You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Latar Belakang Latihan

2-3

3.0

Objektif Latihan

3-4

4.0

Hasil Latihan
4.1

Profil Syarikat

4.2

Pengurusan

4.3

Saiz fizikal perniagaan


4.3.1 perniagaan runcit

4.4

pengurusan sumber manusia

4.5

Modal

5.0

Perbincangan

6.0

Cadangan

7-8

7.0

Kesimpulan

Lampiran

1.0

Pengenalan Tempat Latihan


Pengkaji telah menjalankan kajian dan temuramah di kedai AMMAR
CAHAYA ENTERPRISE. kedai tersebut beroperasi di alamat Hadapan
SMK Meranti. 17010, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Sepanjang tempoh 5
hari iaitu bermula pada 21 Julai 2012 hingga 25 Julai 2012. Pengkaji telah
dibimbing oleh Pengurus kedai tersebut iaitu En.Mohd Mazli b. Mohd Faris.
Pengkaji telah difahamkan secara terperinci tentang dunia keusahawanan dan
pengajaran yang baru diperolehi daripada kerja-kerja teknikal yang dilakukan
semasa latihan. Pengurus kedai juga banyak membantu pengkaji dalam setiap
uruniaga semasa berhadapan dengan pelanggan.

2.0

Latar Belakang Latihan


AMMAR CAHAYA ENTERPRISE merupakan kedai yang diterajui
oleh En.Faris b. Bakar pada awal penubuhannya. Kedai ini telah bermula
pada awal 90-an lagi dan terus bekembang sehingga ke hari ini. Kedai ini
digunakan oleh En. Faris untuk menyara anak-anak nya. Kedai ini pada awal
nya hanya bersifat kecil-kecilan sahaja dan barangan yang dijualnya juga
terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan.
Kedai ini kemudiannya diserahkan kepada anak En. Faris iaitu
En.Mohd Bazli bin Mohd Faris. Walaupun tidak berkelulusan tinggi tetapi
En. Mohd Al Bazli bijak dalam urusan mengurus kedai serta tidak
menyebabkan kedai mengalami kerugian. En. Mohd Bazli dibantu oleh isteri
nya iaitu Pn. Anis binti Sulaiman. Isteri En. Mohd Bazli ini bertindak sebagai
bendahari bagi kedai ini dan menguruskan hal yang berkaitan dengan keluar
masuk wang. Setelah kedai ini diserahkan kepada En. Mohd Bazli, kedai ini
telah berkembang dan telah diperbesarkan kedai nya menjadi Mini Market.
En. Mohd Bazli mengambil seorang pembantu untuk melicinkan urusan
untuk mengatur barang-barang di kedai belaiu.

Pengkaji telah dimaklumkan tentang latar belakang AMMAR CAHAYA


ENTERPRISE telah ditubuhkan pada awal 90-an. Lesen perniagaan nya diperbaharui
pada 24 Desember 2011 dan nombor pendaftaran kedai ialah KT 0206494-T.
Pemilikan saham syarikat tersebut 100% bumiputera. Lesen syarikat tersebut
didaftarkan dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.

3.0

Objektif Latihan
Program Student In Enterprise Programme (SIEP) adalah bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada setiap pelajar Fakulti Teknologi Kreatif
dan Warisan tentang dunia keusahawanan dalam situasi sebenar. Program
SIEP merupakan satu program sangkutan atau Program Peningkatan
Kemahiran Keusahawanan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang telah
diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bilangan 19 pada Februari 2009.
Modul 1 SIEP merupakan mengenal struktur keusahawanan syarikat.
Modul ini terdiri daripada kerja-kerja teknikal yang dilaksanakan selama lima
hari. Modul 1 merangkumi kepada dokumentasi syarikat dan laporan lengkap
profil syarikat. Bagi maklumat kepada dokumentasi syarikat, ia merangkumi
profil syarikat, pengurusan, saiz fizikal perniagaan, pengurusan sumber
manusia dan modal. Setiap maklumat yang dibuat oleh pengkaji disokong
dengan gambar. Jadual program SIEP adalah mengikut urutan masa selama 5
hari. Pengkaji telah menjalankan latihan bermula pada 1 JULAI 2012
sehingga 2 JULAI 2012.

4.0

Hasil Latihan

4.1

Profil Syarikat
Suatu ketika dahulu, AMMAR CAHAYA ENTERPRISE merupakan

kedai yang diterajui oleh En.Faris b. Bakar pada awal penubuhannya. Kedai
ini telah bermula pada awal 90-an lagi dan terus bekembang sehingga ke hari
ini. Kedai ini digunakan oleh En. Faris untuk menyara anak-anak nya. Kedai
ini pada awal nya hanya bersifat kecil-kecilan sahaja dan barangan yang
dijualnya juga terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan.
Kedai ini kemudiannya diserahkan kepada anak En. Faris iaitu
En.Mohd Bazli bin Mohd Faris. Walaupun tidak berkelulusan tinggi tetapi
En. Mohd Al Bazli bijak dalam urusan mengurus kedai serta tidak
menyebabkan kedai mengalami kerugian. En. Mohd Bazli dibantu oleh isteri
nya iaitu Pn. Anis binti Sulaiman. Isteri En. Mohd Bazli ini bertindak sebagai
bendahari bagi kedai ini dan menguruskan hal yang berkaitan dengan keluar
masuk wang. Setelah kedai ini diserahkan kepada En. Mohd Bazli, kedai ini
telah berkembang dan telah diperbesarkan kedai nya menjadi Mini Market.
En. Mohd Bazli mengambil seorang pembantu untuk melicinkan urusan
untuk mengatur barang-barang di kedai belaiu.
Pengkaji telah dimaklumkan tentang latar belakang AMMAR
CAHAYA ENTERPRISE telah ditubuhkan pada awal 90-an. Lesen
perniagaan nya diperbaharui pada 24 Desember 2009 dan nombor
pendaftaran kedai ialah KT 0206494-T. Pemilikan saham syarikat tersebut
100%

bumiputera.

Lesen

syarikat

tersebut

didaftarkan

dengan

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.

4.2

Pengurusan
Kedai ini hanya menguruskan sendiri dari segi kewangan, modal pusingan

serta wang keluar masuk. Ini kerana kedai ini hanya bersifat mini market atau kedai
runcit. Hal- hal pengurusan hanya diuruskan sendiri oleh kaum keluarga kerana
perniangaan ini merupakan perniagaan turun temurun kerana En, Mohd Bazli
menyambung perniagaan yang telah ditubuhkan oleh bapanya iaitu En.Faris. Namun
begitu, En.Faris tidak lagi campur tangan dalam urusan pertadbiran kedai dan
memberi kepercayaan 100% kepada anaknya itu.
4.3

Saiz Fizikal Perniagaan


4.3.1 Perniagaan runcit
Walaupun usia kedai ini telah lama beroperasi tetapi kedai ini tetap
menjadi kunjungan orang kampung serta orang yang berada di sekitar kedai
tersebut. Ini kerana kedai ini merupakan kedai turun temurun. Di kawasan
kampung atau sekolah, hanya kedai ini sahaja kedai runcit yang ada. Setelah
kedai ini diambil alih oleh anak En.Faris iaitu Mohd Bazli, kedai ini telah
mengalami banyak perubahan. Perubahan yang dilakukan oleh Mohd Bazli
ialah dengan menambah bilangan barang-barang yang dijual di kedainya itu.
Jika dahulu bapanya hanya menjual perkara asas dengan jumlah yang sedekit
sahaja seperti gula, garam, gandum, beras, bawang, minyak masak dan
sebagainya tetapi Mohd Bazli telah menambah barang- barang runcit yang
bersifat untuk kegunaan harian seperti sabun, syampu,lotion dan sebagainya.
Di kedai ini juga ada dijual bermacam-macam lagi barang seperti
pampers kanak-kanak, susu, bedak, dan sebagainya. Keadaan ini telah
memberi banyak pilihan kepada pengguna atau orang kampung sekitar
semasa mengunjungi kedai En.Mohd Bazli ini. Secara tidak langsung
meningkatkan lagi aliran keluar masuk wang dan barang dalam kedai ini.

4.4

Pengurusan Sumber Manusia


5

Bagi untuk melicinkan sistem pentadbiran dan pengurusan kedai tersebut, En


Mohd Bazli bertindak sebagai pengurus kedai menguruskan hal- hal yang berkaitan
kedai seperti menjaga kaunter, memeriksa barang- barang yang telah dijual,
berhubung dengan pembekal dan sebagainya.
En Mohd Bazli telah melantik isteri nya iaitu Pn Anis binti Sulaiman sebagai
bendahari kedai untuk melicinkan urusan kewangan. Pn.Anis bertangungjawab
dalam hal- hal modal kedai, mengira keuntungan, mengira wang keluar masuk dan
sebagainya. Dengan bantuan pn.Anis ini, pentadbiran kedai lebih teratur dan
tersusun.
Seorang pembantu kedai telah diambil untuk menguruskan kedai. Pembantu
kedai ini bertindak sebagai orang yang menyimpan dan mengemaskan kedai,
mengambil barang untuk pelanggan serta melayan pelanggan. En.Faris iaitu bapa
kepada Mohd Bazli pula bertindak sebagai penasihat bagi kedai ini. Ini kerana
pengalaman beliau yang berniaga runcit selama berpuluh-puluh tahun. Dengan
pengalaman beliau yang luas itu akan dapat membantu En. Moahd Bazli untuk
memperbesarkan lagi perniagaan keluarga itu.

4.5

Modal
Perniagaan kedai ini bermula dengan modal sebanyak RM5500.00 sahaja.

Kedai ini tidak mempunyai aset atau kenderaan, ini kerana pihak pembekal yang
menghantar barang-barang ke kedai. Pengurus kedai hanya perlu membayar terus
duit kepada pembekal mengikut barang yang telah dihantar oleh pembekal. Setipa
pembekal juga akan membantu pengurus kedai supaya dapat meletakkan harga
barangan dengan harga yang betul dan bertepatan dengan harga barang.

5.0

Perbincangan
1. Kedai ini menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan
2.

mereka.
Kedai ini merupakan kedai yang dipelopori oleh ahli keluarga sahaja.

Tidak ada orang luar yang terlibat dalam pengurusan perniagaan ini.
3. Perniagaan ini mempunyai dua orang yang penting iaitu pengurus
kedai iaitu tuan kedai dan bendahari iaitu isteri pengurus.
4. Kedai ini tidak mempunyai sebarang aset seperti kereta atau van
kerana bersifat kecil-kecilan sahaja.

6.0

Cadangan
1. Kedai AMMAR CAHAYA ENTERPRISE perlu memperkembangkan
lagi kedai nya dengan menjual lebih banyak barang-barang runcit.
2. Dengan kerjasama bank-bank, kedai ini perlu membuat pinjaman
untuk memperbesarkan perniagaan dan menjadikan Kedai ini
Supermarket.
3. Jawatan dalam kedai perlu ditambahkan lagi supaya dapat
memantapkan urusan pentadbiran dan teratur dalam struktur
organisasi kedai.
4. Kedai ini perlu membeli aset untuk memudahkan perjalanan untuk
urusan penting serta menggunakan kenderaan yang bersesuaian untuk
memudahkan pengurusan dalam perniagaan seperti van atau kereta.

7.0

Kesimpulan

Kedai AMMAR CAHAYA ENTERPRISE ini mempunyai wawasan dan


perancangan yang teratur dalam usaha mengembangkan

bidang perniagaannya.

kedai ini diharapkan akan muncul sebagai kedai yang sangat berdaya saing dan
cemerlang di persada ekonomi perdana dalam merealisasikan matlamat ini, pihak
pengurusan kedai sedang giat mengatur strategi seperti membuka bidang perniagaan
ke cawangan lain serta memperbesarkan perniagaan. kedai ini perlu berusaha untuk
meningkatkan mutu dan prestasi dari semasa ke semasa bersesuaian dengan
kehendak Islam mahupun kerajaan sebagai obligasi dalam sebuah komuniti glokal
yang berakar nasional berpohon internasional. Selain itu, kedudukan kedai ini
yang strategik telah banyak membantu dalam perkembangan kedai ini iaitu
berdekatan dengan kawasan sekolah dan semestinya mendapat perhatian dan
kunjungan ramai pelanggan yang terdiri dari guru-guru, pelajar, ibu bapa dan orang
kampung.

Lampiran

Pandangan Hadapan AMMAR CAHAYA ENTERPRISE

10

11

12

13

14

You might also like