You are on page 1of 11

PBL3013

PRAGMATIK
SEMESTER 1,
2022/2023
NOVEMBER 2022

TUGASAN 2

KERTAS KERJA DAN PEMBENTANGAN (30%)

NAMA AHLI KUMPULAN: NO. MATRIK NO. TELEFON

1. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD 75865 018-9006137


SHUKRI CHOW

2. SHASHA HAZIEQA BINTI SAMSU 76746 019-8597657

NAMA PENSYARAH:

PROF MADYA DR FATIMAH SUBET

FAKULTI:

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


1.0 PENGENALAN

Dalam interaksi perbualan, perkara yang diutamakan ialah ujaran. Oleh sebab itu,
untuk menjayakan sesebuah interaksi perbualan, kerjasama antara penutur dengan
pendengar amat diperlukan kerana proses membentuk makna ujaran merupakan proses
persetujuan bersama antara penutur dengan pendengar yang merangkumi segala faktor
sosial, psikologi, batasan kognitif pendengar dan kekangan sosial yang dihadapi oleh
penutur ketika mengungkapkan sesuatu ujaran (Thomas 1995). Leech (1983) menganggap
ujaran sebagai bentuk lakuan atau kegiatan dan hasil lakuan verbal. Beliau berpendapat
bahawa penggunaan bahasa yang berkesan dalam ujaran adalah apabila penutur
mementingkan situasi tuturan yang peka-matlamat, iaitu menggunakan bahasa untuk
menghasilkan kesan tertentu pada fikiran pendengar. Kesan tersebut bukan semata-mata
memenuhi matlamat ilokusi penutur tetapi turut memenuhi matlamat sosial pendengar,
seperti dihormati, dihargai, tidak berlaku biadap, bercakap benar dan lain-lain

Dalam pragmatik, terdapat tiga lakuan pertuturan, iaitu perlakuan pengucapan,


perlakuan niat pengucapan dan perlakuan tindak balas pengucapan. Lakuan pertuturan ini
diperkenalkan oleh Austin (1962), kemudian Searle telah mengembangkan konsep ini
menjadi lokusi, ilokusi dan perlokusi. Leech (terjemahan Azhar M. Simin 1993)
menyatakan bahawa lakuan lokusi ialah melakukan lakuan menyatakan sesuatu. Oleh itu,
lokusi boleh diertikan sebagai perlakuan mengucapkan secara ujaran. Perlakuan tersebut
boleh dilakukan secara sopan dan tidak sopan. Untuk mengukur kesopanan bagi sesuatu
ujaran, Leech (1983) telah mengemukakan Prinsip Kesopanan (PS). Prinsip tersebut
mempunyai empat maksim, iaitu maksim santun, maksim kedermawanan, maksim
sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan dan maksim simpati.

lakuan Leech 1983, merujuk kepada satu satuan bahasa yang sering kali digunakan
oleh penutur bagi mematuhi etika sesuatu bahasa yang terdapat dalam masyarakat. Teori
Leech ini mula diperkenalkan oleh Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk
“Principles of Pragmatics (1983)”. Menurut Leech dalam teori kesantunan bahasa dapat
menerangkan kepada 3 isi utama dalam pertuturan iaitu mengandungi kesopanan dalam
pertuturan, skala kesopanan tuturan dan juga prinsip kesopanan. Dalam teori Leech ini,
terdapat beberapa prinsip-prinsip dalam bidang pragmatik yang menerangkan kepada
kelemahan daripada Prinsip Kerjasama yang telah dikemukan oleh Grice (1975).
Berdasarkan kepada teori Grice, terdapat 4 maksim yang seharusnya

dipatuhi oleh penutur ketika berkomunikasi iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim
releven dan maksim pelaksanaan. Maksim-maksim inilah yang menerangkan kepada
prinsip kerja sama. Namun, kenyataan sebenar, prinsip-prinsip ini tidak dapat dibuktikan
oleh Grice malahan tidak dapat sepenuhnya dilaksanakan, dipatuhi dan seharusnya
dilanggar. Teori Grice merujuk kepada teori yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat, dan tugas utamanya adalah untuk memelihara hubungan sosial dalam kalangan
penutur dan pendengar. Berdasarkan fakta inilah menyebabkan Leech menuntut untuk
mewujudkan adanya prinsip kesantunan dalam berkomunikasi. Dalam teori Lakuan
Tuturan Leech (1983) ini, teori ini lebih memfokuskan kepada 6 jenis maksim dalam
prinsip kesantunan bahasa iaitu maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim
dermawan, maksim sokongan, maksim persetujuan dan juga maksim simpati.

Telemovie raya di Astro Ria malam ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat seperti
Dato Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Eman Manan dan ramai lagi. Telefilem Terputusnya
Sebuah Doa arahan Rashid Sibir itu akan disiarkan jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro
Ria HD. Kisah seorang anak yang sangat disayangi oleh ibunya yang selalu mendoakan
kesejahteraan anaknya. Sehingga kebenaran mula terbongkar apabila ibunya mengetahui
kehidupan sebenar anaknya yang jahil. Filem ini amat penting bagi kita sebagai manusia
sentiasa berbuat kebaikan terutama kepada ibu bapa yang selalu mendoakan kesejahteraan
kepada anaknya dan janganlah berbuat perkara sehingga memalukan orang tua kita
terutama ibu yang dimana doanya amatlah makbul . Janganlah kerana tindakan tidak
bermoral kita membuatkan terputusnya doa seorang ibu. Oleh hal yang demikian, pengkaji
telah memilih filem terputusnya sebuah doa ini untuk dijadikan kajian atas sebab filem
tersebut mempunyai unsur-unsur mengenai teori lakuan tuturan yang telah dikemukakan
oleh Leech (1983) iaitu prinsip kesopanan (PS
2. 0 Objektif Kajian

Kajian ini meliputi dua objektif utama iaitu

I. menganalisis ujaran berkaitan dengan sebuah telefilem yang bertajuk “Terputusnya


sebuah doa”
II. menjelaskan ujaran tersebut dengan menggunakan Teori Lakuan Tuturan Leech
(1983).

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah analisis dengan menggunakan kualitatif dengan


memfokuskan sepenuhnya data berkenaan dengan Teori Lakuan Tuturan Leech (1983).
Penyelidikan kualitatif merupakan suatu proses di mana pemahaman yang didasari
menggunakan kaedah dalam pengumpulan data yang lazimnya digunakan untuk meninjau
sesuatu permasalahan sosial (Cresswell, 1994). Dalam kajian ini, kami menfokuskan
kepada prinsip kesopanan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Beliau telah
mengkatogerikan prinsip kesopanan kepada enam maksim iaitu maksim santun, murah hati
atau dermawan, sokongan, rendah hati, persetujuan dan maksim simpati. Filem
‘Terputusnya sebuah doa’ telah dipilih oleh kumpulan kami untuk dikaji dengan mendapat
data-data berkenaan dengan maksim-maksim yang telah dikategorikan oleh Leech. Kami
mengumpulkan data dalam menyelesaikan kajian ini menggunakan kaedah melayari
internet . Data yang kami perolehi akan dikumpulkan dan digabung bersesuaian dengan
skop pembahagian tugasan yang telah diberikan sejak awal lagi.
4.0 Dapatan Kajian
4.1 Maksim Santun
Salah satu maksim yang telah diperkenalkan oleh Leech mengikut kepada teori Lakuan
Tuturan Leech (1983) yang telah diperkenalkan adalah maksim santun. Maksim santun merujuk
kepada maksim yang memperlihatkan kepada kecenderungan dalam meminimumkan kos bagi
orang lain dan memaksimumkan manfaat bagi orang lain. Maksim santun juga merupakan salah
satu cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan berlakunya konflik dan mewujudkan
hubungan baik secara berterusan. Maksim santun dapat dibahagikan kepada 2 iaitu dari sudut
negatif dan juga dari sudut positif. Menurut wan Robiah & Hamidah (2009), lakuan bahasa
bukan sahaja merujuk kepada suatu bentuk pertanyaaan tetapi lebih kepada permintaan supaya
pendengar mendengar dan memberi maklumat, atau melakukan sesuatu tindakan terhadap
perkara dan maklum balas yang diterima. Berdasarkan kepada filem yang telah dipilih oleh kami
iaitu “Terputusnya sebuah doa”. Pengkaji telah meneliti dan menyenaraikan beberapa maksim
santun yang terdapat di dalam filem tersebut. Terdapat 2 maksim santun yang berjaya dikenal
pasti di dalam filem pilihan iaitu dari sudut positif dan daripada sudut negatif.
Contoh maksim santun yang pertama daripada sudut positif yang terdapat di dalam filem
“Terputusnya Sebuah Doa” adalah maksim santun meminta maaf berdasarkan kepada jalan cerita
dan watak utama yang dipaparkan di dalam filem “Terputusnya sebuah doa”. Di dalam filem ini,
menunjukkan maksim santun dalam sikap mereka terhadap orang lain. Berdasarkan kepada filem
tersebut watak- watak di dalam cerita ini kebayakkan meminta maaf sekiranya mereka sedar
mereka telah melakukan kesalahan. Terdapat pada babak dimana dahulunya Khabil seorang yang
jahat dan selalu membuat masalah kepada orang kampung dan akhirnya setelah lama menghilang
mencul kembali untuk berubah ke arah yang lebih baik bersama mak dan abangnya Khamar.
Jenis Maksim Santun Contoh atau ayat
1. Maksim santun meminta maaf “Aku nak minta maaf dengan kau, aku harap
kau maafkan” ujar Khabil kepada abangnya

2. Maksim santun mempertahankan “orang macam abang ni macam takde


peluang kedua ke, semua orang pandang
serong ke abang?” kata
Khabil kepada Sabrina
3. Maksim sedar diri “Insyallah selepas raya abang akan
tinggalkan kampung buat selamanya” Kata
Khabil kepada Sabrina

Jadual 1: Maksim santun dari sudut positif “Terputusnya sebuah doa”

Manakala maksim santun daripada sudut negetif yang dapat diperhatikan di dalam filem
“Terputusnya sebuah doa” adalah dalam satu babak di mana ramai orang memandang serong
kepada Khabil akibat kesalahan lampaunya dahulu. Di dalam babak ini, dapat diperhatikan
bahawa orang kampung tersebut menghina Khabil dan menyatakan bahawa dia masih sahaja
macam dahulu dan tiada apa-apa perubahan pada dirinya walaupun dirinya telah berubah dan
hanya dapat kepercayaan daripada imam sahaja. Mereka risau seandainya kehadiran Khabil akan
menghuruharakan dan tidak mendaimaikan. Namun bergitu, Khabil hanya mengabaikan makian
dan kejian mereka kerana Khabil merasakan bahawa dia perlu ke surau untuk menunaikan
kewajipannya.

Jenis maksim Santun Contoh atau ayat


1. Maksim santun menfitnah “Khabil tu kan dah menjadi malapetaka buat
orang kampung dan buat kampung menjadi
huru hara nanti”. Ujar orang kampung
kepada Mak Jah.
2. Maksim santun tidak bersangka baik Bukan Sabrina sahaj benci kat abang tapi
orang kampung juga

3. Maksim santun mengeji orang lain “Abang jangan cakap je nanti luka orang
kampung berdarah semula”.

Jadual 2: Maksim santun dari sudut negetif dalam filem “Terputusnya sebuah doa”

Kesimpulannya, berdasarkan kepada maksim santun yang dilihat daripada sudut positif dan
negetif, telah menunjukkan kesan kepada pendengar sama ada meminimunkan kerugian kepada
pendengar atau memaksimumkan manfaat kepada pendengar. Berdasarkan kepada contoh-contoh
diatas terdapat beberapa maksin santun yang dapat dijadikan contoh sama ada dari sudut positif
mahupun negetif.

4.2 Maksim dermawan atau murah hati

Menurut Zainal et al. (2015), menjelaskan bahawa maksim dermawan atau dikenali sebagai
maksim murah hati merupakan maksim yang telah dikurangkan kelebihan untuk diri sendiri demi
memberi manfaat kepada orang lain dengan erti kata lain usaha yang dilakukan oleh diri sendiri
dapat memberi kebaikkan terhadap orang lain. Maksim kedermawanan ini mempunyai satu nilai
yang baik dan perlu ada pada diri seseorang iaitu sikap murah hati.

Maksim dermawan atau murah hati


1.“Kau balik kampung mak bagi makan, tempat tinggal

2.“Mak suka, cantik suka mesti mahal kan rumah ini

3.“Jemput minum mak”, ujar isteri Khabil


4.“Ni sepuluh ribu pak Imam daripada saya tumbangkan lembu untuk orang kampung
semasa hari raya nanti”, Ujar Khabil kepada

Jadual 3 : Maksim dermawan atau murah hati


Berdasarkan jadual di atas, terdapat empat ujaran yang telah dikenal pasti dalam sebuah
drama yang bertajuk “Terputusnya sebuah doa”. Bertitik tolak daripada hal ini, keempat-empat
ujaran tersebut telah dipilih bagi mengikuti ciri-ciri yang merujuk kepada maksim dermawan
atau murah hati. Pada ayat pertama, Perbualan di antara Khabil dan maknya telah menunjukkan
bahawa berlakunya maksim dermawan apabila maknya menyatakan bahawa walaupun dirinya
masih sakit dengan perbuatan khabil dahulu tetapi masih menerima Khabil. Perbualan kedua
juga menunjukkan bahawa Khabil membawa maknya ke rumah mahalnya dan itu membuatkan
maknya kagum dan teruja. Disamping itu, ujaran ketiga telah menunjukkan bahawa watak
sampingan iaitu isterinya Khabil mempelawa maknya secangkir air kepada mak mertuanya.
Dalam perbualan keempat, Khabil bertemu dengan Pak Iman untuk memberikan duit untuk
korbankan lembu semasa hari raya nanti kepada orang kampung.
Tegasnya, maksim dermawan atau murah hati ini telah memberi manfaat terhadap
individu dan masyarakat. Bukan itu sahaja, maksim ini bukan sahaja menunjukkan sikap
seseorang yang murah hati dalam menawarkan bantuan dan sebagainya. Malah, ia juga
memperlihatkan penggunaan bahasa yang dianggap sopan sehingga dapat menyentuh hati si
penerima untuk menerima manfaat yang telah diberikan. Dalam pada itu, drama ini telah
membuka persepsi masyarakat bahawa masih ada individu yang mahu memberikan pertolongan
ketika dilanda sebarang ujian.

4.3 Maksim Kerendahan Hati

Antara maksim lain yang terlibat dalam Teori Lakuan Leech (1983), ialah maksim kerendahan
hati. Ayat yang dituturkan dalam maksim jenis ini menggunakan ayat ekspresif dan asertif.
Maksim kerendahan hati boleh dikatakan berlawanan dengan ciri bagi maksim sokongan. Jika
maksim sokongan lebih menumpukan pujian terhadap orang lain dan meminimumkan cacian
maka maksim kerendahan hati pula berfokus pada memaksimumkan cacian serta
meminimumkan pujian terhadap diri sendiri. Subjek yang dipusatkan pada maksim ini lebih
tertumpu pada diri sendiri. Terdapat beberapa strategi yang telah ditetapkan oleh Leech (1983),
dalam mematuhi maksim kerendahan hati iaitu pertuturan yang diberikan oleh penutur perlu
mempunyai ciri merendahkan diri.

Kerendahan hati merupakan satu nilai murni yang tidak asing lagi dalam masyarakat di
Malaysia. Dengan mengamalkan nilai ini, hubungan antara masyarakat akan terjaga dan
semestinya dapat menghindarkan rasa negatif atau sangkaan buruk pada seseorang. Di samping
itu, nilai kerendahan hati ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri seseorang supaya lebih
disenangi oleh masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dikenal pasti di dalam sebuah filem yang
berjudul “Terputusnya sebuah doa”. Terdapat tiga unjaran yang telah dikutip di dalam filem
tersebut dan telah mematuhi strategi bagi maksim kerendahan hati.
Contoh ujaran
Bil.
1. Khabil: Itu dulu mak, Khabil hari ini yang
lain

2. Khabil: Khabil balik ni janji nak


bahagiakan mak.
3. Khabil: Takpa Pak Imam saya redho

Maksim Kerendahan Hati

Jadual 4: Maksim kerendahan hati dalam filem “Insan Terpilih”

Berdasarkan jadual 2 di atas, terdapat tiga maksim kerendhan hati yang telah dikenal pasti dan
mematuhi strategi berlandaskan Teori Lakuan Leech (1983). Pada contoh ujaran yang pertama,
pertuturan yang dikeluarkan oleh ‘Khabil’ bersifat merendahkan diri apabila ditanya oleh
maknya mengenai kesalahnya lalunya dan Khabil memperbetulkan kesalafahaman fikiran
maknya mengenainya dirinya yang sekarang. Seterusnya, pada contoh ujaran yang kedua pula,
dapat dilihat pada babak Khabil dan maknya sedang berbual dan Khabil menyatakan hasrat dia
balik ke kampung ini hanyalah untuk menebus kesalahan lamanya dan membahagiakan maknya.
Beralih pada ujaran yang ketiga, ketiga Khabil dicaci dan dihina oleh orang kampung dan pak
imam datang menyuruh orang kampung balik dan menenangkan serta menasihati Khabil agar
tidak mengambil hati dan Khabil menyatakan beliau redha dan menerima apa yang terjadi ke atas
dirinya yang sekarang.

Dapat disimpulkan bahawa, maksim kerendahan hati ini mampu menampilkan kemuliaan
dalam hati seseorang walaupun individu tersebut meruapakan orang yang jahat ketika dahulu.
Penerapan pertuturan yang memiliki maksim kerendahan hati ini juga dapat memastikan
hubungan antara masyarakat. Selain itu, ia berperanan penting bagi mengubah persepsi
masyarakat terhadap diri seseorang kerana perkara tersebut mampu mempengaruhi orang lain
untuk turut mempraktikan pertuturan yang bersifat merendahkan diri. Buktinya, kesemua watak
yang bersifat negatif di dalam filem tersebut berasa sangat sedih atas pemergian ‘Khabil’ dan
telah berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

You might also like