You are on page 1of 3

by kulanz on 09/08/20http://kulanzsalleh.

com/stress-di-kalangan-guru/

Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru
sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.

Punca profesional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.
Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk
keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang
memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus
melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh
menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya,
banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini.
Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang
fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada
guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi
1. Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian
dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya
peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli
keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan
stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti
riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan
taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar
terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:


1. Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress
dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman
dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif,
iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya,
guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum
anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut
telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan
mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di
sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu
teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan
pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan
seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan
mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth
Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah
penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal
pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress
tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya
masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan
perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya
itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru
berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati
bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.

You might also like