKAN SEMASA BERPAKAIAN
ADALAH:

1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.

2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan
bermotif
binatang yang pelik-pelik.

3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.

4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.

5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat
solek seperti
wanita.

You might also like