You are on page 1of 1

Laras agama

Bermaksud apa-apa teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal agama .
Maksudnya kandungan laras agama meliputi aspek agama , perkara-perkara berkaitan
agama , dan apa-apa jenis agama .
Ciri-ciri khusus laras agama :
1. Terdapat unsur-unsur bahasa klasik , terutama pada perbendaharaan kata
2. Terdapat istilah-istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama
3. Banyak mengandungi bentuk-bentuk cerita , kias , dan ibarat
Oleh sebab agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad , iaitu seorang yang
berbangsa Arab dan kemudiannya baginda menyebarkannya , maka bahasa Arab
menjadi bahasa pengantar utama bagi agama Islam .
Ciri-ciri khusus :
1. Mengandungi banyak istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab
2. Mengandungi pengaruh struktur ayat-ayat bahasa Arab , sama ada petikan
daripada al-quran ataupun hadis .
Contoh ayat laras agama ( doa )
Wahai tuhan kami , kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama ,
kesihatan , tubuh badan , keberkatan rezeki , keampunan selepas mati . Wahai tuhan
kami , senangkanlah kami waktu menghadap kematian dan lepaskanlah kami dari
neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan .
RUMUSAN
Laras ini merupakan hubungan antara hamba Allah dengan Tuhannya dan
berbentuk permohonan . Cara penyampaiannya adalah secara lisan dengan
perhubungannya secara lansung dan bersifat dekat atu intim .
Bahsanya bersifat merayu , bermula dengan sapaan wahai Tuhan kami diikuti
dengan apa yang kita pohonkan .
Kata ganti nama yang digunaan yang digunakan ialah orang ketiga berbentuk
jamak kami bagi diri yang memohon , yang memberi gambaran bahawa
permohonan itu bagi pihak yang lebih ramai . Kata ganti nama kepada Tuhan
ialah orang kedua Engkau iaitu bentuk mesra antara Tuhan dengan hamba-Nya.
Sebahagian besar kosa kata yang digunakan merupakan kosa kata bahasa Melayu
yang telah dipinjam daripada bahasa Sanskrit ( agama , neraka , anugerah ) dan
bahasa Arab ( keberkatan , rezeki , dan kemaafan ) .

You might also like