You are on page 1of 12

1

Tugasan 2: Analisis Peribahasa.


1.0 Pengenalan.
Pada zaman dahulu, teknologi masih belum berkembang dan manusia melangsungkan aktiviti
sosial dengan berinteraksi secara bersemuka tanpa gangguan teknologi seperti telefon pintar,
televisyen, komputer riba dan aplikasi yang lain. Oleh itu, mereka amat mementingkan
hubungan dengan individu yang lain. Contohnya, melalui bersosial mereka dapat mendidik,
berhibur, memotivasikan kerana peningkatan kemunculan karya sastera serta dapat
membentuk peribadi yang mulia. Tambahan lagi, kemunculan karya sastera pada zaman ini
telah memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat. Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha
Wan Othman & Amanah Mohd Noor (2015: 112) menyatakan puisi tradisional merupakan puisi
lama yang lahir dalam masyarakat Melayu sejak berzaman.
Puisi tradisional dikenal juga sebagai puisi rakyat yang muncul pada zaman manusia
sebelum mengenal bentuk tulisan. Disamping itu, hasil dari kegiatan perdagangan pada zaman
ini telah mendorong pedagang di Selat Melaka dan Selat Sunda memperkayakan puisi Melayu
tradisional sehingga berjumlah lebih 30 jenis puisi. Contohnya, pantun, syair, gurindam, seloka,
teromba, mantera, nazam, rubai, masnawi, marhaban dan peribahasa. Puisi tradisional yang
akan diberi penekanan ialah peribahasa. Peribahasa merupakan bidalan, pepatah, ayat atau
kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).
Menurut Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin dalam buku Ace Ahead Teks Bahasa
Malaysia Kertas 1 & 2 STPM menyatakan peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana
dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik
masyarakat. Manakala, Za’ba juga turut memberi pandangan berkaitan dengan peribahasa iaitu
bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran,
teribit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain. Maka
jelaslah, peribahasa sememangnya berperanan sebagai elemen untuk mendidik, menghibur,
memberi pengajaran, sebagai teladan dan juga merupakan alat sosialisasi rakyat.
2.0 Analisis Peribahasa.
Hasil karya yang disusun oleh Abdullah Hussain telah berjaya menerbitkan buku yang
bertajuk “Peribahasa Melayu” dan bermanfaat sebagai rujukan kepada pengguna. Buku ini
memuatkan peribahasa yang disertakan dengan makna dan telah diterima oleh semua
pengguna di alam Melayu. Seterusnya, beliau telah berjaya menyusun sebanyak 4358 ribu
peribasa mengikut abjad dari abjad A sehingga abjad Z. Sumbangan beliau ini telah
merancakkan lagi dunia perkamusan selaras dengan perkembangan kebudayaan di Malaysia
yang jelas memaparkan kebudayaan Melayu telus dengan ilmu pengetahuan dan relevan untuk
dijadikan rujukan. Berdasarkan soalan kerja kursus Semantik Bahasa Melayu, saya diminta
memlih sekurang-kurangnya tiga peribahasa yang terdapat dalam buku “Peribahasa Melayu”
karya Abdullah Hussain di muka surat 148 dan muka surat 216 serta pemilihan peribahasa ini
dapat dinyatakan seperti berikut:
i. Menjemur sementara hari panas.
ii. Menjerat leher sendiri.
2

iii. Terbuka mulut, terpancut keluar hati.

2.1 Analisis Makna Leksikal dan Makna Peribahasa.


Bagi peribahasa yang pertama ini, analisis dapat dijelaskan berdasarkan jadual di
bawah:
Jadual 2.1

Peribahasa Makna Peribahasa


Menjemur sementara hari masih panas Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya ketika
badan masih kuat atau ketika kesempatan
masih ada

Jadual di atas merupakan penerangan peribahasa berserta dengan penerangan


berkaitan makna peribahasa yang telah dipilih. Peribahasa dan makna peribahasa masing-
masing mempunyai leksikal yang tersendiri dan setiap leksikal yang ada dalam peribahasa ini
mempunyai makna yang berlainan, tetapi gabungan leksikal dalam peribahasa dan makna
leksikal dalam peribahasa ini telah membawa kepada suatu pengertian yang mampu diterima
oleh semua pengguna. Tambahan lagi, makna leksikal peribahasa dan leksikal makna
peribahasa boleh dirujuk melalui di laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) iaitu
yang memuatkan makna kata dalam Kamus Dewan, Kamus Pelajar serta makna leksikal dalam
peribahasa ini juga dirujuk melalui Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI).
2.1.1 Analisis Makna Leksikal dalam Peribahasa.

Leksikal Peribahasa Makna menurut Makna menurut


PRPM KBBI
Menjemur Memanaskan atau Memanaskan
mengeringkan sesuatu dalam (mengeringkan) di bawah
panas matahari sinar panas matahari: ia
sedang ~ pakaian
Sementara Tidak tetap selama-lamanya Selama; selagi: -- menunggu
kedatangan Ayah, Ibu
merenda taplak meja
Hari Masa dua puluh empat jam Waktu dari pagi sampai pagi
yang bermula dari matahari lagi (yaitu satu edaran bumi
terbit sehingga matahari terbit pada sumbunya, 24 jam):
sekali lagi seminggu ada tujuh --
Panas Bersuhu tinggi Terasa seperti terbakar atau
terasa dekat dengan api;
bersuhu relatif tinggi: hari ini
udara --
Menurut Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014:16) menyatakan makna leksikal
merupakan unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan sebagainya. Makna
leksikal yang telah diterangkan di atas ialah melalui rujukan di laman web Pusat Rujukan
Persuratan Melayu (PRPM) . Setiap leksikal mempunyai makna tersendiri tanpa melihat
penggunaannya dalam ayat. Seterusnya, makna peribahasa menjemur sementara hari panas
dapat dilihat melalui jadual 2.1.2 di bawah:
3

2.1.2 Analisis Makna Leksikal dalam Makna Peribahasa.

Jadual 2.1.2

Makna Peribahasa Makna menurut Makna menurut


PRPM KBBI
Hendaklah Mesti Seharusnya; mudah-
mudahan: -- kalian dapat
menyesuaikan diri
dengan lingkungan yang
baru
Berusaha Bekerja dengan giat Melakukan suatu usaha;
bekerja giat (untuk
mencapai sesuatu);
berikhtiar; berdaya
upaya: ia ~
menyembunyikan
tangisnya; mereka ~
mencapai hasil yang
memuaskan
Sekuat-kuatnya Seboleh-boleh, sepenuh daya Segenap tenaganya;
(tenaga) seboleh-bolehnya:
melihat kejadian itu, ia
menjerit ~
Pada Kata nama arah yang Kata depan yang dipakai
menunjukkan tempat atau diri untuk menunjukkan posisi
seseorang di atas atau di dalam
hubungan atas atau di
dalam hubungan dengan,
searti dengan di (dipakai
di depan kata benda, kata
ganti orang, keterangan
waktu) atau ke: --
dasarnya; ada --nya (-ku,
-mu); -- keesokan harinya
Ketika Waktu pendek atau waktu Waktu yang sangat
tertentu singkat atau yang
tertentu; saat:
menantikan -- yang baik;
rumah yang terbakar itu
habis -- itu juga
Badan Semua bahagian tubuh Tubuh (jasad manusia
manusia atau binatang yang keseluruhan); jasmani;
dapat dilihat raga; awak: akibat
kecelakaan itu --nya
cacat
Masih Lagi (dalam keadaan) Sedang dalam keadaan
belum selesai atau
sedang berlangsung:
4

pameran itu --
berlangsung, baru akan
ditutup seminggu lagi;
pintu rumahnya -- terbuka
Kuat Banyak tenaganya (dayanya), Banyak tenaganya
tidak lemah, bertenaga, (gayanya, dayanya);
berdaya, tegap mampu mengangkat
(mengangkut dan
sebagainya) banyak:
meskipun kurus, lembu
itu sangat --
Atau Kata hubung yang bermaksud Kata penghubung untuk
serupa (sama) menandai pilihan di
antara beberapa hal
(pilihan): Anda boleh
memilih yang mana saja,
majalah, buletin, -- surat
kabar
Ketika Waktu pendek atau waktu Waktu yang sangat
tertentu singkat atau yang
tertentu; saat:
menantikan -- yang baik;
rumah yang terbakar itu
habis -- itu juga
Kesempatan Peluang untuk waktu yang Waktu (keluasan,
terluang peluang, dan sebagainya)
untuk: setelah ceramah
selesai, pendengar diberi
~ untuk bertanya
Masih Lagi (dalam keadaan) Sedang dalam keadaan
belum selesai atau
sedang berlangsung:
pameran itu --
berlangsung, baru akan
ditutup seminggu lagi;
pintu rumahnya -- terbuka
Ada Boleh didapati hadir; telah sedia: ia -- di
(ditemui, dilihat, dsb) sana

2.1.3 Analisis Perubahan Makna Peribahasa.


5

Analisis bagi peribahasa menjemur sementara hari masih panas akan merangkumi
analisis dari segi perubahan makna leksikal yang terdapat dalam peribahasa tersebut dan
makna peribahasa. Dapat diterangkan perubahan makna leksikal yang terdapat dalam
peribahasa seperti yang telah diterangkan melalui jadual 2.1.2 serta perubahan makna
peribahasa juga turut diterangkan seperti yang dinyatakan dalam jadual 2.1.3. Leksikal dalam
peribahasa mempunyai makna yang tersendiri serta makna peribahasa juga turut mempunyai
makna yang tersendiri. Namun, setelah berlakunya perubahan makna peribahasa ini telah
membawa kepada makna yang menggambarkan peribahasa tersebut serta makna yang
menerangkan menjemur sementara hari masih panas iaitu melakukan hendaklah berusaha
sekuat-kuatnya ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada.
Mengapakah menjemur sementara hari masih panas dikaitkan dengan hendaklah
berusaha sekuat-kuatnya ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada?. Seperti
grafik yang disertakan di atas, menjemur sementara hari masih panas dapat dikaitan dengan
kesempatan tidak datang selalu, oleh itu kita perlu mengambil peluang ketika tubuh masih sihat
dengan berusaha seperti bekerja keras demi mengumpul wang ringgit, harta dan apa sahaja
yang diimpikan untuk melangsungkan hidup. Tambahan lagi, apabila masih muda dan masih
sihat, sudah pastinya manusia mempunyai tenaga yang lebih jika dibandingkan dengan individu
yang berumur. Jadi, ketika masih muda dan sihat kita mestilah mengambil kesempatan untuk
melakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil kepada kita apabila berumur kelak.
Jangan sia-siakan ketika peluang masih ada dan apabila umur meningkat aktiviti manusia akan
terbatas. Contohnya, selaras dengan pertambahan umur, manusia akan mendapat penyakit
yang tak terduga hasil daripada gaya hidup yang kita amalkan kita masih muda. Jelaslah,
peribahasa ini sememangnya bersesuaian dengan makna yang diberikan kerana usaha yang
berterusan akan membawa kepada hasil yang lumayan.
Tambahan lagi, teori yang dapat dikaitan teori imejan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2009), teori imejan merujuk kepada makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang
terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Dapat saya kaitkan peribahasa di atas dengan
teori imejan kerana perbuatan menjemur sementara hari masih panas dapat kita lihat
disekeliling kita. Contohnya, ambil peluang menjemur pakaian ketika cuaca masih panas
sebelum turunnya hujan. Jika kita mengambil peluang menjemur pakaian ketika cuaca masih
panas, pakaian kita akan kering dan dapat digunakan apabila ingin digunakan. Begitu juga
dengan makna peribahasa ini iaitu hendaklah berusaha sekuat-kuatnya ketika badan masih
kuat atau ketika kesempatan masih ada adalah bertepatan dengan peribahasa di atas. Ketika
masih muda dan sihat ialah waktu yang sesuai kepada semua manusia untuk berusaha dengan
lebih gigih lagi. Hal ini kerana, kita bebas mengeluarkan tenaga dan tidak akan diganggu oleh
penyakit seperti yang dihidapi oleh individu yang meningkat usia. Jelaslah, fungsi teori ini iaitu
dapat dikaitkan dengan kehidupan manusia adalah bertetapan dan sesuai dengan peribahasa
di atas.
6

2.2 Analisis Makna Leksikal dan Makna Peribahasa.


Peribahasa yang kedua ialah menjerat leher sendiri. Tambahan lagi, peribahasa ini
boleh dirujuk dalam muka surat 148 melalui buku yang berjudul “Peribahasa Melayu”.
Penerangan peribahasa dan makna peribahasa adalah seperti berikut:

Jadual 2.2.

Peribahasa Makna Peribahasa


Menjerat leher sendiri Membuat pekerjaan yang merugikan diri
sendiri
Bagi mendapatkan makna peribahasa yang diterima oleh semua pengguna seperti
makna peribahasa yang diterangkan dalam jadual di atas, analisis makna dalam peribahasa
dan analisis makna dalam makna peribahasa perlu diterangkan. Hal ini kerana, setiap
perkataan dalam peribahasa dan perkataan dalam makna peribahasa mempunyai makna yang
berbeza daripada makna peribahasa yang asal tanpa melihat penggunaannya dalam ayat.
Namun, makna leksikal bergantung kepada konteks sesuatu budaya. Oleh itu, untuk
mengetahui dengan lebih lanjut, huraian kritis dengan makna setiap perkataan ini dapat dilihat
melalui jadual di bawah yang dirujuk melalui PRPM dan KBBI :
2.2.1 Analisis Makna Leksikal dalam Peribahasa.
Jadual 2.2.1

Leksikal Peribahasa Makna menurut Makna menurut


PRPM KBBI
Menjerat Menangkap dengan jerat Menangkap (dengan
jerat)
Leher Bahagian tubuh yang Bagian tubuh (manusia
menghubungkan kepala dengan atau binatang) yang
badan menghubungkan kepala
dengan tubuh yang lain
Sendiri Tubuh diri yang sebenarnya Seorang diri; tidak
dengan orang lain: ia
tinggal -- di rumah itu; ia
pergi ke Bandung -- saja

2.2.2 Analisis Makna Leksikal dalam Makna Peribahasa.


Jadual 2.2.2

Makna Peribahasa Makna menurut Makna menurut


PRPM KBBI
Membuat Memperbuat membikin, Menciptakan
membentuk, mencipta (menjadikan,
menghasilkan);
membikin: manusia ~
berita, tetapi berita pun
7

membentuk manusia
Pekerjaan Sesuatu pekerjaan yang Barang apa yang
dilakukan untuk mencari nafkah dilakukan (diperbuat,
hidup dikerjakan, dan
sebagainya); tugas
kewajiban; hasil bekerja;
perbuatan: begitulah
~nya sehari-hari,
memelihara tanaman dan
menata taman
Yang Kata penghubung untuk Kata untuk menyatakan
menyatakan bahawa kata bahwa kata atau kalimat
keterangan berikutnya yang berikutnya
dipentingkan atau menunjukkan diutamakan atau
kelainan dibedakan dari yang lain:
orang -- baik hati
Merugikan Membawa atau mendatangkan Mendatangkan rugi
sesuatu yang tidak baik kepada; menyebabkan
rugi: pemogokan itu ~
perusahaan jutaan rupiah
Diri Batang tubuh, orang seseorang, Orang seorang (terpisah
empunya badan dari yang lain); badan: ia
menyesali --nya; untuk
kepentingan --nya sendiri
Sendiri Tubuh diri yang sebenarnya Seorang diri; tidak
dengan orang lain: ia
tinggal -- di rumah itu; ia
pergi ke Bandung -- saja

2.2.3 Analisis Perubahan Makna Peribahasa.

Grafik di atas bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang
perubahan makna peribahasa menjerat leher sendiri. Seperti yang telah diterangkan melalui
jadual 2.2.2 dan 2.2.3 makna peribahasa dan makna dalam makna peribahasa adalah berbeza.
Makna yang telah diterangkan dikemukakan melalui rujukan PRPM dan KBBI menunjukkan
persamaan dan perbezaan yang dipengaruhi oleh budaya, nilai dan kepercayaan masyarakat
sama ada Indonesia dan Malaysia. Makna yang diterangkan merupakan makna langsung
kerana makna peribahasa ini dapat difahami dengan mudah oleh seseorang. Contohnya,
menjerat leher sendiri diketahui oleh semua orang sebagai suatu perbuatan yang merugikan diri
8

sendiri . Mengapa menjerat leher sendiri?. Sebab seseorang menjerat leher dapat dikaitkan
dengan masalah hidup yang tidak mempunyai jalan penyelesaian waras oleh individu tersebut.
Individu yang menjerat leher adalah individu yang melakukan perbuatan yang merugikan diri
sendiri kerana tidak berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkebolehan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Seseorang sepatutnya terus bangkit
membaiki kekurangan diri sendiri tanpa perlu melakukan sesuatu yang boleh merugikan diri
sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, perbuatan menjerat leher sendiri merupakan perbuatan
yang merugikan diri sendiri.
Apakah pekerjaan yang sia-sia?. Antara pekerjaan yang sia-sia ialah mencurah air ke
dalam sungai seperti gambar di atas. Hal ini kerana, walaupun sudah mengetahui air di sungai
tersebut masih banyak dan mengalir, namun gambar tersebut memaparkan tentang perbuatan
mencurah air dengan membuka paip air dan membiarkan air dari paip itu mengalir seperti air
sungai. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang merugikan diri sendiri kerana walaupun telah
mengetahui namun masih ingin mencurah air ke dalam sungai. Tambahan lagi, mencurah air ke
dalam sungai adalah sia-sia kerana air yang dicurah itu akan turut mengalir seperti air sungai
yang asal. Masa yang ada digunakan untuk mencurah air ke dalam sungai sebenarnya dapat
digunakan dengan melakukan perkara yang lebih bermanfaat dan berfaedah. Jelaslah, gambar
yang ditunjukkan di atas mampu menambah kefahaman seseorang tentang peribahasa
menjerat leher sendiri adalah merupakan perbuatan membuat pekerjaan yang merugikan diri
sendiri.
Tidak lupa juga, makna yang diberikan melalui susunan buku oleh Abdullah Hussain
adalah jelas dan tepat. Hal ini kerana, perbuatan menjerat leher adalah perkara yang negatif
dan tidak wajar dilakukan oleh manusia yang mempunyai akal yang waras. Manakala, makna
peribahasa seperti membuat pekerjaan yang merugikan diri sendiri ini bersesuaian dengan
peribahasa yang dinyatakan. Teori yang dapat dikaitkan dengan peribahasa ini ialah teori
imejan. Seterusnya, antara sebab teori imejan sesuai untuk dikaitkan dengan peribahasa ini
kerana dapat membentuk peribahasa seperti peribahasa menjerat leher sendiri serta perbuatan
menjerat leher sendiri dapat dikaitkan dengan otak dan persekitaran. Contohnya, melalui
bayangan menjerat leher sendiri, seseorang akan melihat perbuatan tersebut atau mengetahui
melalui perbuatan individu yang hampir dengan kita. Jelaslah bahawa, analisis perubahan
makna peribahasa telah membawa kepada makna yang utuh dan dapat diterima oleh orang
ramai.
2.4 Analisis Makna Leksikal dan Makna Peribahasa.
Bagi peribahasa yang terakhir ini, penerangan adalah sama seperti penerangan
peribahasa satu dan dua. Oleh itu, peribahasa yang dipilih adalah seperti berikut:
Jadual 2.4

Peribahasa Makna Peribahasa


Terbuka mulut, terpancut hati Kepada orang yang banyak bercakap tidak
boleh dipercayakan sesuatu rahsia.

2.4.1 Analisis Makna Leksikal dalam Peribahasa.

Leksikal Peribahasa Makna menurut Makna menurut


9

PRPM KBBI
Terbuka Tidak tertutup lagi; sudah Tidak sengaja dibuka; tidak
dibuka tutupnya tertutup; tersingkap: matanya
~ lebar karena keheranan
Mulut Bukaan tempat mengunyah Rongga di muka, tempat gigi
makanan (tempat lidah dan dan lidah, untuk
gigi pd manusia atau bina- memasukkan makanan (pada
tang) manusia atau binatang)
Terpancut keluar dgn tiba-tiba kerana -
ditekan, dipicit dll
Hati Organ dalam badan yang Organ badan yang berwarna
berwarna perang terletak di kemerah-merahan di bagian
dalam perut di bahagian kanan atas rongga perut,
sebelah kanan gunanya untuk mengambil
sari-sari makanan di dalam
darah dan menghasilkan
empedu

2.4.2 Analisis Makna dalam Makna Peribahasa.

Makna Peribahasa Makna menurut PRPM Makna menurut KBBI


Kepada Kata sendi nama yg Kata depan untuk menandai
menyatakan sasaran tujuan orang
(seseorang atau sesuatu)
Orang Manusia Manusia (dalam arti khusus)
Yang Kata penghubung untuk Kata untuk menyatakan
menyatakan bahawa kata bahwa kata atau kalimat
keterangan berikutnya yang berikutnya diutamakan
dipentingkan atau atau dibedakan dari yang
menunjukkan kelainan lain: orang -- baik hati
Bercakap Sanggup dan dpt melakukan kata untuk menyatakan
atau membuat sesuatu bahwa kata atau kalimat
yang berikutnya diutamakan
atau dibedakan dari yang lain
Tidak Tiada Partikel untuk menyatakan
pengingkaran, penolakan,
penyangkalan, dan
sebagainya
Boleh Tidak mustahil utk melakukan Diizinkan; tidak dilarang
sesuatu; dapat
Dipercayakan Berasa yakin ttg; berasa Mengakui atau yakin bahwa
yakin akan benarnya atau sesuatu memang benar atau
adanya sesuatu nyata
Sesuatu Perkara (hal,barang, dll) yang kata untuk menyatakan
kurang atau belum tentu barang atau hal yang tidak
tentu
Rahsia Sesuatu yg hanya diketahui Sesuatu yang sengaja
oleh beberapa orang yg disembunyikan supaya tidak
tertentu saja (tidak diketahui diketahui orang lain
oleh orang ramai)
10

2.4.3 Analisis Perubahan Makna Peribahasa.

Bagi meningkatkan kefahaman pembaca tentang perubahan makna yang dibincangkan,


grafik di atas disertakan untuk menunjukkan perubahan makna peribahasa. Peribahasa ini
menarik kerana perkataan terbuka mulut, terpancut dapat disamakan dengan kepada orang
yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia. Seperti yang telah diketahui,
mulut merupakan alat artikulasi manusia yang boleh mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa dan
bersifat abstrak kerana dapat dilihat secara fizikal. Manakala, hati merupakan organ yang tidak
dapat dilihat secara fizikal kerana berada dalam tubuh badan manusia. Bagaimanakah
peribahasa terbuka mulut, terpancut hati dapat diterangkan dengan kepada orang yang banyak
bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia?. Apabila manusia gemar bercakap, dia
akan sering berbicara untuk menyatakan sesuatu. Seperti sehingga terjadinya perlakuan
terpancut hati apabila individu tersebut membuka mulut untuk berbicara. Oleh sebab itu,
peribahasa ini membawa maksud orang yang banyak cakap tidak boleh dipercayakan sesuatu
rahsia.
Apakah kesan banyak bercakap?. Terdapat kesan baik dan buruk. Antara kesan baik
ialah kita mampu membina hubungan sosial iaitu mampu berinteraksi dengan individu lain
dengan mudah kerana kita boleh bercakap untuk menghidupkan suasana. Cuma, kesan buruk
banyak bercakap ialah kita mungkin tidak boleh menyimpan rahsia kerana akan berbicara
dengan orang lain mengikut isu yang mereka ketengahkan. Hal ini kerana, untuk masuk dalam
kumpulan mereka, kita akan memberitahu apa sahaja yang diketahui demi membahaskan isu
yang sama. Perbuatan ini adalah tidak wajar kerana apabila sudah diketahui oleh individu yang
mempercayai kita, mereka akan mula hilang kepercayaan dan akan menjauhkan diri. Akibatnya,
individu yang tidak boleh dipercayai ini akan kehilangan kawan disebabkan oleh perangainya.
Teori behaviorisme menyatakan makna merupakan bentuk tindak balas hasil daripada
rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlaku antara
mereka. Ransangan tersebut boleh berlaku menerusi proses mendengar dengan bertutur atau
hasil daripada proses pembelajaran. Perkaitan makna dalam hal ini ditentukan oleh bentuk
tingkah laku yang dapat diperhatikan. Oleh itu, tingkah laku yang dapat diperhatikan melalui
makna peribahasa ini menerangkan bahawa orang yang banyak cakap, tidak boleh
dipercayakan sesuatu rahsia. Dengan kata yang lain, penutur dan pendengar perlu saling
memahami dan berkongsi makna yang sama bagi perkataan yang digunakan. Jelaslah bahawa
11

tingkah laku banyak bercakap dapat disamakan dengan tidak boleh dipercayakan sesuatu
rahsia kerana mereka akan memberitahu kepada individu lain apabila mereka banyak
bercakap.

3.0 Rumusan.
Cara berfikir masyarakat Melayu telah membawa kepada penghasilan peribahasa di atas.
Sudah pastinya susunan kata yang terpilih, kemas dan ringkas dapat memberikan teladan
kepada masyarakat sekeling. Kini, peribahasa yang telah lama wujud ini digunakan oleh semua
sebagai didikan masyarakat Malaysia. Oleh itu, tugasan ini telah memperlihatkan bagaimana
makna leksikal dalam peribahasa dan makna leksikal dalam makna peribahasa telah membawa
kepada satu makna yang dapat diterima oleh semua pengguna. Analisis perubahan makna
peribahasa yang dikaitkan dengan grafik dan sokongan teori semantik sudah pastinya dapat
membawa meningkatkan kefahaman semua. Oleh itu, dapat saya rumuskan, analisis
peribahasa yang terdapat dalam buku “Peribahasa Melayu” karya Abdullah Hussain telah
membantu banyak pihak mengetahui tentang peribahasa yang jarang digunakan serta dapat
memberikan didikan kepada semua penggun
12

Rujukan

Abdullah Hussain. (2007). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. (KBBI). Boleh diakses melalui laman web

https://kbbi.kemdikbud.go.id/ . Diakses pada 17.02.2020 pada pukul 15:25 pm.

Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd Noor. (2015). Genre

Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. (2011). Ace Ahead Teks STPM Bahasa Malaysia
Kertas

1 & 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (PRPM). Boleh diakses melalui laman web

http://prpm.dbp.gov.my/ . Diakses pada 22.02.2020 pada pukul 20:30 pm.

You might also like