You are on page 1of 7

Perbincangan soalan GCI1022

Bahagian A (30 markah) (Jawab semua soalan)

1. a) Empayar Soviet runtuh pada penghujung tahun 1991. Terdapat beberapa


faktor yang menyebabkan keruntuhan Empayar Soviet.
Nyatakan faktor-faktor keruntuhan Empayar Soviet.
b) Isu konflik persempadanan dan tuntutan bertindih antara negara kita dengan
beberapa negara lain begitu sukar untuk diselesaikan.

Cadangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh negara-negara yang


terlibat ke arah penyelesaian isu tersebut secara aman.

2. a Turun naik petroleum memperlihatkan bahawa harga komoditi dunia ini adalah di
luar kawalan Malaysia dan ditentukan oleh pengeluar-pengeluar minyak utama
dunia.
Berdasarkan penyataan di atas, kemukakan kesan-kesan kenaikan harga
petroleum dunia terhadap ekonomi Malaysia.

Kekangan yang dihadapi untuk menangani isu alam sekitar

Sistem
Pendidikan Penguat-
Kekangan untuk menangani isu alam sekitar
kuasaan undang-undang

Berdasarkan rajah 1 di atas, perincikan kekangan yang dihadapi oleh pihak yang
terbabit dalam menangani isu alam sekitar.
3. a
Jenis Universiti Universiti Kolej Institut Institut
Institusi Awam Swasta Universiti Latihan Latihan
Pengajian Kemahiran Kemahiran
Tinggi Awam Swasta
Jumlah 20 40 26 405 584
Sumber : Unit Perancangan Ekonomi, 2010
Jadual 1 : Strategi Kementerian Pendidikan Dalam Menjadikan Malaysia
sebagai Hub Pendidikan Antarabangsa.
Berdasarkan Jadual 1 di atas, kemukakan bagaimana institusi pendidikan
mampu menjadikan Malaysia sebagai Hub Pendidikan Antarabangsa.

b
2013 2014
90 kes 53 kes
Sumber : Statistik Polis Diraja Malaysia(PDRM), 2015
Jadual 2 : Statistik kes pembuangan bayi, Tahun 2013-2014
Berdasarkan Jadual 3 di atas, buat satu analisis tentang faktor-faktor penurunan
kes pembuangan bayi pada tahun 2014.

Bahagian B (20 markah) (Jawab 1 soalan sahaja)

1. Kejuruteraan genetik dapat digunakan untuk menghasilkan tanam-tanaman yang


mampu melawan serangan penyakit dan meningkatkan produktiviti dalam bidang
pertanian serta bidang-bidang lain.
Buktikan bahawa bidang kejuruteraan genetik dapat menyumbang kepada kemajuan
negara kita dalam sektor pertanian.

2. Kerajaaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bidang ketenteraan


dan keselamatan seperti mempertingkatkan bidang ketenteraan termasuklah membeli
peralatan ketenteraan yang canggih serta menjaga kebajikan anggota keselamatan.
Berdasarkan fakta di atas, huraikan kepentingan kerajaan mempertingkatkan bidang
ketenteraan demi menjamin kedaulatan negara.

Contoh Jawapan
Nyatakan faktor-faktor keruntuhan Empayar Soviet.
 Reformasi di bawah pimpinan Gorbachev yang mahukan perubahan dan
secara terbuka mengakui kegagalan komunis dan beralih arah kepada
sistem kapitalis dan pasaran bebas.
 Penindasan pemerintahan terhadap rakyat.
 Kehilangan kewibawaan Parti Komunis.
 Keizinan Soviet untuk parti bukan komunis menyertai pilihanraya.
 Gaji pekerja rendah dan kekurangan barangan pengguna.
 Boris Yeltsin merupakan penyokong demokrasi

Cadangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh negara-negara yang


terlibat kearah penyelesaian isu tersebut secara aman.
 Mengadakan rundingan bersama secara aman dengan negara terlibat.

 Negara terlibat perlu bersikap tolak ansur dalam penyelesaian masalah.


 Mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bersama-sama.
 Melaksanakan pembahagian kawasan secara adil dan saksama.
 Merujuk kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
 Menerima keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah tanpa apa-
apa pertikaian

Berdasarkan penyataan di atas, kemukakan kesan-kesan kenaikan harga


petroleum dunia terhadap ekonomi Malaysia.
 Menyebabkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan meningkat
dan berlakunya inflasi.
 Perbelanjaan pengangkutan akan meningkat dan membebankan
pengguna yang berpendapatan rendah.
 Pendapatan boleh guna pengguna semakin berkurangan.
 Kos pembuatan dan pemprosesan sesuatu barangan meningkat.
 Industri perumahan menanggung kos yang tinggi dari segi
pengangkutan bahan-bahan binaan.
 Menjejaskan pertumbuhan ekonomi global akibat daripada bekalan
minyak berkurangan.
 Menjejaskan pendapatan boleh guna pengimport tenaga dan komoditi
akibat daripada tekanan inflasi.
 Setiap kenaikan harga minyak akan meningkatkan hasil kerajaan
persekutuan / pendapatan negara.
 Pendapatan syarikat akan berkurangan, menjejaskan keyakinan pelabur
dan menyebabkan pembetulan dalam pasaran ekuiti yang memberi
kesan negative kepada perbelanjaan penggunaan dan perbelanjaan
modal.

Berdasarkan rajah 1 di atas, perincikan kekangan yang dihadapi oleh pihak yang
terbabit dalam menangani isu alam sekitar.

 Kurangnya pendedahan secara hands-on dalam kalangan pelajar


sekolah tentang kepentingan memelihara flora dan fauna.
 Kekurangan perbelanjaan bagi melaksanakan program pendidikan
alam sekitar yang mapan dan mantap.
 Mata pelajaran khusus berkaitan alam sekitar masih gagal diterapkan
ke dalam kurikulum sistem pendidikan negara.
 Kelemahan dari segi tindakan penguatkuasaan undang-undang alam
sekitar oleh pihak tertentu seperti Jbatan Perhutanan.
 Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah alam sekitar tidak
setimpal.
 Kekurangan pegawai penguatkuasaan yang mencukupi dan
kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap.

Berdasarkan Jadual 1 di atas, kemukakan bagaimana institusi pendidikan


mampu menjadikan Malaysia sebagai Hub Pendidikan Antarabangsa.

 Infrastruktur yang lengkap dan terkini.


 Tenaga pengajar yang terlatih, kreatif dan inovatif.
 Menggunakan kaedah pengajaran terkini seperti Kaedah Pembelajaran
Abad ke-21.
 Penggunaan Bahasa bilingual (pelbagai bahasa).
 Memudahkan proses kemasukan pelajar dari luar negara.
 Wujudnya Agensi Kelayakan MQA bagi memastikan standard kelayakan
yang terbaik.
 Keadaan politik negara yang stabil, makmur dan selamat.

Berdasarkan Jadual 3 di atas, buat satu analisis tentang faktor-faktor penurunan


kes pembuangan bayi pada tahun 2014.
 Sistem pendidikan yang menekankan kepentingan agama dan moral.
 Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan akhlak dan moral yang
baik dalam kalangan remaja yang berleluasa.
 Mendapat kerjasama dalam menyedarkan masyarakat tentang gejala
keruntuhan moral daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan.
 Mewujudkan lebih banyak sekolah/premis yang selamat bagi mangsa
yang mengandung luar nikah.
 Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan sosial yang lebih ketat

Bahagian B
Buktikan bahawa bidang kejuruteraan genetik dapat menyumbang kepada kemajuan
negara kita dalam sektor pertanian.

i. Bidang Pertanian
 Transformasi yang dilakukan dalam bidang pertanian.

 Penghasilan baka tanaman yang berkualiti, cepat matang dan tahan


rintangan penyakit.
 Kaedah kultur tisu dan mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman dan
mempercepat pembiakan tanaman serta dapat meningkatkan produktiviti
pertanian.
 Contohnya, betik eksotik oleh MARDI dan minyak kelapa sawit yang
monotepu oleh PORIM.

ii. Bidang Penternakan


 Transformasi yang dilakukan dalam bidang penternakan.
 Penghasilan vaksin,antibodi dan hormon pertumbuhan secara berskala
besar untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.
 Contohnya, gen yang diperlukan untuk menghasilkan hormon
pertumbuhan Bovine telah disisipkan dalam bakteria untuk tujuan
meningkatkan kualiti susu lembu.
 Biri-biri telah dihasilkan melalui pengklonan.

iii. Bidang perubatan bagi meningkatkan taraf kesihatan manusia


 Genetik seseorang boleh diubahsuai untuk mengelakkan warisan yang
berpenyakit genetik.
 Teknologi genetik membolehkan pengubahsuaian maklumat pada
kromosom dan gen induk.
 Penyakit-penyakit seperti kanser, leukemia, Parkinson, hemophilia dan
diabetis yang tidak ada penawar pada masa ini dapat diatasi.
 Mengelakkan kelahiran bayi cacat kerana genetik embrio dapat
dikenalpasti.
iv. Alam sekitar
 Mengatasi masalah pencemaran.
 Membantu dalam bidang forensik.
 Membantu usaha pengenalan diri seseorang.
 Membantu pihak polis dan forensik mengenal identiti mangsa melalui
ujian DNA.
 Ujian DNA juga boleh digunakan untuk mengenal pasti penjenayah.

Berdasarkan fakta di atas, huraikan kepentingan kerajaan mempertingkatkan bidang


ketenteraan demi menjamin kedaulatan negara.
 Pasukan tentera diperlukan bukan hanya dalam menghadapi musuh,
malah fungsinya juga memberi bantuan pada waktu kecemasan atau
malapetaka.
 Pasukan tentera turut terlibat dalam misi kemanusiaan dengan memberi
bantuan dalam bentuk makanan, tenaga dan perubatan.
 Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) merupakan pasukan komando yang
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang berbahaya.
 Pasukan tentera juga menyumbang kepada kebajikan sosial seperti
membantu golongan di pedalaman dengan membuat penerbangan ihsan
untuk membawa pesakit kronik mendapat rawatan yang segera ke
hospital seperti ke IJN.
 Angkatan tentera melalui kor jurutera sering menyediakan kemudahan
awam seperti membina jambatan dan jalan kepada penduduk di kawasan
yang mempunyai perhubungan yang sukar.
 Pengorbanan angkatan tentera perlu diberi ganjaran yang setimpal.

 Terpaksa berjauhan dengan keluarga semasa operasi.


 Terpaksa menjalani latihan yang lasak sehingga ada yang terkorban
semasa latihan.
 Kos latihan ketenteraaan memerlukan perbelanjaan yang besar dan amat
wajar peruntukan yang tinggi perlu disalurkan dalam bidang ini.

 Pasukan ketenteraan yang kuat dan canggih adalah amat perlu demi
menjamin kedauatan negara

You might also like