You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan

Suasana pembelajaran di negara kita begitu unik kerana murid terdedah dengan pola
hubungan kepelbagaian kaum di samping mereka perlu berinteraksi dan berkomunikasi
dengan pelbagai latar budaya yang berbeza (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2014). Justeru,
pendidikan dilihat sebagai suatu keperluan yang wajib diberikan kepada setiap individu tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit. Menurut Saedah Siraj (2001) dalam Haliza Hamzah
dan Joy Nesamalar (2014), menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan
merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia agar apabila murid
pelbagai budaya keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh
diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Umum mengetahui, budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya


masyarakat. Justeru itu, pendedahan kepada pelbagai latar budaya ini memerlukan para
pendidik yang mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut
untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh para pemimpin negara (Syed
Ismail dan Ahmad Subki, 2014). Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah
Fakhriah dan Zuraidah (2014), persekitaran bilik darjah yang kondusif mudah dicapai
sekiranya guru memahami kepelbagaian sosiobudaya murid dalam bilik darjah mesra budaya.
Pengurusan kelas yang mesra budaya dilihat sangat penting supaya suasana pembelajaran
menjadi kondusif dan bermakna untuk murid dalam pelbagai peringkat. Persoalannya,
bagaimana mengaplikasikan kelas mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid yang berlatar belakang budaya yang berbeza?

2.0 Penyataan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya merupakan guru novis yang
ditempatkan disebuah sekolah pedalaman dengan pelbagai latarbelakang etnik, budaya dan
adat resam. Saya mengahadapi masalah seperti situasi kelas yang bising dan hingar bingar,
persekitaran kelas yang tidak kondusif, panas dan tidak teratur serta pergaduhan antara murid
merupakan akibat daripada pengurusan bilik darjah yang tidak efektif. Jika dilihat, pelajar
kelas tersebut juga terdiri daripada pelbagai etnik seperti Bidayuh, Iban, Kenyah, Kayan,
Dusun, Cina, Melayu dan Jawa. Justeru, kepelbagaian etnik ini juga menjadi cabaran kepada
saya dalam mengenali sosiobudaya murid di sekolah ini. Oleh itu, langkah-langkah yang
bersesuaian akan dicadangkan agar saya yang merupakan guru novis berupaya mengatasi
masalah yang berlaku seterusnya dapat mewujudkan bilik darjah mesra budaya di sekolah ini
dengan mengambil kira aspek kepelbagaian sosiobudaya pelajar yang terdapat dalam kelas
tersebut.

1
3.0 Cadangan Langkah-Langkah Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya

Dalam memastikan pengurusan bilik darjah mesra budaya dapat dilakukan dengan
efektif, aspek pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi
perlulah dititikberatkan (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah,
2014). Aspek pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi
merupakan tulang belakang utama dan asas dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya.
Justeru, aspek tersebut akan dibahas dan dibincangkan dengan lebih terperinci berdasarkan
kriteria yang sesuai seterusnya dapat mengatasi masalah yang saya hadapi.

3.1 Mewujudkan Pengurusan Persekitaran Fizikal Mesra Budaya

Menerusi pengurusan persekitaran fizikal ini, antara langkah yang boleh saya lakukan
adalah menyediakan pelan lantai, memastikan pencahayaan dan pengudaraan dalam
keadaan baik dan mencukupi, memastikan kelas dalam keadaan bersih dan memastikan
keselamatan dalam kelas terjamin bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada
murid (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2014).

3.1.1 Penyediaan Pelan Lantai

Pertamanya ialah penyediaan pelan lantai yang merupakan lakaran ruang bilik
darjah yang melibatkan susun atur perabot dan peralatan, susunan kerusi dan meja
serta sudut dan ruang. Menurut Mohd Hasani Dali (2009), penyediaan pelan lantai
yang baik mengikut pekeliling dan peraturan dapat membantu proses PdPc
berlangsung dengan kondusif dan mesra budaya. Lampiran satu (1) pada muka surat
10 merupakan cadangan lakaran pelan lantai selaras dengan pembelajaran abad 21
yang boleh saya gunakan untuk membina bilik darjah yang konsusif dan mesra
budaya.

3.1.2 Susunan Kerusi Dan Meja

Berdasarkan pelan lantai tersebut, aspek utama yang dititikberatkan ialah


susunan meja guru yang ideal iaitu diletakkan di hadapan kelas serta tidak menggangu
penglihatan murid ke arah papan putih. Menurut Burden (2016), guru perlu sentiasa
berada di hadapan dan mengelilingi kelas untuk menjadi panduan dan role model
kepada semua murid khususnya dalam membuat demonstrasi sesuatu aktiviti.
Sebagai contoh, aktiviti yang bercorak simulasi dalam mata pelajaran sejarah seperti
demonstrasi proses cari gali di tapak ekskavasi ataupun lakonan perisytiharan
kemerdekaan 1957 dapat saya laksanakan dengan baik. Secara tidak langsung, saya
akan menjadi lebih selesa, yakin dan dapat meningkatkan semangat untuk mengajar
dalam emosi yang positif.

2
Seterusnya ialah susunan meja pelajar perlulah bersifat mudah alih dan lebih
fleksibel selaras dengan pembelajaran abad 21 yang bersifat kolaboratif dapat
diterapkan kepada pelajar (Urusa, 2013). Meja murid perlulah disusun secara
berkelompok iaitu bilangan yang ideal ialah 4-6 serta melibatkan murid daripada
pelbagai budaya. Sebagai contoh, sekiranya saya ingin mejalankan aktiviti yang
melibatkan lakonan, simulasi, forum serta debat, kedudukan meja dan kerusi yang
mudah alih memudahkan susunan untuk aktiviti dilakukan di samping dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Mereka perlu mengamalkan sikap kerjasama,
kolaborasi dan melakukan perbincangan dalam melaksanakan tugasan yang saya
berikan sekaligus menanamkan semangat perpaduan walaupun berbeza budaya.

3.1.3 Kemudahan Sumber Maklumat

Menurut Urusa (2013), antara medium untuk mendapatkan maklumat ialah


melalui jurnal, temubual bersama pakar, meneroka internet atau menggunakan
program perisian komputer untuk mencari maklumat tambahan terutamanya berkaitan
informasi luar daripada budaya setempat. Oleh itu, saya boleh melibatkan komputer
yang mempunyai jaringan internet agar memberi peluang kepada murid pelbagai
budaya untuk mencari maklumat dalam talian seterusnya menambah pengetahuan
am bagi murid-murid di luar bandar khususnya. Sebagai contoh, murid mempunyai
medium yang luas untuk meneroka sumber-sumber maklumat yang pelbagai tidak
hanya terhad kepada buku teks sahaja. Justeru, penggabungjalinan elemen-elemen
ini menjadikan bilik darjah ini sebagai tempat yang seronok buat murid serta
meluaskan pengetahuan murid ke peringkat lebih tinggi.

3.1.4 Sudut Dan Ruang

Menurut Sana' (2012), aspek sudut dan ruang juga diambil kira iaitu terdapat
papan interaktif, ‘reward board’ dan sudut informasi di ruang hadapan kelas mesra
budaya. Sana’ (2012) menulis dalam jurnalnya, dalam sebuah bengkel seminar para
menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila
para peserta ditanya tentang apa yang mereka harapkan ada di sekolah mereka
berdasarkan keutamaan, hampir 70% menyatakan interactive whiteboard atau papan
putih interaktif (IWB). Perhatian, minat dan fokus murid terhadap PdPc akan
bertambah kerana ciri-ciri IWB membolehkan mata pelajaran yang naratif seperti
sejarah menjadi segar dan hidup.

Selain itu, terdapat juga ‘Reward board’ yang bertujuan memberi peneguhan
positif kepada murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Sudut info pula
menyajikan info-info terkini dan maklumat penting untuk memastikan murid saya

3
sentiasa mendapat maklumat terkini walaupun berada di luar bandar. Tambahan pula,
terdapat sudut bacaan di sudut kiri kelas yang menempatkan rak yang mengandungi
buku, peta, kamus dan surat khabar. Ruang apresiasi pula bertujuan untuk
memaparkan hasil kerja murid seperti poster kemerdekaan, buku skrap mengenai
tokoh dan beberapa hasil seni yang lain sebagai tanda penghargaan dan memberi
motivasi kepada murid yang lain.

3.1.5 Kebersihan Dan Keselamatan

Saya juga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan budaya


kebersihan kepada pelajar yang pelbagai budaya. Contohnya, saya boleh membuat
jadual tugasan harian dengan memastikan pelajar pelbagai etnik di dalam kelas ini
saling bekerjasama dan memupuk sifat bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas
mereka. Dengan itu, permulaan hubungan baik akan terbina antara satu sama lain di
samping aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan. Pelan keselamatan, susunan
kerusi dan meja, perabot serta peralatan perlulah dalam keadaan baik dan selamat
serta tidak mengganggu ruang lalu lintas agar murid akan lebih selesa untuk
melakukan aktiviti di dalam kelas.

Kesimpulannya, pengurusan persekitaran fizikal merupakan batu asas kepada


langkah untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Apabila elemen-elemen seperti
diatas telah saya titikberatkan, maka persekitaran fizikal berada dalam keadaan yang
kondusif, proses pembelajaran pelajar dapat dimaksimakan di samping bilik darjah yang
mesra budaya dapat diwujudkan.

3.2 Mewujudkan Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi Mesra Budaya

Persekitaran sosio-emosi yang baik dan selesa perlu diwujudkan dalam kelas ini agar
membolehkan murid daripada pelbagai etnik saling berinteraksi dan menjaga perasaan antara
satu sama lain seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni untuk persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2014). Antara langkah
yang boleh diambil untuk mewujudkan persekitaran sosio-emosi yang baik ialah dengan
menggalakkan hubungan sosial dalam kalangan murid daripada pelbagai etnik. Saya perlu
memastikan murid daripada kelompok etnik yang berbeza-beza menerima peluang
pembelajaran yang sama seperti membuat aktiviti secara berkumpulan dan menggalakkan
perkongsian idea, pandangan dan pendapat.

Menurut Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2014), interaksi antara murid
akan menghasilkan pertembungan budaya dan persilangan budaya yang pada akhirnya akan
mewujudkan perpaduan dan sikap penerimaan dalam kalangan murid. Hasilnya, perselisihan

4
faham dan pergaduhan dalam kalangan murid yang berbilang budaya akan dapat dielakkan
seterusnya mewujudkan persekitaran sosioemosi yang harmoni. Misalnya, saya menerapkan
aktiviti membersihkan kelas bersama-sama sebelum memulakan proses PdPc membolehkan
mereka mempunyai rasa kekitaan dan saling bergantung. Kesimpulannya, hubungan sosio-
emosi yang terjalin akan melibatkan kemahiran berinteraksi dengan pelbagai etnik yang
membawa kepada pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri yang baik
walaupun terdapat perbezaan budaya.

3.2.1 Peraturan Bilik Darjah Menjamin Sosio-Emosi Mesra Budaya

Bagi melahirkan bilik darjah mesra budaya yang harmoni dan selamat, saya
akan mewujudkan peraturan bilik darjah yang akan menjamin persekitaran sosioemosi
murid sekaligus memudahkan kelancaran proses PdPc. Peraturan ini akan dipatuhi
oleh setiap murid tanpa mengira etnik, kaum mahupun budaya di dalam kelas tersebut.
Antara peraturan tetap yang boleh dilaksanakan bersama pihak pentadbir sekolah ini
ialah menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan mengibarkan bendera di sekolah
berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil.8/1975 (rujuk lampiran halaman 13) yang
akan meningkatkan semangat kekitaan dan patriotik dalam kalangan murid yang
pelbagai budaya.

Selain itu juga, saya tidak boleh bersifat autokratik dalam menentukan
peraturan bilik darjah mesra budaya. Saya dan murid-murid hendaklah bersama-sama
berbincang dalam menentukan peraturan bilik darjah agar wujud rasa kepunyaan bilik
darjah secara bersama walaupun mereka daripada latar belakang budaya yang
berbeza. Peraturan yang telah dipersetujui bersama sebaiknya ditulis dan dipaparkan
di dalam kelas sebagai peringatan kepada murid. Lampiran pada halaman 14
merupakan cadangan dalam menentukan peraturan yang bersesuaian dengan kelas
mesra budaya. Apabila guru menekankan aspek ini, maka kelas ini akan menjadi
harmoni dan selamat sekaligus sosioemosi murid menjadi lebih baik untuk menimba
ilmu di sekolah.

Kesimpulannya, perkembangan sosio-emosi yang baik amat diperlukan oleh kanak-


kanak agar mereka dapat menunjukkan kesedaran, menerima rakan-rakan yang berbeza
budaya dan meluahkan emosi perasaanya. Justeru, saya mudah untuk mengesan, mendekati
dan membantu murid-murid ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah seperti keyakinan diri
rendah (self esteem) akibat kepelbagaian budaya serta menambah perasaan hormat-
menghormati dalam kalangan murid mesra budaya.

5
3.3 Mengamalkan Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Menurut Shahabuddin, Rohizani dan Mohd. Zohir (2011), guru novis perlu mendalami
pendidikan dan mengikuti latihan yang menjurus ke arah kemahiran dan pengetahuan
mengenai isu perhubungan etnik, budaya dan amalan agar dapat melakukan pendekatan
pedagogi yang bersesuaian dengan muridnya. Dalam pada itu, guru perlulah berbangga dan
komited dengan kerjayanya dalam mendidik murid tanpa mengira budaya dan etnik.
Contohnya, guru yang mengajar di sekolah Orang Asli tidak perlu berasa malu, sebaliknya dia
perlu bangga dengan kerjayanya dalam mendidik dan membimbing anak Orang Asli sehingga
berjaya.

Antara tindakan yang boleh diambil untuk mewujudkan amalan pedagogi relevan
budaya dalam bilik darjah ialah saya perlu bersikap terbuka dengan menerima kepelbagaian
latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi etnik, budaya dan bahasa secara positif
(Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2014). Sebagai contoh, saya perlulah bersikap adil dan cuba
memahami setiap murid yang cuba bertanya dan mengemukakan idea di dalam kelas
walaupun bahasa yang digunakan sukar difahami. Tambahan pula, menjadi tanggungjawab
saya untuk memenuhi keperluan murid tanpa sikap prejudis terhadap budaya murid yang
berbeza tersebut. Selain itu juga, saya perlu hadir ke majlis komuniti yang diadakan sebagai
tanda sokongan moral kepada mereka di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Contohnya, saya perlu menjalinkan hubungan positif dan menanam kepercayaan anak
muridnya dengan menghadiri majlis sambutan mereka.

Selain itu, guru perlu menggunakan pendekatan pedagogi mesra budaya yang sesuai
dalam proses PdPc seperti rujukan dalam lampiran muka surat 11. Contohnya, saya boleh
menggunakan kaedah kontekstual di mana menggunakan contoh yang berkait rapat dengan
budaya etnik (kehidupan seharian) untuk dijadikan contoh dalam proses pembelajaran yang
dijalankan. Misalnya dalam mata pelajaran sejarah, saya boleh mengaitkan iktibar peristiwa
13 Mei kedalam kehidupan pelbagai budaya murid supaya peristiwa pahit itu tidak berulang
dengan mengambil pengajaran daripada kurikulum tersirat sejarah. Hal ini mampu membuka
minda murid untuk memberikan idea seterusnya menzahirkan minat terhadap proses
pembelajaran yang dilakukan.

Kesimpulannya, sekiranya pedagogi yang diamalkan bersifat relevan budaya, murid


akan menjadi lebih mudah untuk mempelajari pengajaran serta dapat mencungkil idea dan
minat mereka dalm proses pembelajaran yang dilakukan. Dalam pada itu, pedagogi relevan
budaya memudahkan guru memahami budaya dan bahasa yang terdapat di sekolah itu.
Justeru, PdPc berkaitan kepelbagaian budaya mudah disampaikan dan lebih bermakna
sekaligus mewujudkan trend budaya sekolah dalam masyarakat pelbagai etnik.

6
3.4 Mempelajari Sosiolinguistik Pelajar Dalam Kelas

. Menurut Ting Chew Peh (1985) dalam Mohd Hasani (2009), antara langkah yang
boleh dilakukan dalam mempelajari sosiolinguistik murid dalam kelas adalah seperti saya
boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain antaranya ialah menyanyikan
lagu pelbagai kaum dalam PdPc. Aktiviti nyanyian ini menjadikan murid gembira tanpa
mengira lagu bangsa apa dan bahasa siapa bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid tentang kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Contohnya, nyanyian lagu
dalam Bahasa Iban akan menjadikan murid teruja kerana mereka tidak pernah menyanyikan
lagu bahasa lain sekali gus memberi peluang kepada murid untuk cuba memahami budaya
lain dan mengelakkan sikap prejudis.

Selain itu, saya juga boleh mengadakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan
percampuran semua bahasa dalam satu kumpulan sekaligus mendukung komunikasi silang
budaya yang merupakan perhubungan dua atau lebih individu yang mempunyai latar
belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses
komunikasi. Saya perlu merancang aktiviti PdPc yang memberi peluang kepada murid untuk
berkomunikasi bagi mewujudkan suasana yang mesra budaya dan membina semangat
setiakawan antara murid-murid yang berbeza etnik. Aktiviti berkumpulan ini dapat memupuk
sikap kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Semasa murid berbincang dan berkomunikasi antara mereka, guru berperanan untuk
menerapkan nilai harmoni, perpaduan dan saling menghormati sesama mereka. Guru perlu
membendung murid daripada melakukan perbuatan ejek mengejek antara mereka apabila
berlaku perbezaan pendapat berkaitan dengan budaya mereka. Sebaliknya, guru perlu
membina persekitaran aktiviti berkumpulan yang membina dan menghargai perbezaan antara
budaya ahli kumpulan mereka. Kesimpulannya, memahami sosiolinguistik dalam kalangan
murid dapat membantu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan
kondusif seterusnya menjadi proses pembelajaran lebih efektif.

3.5 Penilaian Berasaskan Budaya

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar (2014), guru juga perlulah melaksanakan
penilaian berasaskan budaya agar penilaian yang dilakukan dapat merangkumi potensi
menyeluruh seseorang murid bersesuaian dengan situasi dalam kelas berkenaan. Antara
tindakan awal yang boleh diambil adalah dengan memastikan susun atur meja dan kerusi
murid dalam kumpulan merangkumi pelbagai kaum yang berbeza yang akan memberikan
murid peluang untuk melakukan aktiviti dengan murid daripada pelbagai kaum. Oleh itu, lebih
mudah untuk guru melakukan penilaian terhadap murid melibatkan penilaian disiplin,
hubungan sosial dan psikologi murid. Penilaian yang telah dilakukan ini penting kerana

7
membantu saya menyediakan rancangan pengajaran yang bertepatan dengan kepelbagaian
murid.

Saya juga boleh melakukan penilaian disiplin yang dapat mempengaruhi persekitaran
bilik darjah yang lebih efektif dengan memupuk disiplin yang baik dalam kalangan murid mesra
budaya agar murid yang mengamalkan amalan hidup baik dapat dilahirkan. Daripada
penilaian disiplin ini, saya akan merancang aktiviti PdPc bersesuaian dengan budaya
setempat dan mengubah budaya yang tidak bersesuaian misalnya murid luar bandar
menggunakan panggilan tidak sopan seperti “Aku” ketika berkomunikasi dengan guru.
Seterusnya, saya juga perlu melakukan penilaian terhadap hubungan sosial murid seperti
membuat pemerhatian terhadap interaksi dan pergaulan antara murid. Daripada itu, saya
akan memastikan murid dapat berinteraksi dengan baik dan saling menghormati pandangan
idea antara satu sama lain sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamis
dan harmoni.

Akhir sekali ialah saya perlu melakukan penilaian terhadap psikologi murid yang
meliputi kesan kepelbagaian amalan budaya yang diamalkan oleh murid-murid dalam
sesebuah kelas. Apabila psikologi murid dalam keadaan yang baik, pembentukan sahsiah
dan tingkah laku murid juga akan lebih positif (Webster 2017). Oleh itu, saya perlu sentiasa
memupuk cara pemikiran dan tindakkan yang positif melalui alat-alat pembelajaran yang
menarik misalnya kaedah “Learning Is Fun” di samping menerapkan psikologi yang positif
secara tersirat dalam kurikulum pengajaran saya. Antara contoh yang boleh disentuh adalah
melalui mental seperti mengajak murid berfikir secara sumbangsaran sebab dan akibat
sekiranya berbuat jahat kepada rakan daripada etnik lain.

Tuntasnya, apabila guru membuat penilaian kepada murid, aspek perbezaan antara
budaya perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Ini perlu supaya segala
penambahbaikan dapat dilakukan dengan sebaiknya seperti dapat membuat refleksi tentang
kaedah pengajarannya dan berpeluang bekerjasama dengan ibu bapa murid untuk
berganding bahu meningkatkan pencapaian murid. Oleh itu, tindakan susulan daripada saya
amat penting dan memainkan peranan besar setelah melaksanakan penilaian berasaskan
budaya.

8
4.0 Penutup

Berdasarkan permasalahan yang saya hadapi, jelaslah guru memainkan peranan


penting dalam menguruskan bilik darjah yang mesra budaya supaya dapat membentuk
suasana kondusif untuk murid yang terdiri daripada pelbagai etnik di Malaysia. Tambahan
juga, amalan pedagogi yang relevan perlu diterapkan supaya motivasi murid sentiasa berada
di tahap yang tinggi untuk menerima proses pembelajaran yang dilaksanakan. Daripada
penulisan akademik ini juga, guru novis seperti saya disarankan melaksanakan proses
penilaian setelah melaksanakan pengurusan kelas yang sesuai dengan pelbagai budaya
melalui persekitaran fizikal mahupun sosio-emosi. Penilaian ini penting kerana tidak ada murid
yang tercicir dari arus pendidikan sekaligus membantu guru untuk mengenalpasti murid yang
bermasalah agar dapat dibantu walau dengan apa cara sekalipun untuk memberi peluang
pendidikan yang adil kepada semua rakyat.

9
RUJUKAN

Burden, P. (2016). Classroom management: Creating a successful K-12 learning community.


London: John Wiley & Sons.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Hasani Dali. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh pada 1 Mac 2018 daripada
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah (2014). Budaya dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sana' Mohammad Omar Ababneh. (2012). Towards a Better Classroom: Implementing


Effective Classroom And Behaviours Management Strategies. International Journal
Of Education, 4(4). http://dx.doi.org/10.5296/ije.v4i4.2563

Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011). Pedagogi Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Urusa, A. (2013). Effective teacher in 21st century classroom. Journal Of Educational And
Instructional Studies In The World, 3(4), ISSN: 2146-7463
http://www.wjeis.org/FileUpload/ds217232/File/08.ansari.pdf

Webster, J. (2017). Behavior Management versus Classroom Management. ThoughtCo.


Diperoleh pada 4 Mac 2018, daripada https://www.thoughtco.com/behavior-versus-
classroom-management-3110739

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-
Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

10
LAMPIRAN 1: PELAN LANTAI BILIK DARJAH CIKGU HASHIM

BELAKANG
PINTU
RUANG APRESIASI
BACAAN
RUANG

MEJA MURID MEJA MURID


MUDAH ALIH MUDAH ALIH S
T
U
D
E
RUANG

N
IT

T’
RUANG AKTIVITI S
W
A
R
D
R
O
B
TELEFON

MEJA MURID MEJA MURID E


MUDAH ALIH MUDAH ALIH

MEJA
HADAPAN
PINTU

GURU

PARKING
REWARD BOARD SMARTBOARD RUANG INFO
LOT

11
LAMPIRAN 2 : Contoh-Contoh Pedagogi Relevan Budaya

PETA BUIH : Contoh-contoh Pedagogi Relevan Budaya

PENDEKATAN
KOLABORATIF

PENDEKATAN
KOPERATIF
MEDIATIF

KAJIAN PEDAGOGI
MASA RELEVAN GENERATIF
DEPAN BUDAYA

KAJIAN
KONTEKSTUAL
LUAR

METAKOGNITIF

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

12
13
14

You might also like