You are on page 1of 3

Ciri-ciri wanita 

solehah

Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan
rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi
s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa
yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di
cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku
dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan
menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku
mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia
melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan
dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon
perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman
Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah
aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha
mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan
menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara
yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada
Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan
suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah
dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang
serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah
memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi
kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri
sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik
anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan
menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada
masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih
oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat.
Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan
sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita
berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan
kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan
tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda
menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh,
menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya
dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat
kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang
bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama
Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke
rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada
waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya
ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika
suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk
suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia
kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi
auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya.
Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup
aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat
wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan
lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi
mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya
solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu,
perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan
sanad yang Sahih.

You might also like