You are on page 1of 3

Rakyat

1Pengenalan
2Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan
3rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya.
4Keunikan masyarakat serta seni binanya memaparkan warisan budaya yang pelbagai
5pengaruh. Untuk memahami budaya Malaysia, anda perlu mengenali rakyatnya terlebih
6dahulu.

7Jelajahi Dunia dengan kepelbagaian yang Menarik


8Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup
9bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini
10telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.
11Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak,
12terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka
13tersendiri.

14Melayu
15Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan lebih daripada
1650% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk kepada orang yang
17mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
18Melayu. Pengislaman mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada
191400-an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu
20dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni.

21Cina
22Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-kira 25% jumlah
23penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19.
24Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Tiga sub-kumpulan
25yang bertutur dalam dialek Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya
26tinggal di Pulau Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa
27Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor.

28India
29Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia membentuk
30kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan
31berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan
32peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia
33untuk membina kehidupan lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama
34budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah.
35Kumpulan Etnik Bumiputera

36Orang Asli
37Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan bumiputera di
38Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama: Negrito,
39Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman
40tengah dan Melayu Proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai
41bahasa dan budayanya sendiri. Ada yang merupakan nelayan, petani, dan ada juga yang
42berpindah-randah.

43Sabah
44Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan Dusun,
45Bajau dan Murut.

46Kadazan Dusun
47Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah
48penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi
49dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu,
50Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi,
51sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di
52pedalaman Sabah.

53Bajau
54Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15% jumlah penduduk
55negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut
56atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang
57meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat ini
58dipanggil 'Koboi dari Timur' kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang
59dipertontonkan kepada umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud.

60Murut
61Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk
62negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan
63etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka
64terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan
65mereka dengan menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di
66Sabah, pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik.
67Sarawak
68Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh
69dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman, adalah satu
70istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih
71daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang,
72rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

73Iban
74Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban membentuk 30%
75daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara salah faham mereka dirujukkan
76sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot, sedangkan mereka
77sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan.
78Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal
79dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tuhan
80perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan.
81Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian,
82mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.

83Bidayuh
84Sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah, orang
85Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka.
86Mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka
87kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada
88zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam
89'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada
90asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut
91agama Kristian.

92Orang Ulu
93Juga dikenali sebagai suku kaum hulu sungai Sarawak. Mereka membentuk kira-kira 5.5%
94dari penduduk Sarawak, terdapat lebih dari 100,000 suku kaum Orang Ulu yang berbeza.
95Memang boleh dikatakan yang mereka adalah orang yang paling artistik di Borneo, rumah
96panjang mereka yang besar dipenuhi hiasan yang berlebihan dengan mural dan ukiran kayu
97yang sangat indah; peralatan mereka dicantikkan dengan hiasan kerja manik yang rumit;
98dan wanita dari golongan bangsawan menutupi badan mereka dengan lukisan tatu yang
99sangat perinci dan halus.

You might also like