You are on page 1of 10

Karangan A

Pendahuluan:

1. Ayat dunia
- Kaitkan tema dengan dunia.
- Masukkan peribahasa - diempat penjuru dunia
2. Keadaan di Malaysia
3. Media sosial
4. Kesan kepada masyarakat dan negara
5. Sejarah

Isi

Semua maklumat yang diberikan dalam bahan jadikan isi iaitu :

Maklumat dalam bahan 1 jadikan isi 1

Maklumat dalam bahan 2, jadikan isi 2

Maklumat dalam bahan 3, jadikan isi 3

Kesimpulan:

1. Tema penting atau tidak?


2. Perlu tak tingkatkan usaha?
3. Semua pihak perlu buat apa?

Contoh soalan 1:

1
Tema soalan : aktiviti sukan
Pendahuluan
1. Ayat global
Contoh:
a) Aktiviti sukan terdapat diempat penjuru dunia.
b) Terdapat banyak aktiviti sukan diempat penjuru dunia.
c) Masyarakat diempat penjuru dunia suka melakukan aktiviti sukan.

2. Keadaan di Malaysia
Contoh:
a) Ramai rakyat Malaysia minat bersukan.
b) Di Malaysia, ramai orang suka melakukan aktiviti sukan pada hujung minggu.

3. Media sosial
Contoh:
a) Kini, akiviti sukan banyak terdapat dalam media sosial seperti TikTok, Instagram dan
Facebook.
b) Dalam media sosial seperti TikTok dan Instagram terdapat banyak video aktiviti sukan.
C) Banyak maklumat tentang aktiviti sukan ada dalam media sosial seperti Instagram, Facebook
dan TikTok.

4. Kesan kepada masyarakat dan negara


Contoh:
a) Terdapat banyak kesan aktiviti sukan kepada masyarakat dan negara.
b) Aktiviti sukan mendatangkan banyak kesan kepada masyarakat dan negara.

5. Sejarah
Contoh:
a) Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, masyarakat telah melakukan aktiviti sukan.
b) Masyarakat telah melakukan aktiviti sukan sejak zaman dahulu lagi.
c) Pada zaman dahulu, aktiviti sukan tidak banyak seperti sekarang.

Isi 1:

Kebaikan-kebaikan bersukan ialah sukan wahana perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian
kerana Melayu, Cina dan India bersukan sama-sama. Contohnya, masyarakat suka bermain bola
sepak dan hoki.

Isi 2:

Selain itu, kebaikan-kebaikan bersukan ialah kekal cergas dan sihat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sukan akan keluarkan peluh. Contohnya, ramai orang joging di taman.

Isi 3

Di samping itu, dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kedudukan pingat ialah Malaysia
mendapat 47 pingat iaitu 20 emas, 16 perak dan 11 gangsa. Singapura mendapat 26 pingat iaitu 9
emas,10 gangsa dan 7 Perak. Thailand mendapat 16 pingat iaitu 5 emas, 5 Perak dan 5 gangsa.

2
Vietnam mendapat 13 pingat iaitu 5 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Indonesia mendapat 23 pingat
iaitu 4 emas, 7 perak dan 12 gangsa.

Kesimpulan

1. Tema penting atau tidak?


Contoh:
a) Aktiviti sukan sangat penting kepada masyarakat.

2. Perlu tak tingkatkan usaha?


Contoh:
a) Pelbagai usaha perlu ditingkatkan bagi memperkasakan aktiviti sukan.
b) Kerajaan perlu meningkatkan usaha menggalakkan aktiviti sukan.
C) Kerajaan perlu berusaha membanyakkan aktiviti sukan.

3. Semua pihak perlu buat apa?

Contoh:
a) Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan aktiviti sukan.
b) Semua pihak perlu menggalakkan masyarakat bersukan.
C) Semua pihak hendaklah membanyakkan aktiviti sukan di Malaysia.

Contoh karangan lengkap :

Aktiviti sukan terdapat diempat penjuru dunia. Ramai rakyat Malaysia bersukan. Kini, akiviti
sukan banyak banyak terdapat dalam media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.
Terdapat banyak implikasi aktiviti sukan kepada masyarakat dan negara. Pada zaman Tuk Nadur
berkajang kain, masyarakat telah melakukan aktiviti sukan.

Kebaikan-kebaikan bersukan ialah sukan wahana perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian
kerana Melayu, Cina dan India sukan sama-sama. Contohnya, sukan bola sepak dan hoki ramai orang
main.

Selain itu, kebaikan-kebaikan bersukan ialah kekal cergas dan sihat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sukan akan keluarkan peluh. Contohnya, ramai orang joging di taman.

Di samping itu, Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kedudukan pingat ialah Malaysia dapat 47 pingat
iaitu 20 emas, 16 perak dan 11 gangsa. Singapura dapat 26 pingat iaitu 9 emas,10 gangsa dan 7
Perak. Thailand dapat 16 pingat iaitu 5 emas, 5 Perak dan 5 gangsa. Vietnam dapat 13 pingat iaitu 5
emas, 3 perak dan 5 gangsa. Indonesia dapat 23 pingat iaitu 4 emas, 7 perak dan 12 gangsa.

Kesimpulannya, aktiviti sukan sangat penting kepada semua orang. Kita perlu berusaha
banyakkan aktiviti sukan. Semua pihak perlu sukan bersama-sama.

3
Contoh soalan 2

Pendahuluan:

1. Ayat global
Contoh:
Industri kraf tangan terdapat diempat penjuru dunia.

2. Keadaan di Malaysia
Contoh:
Di Malaysia juga ada industri kraf tangan.

3. Media sosial
Contoh:
Dalam media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook banyak maklumat tentang industri kraf
tangan.

4. Kesan kepada masyarakat dan negara


Contoh:
Terdapat banyak implikasi industri kraf tangan kepada masyarakat dan negara.

5. Sejarah
Contoh:
Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, industri kraf tangan telah ada.

Kesimpulan
1. Tema penting atau tidak?
Industri kraf tangan sangat penting kepada masyarakat dan negara.
2. Perlu tak tingkatkan usaha?
Contoh :
a) Pelbagai usaha perlu ditingkatkan bagi memperkasakan industri kraf tangan.
b) Kerajaan perlu meningkatkan usaha memajukan industri kraf tangan.

4
C) Kerajaan perlu berusaha membanyakkan industri kraf tangan.

2. Semua pihak perlu buat apa?


Contoh :
a)Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri kraf
tangan.

b)Semua pihak perlu memajukan industri kraf tangan.

Contoh karangan
Industri kraf tangan terdapat diempat penjuru dunia. Di Malaysia juga ada industri kraf tangan.
Dalam media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook banyak maklumat tentang industri kraf
tangan. Terdapat banyak implikasi industri kraf tangan kepada masyarakat dan negara. Pada zaman
Tuk Nadur berkajang kain, industri kraf tangan telah ada

Industri kraf tangan di Malaysia ada seni kraf batik, seni kraf tenunan, seni kraf kayu, seni
kraf seramik, seni kraf logam dan seni kraf rotan dan buluh. Contohnya, kraf tangan batik banyak di
Kelantan dan Terengganu.

Industri kraf tangan mengekalkan warisan budaya bangsa. Contohnya, warisan budaya
bangsa membuat wau dan kipas pengantin.

Hasil kraf tangan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sekali gus menjana
pulangan pendapatan lumayan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri
Nancy Shukri. Contohnya, harga tenunan mahal dan dapat banyak untung.

Kesimpulannya, industri kraf tangan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Oleh
sebab itu, kerajaan perlu meningkatkan usaha memajukan industri kraf tangan. Semua pihak perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri kraf tangan

Karangan B
Pendahuluan:
1.Ayat global
2.Keadaan di Malaysia
3.Media sosial
4.Kesan kepada masyarakat dan negara
5.Sejarah
6.Perkenal tajuk

Perenggan isi :
Semua maklumat dalam petikan tulis di bahagian perenggan isi.

Kesimpulan:
1.Tema penting atau tidak?
2.Perlu tak tingkatkan usaha?
3.Semua pihak perlu buat apa?

5
Contoh soalan 1
Sukan elektronik atau e-sukan telah menjadi antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan
lumayan. Platform media sosial popular iaitu Facebook (FB) menyediakan ruang untuk
penstriman video dan kaedah ini membuka peluang kepada pemain untuk menjana
pendapatan menerusi mekanisme kiriman bintang. Selain itu, kemahiran berkomunikasi dan
sikap bekerjasama juga mampu dipupuk melalui sukan ini sekali gus menyebabkan
Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan
elektronik ini.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Harian Metro, 15 September 2020

Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan sukan elektronik atau e-sukan.

Pendahuluan:
Ayat global
Sukan elektronik atau e-sukan terdapat diempat penjuru dunia

Keadaan di Malaysia
Di Malaysia, ramai orang bermain sukan elektronik atau e-sukan.

Media sosial
Kini, banyak video tentang sukan elektronik atau e-sukan dalam laman sosial seperti TikTok,
Facebook dan Instagram.

Kesan kepada masyarakat dan negara


Terdapat banyak implikasi sukan elektronik atau e-sukan kepada masyarakat dan negara.

Sejarah
Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, sukan elektronik atau e-sukan tidak ada.

Ayat tajuk
Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan sukan elektronik atau e-sukan?

Kesimpulan:
1.Tema penting atau tidak?
Sukan elektronik atau e-sukan sangat penting pada zaman ini.

2. Perlu tak tingkatkan usaha?


Kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan sukan elektronik atau e-sukan
di Malaysia.

3. Semua pihak perlu buat apa?


Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memperkasakan sukan
elektronik atau e-sukan di negara kita.

6
Contoh karangan :

Sukan elektronik atau e-sukan terdapat diempat penjuru dunia. Di Malaysia, ramai orang
bermain sukan elektronik atau e-sukan. Kini, banyak video tentang sukan elektronik atau e-
sukan dalam laman sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram. Terdapat banyak
implikasi sukan elektronik atau e-sukan kepada masyarakat dan negara. Pada zaman Tuk
Nadur berkajang kain, sukan elektronik atau e-sukan tidak ada. Persoalannya, apakah
kebaikan-kebaikan sukan elektronik atau e-sukan?

Kebaikan-kebaikan sukan elektronik atau e-sukan ialah sukan elektronik atau e-sukan
telah menjadi antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan. Hal ini dikatakan
demikian kerana sukan elektronik atau e-sukan boleh mendapat wang yang banyak jika
menang pertandingan. Contohnya, ada banyak pertandingan sukan elektronik atau e-sukan
sekarang ini.

Di samping itu, kebaikan-kebaikan sukan elektronik atau e-sukan ialah platform media
sosial popular iaitu Facebook (FB) menyediakan ruang untuk penstriman video dan kaedah
ini membuka peluang kepada pemain untuk menjana pendapatan menerusi mekanisme
kiriman bintang. Hal ini dikatakan demikian kerana ada ramai orang sorang suka menonton
video sukan elektronik atau e-sukan. Contohnya, ramai orang bagi bintang semasa menonton
video sukan elektronik atau e-sukan.

Selain itu, kemahiran berkomunikasi dan sikap bekerjasama juga mampu dipupuk melalui
sukan ini sekali gus menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia sangat
menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan elektronik ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
orang bermain sukan elektronik atau e-sukan secara berkumpulan. Contohnya, mereka
bermain empat orang dalam satu kumpulan.

Kesimpulannya, Sukan elektronik atau e-sukan sangat penting pada zaman ini.
Kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan sukan elektronik atau e-sukan di
Malaysia. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memperkasakan
sukan elektronik atau e-sukan di negara kita.

Contoh soalan 2

Kerja sambilan merujuk kerja yang dilakukan secara sementara oleh mana-mana individu
termasuk pelajar bagi tujuan menambahkan pendapat atau membantu meringankan beban
kehidupan keluarga. Namun begitu, dalam keghairahan pelajar bekerja secara sambilan,
mereka perlu sentiasa berwaspada dengan aspek negatif. Ada segelintir pelajar yang terlalu

7
sibuk mementingkan wang tanpa disedari mereka semakin melupakan tugas utama mereka
iaitu belajar.
Berdasarkan petikan di atas terdapat pelbagai implikasi bekerja secara sambilan dalam
kalangan pelajar.

Beri komen anda.

Pendahuluan:
Ayat global
Ramai pelajar diempat penjuru dunia bekerja secara sambilan

Keadaan di Malaysia
Di Malaysia juga ramai pelajar bekerja secara sambilan

Media sosial
Kini, banyak pelajar bekerja sambilan dalam laman sosial seperti TikTok, Facebook dan
Instagram.

Kesan kepada masyarakat dan negara


Terdapat pelbagai implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar kepada
masyarakat dan negara.

Sejarah
Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain ada pelajar bekerja secara sambilan.

Ayat tajuk
Persoalannya, apakah implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar?

Kesimpulan:
1.Tema penting atau tidak?
Kesimpulannya, bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar sangat penting.

2.Perlu tak tingkatkan usaha?


Lantaran itu, usaha-usaha untuk menggalakkan pelajar bekerja sambilan perlu ditingkatkan

3. Semua pihak perlu buat apa?


Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan pelajar bekerja
secara sambilan.

8
Contoh karangan

Ramai pelajar diempat penjuru dunia bekerja secara sambilan. Di Malaysia juga ramai
pelajar bekerja secara sambilan. Kini, banyak pelajar bekerja sambilan dalam laman sosial
seperti TikTok, Facebook dan Instagram. Terdapat pelbagai implikasi bekerja secara sambilan
dalam kalangan pelajar kepada masyarakat dan negara. Pada zaman Tuk Nadur berkajang
kain juga ada pelajar yang bekerja secara sambilan. Persoalannya, apakah implikasi bekerja
secara sambilan dalam kalangan pelajar?

Implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar ialah kerja sambilan merujuk
kerja yang dilakukan secara sementara oleh mana-mana individu termasuk pelajar bagi tujuan
menambahkan pendapat atau membantu meringankan beban kehidupan keluarga. Hal ini
dikatakan demikian kerana pelajar boleh dapat gaji apabila bekerja sambilan. Contohnya,
pelajar boleh bekerja sambilan di KFC.

Di samping itu, implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar ialah
dalam keghairahan pelajar bekerja secara sambilan, mereka perlu sentiasa berwaspada
dengan aspek negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar boleh terpengaruh buat
benda tidak elok. Contohnya, pelajar terpengaruh hisap rokok.
Selain itu, implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar ialah ada
segelintir pelajar yang terlalu sibuk mementingkan wang tanpa disedari mereka semakin
melupakan tugas utama mereka iaitu belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar penat
bekerja sambilan. Contohnya, pelajar tiada belajar.

Kesimpulannya, bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar sangat penting.


Lantaran itu, usaha-usaha untuk menggalakkan pelajar bekerja sambilan perlu ditingkatkan.
Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan pelajar bekerja
secara sambilan.

9
Rodzlina binti Abu Bakar
SMK Taman Tasik.

10

You might also like