You are on page 1of 29

PENGGOLONGAN KATA

AZMAN BIN ARIS


JABATAN PENGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS DARULAMAN


06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Dalam Bahasa Melayu dengan berdasarkan
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu perkataan
digolongkan kepada 4 golongan kata iaitu:-

 Kata Nama
 Kata Kerja
 Kata Adjektif
 Kata Tugas

Penggolongan kata ini dibuat berdasarkan kriteria


sintaksis dan semantik.
1. UJIAN KATA NAMA
 Diuji dengan memasukkan perkataan itu, ini dan nya untuk
membentuk frasa.
 Bagi kata tunggal mungkin agak jelas.
 Strukturnya FN + [ itu/ini/nya]
 Bagi kata terbitan, mungkin ada kekeliruan.
 Cth :
 makan - pemakanan
 lari - larian
 makan - makanan
 ajar - pelajar

(hlm 86)
 Ialah unsur inti dalam binaan frasa nama yang
digunakan untuk menamakan manusia,
haiwan, benda dan konsep.

 Kata nama dijeniskan kepada :-


(i) Kata nama khas
(ii) Kata nama am
(iii) Kata ganti nama
(hlm 86)
 Kata nama yang merujuk kepada sesuatu
benda yang khusus dan ejaannya berpangkal-
kan huruf besar. Terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan
kata nama khas tak hidup.
 Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada
dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia
dan kata nama khas hidup bukan manusia.
 Pembahagian kata nama khas diterangkan
melalui rajah yang berikut:

(hlm 86)
manusia

hidup

Kata nama khas bukan

manusia

tak hidup
(a) Manusia
 Nina Ahmad Tun Abdul Razak
 Rubi Hamid P. Ramlee
 Hani Jamil Raja Azlan Shah

(b) Bukan Manusia


 Tumpuk Ananas comosus (nanas)
 Si Belang Vanda Diana (orkid)
 Sang Lamri Nyamphaea stellata (teratai)
 Comel Manihot utilissima (ubi kayu)
 Ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau
perkara-perkara yang umum sifatnya. Dapat di
bahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
(a) Kata nama am abstrak
Ialah sejenis kata nama yang membawa konsep
mujarab atau bukan kebendaan.
Cthnya : mimpi,roh,kedamaian dan demokrasi.
(b) Kata nama am konkrit
ialah sejenis kata nama yang membawa konsep
kebendaan.
Cthnya: tangan,kambing dan lautan.
 Kata ganti nama dibahagikan kepada 2 iaitu:-
(a) Kata ganti nama tunjuk
ialah kata nama yang berfungsi menunjuk
pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat
hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu:-
itu = menunjuk pada yang jauh
ini = menunjuk pada yang dekat
(b) Kata ganti nama diri.
ialah kata nama yang menjadi pengganti
sesuatu benda, perkara atau manusia.
Terbahagi kepada dua iaitu:-

(i) Kata ganti nama diri tanya


Kata nama yang berfungsi menanyakan hal
benda, perkara atau manusia. Terdapat 3
bentuk kata nama diri tanya iaitu:-
Siapa - merujuk pada orang
Apa - merujuk pada benda atau
perkara
Mana - merujuk benda dan orang
(hlm 88)
(ii) Kata ganti nama diri orang.
ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia
dan terdiri daripada 3 kategori iaitu:-

Kata ganti nama diri orang pertama :


saya, aku, beta, patik, kami dan kita.
Kata ganti nama diri orang ke-2 :
Saudara, kamu,awak, engkau dan anda.
Kata ganti nama diri orang ke-3 :
dia, beliau, mereka dan -Nya.
 Diuji dengan memasukkan kata bantu iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam.
 Strukturnya Kata Bantu + [kata kerja] tapi tidak oleh
diaplikasikan untuk semua data.
 Contoh :
ASPEK RAGAM
 telah hendak
 baru mahu
 Sudah harus
 Pernah mesti
 Sedang boleh
 Masih dapat
 Akan
 belum
unsur dalam binaan frasa kerja yang digunakan untuk
menjelaskan sesuatu perbuatan. Kata kerja dibahagi-
kan kepada 2 subgolongan kecil, iaitu:-

(a) Kata kerja tak transitif


Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya. Dapat dipecahkan kepada dua
subgolongan iaitu :-
(i) Kata kerja tak transitif tanpa berpelengkap
Cth : bangun, tumbang, pulang, menangis
dan terpegun.
(ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Cth : beransur, tinggal, menjadi, ada dan
berbantalkan.
(b) Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya yang
disebut objek.

Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada 2, iaitu :-


(i) Kata kerja transitif aktif
ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau
tanpa akhiran -kan atau -i.
Cthnya :- menendang, melihat, mengabaikan, memperisterikan.
(ii) Kata kerja transitif pasif
kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan
ayat aktif menjadi ayat pasif.
Cthnya:-
Ali membeli buku (aktif)
Buku dibeli oleh Ali (pasif)
 Diuji dengan memasukkan kata penguat iaitu kata
penguat hadapan, bebas dan belakang.
 Strukturnya Kata Penguat + [ kata adjektif] +
[Penguat bebas] tapi tidak boleh diaplikasikan untuk
semua data.
 Contoh :
Hadapan Bebas Belakang
paling sangat sekali
terlalu sungguh nian
agak amat benar
Perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa
adjektif. Kata golongan ini menunjukkan sifat sesuatu.
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-
kurangnya 9 kumpulan berdasarkan makna perkataan-
perkataannya iaitu:-

(i) Kata adjektif sifat/keadaan


Cthnya :- baik, jahat, cerdik, pandai, lemah.

(ii) Kata adjektif warna


Cthnya :- putih, kuning, merah, hijau, hitam dan biru
(iii) Kata adjektif ukuran
Cthnya : Panjang,pendek,kecil,nipis,cetek

(iv) Kata adjektif bentuk


Cthnya : Bulat,leper,bujur,lonjong

(v) Kata adjektif pancaindera


 Rasa – sedap,manis lazat,masam,kelat
 Pandang – cantik,molek,hodoh,ayu,buruk
 Dengar – merdu,mersik,nyaring,bising
 Bau – harum,wangi,busuk,hapak
 Sentuh – halus,licin,keras,kasar,lembut
(hlm
92)
(vi) Kata adjektif waktu
Cthnya : Segera, spontan, lewat, lambat, awal

(vii) Kata adjektif cara


Cthnya : cepat, laju, lambat, perlahan

(x) Kata adjektif perasaan – [akan]


Cthnya : rindu, geram, asyik, benci, sayang

(xi) Kata adjektif jarak


Cthnya : jauh,dekat,hampir,nyaris
(hlm
92)
Kata tugas berfungsi dalam ayat, klausa dan
frasa dengan tugas-tugas tertentu. Perkataan-
perkataan dalam golongan kata tugas masuk
ke dalam binaan ayat sama ada melalui
perhubungan dengan perkataan daripada
golongan kata kerja, kata nama dan kata
adjektif.
Misalnya, kata bilangan masuk ke dalam frasa
nama melalui perhubungan dengan kata nama
seperti dalam contoh yang berikut:-
Kata bilangan Penjodoh bilangan Kata Nama

ramai - penonton
dua orang askar
Beberapa ekor kucing
kedua-dua - anak
Frasa Kerja
Kata Bantu Kata Kerja

sedang bermain
telah tidur
hendak tinggi
belum tiba
Frasa Adjektif
Kata Penguat Kata Adjektif

sungguh indah
amat bahagia
Paling tinggi
agak Kemelayuan
Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa,
atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu iaitu sama ada sebagai
penghubung, penerang,penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri,
ataupun tugas-tugas yang lain lagi.
Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka
kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang
berikut:-
(m/s – 17)
(i) Kata hubung : dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan
sambil, kemudian.
(ii) Kata seru : Wah, amboi, aduh, cis, eh, oh
(iii) Kata tanya : apa, siapa, bagaimana, bila, berapa
(iv) Kata perintah : sila, jemput, tolong,jangan, usah, harap
(v) Kata pangkal ayat : hatta,maka, syahdan, alkisah (
(vi) Kata bantu : telah,baru,sudah,pernah,akan,sudah,pernah
(vii) Kata penguat : sangat, amat, sungguh, terlalu, paling, agak,
(i) sekali,nian,benar
(viii) Kata penegas : juga,jua, pun, sahaja, lagi, memang
(ix) Kata Partikel : kah, lah, tah
(x) Kata nafi : tidak,bukan
(xi) Kata pemeri : ialah,adalah
(xii) Kata sendi nama : di,dari,dalam
(xiii) Kata pembenar : ya, benar,betul
(xiv) Kata bilangan : dua, segala, beribu-ibu, masing-masing,
separuh, ke-2
(xv) Kata arah : atas, bawah, dalam
(xvi) Kata pembenda : lajunya, baiknya.
(xvii) Kata penekan : sesungguhnya, nampaknya, sesungguhnya
Pemahaman yang jelas tentang penggolongan
kata dan perbezaan antara jenis kata, pastinya
dapat membantu pengguna/guru bahasa
Melayu untuk menggunakan bahasa dengan
baik dan berkesan.

You might also like