You are on page 1of 12

Teori

Interaksionalis
Ahli Kumpulan:

● Ainur Syasya Tihani binti Ahmad Nazli


● Rohaiyu binti Abdul Rahim
● Syazzrin Syuhaddah binti Kamaruddin
● Wan Qurratu Husna binti Zamry
Sejarah
● Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead.
Beliau merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia
membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini
mengkaji tentang bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak
mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
● Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu
dan memperjelaskan makna-makna perilaku manusia yang subjektif.
Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi
bersama oleh masyarakat.
● Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu
mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
Keduanya pula melihat tentang bagaimana makna yang simbolik itu
digunakan dalam interaksi manusia.
● Blummer (1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik dengan
memberikan tiga huraian mengenai konsep makna iaitu kepentingan memahami
makna-makna simbolik mengikut konteks.

● Kedua, makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna


berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra.

● Ketiga, makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya
menerima sesuatu makna yang diutarakan oleh pihak lain namun kita juga
berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara.

● Oleh itu, dapat dikatakan bahawa interaksionalisme simbolik melihat bagaimana


individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.

● Ia juga memberi penekanan tentang aktif seseorang individu dalam perhubungan


sosial dan seseorang manusia bukanlah secara pasif oleh persekitaran sosial.
Tokoh Yang Mempelopori
PELOPOR : HALLIDAY
*Berkembang dalan Tahun 60an
*Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
*Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh
mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
*Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk
linguistik yang jelas dan tepat
*Mementingkan aktiviti komunikasi.
* Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
*Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
Tokoh Yang Mempelopori
*Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
*Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain
*Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia
atau masyarakat.
*Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat
memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia di sekeliling mereka.
*Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan
pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
*Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial
yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi,
bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
Tokoh Yang Mempelopori
*Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat
pilihan.
*Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.

Pandangan
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan
linguistik.

● Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai


undang-undang bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p).

● Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang


betul dari segi tatabahasa dan makna.

● Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid.

● Seseorang murid harus menganggap penyampaian makna (semantik)


penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak.

● Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari


dengan betul.
Prinsip
● Mementingkan makna dan struktur bahasa.

● Mengutamakan komunikasi penyampaian makna

● Pembelajaran bahasa merupakan proses mental


dan linguistik
Kekuatan
● Teori Interaksionalis dapat menjadi interaksi sosial harian
murid.

● Seseorang murid dapat berinteraksi dengan murid lain untuk


mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.

● Teori ini banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu,


isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses
mencipta hubungan sosial.

● Teori Interaksionalis menunjukkan bahawa komunikasi dan


cara hidup manusia mempunyai simboliknya tersendiri yang
sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
Kelemahan
● Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

● Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu


daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang
dunia sosial.

● Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan


hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas.

● Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi hanya boleh memberikan


sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.
Contoh Penggunaan Teori Dalam
Pembelajaran
● Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk
berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan tatabahasa diajar
serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka
menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan.

● Guru perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat
memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu
membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur
yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri.

● Guru menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like