You are on page 1of 5

TEH AIS

Tech Enhancement for Assessment and Interaction


Bina dan guna POLL
Bina sebuah Poll
Dalam laman Frog yang ingin diedit.
Klik, tarik dan lepaskan widget Poll ke
laman anda. Pastikan kotak kandungan
berwarna biru sebelum melepaskannya.
Klik kepada widget untuk mula mengedit.
Klik New Poll untuk membina tinjauan
baru.
Taipkan tajuk dan soalan tinjauan anda di
dalam kotak yang terpapar di skrin anda.
Masukkan pilihan tinjauan anda di dalam
kotak berkenaan. Klik Add a new
option untuk menambah pilihan tinjauan
anda.
Klik Save Poll. Notifikasi akan muncul di
penjuru kanan sebelah atas skrin anda.
Kemudian, klik tutup X.
Pada panel kandungan sebelah kiri, klik
Save Changes dan tutup X.

Menilai data Poll


Dalam site yang anda gunakan.
Anda boleh menetapkan semula tinjauan
dengan menekan butang "Reset" pada
mode edit. Ini akan menghapuskan
semua data pungutan tinjauan anda.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang


pungutan tinjauan anda, klik Site,
kemudian klik Data Viewer.

TEH AIS

Tech Enhancement for Assessment and Interaction


Bina QUIZ (Bahagian 1)
Bina Quiz
Dalam laman Frog yang ingin diedit.
Klik, tarik dan lepaskan Quiz widget ke
dalam laman anda. Pastikan kotak
kandungan berwarna biru sebelum
melepaskannya. Klik kepada widget
untuk mula mengedit.
Klik Import Quiz pada panel
kandungan di sebelah kiri.
Frog Drive akan dipaparkan. Klik
New Quiz untuk mula membina
kuiz anda.
Masukkan semua butiran kuiz anda dan
klik Add Questions.

Pilih jenis soalan yang anda ingin


gunakan, masukkan soalan dan jawapan
anda dan klik Save Questions.

Klik pada + di penjuru kanan sebelah


atas untuk menambah soalan kuiz.

Setelah anda selesai, klik pada butang


gear dan klik Save. Notifikasi akan
terpapar.
Klik Close pada penjuru kiri sebelah
bawah bila anda selesai membina kuiz
anda. Kuiz yang anda bina kini berada di
My Quizzes.

TEH AIS

Tech Enhancement for Assessment and Interaction


Guna dan menilai QUIZ (Bahagian 2)

Gunakan Quiz dalam laman


Dalam Frog Drive, di bawah kategori My
Quizzes, pilih kuiz yang ingin digunakan
dan klik Use.
Anda akan diminta untuk menerbitkan
kuiz anda. Klik Publish

Setelah kuiz berada dalam laman


anda, anda boleh menyesuaikan
tetapan kuiz anda pada panel
kandungan di sebelah kiri.

Klik Save Changes bila anda selesai. Klik


X. Kongsikan laman anda dengan pelajar
dan kuiz anda sedia untuk digunakan.

Menilai data Quiz


Dalam laman yang anda gunakan.
Untuk melihat penghantaran jawapan
kuiz anda, klik Site, kemudian klik Data
Viewer.

Klik pada ikon Quiz untuk melihat data


anda.

TEH AIS

Tech Enhancement for Assessment and Interaction


Bina FORM (Bahagian 1)
Bina Form
Dalam laman Frog yang ingin diedit.
Klik, tarik dan lepaskan Form widget ke
dalam laman anda. Pastikan kotak
kandungan berwarna biru sebelum
melepaskannya. Klik kepada widget
untuk mula mengedit.
Klik New Form pada panel
kandungan di sebelah kiri.
Kotak kandungan Form akan
terpapar. Taip tajuk dan deskripsi
Form anda.

Masukkan soalan anda dengan mengklik,


menarik dan melepaskan jenis soalan
yang anda inginkan ke dalam kotak
kandungan.
Klik Fields untuk memasukkan jenis
soalan yang seterusnya.

Setelah anda selesai, klik pada butang


Save Form. Notifikasi akan terpapar.
Tekan X dan Form anda kini terpapar
dalam laman anda.

Anda masih boleh mengedit Form anda


dengan menekan butang Edit Form
Pada panel kandungan sebelah kiri, klik
Save Changes dan tutup X.

TEH AIS

Tech Enhancement for Assessment and Interaction


Menilai data FORM (Bahagian 2)

Menilai data Form


Dalam laman yang anda gunakan.

Untuk melihat penghantaran jawapan


Form anda, klik Site, kemudian klik
Data Viewer.

Klik pada ikon Form untuk melihat data


anda.

Anda boleh memuat turun data anda


dengan menekan butang gear di
penjuru kanan sebelah atas dan klik
Export. Data akan dimuat turun
dalam format csv.

Sekiranya anda ingin mengosongkan data


anda, tekan butang gear dan butang
Clear results

You might also like